Isnin, 12 Mac 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bukan Kereta Sahaj Is Petrol, Manusia Pun Minum Petrol

Posted: 11 Mar 2012 10:00 PM PDT



NEW YORK: Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction. 

"Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya," kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari. 

"Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa," katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.

"Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu," kata Shannon menunjukkan tabiatnya. 

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja. 

"Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian," tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik. 

Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja. - TS

3 Polis dan Suspek Terlibat Kemalangan di Nilai

Posted: 11 Mar 2012 08:00 PM PDT



NILAI: Tiga anggota polis dan seorang suspek kes cabul, cedera apabila kenderaan dinaiki ketika dalam perjalanan ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, bertembung sebuah kereta di simpang Jalan Labu-Gadong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, kereta Proton Waja dinaiki Koperal Razali Nasir, Koperal Hisham Abd Wahab dan Koperal Hasley Shah Yop berusia 30 hingga 50-an, dalam perjalanan membawa lelaki warga Pakistan berusia 32 tahun yang dipindahkan dari Nilai ke Seremban untuk siasatan.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Mitsubishi Lancer dipandu Pengurus Teknologi Maklumat, Zainuddin Salleh, 38, hilang kawalan dipercayai akibat jalan berpasir lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kereta dinaiki anggota polis berkenaan.

Saksi kejadian, Nurul Hidayah Ismail, 25, berkata dia terkejut melihat kereta Mitsubishi itu berpusing beberapa kali sebelum pemandunya merangkak keluar dan terbaring atas rumput.

Hidayah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat pembinaan berkata, dia tambah terkejut melihat tiga anggota polis dan seorang lelaki asing tersepit di tempat duduk lalu menghubungi talian kecemasan.

"Pada waktu itu semua mangsa tersepit menyebabkan saya takut untuk turun dari kereta, tetapi terus menghubungi talian 999. "Ini pertama kali saya menyaksikan kemalangan ngeri di depan mata dan ia amat menakutkan," katanya di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata semua anggota polis dan warga asing itu masih dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) manakala Zainuddin hanya cedera ringan.

"Keadaan warga asing itu parah dengan pendarahan di kepala dan kaki manakala tiga anggota polis dilaporkan stabil," katanya.

Malaysia Tidak Lagi Selamat Untuk Keluarga

Posted: 11 Mar 2012 05:49 PM PDT


PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.

Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.


Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.

"Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.

"Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

"Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain," katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

"Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah," katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.

Tiada ulasan: