Ahad, 25 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Tujuh bulan jadi hamba seks Bangla

Posted: 25 Mar 2012 04:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada 'neraka' berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung," katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

"Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung," katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.-HM




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

AWAS!!! JENTERA PELINGKUP UMNO SUDAH TIBA

Posted: 24 Mar 2012 10:08 PM PDT





DEY MACHA!!!
BAGUIH JUGAK DEPA NI KELUAQ TIME NAK PILIHANRAYA
BAWA CERITA FITNAH SEKS DAN SKANDAL ANWAR
SUPAYA RAKYAT BERTAMBAH BENCI UMNO
KAH! KAH! KAH!

SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN RAKYAT TAK PAYAH KELUAQ MODAI
BIAQ UMNO YANG KELUAQ MODAI
LEPAS TU PELINGKUP DIRI SENDIRI
KAH! KAH! KAH!

BAGUIH-BAGUIH DEDAH BANYAK-BANYAK SIKIT
LAGI BANYAK LU ORANG BUAT FITNAH
LAGI CEPAT BE END MELINGKUP
GUA DAH TAK SABAQ NAK MERDEKA NI
KAH! KAH! KAH!

PUAK-PUAK NI INGAT PAKATAN RAKYAT BOLEH TUMBANG
BILA DEPA CUBA BURUKKAN ANWAR
DEY MACHA!!! KAMI SOKONG PAKATAN RAKYAT BUKAN KERANA ANWAR
KAMI SOKONG PR KERANA NAK TUMBANGKAN BE END
KAH! KAH! KAH!


ANWAR DIKATAKAN HOMOSEKS BERDASARKAN ANTARANYA PENGHAKIMAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN YANG DIBUAT PADA 2004 DAN SEHINGGA HARI INI BELIAU TIDAK MEMBERSIHKAN KENYATAAN TERSEBUT - SENATOR SEKS UMNO YANG CUBA MENCARI KEBENARAN KAH! KAH! KAH!


Biseksual: Nalla tak endah tuntutan maaf Anwar

Senator Datuk S Nallakaruppan tidak akan mengendahkan notis guaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya memohon maaf kerana menuduh ketua pembangkang seorang biseksual.

Sebaliknya, Nallakaruppan - yang juga bekas rakan baik Anwar - berkata, beliau akan menunggu Anwar untuk menyamannya di mahkamah.

"Saya tidak akan endahkan notis ini dan akan terus bercakap mengenai Anwar.

"Saya sangat berbesar hati jika Anwar membawa perkara ini ke mahkamah. Mahu bawa perkara ini ke mahkamah minggu depan pun boleh.

"Saya bersedia jumpa dia dan akan dedahkan banyak perkara lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir sama pada sidang media itu bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha peribadi Anwar, Anuar Shaari dan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali yang kini bersama-sama berikrar untuk menjatuhkan ketua umum PKR itu.

Umi: Anwar akan lari tak cukup tanah

Nalla sebelum ini mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.

Ekoran itu, beliau dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu mendapat notis permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Sementara itu, Umi Hafilda yang konsisten menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menyerang Anwar berkata akan mendedahkan pelbagai lagi "bukti" mengenai perilaku Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Antaranya, menurut Umi Hafilda lagi, beliau mempunyai gambar menunjukkan Anwar, Nallakaruppan dan wanita yang dirujuk sebagai "Shamsidar" dalam sebuah kereta.

"Banyak lagi bukti-bukti. Saya akan buat (timbalan presiden PKR) Azmin (Ali) dan Anwar lari tak cukup tanah.

"Sekarang saya tunggu perdana menteri umumkan bila pilihan raya dan saya akan dedahkan semuanya," katanya.-MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: TEMUDUGE MAT TEGANU

Posted: 24 Mar 2012 06:00 PM PDT


Berape hari yang lepas, satu temuduge kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suarelah pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tige kawan kite dari
terengganu telah dipilih untuk di temuduge.

Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape lagi berdebar-debarlah depa
orang ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!)

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue,
"Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."

Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye berkate "Mu nok takut bende
gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun .
Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok
makang mu".

"Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi". Tibe mase yang ditunggu-tunggu,
make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang
pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la kawan nombor due ni dok tanye ape
soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan nombor satu tadi pun jawap,
"Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak
die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu.Guane nih awang.
Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku
nok jawak."

Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo
sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat
getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat
la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".

Ape lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak tak tahu yang
kawang die nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak keluar-keluar lagi.
Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian
keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la, ape soalan
yang keluar, jawap la kawan no 2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku
buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi."

Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no 2 tadi."
Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".
Ape lagi kelam kabut le kawan kite.

Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende yang susoh sangat ni.
Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang-kawang ni pegi toilet
untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite ni masuk dalam bilk interbiuw tu.

Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke kepelikkan.
Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die menjawap, mase die jawap
ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal semue ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli
panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dengan confident die bagitahu dengan kuat
dan lantang " Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai
terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.

Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai pengajaran untuk anda semue,jangan la cube menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat .



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: