Jumaat, 30 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


21 Pemuda Umno Jelutong sertai PAS

Posted: 30 Mar 2012 05:23 AM PDT


Harakahdaily,


JELUTONG:
Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

(Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno)

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.

Cari pemenang PRU-13 melalui debat Anwar-Najib

Posted: 30 Mar 2012 05:19 AM PDT

Yaakub Dasan,


RANTAU PANJANG: Sudah sampai masanya debat terbuka di antara pemimpin utama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diadakan bagi membolehkan rakyat menilai ketokohan peneraju negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lagi pun semalam Tun Dr Mahathir Mohamad secara berterus terang memberitahu sukar meramalkan keputusan PRU ke-13 disebabkan banyak analisis yang dibuat mengambarkan pelbagai pandangan.

Kata bekas perdana menteri itu ada pihak menyebut prestasi BN meningkat, namun ada pihak lain mengambarkan keadaan sebaliknya.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, hanya melalui perdebatan terbuka seperti yang diamalkan di banyak negara maju membolehkan rakyat membuat penilaian secara lebih adil dan saksama.

"Lagi pun sebelum ini sudah ada pihak yang sedia menganjurkan perdebatan antara Dato' Seri Najib Razak, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin.

"Perdana Menteri perlu membuat keputusan secepat mungkin bagi membolehkan perkara itu berjalan dengan teratur dan bukannya membuat pelbagai alasan bagi mengelakkan debat diadakan," katanya di sini.

Baru-baru ini pengasas Wikileaks, Julian Assange sedia menganjurkan debat tersebut. Bagaimanapun media pro Umno memberi gambaran sebaliknya dengan mendakwa Anwar enggan berdebat dengan Raja Petra.

Sedangkan pada 22 Mac lalu Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyatakan persetujuan berdebat dengan Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri serta telah memberi jawapan melalui Twitter kepada Assange.

Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, sekarang orang ramai tertunggu-tunggu untuk mengikuti debat tersebut dan ia sudah menjadi topik paling hangat di kedai-kedai kopi di merata tempat.

Perarakan ke pejabat PM bantah penyenaraian Felda

Posted: 30 Mar 2012 05:17 AM PDT

Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONEPerhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.

Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".

NONEBagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

"Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.

NONE"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.

"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.

Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH.

Bendera PAS dibakar dua malam berturut-turut

Posted: 30 Mar 2012 05:16 AM PDT


Harakahdaily,


PULAU PINANG:
PAS Nibong Tebal merakamkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang membakar bendera PAS dua malam berturut-turut melibatkan sembilan bendera.

(Mujahid melihat gambar bendera PAS yang dibakar)

Peristiwa khianat itu berlaku di markas PAS, Tanjong Berembang di Dun Sungai Acheh.

Tuan rumah memaklumkan beliau sedar dengan kejadian apabila bangun Subuh dan melihat bendera telah terbakar.

Laporan polis telah dibuat dan polis diharapkan dapat menjalankan siasatan segera.

Pagi ini , AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof sempat melawat tempat kejadian sambil meminta pihak yang terdesak supaya jangan bermain api.

PAS adalah parti yang dihormati dan menghormati demokrasi, pihak polis diminta menjalankan rondaan di kawasan tersebut kerana ia berlaku dua malam berturut-turut.

PAS tidak akan terkesan dengan tindakan tidak bertamadun ini malah berazam terus untuk memastikan kemenangan bersama rakan dalam pakatan di Dun Sungai Acheh, ujar beliau.

Turut hadir ke tempat kejadian ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal dan AJK PAS cawangan Simpang Tiga yang baru ditubuhkan.

Beberapa hari sebelum ini satu ceramah besar-besaran berhampiran dihadiri oleh Datuk Deri Anwar Ibrahim dan Dr Mujahid menyaksikan kehadiran yang luar biasa oleh penduduk setempat.

Tidak selesai, kita jumpa di Rio - anti Lynas

Posted: 30 Mar 2012 05:07 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri di sidang Earth Summit 2012 di Rio de Janeiro jika ia tidak diselesaikan.

"Kami akan berdepan dengan Najib di Rio de Janeiro) jika ia tidak diselesaikan menjelang 20 Jun ini," kata Zulkefly Mohamad Omar (gambar), Pengerusi Green Clean World yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.

Earth Summit 2012 akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 - 22 Jun 2012 ini.

Menjadi amalan biasa, NGO dari seluruh dunia yang memperjuangkan alam sekitar akan berhimpun menjelang perhimpunan di kalangan ketua-ketua kerajaan.

Bruno Masel pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.

Zulkefly berkata, jika pilihan raya umum diadakan sebelum 20 Jun dan Pakatan Rakyat menang, kilang Lynas akan dibatalkan sebagaimana dijanjikan Pakatan.

"Namun jika pilihan raya belum berjalan menjelang 20 Jun, dan Lynas tidak ditutup, kita akan ke Rio untuk bertemu PM di sana," kata beliau yang jga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.


Solidariti Hijau 13 April


Sementara itu, Zulkefly memaklumkan, Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia akan diadakan di Shah Alam 13 April ini.

Ia bertujuan untuk meneruskan tekanan agar kerajaan membatalkan kilang Lynas yang akan dibuka di Gebeng, Kuantan.

"Kita akan berhimpunan dari Masjid Negeri selepas solat Jumaat dan berarak ke Dataran Shah Alam...kita harap orang ramai menyertai bantahan ini," katanya.

Beliau juga memaklumkan, selain perhimpunan di Shah Alam, mereka juga akan mengadakan perhimpunan serupa di seluruh negara.

"Maklumat terperinci akan dimaklumkan 4 April ini diperkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta," kata Zulkefly.

4 April ini, Mahkamah Tinggi akan bersidang secara terbuka bagi mendengar afidavit dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah disaman oleh 10 penduduk Kuantan ekoran kelulusan TOL kepada Lynas.

PTPTN: Mahasiswa Pantai Timur juga akan turun demo

Posted: 30 Mar 2012 05:03 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Himpunan mansuh PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini mula mendapat sokongan mahasiswa.

Terbaru, kumpulan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) turut menyatakan kesediaan untuk turun ke Kuala Lumpur menyertai himpunan itu nanti.

"Gempur bersolidariti dengan demonstrasi anti PTPTN pada 14 April ni.

"Saya wakil daripada Gempur akan bersama-sama dengan SMM dan beberapa kumpulan gabungan mahasiswa dalam demostrasi ni," kata presidennya Syahmi Hazim.

SMM sebelum ini mengumumkan akan mengadakan perhimpunan menuntut PTPTN dimansuhkan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Mereka juga mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman PTPTN turun menyertai himpunan itu.

"Gempur berpendirian, bahawa, PTPTN harus dimansuhkan dan sasaran demo ni bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada seluruh rakyat.

"Ianya termasuk pekerja yang terbeban dengan hutang ni, mahupun ibu bapa yang menjadi penjamin kepada mereka, yang menerima beban kepada kepincangan sistem pendidikan di Malaysia ni," katanya.

Umno utamakan calon boleh menang, disukai ramai - Tajuddin

Posted: 30 Mar 2012 05:01 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Umno tidak pernah meminggirkan golongan cerdik pandai untuk menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pilihan raya umum, kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sebaliknya menurut beliau, golongan ini sentiasa dialu-alukan, namun faktor yang lebih penting ialah, mereka bukan hanya perlu bijak tetapi haruslah diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya.

" Kalau calon tersebut daripada kalangan cerdik pandai dan diterima rakyat, kita tiada masalah untuk beri peluang. Kita mahukan calon yang boleh menang dan disukai rakyat.

" Umno parti yang amalkan demokratik. Yang bagi peluang sebenarnya ialah ahli Umno. Kalau ahli tersebut mahu pegang sebarang jawatan, bertandinglah. Cuma kalau bertanding, ia tidak diukur berdasarkan kelulusan semata-mata. Semuanya berdasarkan sokongan dan penerimaan ahli. Penerimaan mereka pula didasari dengan keyakinan yang tokoh atau calon yang dipilih itu mampu memberi perkhidmatan kepada ahli dan juga rakyat," katanya.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta kepimpinan Umno di peringkat bahagian dan cawangan membuka seluas-luasnya peluang kepada golongan profesioanal dan cerdik pandai menyertai Umno.

Mahathir berpendapat, parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk Pas.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini, Rabu lalu.

Mengulas isu sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui AntaraPos.com berkata, pemilihan calon dalam Umno adalah berdasarkan sistem demokrasi yang mengutamakan pendapat ahli majoriti.

"Ini masalah demokrasi, bukan masalah siapa-siapa. Kalau kita lihat, demokrasi bukanlah pemilihan berdasarkan yang terbaik sahaja. Demokrasi ini adalah pemilihan berdasarkan yang paling popular (majoriti), yang dipilih rakyat, dan bukan berdasarkan merit. Ia adalah persepsi masyarakat, yang diterima masyarakat," jelas beliau.

"Orang cerdik pandai pula tidak semestinya pilihan yang baik, berkemungkinan dia tidak bagus dalam pengucapan awam, lantang bersuara dan sebagainya," katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menekankan bahawa beliau hanya mahukan calon boleh menang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab kita nak membentuk kerajaan.

"Tolong beri saya calon-calon yang boleh menang, saya tidak peduli sama ada mereka tua, baru atau pertengahan umur asalkan mereka boleh menang,"ujar Najib.

Lebih 100 berdemonstrasi bantah Anwar sokong Israel

Posted: 30 Mar 2012 04:58 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Kemarahan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam terhadap sokongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel dan rejim Zionis terus memuncak.

Hari ini, lebih 100 wakil NGO itu mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.

Ini kerana parti Islam itu yang berkeras mengatakan bahawa adalah haram mengadakan sebarang hubungan dengan Israel, lebih-lebih lagi jika mereka menyokong agenda Zionis tetapi gagal membidas ketua pembangkang itu.

Dalam demonstrasi selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, mereka turut menyerahkan memorandum kepada wakil PAS.

Walaupun Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik pada 14 Februari lalu mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar, namun ketua umum PKR itu tidak berbuat demikian.

Anwar sekadar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

Malah, katanya, kenyataannya kepada WSJ yang juga menyatakan "pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin" tidak disiarkan sepenuhnya.

'Saya akan dedahkan komplot Kristianisasi Isnin ini' - Hasan Ali

Posted: 30 Mar 2012 04:55 AM PDT

Post Pic



Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, "Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?"

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.
Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.
Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang- orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka". ANTARA POS.COM

Mansuh PTPTN antara manifesto PRU 13

Posted: 30 Mar 2012 04:54 AM PDT

Oleh: Mohd Martin Kahar



KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat dijangka melancarkan manifesto pilihanraya umum ke-13 pada 29 April ini di Melaka.

Ketua Angakatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata salah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam menifesto itu adalah pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasaional (PTPTN).

"Ya mansuh PTPTN adalah menjadi keutamaan kepada kita. Kita mahu mewujudkan sistem pendidkan percuma kepada rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui Keadilan Daily di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum itu, Shamsul mempengerusikan mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat yang turut disertai Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Shamsul berkata, selain PTPTN, manifesto itu juga turut mengandungi hasrat Pakatan Rakyat memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang selama ini mengongkong mahasiswa.

"Kita juga akan mengumumkan beberapa insentif kepada golongan muda dan keluarga muda," katanya.

Minggu lalu isu pemansuhan PTPTN menjadi topik hangat apabila Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu berjanji memansuhkan PTPTN apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Pembatalan itu kata Anwar selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

Zunar ketuai program kartunis bantah Lynas

Posted: 30 Mar 2012 04:33 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Kartunis politik tanahair, Zunar mengetuai sekumpulan kartunis mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk Kuantan pada 31 Mac ini.

Ia adalah program anjuran bersama kumpulan kartunis itu dan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) serta Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar).

Menurut Zunar (gambar) atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque, program itu akan disertai angkatan kartunis tanah air seperti Johnny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.

Antara program yang akan diadakan pada hari itu pula ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis 'banner' secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun, kata Zunar.

"Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat.

"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat dan generasi akan datang tentang bahaya sisa nadir," kata Zunar.

Menurut Zunar lagi, program itu dipecahkan kepada dua sesi berasingan.

"Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.

"Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja. Hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut. Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur," katanya.

25 Mac lalu, Zunar baru sahaja melancarkan buku terbarunya berjudul '1Moolaysia' di Petaling Jaya.

Selain mengusik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, buku terbaru itu juga menyentuh pelbagai isu semasa antaranya tindakan imam kontroversi, Hoslan Hussein membaling kasut kepada hakim di mahkamah.

Sebelum ini pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku kartun Zunar dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam.

Kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku Zunar atau menghadapi risiko kehilangan lesen manakala kedai di seluruh negara diberi amaran supaya tidak menjual bukunya.

Pada September 2010, Zunar ditangkap dan dimasukkan ke lokap di bawah Akta Hasutan sebelum dibebas atas arahan mahkamah.

Beliau turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan "Anugerah Keberanian menentang Penapisan" di Festival Menentang Penapisan VI pada 10 November 2011.

Lanjutan daripada anugerah itu beliau dijemput menjadi karyawan tamu Artists-in-Residence 2011 selama tiga bulan oleh BilbaoArte/Fundacion BBK, sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.

Sebelum itu beliau juga dianugerahkan "2011 Award in Editorial Cartooning" oleh Cartoonist Rights Network International (CRNI) St Petersburg, Florida, pada 7 Julai 2011.

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah ‘mati’

Posted: 30 Mar 2012 04:31 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.

"Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Keratan akhbar Suara Keadilan edisi 58.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilan edisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 p[ada 2008

Mahasiswa berdemo anti-PTPTN 14 April

Posted: 30 Mar 2012 04:29 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPURc: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang, lapor Malaysiakini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

"Ia simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan menganggur dan dibebani hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

200 peneroka bantah penyenaraian Felda di Putrajaya

Posted: 30 Mar 2012 04:26 AM PDT

Oleh: Aedi Asri



PUTRAJAYA : Seramai 200 peneroka menyertai perarakan menyerahkan memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia diPutrajaya tengah hari tadi.

Sebaik selesai solat Jumaat, peneroka mula berkumpul di hadapan Masjid Putra, dan berarak menuju Pejabat Perdana Menteri pada pukul 2.55 petang.

Perarakan diketuai antaranya, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Ketua AMK, Shamsul Iskandar, dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Peserta turut membawa bersama kain rentang sepanjang 100 meter yang dipenuhi tandatangan peneroka seluruh negara yang membantah penyenaraian itu.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis "Kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" dan kain panjang dengan tandatangan orang ramai yang menolak penyenaraian itu.

Laungan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka" turut dilaungkan peserta perarakan.

Sebaik tiba di pintu utama, peserta mendapati pintu pagar utama ditutup dan dikawal beberapa orang polis. Mereka seterusnya bergerak ke pintu pagar berhampiran tempat letak kereta.

Selepas itu, beberapa wakil, termasuk A Samad Said masuk ke dalam bilik pengawal untuk berunding bagi memastikan memorandum sampai ke tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Rajak.

Kira-kira setengah jam kemudian, memorandum berjaya diserahkan kepada wakil Perdana Menteri kerana Najib menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah.

Penyenaraian FGVHB dijangka dilaksanakan April ini mendapat bantahan hebat pelbagai pihak, termasuk peneroka dan Pakatan Rakyat, kerana menghilangkan suara peneroka di bawah Koperasi Permodalan Felda.

Ekoran itu, kerajaan Umno BN melakukan pelbagai cara, termasuk menjanjikan 'durian runtuh' kepada peneroka, dengan syarat peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan mereka kepada pengurusan Felda.

Felda juga dilaporkan cuba mewujudkan syarikat bertujuan khas (special purpose vehicle) untuk tujuan penyenaraian itu selepas ia mendapat tentangan peneroka.

BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan, kata Khir Toyo

Posted: 29 Mar 2012 09:52 PM PDT


SHAH ALAM — Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Dr Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata masalah Selangor adalah parti komponen BN tidak 'bersatu' – MCA, MIC, dan Gerakan gagal memainkan peranan menarik pengundi baru dan tidak memberikan Umno peluang sebaliknya mengukuhkan kedudukan sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

"Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.

"Sekarang, berkemungkinan kita akan hilang Selangor jika keadaan ini berterusan dan kemenangan semestinya susah buat kita kerana sasaran kita adalah untuk mendapatkan pengundi muda," katanya dalam temubual eksklusif bersama wartawan TMI.

Penggal Adun Sungai Panjang ini tamat apabila BN tewas kepada PR sewaktu pilihan raya 2008. PR memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri yang mana Tan Sri Khalid Ibrahim menggantikan Khir sebagai menteri besar.

Khir (gambar) menegaskan "hampir" keadaan demografi pengundi antara Melayu dan bukan Melayu menjadikan negeri itu sukar ditawan BN kerana hanya pengundi Melayu bersama BN.

"Mampukah BN menawan Selangor? Kita kembali kepada peratusan pengundi, 52 peratus kalau tak silap saya adalah bukan Melayu.

"Masalahnya di sini adalah sesetengah kerusi yang kita (Umno) menang pada 2008 adalah di bawah 500 pengundi, tapi Umno rasakan semua kerusi adalah boleh dimenangi kerana mereka hanya mendapat reaksi daripada Melayu," katanya.

Menurut Khir sementara Umno mendekati komuniti Melayu di Selangor dan mendapat respon positif, parti komponen seperti MCA dan MIC perlu melakukan perkara sama.

"Kita perlu dapatkan laporan daripada bukan Melayu ... Umno sudahpun melaksanakannya, parti komponen harus lakukan perkara yang sama, untuk Cina dan India.

"Perkara pokok di sini adalah jika Umno terlalu dominan, perkara itu menjadikan bukan Melayu tidak selesa. Mereka kemudiannya akan mengundi untuk PR walaupun PR tidak melaksanakan apa-apa," tambahnya.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu "memperkukuh" MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang "hormat" kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

"Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

"Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan," tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

"Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.

"Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor 'umph'. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha."

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

"PR tidak menunaikan janji pilihan raya mereka walaupun mereka kata mempunyai simpanan tunai yang banyak.

"Saya sangat risau akan Selangor," katanya.

Namun begitu, semalam Najib menjelaskan BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang termasuk menawan kembali Selangor, dan sokongan rakyat amat menggalakkan.

Menurut beliau rakyat sering memberitahunya BN telah kembali memperolehi sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana menteri itu menjelaskan BN harus menawan semula Selangor, negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan industri "walau apa pun yang berlaku."

Lima negeri ‘dalam bahaya’ untuk BN ketika PRU, kata Khir Toyo

Posted: 29 Mar 2012 09:46 PM PDT


KUALA LUMPUR — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

"Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.

"Negeri-negeri ini dalam bahaya," kata Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi "bandar" akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

"Bukan kerana pembangkang bagus. tidak, mereka banyak kelemahan. Adakah mereka menunaikan janji mereka? Tidak.

"Namun pengundi bandar adalah sangat berbahaya di negeri-negeri ini. Masalahnya adalah menjadikan Umno terlalu dominan ... mungkin akan hilang negeri ini," katanya.

Sementara Umno melakukan segala tugas BN akan menjadikan pengundi bukan Melayu seperti tidak berkuasa akan menyebabkan kurangnya sokongan kepada kerajaan.

"Saya belajar dari kesilapan saya. Menjadikan Umno terlalu dominan dalam BN adalah tidak baik. Kepimpinan negara perlu mempunyai strategi lain.

"Lihat PAS, mereka lebih berbahaya daripada Umno tapi bukan Melayu tetap menyokong mereka, kenapa? Kerana mereka tidak dominan dalam Pakatan," tegas Khir.

Pemimpin Umno itu turut mengeluh kerana adalah sukar untuk mengukur sokongan terhadap BN daripada bangsa, dan menyalahkan parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan kerana tidak cukup agresif.

Isu lain menurutnya adalah masalah pertuturan antara pengundi bukan Melayu dan Umno.

"MCA, MIC sepatutnya turun padang dan bercakap dengan pengundi. Umno sudah lakukannya untuk Melayu.

"Bila Umno cuba untuk berkomunikasi dengan bukan Melayu, kadangkala berlakunya halangan dari segi bahasa, contohnya, di bandar, mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris, tapi sesetengah pemimpin Umno tidak dapat memahaminya," tambahnya lagi.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu "memperkukuh" MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang "hormat" kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

"Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

"Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan," tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

"Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.

"Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor 'umph'. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha."

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

Dollah Kok Lanas: Shahrizat jangan 'berkokok'

Posted: 29 Mar 2012 09:38 PM PDT

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berpandangan bahawa menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdullah berkata tindakan itu merupakan langkah yang ideal.

nst utusan merger forum 180107 abdullah ahmad kok lanasSenator itu boleh kembali semula ke pentas politik "hanya apabila kes itu berakhir" dan Shahrizat terbukti tidak terlibat dalam projek National Feedlot Centre (NFC), katanya.

Abdullah, yang simpati dengan nasib yang melanda Shahrizat itu, bimbang sekiranya projek skandal berkenaan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang

"Kalau saya jadi Shahrizat, saya berhenti kedua-duanya (Ketua Wanita Umno dan juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga).

"Perkara ini sudah jadi ejekan. Orang mengejek (dan) ia akan menjengkelkan anda. Sedikit sebanyak, anda perlukan semua kerusi," katanya.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senatornya tamat pada 8 April.

Abdullah juga berkata, buat masa ini Shahrizat tidak perlu tampil untuk memberi kenyataan. Sebaliknya bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu perlu menyusun gerakan untuk kembali ke arena politik.

"Tak payah bersorak, susun saja. Bila kes habis, balik. Bukan? Dia jangan berkokok. Kalau dia berkokok, orang kata ha... Macam-macam orang cakap," kata Abdullah.

Abdullah menyifatkan isu tersebut sebagai sesuatu yang malang buat Shahrizat – seorang pemimpin yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan berkebolehan.

Malah, beliau juga merupakan salah seorang yang menyokong Shahrizat untuk dilantik ke jawatan tersebut, kata Abdullah, yang dianggap berpengaruh di kalangan elit politik BN.

NONEAbdullah, yang dilihat sebagai individu yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Razak Hussein itu juga yakin bahawa jentera Wanita Umno tidak akan memboikot kempen pilihan raya akan datang sekiranya Shahrizat terpaksa berbuat demikian.

Katanya, isu NFC sudahpun menjadi percakapan ramai, apatah lagi apabila pemimpin PKR mungkin masih mempunyai dakwaan baru untuk didedahkan berhubung isu tersebut.

"Puak-puak PKR ini dia tidak cakap semua. Dalam politik, anda tahu rahsia orang buruk itu jangan (dedahkan) semua. Ada 20 peluru jangan tembak semua dulu. Tembak satu, dua.

"Orang Melayu cepat lupa. Dia lupa daratan, kacang kulit. Bila (dapat duit) RM20 (akan lupa)," katanya lagi yang dikenali dengan nama jolokan Dollah Kok Lanas, sempena nama kawasan parlimen yang pernah diwakilinya di Kelantan.

Ditanya lanjut, Abdullah berkata beliau juga tidak melihat bahawa Najib enggan menerima kenyataan berhubung kesan isu tersebut apabila presiden Umno itu tetap menyatakan sokongan ke atas Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.

"Mungkin PM yakin bahawa (BN) akan menang walaupun dengan isu fidlot ini. Tapi, ia akan menentukan sama ada dia akan menang dengan majoriti 20 kerusi, 30 atau 40," katanya.

Najib sebelum ini memberi alasan, tiada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita kerana bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu dipilih ke jawatan tersebut oleh para perwakilan pergerakan tersebut.

Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno berhimpun bersama perdana menteri di Kuala Lumpur, Jumaat lalu, untuk menyatakan sokongan terbuka ke atas Shahrizat.

Dalam sidang media di perhimpunan itu, Najib berkata Shahrizat tidak harus dikorbankan atas kesalahan yang tidak dilakukannya, sebelum terbukti di mahkamah.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Wanita termasuk naib ketuanya Datuk Kamilia Ibrahim sebelum ini telahpun menyuarakan gesaan supaya Shahrizat berundur daripada mengetuai pergerakan itu.

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka

Posted: 29 Mar 2012 09:37 PM PDT

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

Anak OKU pekerja kilang nadir bumi meninggal

Posted: 29 Mar 2012 09:35 PM PDT

MALAYSIA KINI

Anak kepada bekas buruh di kilang nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) Lai Kwan, Cheah Kok Leong yang dilahirkan kurang upaya meninggal dunia di Hospital Ipoh malam tadi ketika umur 30 tahun.

NONEKakak sulungnya Li Fen ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kematian mendiang disebabkan jangkitan bakteria yang serius.

Katanya, Kok Leong menderita akibat demam dan batuk dua hari lalu dan perubatan antipiretik yang diambilnya tidak berkesan.

Pagi semalam, keadaannya mulai buruk apabila mendiag mula merungut tentang kesakitan dalam telinga dan menggigil teruk sebelum dikejarkan ke hospital

Banjir paling teruk di Klang, Pusat disalahkan

Posted: 29 Mar 2012 09:33 PM PDT


MALAYSIA KINI

Pakatan Rakyat hari ini berkata pihak berkuasa persekutuan perlu menyelesaikan masalah banjir ekoran keadaan teruk di Klang selepas hujan lebat bermula sekitar tengah malam tadi.

NONE"Klang teruk dilanda banjir pagi ini. Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat persekutuan mesti melakukan sesuatu kerana semua peruntukan bersama mereka.

"Jangan pula salahkan kerajaan negeri Pakatan dan kerajaan tempatan," tulis speaker Selangor Teng Chang Khim pagi ini di Twitter.

Harian berbahasa Cina pagi ini melaporkan hujan lebat bermula tengah malam tadi menyebabkan banjir yang dianggap paling serius dalam sejaran Klang.

Menurut laporan itu, sebahagian kawasan rendah ditenggelami air setinggi 4 meter, menenggelamkan kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas besar-besaran

Mahathir Yang Terus Terlupa Dan Nyanyuk

Posted: 29 Mar 2012 09:31 PM PDT

MSO


Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.

Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Tidakkah mereka ini adalah tokoh profesional dan cendekiwan? Bukan itu saja sebahagian dari pemimpin Umno telah dimusnahkan oleh Mahathir kerana mereka tidak sedia menjadi Pandir kepadanya?

Betapa Umno kehilangan barisan kepimpinan yang terlatih gara-gara Mahathir bertindak kejam membunuh ketiga-tiga mereka itu. Membunuh Musa Hitam menjadi pegawai kerajaan yang kagum dengan Musa menjadi konfius. Membunuh Tengku Razaleigh menyebabkan rangkaian ekonomi dibina TEngku Razaleigh terputus.

Membuang Anwar menyebabkan barisan kepimpinan muda yang profesional, komited dan berwawasan dan Islamik mufarakah dari Umno?

Jadi kalau Umno kasih dengan pemimpin cerdik, berprinsip, bermaruah...salahnya salah siapa? Jawabnya Mahathir lah. Mahathri pula tidak sesekali membuang pemimpin yang huduh, jelek, moral buruk kerana mereka itu akan menjadi pandir dan upih politiknya. Mahathir sengaja mengekalkan mereka yang korup, ada skandal untuk dijadikan umpan dan aset bagi menjadi pengawal dan penjujung termasuk penjilat buntutnya.

Makanya Mahathri jangan kesal kalau Umno hari ini tiada pemimpin bertaraf tokoh seperti ketiga orang itu. Mahathir jangan kesal kalau golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Seruan Mahathir itu sudah terlewat. Beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh sendiri olehnya.

Seruan itu juga sudah terlewat. Disaat Umno sudah penghujung baru Mahathir bingas dan tersedar untuk membawa pemimpin parti itu.

Hari ini untuk pengetahuan Mahathir orang layak untuk jadi pemimpin Umno adalah orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Hassan Akidah, Zul 9/10 dan sekalian orang sejenis dan sewaktu dengannya termasuk dua tiga ekor Keling dan seekor Cina. Hanya mereka ini sesuai dan layak berada dalam Umno.

Saya yakin kesedaran Mahathir dan ingin kepada golongan profesional itu tidak akan memecah liru mereka. Malahan mereka menganggap seruan Mahathir itu sebagai orang yang bercakap dalam mengigau setelah tidur saat hujan gerimis

Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat Realistik

Posted: 29 Mar 2012 09:30 PM PDT




SHAH ALAM : Tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN) adalah realistik kerana keupayaan dan prestasi cemerlang pentadbiran dan urusan kewangan negeri yang dikuasai Pakatan.

" Kita akan pastikan tiada pembaziran dalam kewangan dan lebihan itu boleh disalurkan dalam bentuk penghapusan PTPTN itu, kita percaya jika ia dilaksanakan tidak akan mengabaikan keseluruhan rakyat," kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Menolak dakwa beberapa pihak bahawa penghapusan PTPTN akan menyebabkan negara menjadi muflis kerana apa yang dibuktikan di Selangor dengan pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) tidak membawa negeri itu menjadi muflis.

"Hutang PTPTN ini juga satu bebanan kepada golongan graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan, sepatutnya mereka diberi ruang dan bukan diberi hutang.

"Dengan hutang yang banyak serta peluang kerja yang kurang dan akhirnya ia berterusan apabila berkahwin dan menjadi penghutang yang tegar," ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.

Sebelum ini, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajuddin melalui penyelesaian luar mahkamah.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Lobi Israel Untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia?

Posted: 29 Mar 2012 09:27 PM PDT




SHAH ALAM : PKR mendakwa pimpinan Umno-BN memohon bantuan dari Israel dengan melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mengesahkan usaha melobi ini bermula pada tahun 2005.

Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.

Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

"PKR mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap 'talam dua muka' Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata Saifuddin dalam kenyataan media.

Tambah Saifuddin, penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.

"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.

"Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel," kata Saifuddin.

Justeru, PKR mendesak penjelasan kerajaan mengenai pendirian yang diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel.

Rodziah Nafi Berjanji Beri Bantuan Bina Kompleks Anak Yatim Bukit Beruntung

Posted: 29 Mar 2012 09:24 PM PDT




SHAH ALAM : Kerajaan negeri menafikan memberi bantuan sebanyak RM300,000 untuk pembinaan kompleks anak yatim, Rumah Amal Anak Kesayanganku di Bukit Beruntung dan pembinaan jalan masuk ke kompleks itu.

Rodziah Ismail dalam satu kenyataan media, menjelaskan pihaknya pernah menerima permohonan itu tetapi mendapati permohonan mencurigakan.

Tegasnya, kerajaan negeri juga tidak pernah membuat apa-apa perjanjian secara bertulis apatah lagi perbincangan dengan pihaknya.

Malah, tanah yang berkeluasan 11.3 ekar yang terletak di Kampung Tuah, Mukim Hulu Yam itu telah diluluskan untuk diberi kepada Universiti Selangor (UNISEL) dalam mesyuarat Exco pada November 2010.

Sebelum ini, Setiausaha Kerja Rumah Amal Anak Kesayanganku, Mohd Suhaimi Jalaludin mendakwa Kerajaan Negeri Selangor pernah berjanji akan menyumbangkan bantuan sejumlah RM300,000.

Beliau juga mendakwa tanah yang diwakafkan untuk pembinaan kompleks anak yatim itu akan siap tahun ini tetapi terbengkalai selepas sebahagian peruntukan itu didahulukan untuk kemudahan asas jalan raya ke kompleks berkenaan.

Katanya, kompleks yang kini siap 80 peratus itu mempunyai empat blok dengan satu daripadanya digunakan tanpa mempunyai kemudahan air untuk menempatkan 30 anak yatim berusia antara 11 hingga 12 tahun.

Rodziah juga meminta penjelasan jika benar Rumah Amal Anak Kesayanganku mempunyai anak yatim seramai 160-170 orang, di manakah mereka ditempatkan? Apakah perincian perbelanjaaan mereka? Semua perincian ini telah dipohon tetapi sehingga sekarang masih belum berbalas.

"Bagaimana untuk kerajaan negeri berurusan sedangkan alamat yang diberi (Kampung Tuah KM 18) tidak berdaftar dengan POS Malaysia serta alamat emel yang diberi juga telah tidak boleh digunakan.

Katanya, rumah amal itu sehingga kini tidak dapat membuktikan bahawa status tanah yang diduduki adalah tanah wakaf walaupun sudah berkali-kali diminta.

Jelasnya, Pejabat Tanah Hulu Selangor juga memaklumkan terdapat dua buah pondok asrama bagi menempatkan anak-anak yatim, sudah tidak digunakan lagi.

Tambahnya lagi, jalan masuk yang dibuat oleh Rumah Amal Anak Kesayanganku tidak pernah dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Menurut Rodziah yang juga Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, berkemungkinan pembinaan rumah amal didalangi oleh Suhaimi yang mengatakan bahawa ada 'sponsor' yang akan memberi bantuan.

"Dengan itu beliau mengeluarkan tender sendiri dan memanggil kontraktor untuk membuatnya. Kita dapati dia menggunakan nama kerajaan negeri secara tidak sah yang kononnya di bawah satu Jabatan Kebajikan dan Sukan.

"Apabila pihak yang menjanjikan sumbangan sebanyak RM300 ribu itu tidak dapat menunaikannya, beliau berpusing kepada kerajaan negeri dan mengatakan kerajaan negeri sepatutnya membayar harga kontrak jalan ini disebabkan kerajaan negeri mempunyai projek pertanian di kawasan berhampiran," katanya.

PKR Rembau Gesa Umno N9 Mohon Maaf Kepada Guan Eng

Posted: 29 Mar 2012 09:17 PM PDT




SHAH ALAM : Ahli Umno Negeri Sembilan didakwa terlibat di dalam serangan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di dalam Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang bulan lalu.

Oleh itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau mengesa Umno Negeri Sembilan memohon maaf secara terbuka berhubung insiden berkenaan yang mencederakan seorang wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mencabar Umno Seremban memohon maaf secara terbuka ke atas insiden itu dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya yang terlibat.

Badrul yang turut dikenali dengan panggilan Chegu Bard turut mengemukakan beberapa bukti yang mengaitkan perbuatan ganas tersebut dengan Umno Negeri Sembilan.

Di dalam kenyataan medianya, Badrul Hisham, menyertakan gambar-gambar serangan tersebut yang berlaku pada hari perhimpun Hijau di Georgetown pada Feb 26.

Pada hari itu, Lim dan wartawan tersebut diserang sekumpulan remaja yang menggangu himpunan yang membantah pembinaan loji memproses nadi bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.

"Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

"Pada hari yang sama, berdasarkan maklumat yang ada sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang.

"Selepas program tersebutlah mereka ramai-ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan gaduh gempar di tempat awam.

"Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

"Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman," menurutnya lagi.

Tiada ulasan: