Isnin, 19 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sah! Rasuah Ada Dalam Umno!

Posted: 19 Mar 2012 09:01 AM PDT

Selaku rakyat Malaysia yang bencikan rasuah, kita seharusnya mengalu-alukan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan telah keluar Umno hari ini di sini

Tindakan berani ini dipercayai untuk membuktikan bahawa beliau tidak mahu terus bersekongkol dengan amalan rasuah yang di amalkan dalam Umno.

Walaupun tindakan ini agak lewat sedikit, ianya tetap dilihat sebagai langkah terbaik untuk membenteras amalan rasuah.

Mahathir, walaupun dia sendiri mengakui rasuah memang ada dalam Umno, namun seperti seekor kerbau, dia tetap seronok berkubang dalam lubok kemungkaran tersebut.

Sebelum ini, Abdul Kadir telah diperlekehkan, oleh orang yang ngaku berketurunan 'Tengku', dengan ungkapan sinis - kalau benar ada rasuah dalam Umno, kenapa beliau masih berada dalam Umno?

Maka dengan keluarnya Abdul Kadir dari Umno, maka dengan sendirinya sahlah memang rasuah ada dalam Umno!

Publish Post

Tiada ulasan: