Isnin, 12 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Majlis Pertunangan Anak Najib - Mentekedarah Meratah Rakyat Sendiri

Posted: 12 Mar 2012 09:08 AM PDT

Apa tidaknya kalau bukan mentekedarah - melapah dan meratah rakyat sendiri - bila PM Najib gunakan wang rakyat RM 409,767 untuk meraikan majlis pertunangan anaknya dengan pemuda dari negara komunis Kazakh!

Ha! ha! ha! Seronok betul Najib kerana dapat bakal menantu seorang komunis! - hingga mentekedarah mengalahkan nafsu syaitan legenda Raja Bersiong yang ketagihkan setitis dua darah manusia.Tetapi Najib ni memang parah kerana sanggup meratah dan melapah daging rakyat sendiri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792

Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975

Kos pengendalian RM81,000

Jumlah RM409,767

Dokumen, itu menamakan setiausaha peribadi PM Mohd Po'ad Jelani sebagai orang kenalan utama untuk tempahan mendedahkan bahawa ia telah dilakukan di bawah akaun pejabat PMO.


Dalam seksyen bil, Shangri La berkata bahawa PMO akan mengemukakan surat akujanji pada 15 Jun 2011.

Majlis tersebut telah dikategorikan sebagai 'makan malam OCS', dan memerlukan tiga hari sebelum acara dan minuman pra-fungsi untuk malam itu.

Macamana Najib mahu menafikan perkara ini apabila jelas bahawa PMO telah digunakan untuk majlis yang tertutup. Mana ada majlis tertutup dibayar melalui pejabat Perdana Menteri? Baca beritanya di sini

Bekas Ketua Polis Negara Sokong Bersih?

Posted: 12 Mar 2012 12:53 AM PDT


Bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan beliau melindungi tokoh kongsi gelap atau berkonspirasi dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menganiaya bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuf.

Saya bersih , katanya di sini

Tiada ulasan: