Biaqpila |
- Panas: Tubuhkan Jawatan Kuasa Khas Parlimen Tangani Isu Lynas Bukti Kelemahan Najib Razak
- Pelajar tawar seks cari modal gugur janin
- Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis
| Panas: Tubuhkan Jawatan Kuasa Khas Parlimen Tangani Isu Lynas Bukti Kelemahan Najib Razak Posted: 19 Mar 2012 01:00 AM PDT
Tubuh PSC Isu Lynas Hanya Gimik Pilihan Raya
Surat "Stop Work Of Order" Perlulah Di Keluarkan [Langkah kerajaan menubuhan PSC dikala isu Lynas semakin hangat diperkatakan jelas membutikan mereka telah melakuan satu kesalahan yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Kuantan amnya. Kenapa jawatankuasa khas itu tidak ditubuhkan sejak dari awal-awal projek itu dibawa masuk ke negara ini?. Kenapa selepas mendapat tekanan yang bertalu-talu daripada rakyat barulah kerajaan terhegeh-hegeh mahu menubuhkan PSC. Ternyata projek ini memang ada yang tida kena dan ada bukti jelas pihak-pihak tertentu telah mendapat habuan lumayan atas projek berisiko ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas mendapat perlepasan cukai selama 12 tahun. Kerajaan memang tidak mendapat cukai secara rasminya, tetapi ada piha-pihak tertentu yang mendapat cukai tersebut terus ke poket mereka. Sebab itulah, mereka tidak mahu projek ini dibatalkan dalam apa jua cara sekali pun. ini, satu-satu cara yang terbaik ialah mengajak rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang. Jika ia berjaya, maka tidak mustahil projek ini akan dibatalkan]. pahangdaily KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| Pelajar tawar seks cari modal gugur janin Posted: 18 Mar 2012 11:00 PM PDT ![]() KULIM - "Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal," itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks. Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri. Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu. "Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400. "Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya," katanya. Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil. Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan bawah tiga bulan. Setelah memakan pil, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu. Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis. Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu. Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu. "Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya. "Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu," katanya.-SH DEY MACHA!!! APA KATA ASAN AKIDAH? KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis Posted: 18 Mar 2012 06:38 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 18 Mac: Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini. Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi Malaysia. Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd. Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan. Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu. Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire. “Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan,” tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah. “Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis,” katanya. Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan. “Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat,” tegasnya. KD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan