Pahang Daily Online |
- Bersama Pakatan Rakyat Menuju Ke Putrajaya !!
- Menjelang PRU-13, Apa Motif Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Saja Di Lantik Sebagai Pengerusi PUNB!
- Lynas: "Nilai Hartanah Tidak Terjejas", Ternyata Adnan Cakap Merapu Tanpa Rujuk Fakta Sebenar
- Gara-Gara Kesilapan Buat Urusan Rumah Dengan Bekas Calon BN, 'Blogger Cucumatkilau' Terpaksa Berhadapan Saman 'RM28,000' Daripada Pemilik!
- Panas: Exco Agama Tertangkap Di Pusat Hiburan, Terbukti Pemimpin UMNO Tak Layak Jaga Agama!
- Panas: Kadir, Kenapakah Saya Keluar Dari UMNO
- Panas: 'Penduduk' Buat Laporan Polis Dan SPRM Kes Penyelewengan Tanah Bukit Rangin Kuantan
Bersama Pakatan Rakyat Menuju Ke Putrajaya !! Posted: 27 Mar 2012 05:47 AM PDT |
Menjelang PRU-13, Apa Motif Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Saja Di Lantik Sebagai Pengerusi PUNB! Posted: 27 Mar 2012 02:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin (foto) sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April. Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini. Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998. Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai pengerusi di PUNB sejak 1998. PUNB turut rakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). [Ramai yang pasti akan terkejut dengan perlantikan ini. Apakah ini bermakna Khairy "comfirm" tidak akan dicalonkan pada PRU-13 ini nanti agaknya?. Deesas-desus mengatakan beliau tidak ada dalam senarai nama calon BN kini sudah mula tersebar. Secara logiknya, jika PM mahu mengangkat Khairy ke jawatan itu sepatutnya sudah dibuat sejak awal lagi. Kenapa baru sekarang ia mahu dilakukan. Khairy merupakan satu-satunya Ketua Pemuda UMNO yang tidak ada tempat dalam kabinet kerajaan Malaysia. Nama beliau tidak disenaraikan oleh Najib dalam rombakan kabinet selepas pemilihan agong UMNO sebelum ini. Khairy menewaskan calon pilihan Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo. Lebih malang lagi, ramai orang-orang Mukhriz menang jawatan masing-masing termasuk Razali Ibrahim yang kini Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Malah, Mukhriz yang kalah juga dilantik Timbalan Menteri. Soalnya kenapa Khairy tidak diangkat ke kabinet dan kini tiba-tiba saja mahu diberi jawatan?. Bukankah ini semua sudah terlambat. Bayangkan jika BN kalah pada PRU13 nanti. Apa nasib Khairy?. Justeru, semua ini sudah dapat dibaca yang Najib tidak mahu Khairy membuat undi protes terhadap calon BN andainya beliau tidak dicalonkan pada PRU ini nanti sebenarnya. Jika tidak apa motifnya?]. |
Lynas: "Nilai Hartanah Tidak Terjejas", Ternyata Adnan Cakap Merapu Tanpa Rujuk Fakta Sebenar Posted: 26 Mar 2012 10:31 PM PDT Lucu benar bila mendengar kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) semasa beliau melancarkan majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites milik anak syarikat UMNO Pahang, Rangkaian Delima di Kuantan semalam. Adnan antara lain mengatakan nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan kawasan itu seperti di Beserah, Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas. Beliau juga katanya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di kawasan itu terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini. Malah, katanya sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat. Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang kata MB Pahang itu lagi. Namun itu adalah kenyataan Menteri Besar Pahang bagi menyokong dakwaan kononnya projek Lynas tidak memberi kesan negatif dan impak besar terhadap pasaran hartanah di kawasan berkenaan. Pernahkah beliau membaca pendedahan yang telah dibuat sebelum ini bahawa sebuah resort yang bernilai RM30 juta dibatalkan gara-gara pemaju kecewa sikap KerajaanNegeri Pahang terhadap projek Lynas. Bukankah projek resort Kuantan Gold Coast itu letaknya di Balok?. Baca artikelnya SINI. Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas [Sebenarnya sebagai MB Pahang, Adnan Yaakob tidak wajar bercakap merapu tanpa merujuk kepada fakta sebenar apa yang berlaku di kawasan terbabit. Jika benar Kerajaan Negeri Pahang mahu membeli hartanah yang tidak laku berkenaan maka selepas ini kita akan kumpulkan hartanah terbabit untuk dihantar ke Pejabat MB Pahang. Adnan lupa, sekarang ini banyak pemaju sudah berbulan-bulan gagal mendapatkan pembeli hartanah terhadap projek-projek mereka. Ini semua bukan omongan kosong tetapi berlandaskan fakta daripada Persatuan Pemaju Perumahan (HDA) di Pahang ini. Malah semasa Konvensyen Ekonomi Pahang di Zenith Hotel baru-baru ini dalam sektor Perumahan ada menyatakan pasaran rumah kediaman jatuh dari 2330 unit ke 1300 unit. Ini fakta yang dibentangkan oleh pihak yang boleh dipercayai. Apa maknanya?. Justeru, sebelum mengeluarkan kenyataan MB sepatutnya menyiasat terlebih dahulu. Jangan hanya bercakap sesedap rasa yang menyerlahkan "kedangkalan" beliau sebagai pemimpin sebuah kerajaan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Malah, cubaan sekali lagi untuk mengaitkan Cina DAP dengan isu Lynas ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan jelas berbaur perkauman. Mereka lupa bahawa MCA juga terdiri daripada orang-orang Cina yang secara diam-diam menolak projek tersebut. Mereka akan buktikannya pada Pilihanraya Umum akan datang]. |
Posted: 26 Mar 2012 08:00 PM PDT KUANTAN, 27 Mac - Susulan membuat urusan pembelian rumah menggunakan syarikat guaman milik seorang bekas calon BN yang tewas pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu, menyebabkan pembeli akhirnya berhadapan dengan tindakan saman oleh pemilik kediaman terbabit. Inilah yang berlaku kepada Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau sekarang. Beliau yang juga merupakan salah seorang krew PDO yang paling aktif terpaksa naik turun mahkamah sejak tahun lepas (2011) semata-mata untuk kes yang tidak sepatutnya berlaku itu. Menurut Shukri, beliau menggunakan khidmat guaman Salamon, Zuraida & Partners yang terletak di Kuantan Center Point kerana dimaklumkan oleh rakan-rakan kononnya firma terbabit menawarkan caj perkhidmatan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan lain-lain firma di bandar Kuantan. Namun, selepas segala urusan jual beli selesai kini beliau berhadapan dengan tindakan saman sehingga mencecah RM28,208.23 atas denda kelewatan 10% setahun (2 tahun) yang dikenakan terhadap rumah yang dibeli dengan harga RM93,000. Difahamkan, salah seorang pemilik syarikat guaman itu ialah Salamon Ali Rijal Abd Rahman yang merupakan bekas calon BN yang tewas kepada Azan Ismail (PKR) bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. "Banyak masalah yang berlaku hingga menyebabkan urusan jual beli terlewat dan akhirnya kami disaman oleh penjual. Kini, mereka lepas tangan dan membiarkan kami terkapai-kapai. Sedangkan kesalahan itu juga melibatkan kesalahan nama pada geran yang dilakukan oleh pihak terbabit hingga ia melewatkan proses berkenaan. Memang awalnya saya terlewat bayar caj perkhidmatan kerana sudah tidak tahan mengamuk dengan harga perkhidmatan yang ditawarkan (berubah-ubah)", kata Shukri. Apa yang menyedihkan, beliau terpaksa habiskan banyak wang untuk membayar khidmat peguam baru bagi berhadapan saman pemilik. Kes Bakal Ke Tribunal Pengguna Dan Bar Council "Sebelum ini kes didengar di Mahkamah Sesyen Raub, namun selepas setahun kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan. Apa yang saya kecewa syarikat guaman terbabit (Salamon, Zuraida & Partner), langsung tidak mahu membantu dan menyelesaikan masalah ini secara rundingan agar ia tidak membebankan kami. Bayangkan beli rumah RM93,000 tetapi perlu bayar saman RM28,208.23 pula atas kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Memang benar urusan tertangguh selama dua tahun, tetapi ketika itu kami membayar sewa RM300 terhadap rumah terbabit sebagai bayaran ganti rugi. Tapi, bila semua sudah selesai, kami pula disaman .. sedangkan peguam ada memberi tahu akan selesaikan kes itu sebaik mungkin. Kini kami dibiarkan berhadapan dengan kes ini tanpa bantuan peguam berkenaan", kata Shukri lagi. Difahamkan, kes akan didengar semula pada 16 April 2012 ini di Mahkamah Sesyen Kuantan. "Saya terpaksa melantik peguam baru untuk berhadapan dengan kes berkenaan, sedangkan peguam asal kami hanya lepas tangan. Ini amatlah tidak adil, kami bayar dia untuk uruskan urusan jual beli rumah (lama) bukan rumah baru, tapi kini mereka senang lenang selepas dapat wang sepenuhnya dari urusan terbabit", tambah Shukri. Beliau juga tidak teragak-agak akan membawa kes ini ke Tribunal Pengguna dan juga Majlis Peguam (Bar Council) untuk mengambil tindakan terhadap syarikat guaman terbabit yang telah menyusahkan kehidupannya sejak lima tahun yang lalu. "Benar, mereka kini senang lenang atas masalah yang kami hadapi .. tapi tunggulah apa yang akan kami lakukan. Ada bukti kukuh mereka telah melanggar amalan guaman dalam kes ini. Saya memberi tempoh beberapa hari untuk pihak terbabit berbincang dan menyelesaikan masalah ini atau firma guaman mereka akan ditutup jika perkara ini dibongkarkan", kata Shukri. Justeru beliau menyeru orang ramai di sekitar Kuantan dan kawasan yang sama waktu dengannya agar lebih berhati-hati dengan helah dan taktik syarikat guaman selepas ini. Jangan hanya "tandatangan" segala dokumen yang telah diminta sebelum mengkajinya terlebih dahulu. Salamon tewas kepada Azan pada PRU12 lalu dengan majoriti 1,027 undi, beliau mendapat 18,796 undi sahaja manakala Azan dapat 18,823 undi |
Panas: Exco Agama Tertangkap Di Pusat Hiburan, Terbukti Pemimpin UMNO Tak Layak Jaga Agama! Posted: 26 Mar 2012 11:19 AM PDT Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional agaknya?. Semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke-13, maka semakin terserlah kebobrokan para pemimpinb mereka. Dari yang diatas sehinggalah kepada peringkat akar umbi. Inilah bahayanya apabila Perdana Menteri, Najib Tun Razak buat roadshow 1Malaysia dengan menaburkan duit jutaan ringgit kepada rakyat. Bukan rakyat marhaen yang dapat menikmatinya, tetapi inilah masanya wakil-wakil rakyat yang belum tentu dipilih semula untuk menjadi calon pada PRU nanti merompak wang tersebut sesuka hati mereka. Inilah yang menyebabkan akhirnya pemimpin mereka lupa daratan dan tidak lagi mengenal diri sendiri. Sebelum ini kami ada mendededahkan kes penyelewengan tanah di Kuantan yang melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan saudara dengan bekas MB Pahang, Tun Khalil Yaakob. Laporan polis dan SPRM baru saja dibuat semalam, namun dalam masa yang sama juga kita digemparkan dengan berita penangkapan seorang pemimpin UMNO Melaka yang bergelar Wakil Rakyat iaitu Datuk Hj.Yaakub Md Amin (foto), ADUN Kawasan Sungai Udang. Menurut laporan media, beliau 27 turut diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Bandar Melaka kelmarin. Tambah mengejutkan beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri juga merupakan pelanggan tetap premis berkenaan telah diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi itu. Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit. Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP). Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan. "Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003). Bukti, lihat aksi ekxo terbabit ketika melihat pihak polis memeriksa premis itu Apakah ini ciri-ciri pemimpin Islam yang dilaungkan oleh UMNO agaknya [Persoalannya sekarang, apakah layaknya pemimpin terbabit berada dalam sebuah premis hiburan ketika umat Islam sedang lena tidur. Tambahan pula dia dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal agama?. Bukankah, sungguh memalukan melihat adengan yang berlaku ini. Malah, ia membuktikan kepada rakyat terutamanya umat Islam bahawa mereka telah tersalah memilih pemimpin yang menjadi "Khalifah" di atas muka bumi ini. Jika exco agama berperangai seperti ini, maka apatah lagi dengan yang lain. Kejadian ini sungguh memalukan, tambahan pula Tun Khalil Yaakob kini merupakan Yang DiPertua Negeri Melaka. Tergamakkan beliau selaku pemimpin Islam melihat semua ini?. Apapun, memang inilah sifat sebenar pemimpin UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Depan rakyat mereka "alim kucing", tetapi dibelakang rakyat merekalah "hero"nya. Perempuan dan pusat hiburan menjadi mainan apabila wang sudah jadi alat mereka. Justeru, rakyat perlu bijak menilai pada PRU akan datang. Jangan korbankan masa depan anda hanya kerana mahu memilih parti menang, sebaliknya kenalilah siapakah pemimpin yang bakal bawa kejayaan dunia akhirat. Maka, buatlah perubahan pada PRU akan datang]. |
Panas: Kadir, Kenapakah Saya Keluar Dari UMNO Posted: 26 Mar 2012 11:11 AM PDT |
Panas: 'Penduduk' Buat Laporan Polis Dan SPRM Kes Penyelewengan Tanah Bukit Rangin Kuantan Posted: 26 Mar 2012 10:19 AM PDT KUANTAN, 27 Mac - Satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh wakil penduduk berkaitan isu penyelewengan tanah di Kg.Bukit Rangin seperti yang telah kami dedahkan atas tajuk "Penduduk Kecewa, 30 Tahun Tunggu Geran Hak Milik, Tiba-Tiba Dapat Notis Arah Pindah Apabila Tanah Di Duduki Kini Jadi Milik Syarikat Swasta" pada 9 Mac lalu. Laporan telah dibuat oleh wakil penduduk yang diketuai oleh Abd Aziz Rani,57, (foto) di IPD Kuantan dan Pejabat SPRM Pahang dekat sini semalam. Dalam laporan tersebut menyatakan dengan jelas kekecewaan mereka terhadap penyelewengan tanah yang diluluskan kepada sebuah syarikat swasta, sedangkan mereka telah terlebih dahulu memohon tanah terbabit sejak 30 tahun yang lalu. Dalam laporan tersebut juga menyatakan tanah terbabit telah didiami penduduk sejak tahun 1983 lagi dan telah membuat beberapa permohonan untuk mendapatkan geran hak milik daripada Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan. Walau bagaimana pun permohonan penduduk yang semuanya terdiri dari orang Melayu telah ditolak dengan berbagai alasan termasuk dikatakan berlapis dengan kawasan saluran paip gas Petronas. Namun anehnya pada awal 2012 yang lalu, penduduk telah didatangi oleh wakil pemaju sebuah syarikat pemaju perumahan (Sentoria Group Berhad) yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan kerana ia dikatakan telah menjadi milik swasta iaitu syarikat Jaraico Sdn Bhd. Susulan itu, mereka mengesyaki ada berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap kelulusan terbabit dan meminta pihak polis dan SPRM jalankan siasatan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan dengan segera. Turut hadir mengiringi mereka ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusof Embong dan Ketua PKR Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat serta lain-lain pemimpin pakatan. Sempat bergambar di perkarangan lobi Pejabat SPRM Pahang semalam [Apa yang jelas dapat dilihat, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO BN yang turut hadir untuk bersama-sama membela nasib penduduk dalam kes ini. Mereka hanya berjanji untuk membantu dan mengarahkan penduduk bersabar serta terus menunggu. Akhirnya penduduk dihalau keluar dari tanah tempah mereka menumpahkan peluh dan keringat sejak 30 tahun lalu. Pemimpin UMNO hanya pandai berjanji untuk pindahkan penduduk ke satu lokasi rumah PPRT yang tidak didiami akibat terletak di kawasan banjir (hingga paras bumbung). Sebaliknya, mereka langsung tidak membela nasib penduduk agar Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan mempertimbangkan permohonan yang telah dibuat sekian lama. Ternyata ada permainan "silap mata" di pejabat agensi terbabit, tambahan pula mereka meluluskan atas kawasan saluran paip gas Petronas dimana permohonan penduduk telah ditolak. Semoga SPRM dan pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan adil. Memang ada unsur penyelewengan, tambahan pula syarikat swasta yang mendapat tanah itu adalah saudara mara bekas MB Pahang, Tun Khalil Yaakob sendiri. Bukankah beliau dulunya adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang?. Maka, jika rakyat itu didahulukan berikan hak kepada para penduduk sekarang juga]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan