Isnin, 19 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tauke Dadah Paling Cantik & Seksi Ditangkap

Posted: 19 Mar 2012 06:45 AM PDT



The Sunday Telegraph melaporkan penjenayah pelarian Simone Farrow yang didakwa tauke rangkaian dadah antarabangsa telah ditangkap semula di Australia.

Model bikini dan Penthouse itu telah ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Raya Gold Coast minggu lalu, sebulan selepas dia membayar wang ikat jamin sebanyak A$150,000 (RM485  040).

Farrow memberitahu  pemberita pada hari Sabtu lalu bahawa dia melarikan diri kerana seseorang cuba membunuhnya.

Warga Australia berusia 37 tahun, yang juga dikenali Starr, dijangka muncul di mahkamah minggu ini. Farrow dituduh mengedar methylamphetamine atau dikenal sebagai ais yang dibungkus bersama-sama dengan garam mandian dan produk lain ke Australia.

Pihak polis percaya bahawa Farrow adalah individu penting di balik sindiket dadah terancang yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang. Polis Persekutuan Australia menyiasat Farrow selepas pihak Kastam mengesan tujuh pakej kurier yang mengandungi ais atau bahan kimia yang digunakan sebagai ejen pemotongan untuk dadah pada tahun 2009.

Setelah menyusun maklumat daripada rekod telefon, bank dan pos, polis menahan Farrow pada Oktober 2009, sejurus tiba di Australia dari Hawaii.

Penyiasat juga menyerbu apartmen Farrow di Hollywood dan merampas 85g ais dan dokumen yang berkaitan dengan penghantaran dadah. Farrow membayar wang ikat jamin tetapi dia gagal hadir di dua sesi perbicaraan pada bulan lepas.-DCM




Ahli Parlimen BN Mahu Pengarah Urusan Khazanah Disiasat, Batal Kerjasama MAS-AirAsia yang Didakwa Merugikan

Posted: 19 Mar 2012 05:00 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Bung Moktar Radin mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar ekoran perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airline System (MAS) dan AirAsia yang ditandatangani Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan ini berkata, penggabungan dua syarikat penerbangan itu harus dibatalkan serta-merta kerana didakwa tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat, malah merugikan kerajaan.

"Saya mahu SPRM segera mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azman kerana dilihat cuba meraih keuntungan daripada penggabungan itu.

"Khazanah pun gantilah... pengarah yang baru sudah terlampau lama Azman Mokthar ini mentadbir," kata beliau ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, kerajaan perlu berhenti melakukan kesilapan yang sama sehingga menyebabkan negara rugi.

"Saya menggesa kerajaan membatalkan pengabungan itu daripada terus melakukan kesilapan yang jelas merugikan negara... hal ini akan memusnahkan ekonomi rakyat.

"Mana-mana syarikat yang dimiliki individu tertentu yang boleh merugikan rakyat, saya menggesa SPRM siasat...

Jangan biarkan perkara ini berlaku kerana ia akan merosakkan bangsa," katanya.

Minggu lalu, kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja MAS berkata akan membawa usul berkaitan perjanjian usahasama antara MAS-AirAsia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana tidak puas hati terhadap perjanjian usahasama itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), Abdul Malek Ariff memberitahu, mereka akan menghantar memorandum sama, yang telah diserahkan kepada Najib menentang pakatan MAS-AirAsia kepada Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Malek berkata, Maseu bercadang untuk mendesak wakil-wakil politik untuk menghentikan kerjasama MAS-AirAsia kerana tidak adil kepada MAS, dan turut menambah bahawa perjanjian itu telah menerima tindak balas negatif daripada ahli kesatuan.

Maseu, organisasi yang berpusat di Semenanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun Abdul Malek berkata, tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja.

Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian RM2.52 bilion dalam 2011, yang diumumkan baru-baru ini ekoran kenaikan kos bahan api dan bukan api. 



Isu Wikileaks, Raja Petra: Penjelasan Pejabat Anwar Ibrahim

Posted: 19 Mar 2012 04:43 AM PDT


KENYATAAN MEDIA
19 MAC 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim



P/s: Bukan program debat la bedul UMNO, program wawancara. Bukan PKR yang minta gugurkan RPK bedul UMNO, pihak penganjur yang berbuat demikian. Kasihan Najib, sedarlah diri yang awak itu takut hendak berdebat dengan Anwar. Sudah berkali-kali dipelawa, semuanya ditolak. Siapa yang kecut, siapa yang demam? Kalau mahu menangguk di air yang keruh, lihat betul-betul, pastikan airnya benar-benar keruh!



Pemandu Langgar Pelumba Basikal Rafizi Hamdan SERAH Diri

Posted: 19 Mar 2012 02:30 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,  suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek  enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.


P/s: Soalan cepu emas: Adakah pemandu tersebut akan menyerah diri jika plat keretanya tidak tercicir di tempat kejadian?


 


NFC: PAC Sahkan Ansuran Pinjaman Projek LembuTertunggak Sejak Januari

Posted: 19 Mar 2012 01:56 AM PDT


[Mstar] KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFCorp) masih belummemulangkan ansuran pembayaran pinjaman dana awam bernilai RM250 juta bagi tujuan pembinaan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang mereka terima pada 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri AzmiKhalid berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa NFCorp sepatutnya mula membuat pembayaran pinjaman itu sejak Januari lalu.

"Belum...belum bayar lagi. Berdasarkan apa yang dimaklumkan, pembayaran masih belum dibuat. Sepatutnya pembayaran mula dibuat pada Januari tahun ini," katanyapada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun menurut Azmi, kelewatan pembayaran balik pinjaman berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi NFCorp.

"Ya kita faham mereka perlu membuat pembayaran balik mengikut jadual tertentu. Tapi kelewatan berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi mereka pada ketika ini," katanya.

Sebelum ini Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh memberi jaminan bahawa syarikat berkenaan berupaya membayar balik perjanjian pinjaman antara mereka dengan kerajaan yang diwakili Kementerian Kewangan seperti yang ditandatangani pada Disember 2007.

Menurut NFCorp, mereka menerima pinjaman pertama berjumlah RM7 juta pada Januari 2008.



[PANAS] Kadir Sheikh Fadzir KELUAR PARTI Serta-merta Setelah Bersama UMNO Selama 56 Tahun

Posted: 18 Mar 2012 09:53 PM PDT


[MK] Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatannya selaku ahli parti itu.

"Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang --- selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk Penerangan dan Pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiadak kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir berkenaan dan akan bertindak ke atasnya.


P/s: Bravo, tahniah!




Pasangan Guru Dicekup Khalwat Pukul 3 Pagi

Posted: 18 Mar 2012 07:00 PM PDT


[HM] KOTA KINABALU: Seorang guru wanita berusia 33 tahun mengambil kesempatan cuti persekolahan 'menetap' bersama teman lelakinya yang juga duda anak dua berusia 28 tahun sebelum kedua-dua mereka dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung Unggun Jaya Menggatal, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3 pagi, lelaki berkenaan yang hanya bertuala mengaku teman wanitanya berada di bilik dalam rumah berkenaan secara berasingan, namun pemeriksaan menemui pakaian dan MyKad milik duda berkenaan di dalam bilik guru terbabit.

Terdahulu, sepasukan penguat kuasa JHEAINS mendapat maklumat awam berlaku kegiatan tidak bermoral di rumah lelaki berkenaan sebelum melakukan intipan.

Sebaik mengesan kehadiran wanita di rumah berkenaan, penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka seorang gadis dipercayai adik lelaki terbabit.

Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan ditemui berada di bilik berasingan dengan bertuala dan menafikan ada membawa wanita ke dalam rumah.

Namun, penguat kuasa menemui seorang wanita berada dalam bilik dan mengaku tunang lelaki terbabit.

Bimbang tembelangnya pecah, lelaki berkenaan memberi alasan mereka akan berkonvoi keesokan hari dan wanita itu yang berasal dari Pitas terpaksa bermalam di rumahnya.

Pemeriksaan dalam bilik wanita itu menemui barang milik lelaki berkenaan sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, pihaknya sering menerima aduan mendakwa wanita yang juga seorang guru sekolah rendah sering mengunjungi rumah teman lelakinya terutama pada hujung minggu.

"Soal siasat mendapati duda itu sering berkunjung ke rumah teman wanitanya di Pitas," katanya.





[Kantoi] Plat Kereta yang Melanggar Pelumba Negara Tercicir di Tempat Kejadian

Posted: 18 Mar 2012 06:00 PM PDT

BUKTI...nombor pendaftaran kenderaan terjatuh selepas melanggar penunggang basikal.

TRAGIK...jenazah Rafizi (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah selepas selesai dibedah siasat di HKL.

[HM] KUALA LUMPUR: Sebaik melihat penunggang basikal dilanggarnya maut, seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga kelam-kabut melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran keretanya tercicir berhampiran mayat.

Kini, pemandu kereta itu menjadi 'individu paling dikehendaki' apabila orang ramai yang berhenti menyaksikan kejadian itu menghantar nombor kenderaan berkenaan di laman twitter serta facebook bagi mengesannya yang melanggar seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian yang dipercayai langgar lari itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12 untuk menyertai aktiviti berbasikal bersama ahli kelab lain maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala kerana dilanggar dari belakang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Menurut abang ipar mangsa, Akmal Hanif, 40, arwah seorang yang minat sukan lumba basikal dan pernah menyertai beberapa kejohanan sebelum ini meskipun bukan pelumba profesional.

"Arwah tidak menunjukkan sebarang petanda aneh cuma dia kelihatan gembira kerana baru menimang cahaya mata kedua kira-kira dua bulan lalu, malah isterinya juga baru saja habis berpantang. "Memang setiap hujung minggu, arwah akan berbasikal dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi untuk berjumpa rakan kelab yang lain bagi menyertai aktiviti yang disediakan selain menjalani latihan ringan," katanya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, jenazah adik iparnya itu yang berasal dari Seremban dan bertugas sebagai pegawai bank di CIMB Bank Jalan Raja Laut itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang, selepas Asar.



P/s: Pemilik kenderaan WCK 2290 (TM pula yang kantoi, WCK, bukan WCX, maaf), anda hendak lari ke mana?


Permintaan Terakhir Seorang Ibu

Posted: 18 Mar 2012 05:26 PM PDT




PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.
PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.


[HM] KUALA LUMPUR: "Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu.

"Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai," kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

"Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

"Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. "Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya," kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.

"Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka," katanya.

Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya, hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.

"Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.

"Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya, tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu semula dengan anaknya," katanya.

Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.

"Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Hashimah berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat anak Ros dapat menghubunginya di talian 012-3948980 atau 016-3355921.



P/s: Harap bekas suaminya membaca laporan ini dan memenuhi permintaan wanita tersebut.


[Wajib Baca] Bagaimana Kerajaan BN "MEMBANTU" Orang Melayu Kelantan??

Posted: 18 Mar 2012 05:00 PM PDT

Datuk Husam pernah mengulas isu ini. Selepas menggoogle, saya jumpa tulisan ini di blog beliau:


[CH] Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.

Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'. 




Tiada ulasan: