Isnin, 12 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Dahulu dan Kini: Siapa PM Malaysia?

Posted: 12 Mar 2012 08:30 AM PDT



Dahulu:



P/s: Kah kah kah!



Pemandu Asyik MENGHENJUT dengan Teman Wanita, Kenderaan Terbabas ke Tepi Jalan

Posted: 12 Mar 2012 05:00 AM PDT


fjsen.com melaporkan sebuah kereta pacuan empat roda merempuh bahagian belakang sebuah kereta mewah yang diletakkan di tepi Jambatan Yanwu, Xiamen, China. Menurut keterangan saksi di tempat kejadian, pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu dipercayai sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya sebelum kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh kenderaan tersebut. 

Pemilik kereta mewah yang mahu dikenal sebagai Xiao Dong berkata beliau menghentikan keretanya di tepi  Jambatan Yanwu. Semasa dia dan seorang rakan menikmati permandangan dan angin laut sekitar pukul 9:00 malam, sebuah kenderaan 4WD tiba-tiba merempuh bahagian belakang keretanya.

Bimbang kemalangan itu mungkin suatu komplot yang sengaja direka oleh penjenayah, Xiao Dong dan rakannya tidak keluar dari kereta. Apabila mendaapti tiada sesiapa pun yang keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu,  Xiao Dong pergi menjenguk kenderaan itu dan terkejut apabila melihat sepasang kekasih dalam keadaan mengaibkan.

"Seorang wanita dalam keadaan panik sedang memakai coli dan teman lelakinya pula sedang mencapai pakaian yang berselerak di tempat duduk belakang," katanya.

Tiga minit kemudian, pasangan berusia 20-an  itu turun dari 4WD itu. Kedua-duanya berkali-kali meminta maaf daripada Xiao Dong dan menawarkan pampasan untuk kerosakan keretanya.

Kereta Xiao Dong mengalami kerosakan yang tidak begitu serius dan dia menganggarkan kos baik pulih sekitar 3000 yuan (RM1 430), namun pasangan itu hanya mampu membayar  1 000 yuan (RM477). Xiao Dong menerima wang tersebut dan memaafkan pasangan itu. -DCM


P/s: Fenomena berahi tidak terkawal!



Isu NFC: Suami Shahrizat DIDAKWA Atas 4 Pertuduhan di Mahkamah

Posted: 12 Mar 2012 01:21 AM PDT



[MK] Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.

Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

 
Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berbaju kurung dan bertudung serba putih hadir bagi mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah dan bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Namun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.Isu NFC timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.

P/s: Mengapa anak-anak Sharizat tidak didakwa?

Antara KEIKHLASAN dengan GULA-GULA PILIHAN RAYA?

Posted: 11 Mar 2012 11:10 PM PDT

Berita penuh boleh di baca di sini.

Bercakap soal ikhlas atau gula-gula politik, hal ini melibatkan semua parti politik. Ada pemimpin yang benar-benar ikhlas membantu sehingga sanggup mengeluarkan wang poket sendiri. Ada pemimpin yang sanggup turun naik jabatan kerajaan untuk menyelesaikan masalah penduduk.

Jika bantuan yang dihulurkan itu ikhlas, insya-Allah, pihak tersebut akan terus membantu tanpa mengira sama ada waktu itu sudah hampir dengan pilihan raya atau tidak. Jika bantuan yang dihulurkan itu bersifat gula-gula politik, maka anda akan dapat bantuan yang dijanjikan itu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Kepada penduduk yang terlibat, nilaikanlah sama ada bantuan yang dihulurkan itu ikhlas atau hanya gula-gula politik.



Lolipop Berbahaya

Posted: 11 Mar 2012 10:55 PM PDT

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.

"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.

Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.

[Video] Isu Video Bogel: Artis Kata "Sumpah, bukan saya", Jurublog Kata "Kami ada bukti"

Posted: 11 Mar 2012 06:15 PM PDT


Sumpah, bukan saya'

[HM] KUALA LUMPUR: "Saya sanggup bersumpah yang semua gambar dan video itu bukan saya. Apa yang dibuat RotiKaya.com adalah fitnah yang meninggalkan kesan negatif kepada nama saya," kata Melia Aimelia mengulas mengenai isu video lucah miliknya yang dimuat naik oleh blog hiburan itu.

Pelakon muda itu ketika dihubungi semalam menegaskan dirinya dianiaya hingga membuatkannya tertekan. Klip video lucah berdurasi 10 saat itu dikatakan miliknya dan diserahkan kepada RotiKaya.com oleh seorang pelakon.

Menurut Melia, tindakan pihak RotiKaya.com menyiarkan gambar tersebut dan terus menuduh dirinya adalah tidak profesional.

"Mengapa terus menjatuh hukum sedangkan mereka kawan saya yang boleh menghubungi saya terlebih dulu. Saya sangat kecewa dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera," katanya.

Melia sudahpun membuat laporan di Balai Polis Sentul kerana menyifatkan dirinya difitnah.

Melia yang berada di Terengganu hanya optimis ketika mengulas dan menganggap perkara ini sebagai asam garam menjadi anak seni.


'Kami ada bukti'

[HM] KUALA LUMPUR: "Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih," kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

"Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.
 




 

Contoh Tindakan yang Memburukkan Imej Hukum dan Agama Islam

Posted: 11 Mar 2012 05:41 PM PDT


[SH] BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 14 remaja di Iraq maut akibat direjam dengan batu sejak tiga minggu lalu kerana mengenakan potongan rambut pelik dan pakaian menampilkan imej Emo (berseluar ketat serta memakai simbol tengkorak) yang didakwa berunsur amalan pemujaan syaitan.

Tindakan mengerikan itu diambil di kawasan kejiranan puak Syiah di Baghdad selepas Kementerian Dalam Negeri menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman ke atas pengikut Emo yang terpengaruh dengan budaya dari Barat itu pada bulan lalu.

Enam lagi remaja termasuk dua perempuan dilaporkan cedera akibat dipukul sebagai amaran supaya mereka meninggalkan imej pelik dan kebaratan.

Gambar mangsa yang terkorban tersebut turut dipaparkan di dalam laman sosial Facebook dan ia turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan remaja lain di negara itu.

Sementara itu, seorang ahli Parlimen, Saffiyah al-Suhail berkata, pada minggu lalu, beberapa pelajar telah ditahan kerana memakai seluar jean buatan Amerika dan meniru gaya potongan rambut seperti orang Barat.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, pemimpin tertinggi Syiah, Ayatollah Ali al-Sistani mengkritik tindakan merejam sampai mati tersebut dan menyifatkannya sebagai perbuatan ganas ke atas remaja.


P/s: Kitab mana yang diikut oleh mereka? Kononnya mahu melindungi orang Islam daripada budaya yang menyesatkan, namun akhirnya mereka menjadi "pembunuh"!


Berkaitan:

Pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa Acheh dalam menangani masalah ini lebih bijak dan memberikan kesan yang mendalam kepada remaja yang terlibat. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa dapat membendung penularan wabak hedonisme tanpa menimbulkan kebencian baik masyarakat Islam mahupun pihak luar. Walaupun ditentang atau dikritik oleh remaja/pihak yang terlibat, namun pendekatan yang digunakan, iaitu mengajak mereka bersembahyang secara berjemaah, mengikuti ceramah pembersihan jiwa, dan sebagainya adalah sesuatu pendekatan yang positif untuk remaja-remaja yang terlibat.

Kontroversi Budaya Punk Gegar Acheh
Anggota kumpulan punk melalui proses pemulihan dengan menyertai sembahyang berjemaah dan ceramah agama yang disediakan oleh pihak berkuasa.


[UM] SEGALA-GALANYA bermula pada 10 Disember lalu apabila sekumpulan anak muda menggerakkan usaha mengadakan konsert rock punk di Banda Aceh, Indonesia.

Mesej utama konsert itu khabarnya untuk mengutip dana bagi membantu anak-anak yatim.

Maksud penganjuran konsert itu sangat manis dan sarat dengan nilai-nilai murni.

Namun yang menjadi titik persoalan ialah apakah kewajaran konsert rock punk dianjurkan di wilayah istimewa Indonesia yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.

Rentetan daripada situ, ia mencetus kontroversi panjang. Seramai 64 anak muda dengan imej punk ditahan pihak berkuasa.

Apabila penangkapan mereka mendapat perhatian media, ia sekali gus mengundang kekecohan di kalangan masyarakat yang ralit mengikut isu tersebut.

Bukan hanya ditangkap oleh polis, bahkan, pejuang-pejuang imej punk itu turut diberi 'hukuman' segera dengan membotakkan kepala mereka.

Anak-anak muda itu juga dibawa ke sebatang sungai untuk direndamkan sebelum dibawa ke sesi ceramah pembersihan jiwa.

Pemerintah Aceh tentunya mempunyai asas untuk melaksanakan hukuman itu kerana umum sedia maklum, wilayah istimewa Aceh harus bebas daripada segala budaya yang boleh menjahanamkan kesucian agama Islam.

Namun dari satu sudut pandangan lain, pejuang-pejuang punk ini pula bangkit mempertahankan pendirian mereka.

Tegas jurucakap kumpulan punk itu, Yudi, dia dan kesemua temannya yang berimejkan budaya pop yang diimport dari barat itu bukanlah penjenayah.

"Kami sekadar menganjurkan konsert untuk membantu anak-anak yatim. Bahkan, kami juga memperoleh keizinan dan permit daripada pihak polis dan Majlis Ulama Indonesia. Kami tidak membawa sebarang benda berbahaya atau dadah seperti yang didakwa polis," tegas Yudi.

Nada kecewa Yudi kedengaran cukup tebal apabila dia mempertahankan bahawa kumpulan punk yang dianggotainya itu sudah lama merancang untuk mengadakan konsert amal seperti itu.

Kekecewaannya tambah berganda apabila dia mendakwa, kumpulan punk itu sering disalah faham oleh masyarakat sebagai puak yang tidak mempunyai arah dalam hidup.

"Kami sering digambarkan sebagai golongan yang tidak mempunyai masa depan, sering ditahan polis dan pihak berkuasa agama," tegasnya seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post baru-baru ini.

Sebetulnya, imej punk di mata masyarakat Timur bukanlah sesuatu yang manis dan elok untuk diterima sebagai sebahagian daripada budaya hidup.

Bukan saja di Aceh, bahkan di kebanyakan negara di dunia ini, budaya pop punk ini ditakrifkan sebagai puak yang mudah terdorong ke dalam kancah tidak bermoral.

Yudi pada masa sama turut mempersoalkan sejauh mana kebenaran hukum syariah di Aceh dilaksanakan kerana wujudnya diskriminasi dalam penentuan bentuk hukuman.

"Komuniti punk ini tidak menentang pelaksanaan hukum syariah tetapi seandainya berlaku diskriminasi dalam soal pelaksanaan hukuman terhadap golongan-golongan tertentu, ia membawa maksud penguatkuasaan hukum syariah tidak berada di landasan yang betul," kritik Yudi dengan menjadikan kes penahanan kumpulan punk sebagai rujukan.

Pandangan Yudi itu bagaimanapun disanggah pihak polis yang menegaskan, golongan punk di Aceh berjaya mengaburi mata pihak berkuasa di sebalik niat mereka mahu beramal.

Sedangkan hakikatnya, Ketua Polis Wilayah Aceh, Iskandar Hassan mendedahkan, semasa tangkapan dilakukan pihak polis menemui minuman keras dan dadah bersama-sama remaja punk itu.

"Itu alasan utama kenapa polis menahan mereka," jelasnya sambil menegaskan kesemua 64 remaja punk itu ditempatkan di Sekolah Polisi Negara (SPN) di Seulawah, Aceh Besar kira-kira 60 kilometer dari Banda Aceh.

Iskanda turut menafikan, kesemua yang ditahan polis menerima hukuman yang keras.

"Sebaliknya, kami mendidik mereka selama 10 hari untuk mengubah pemikiran mereka yang dijajah oleh budaya kurang sihat dan membantu mereka kembali memilih jalan yang baik untuk masa depan," tegas beliau lagi.

Apa yang menarik perhatian juga, kesemua pejuang punk ini sebelum dipindahkan ke SPN, Seulawah mereka terlebih dulu dibotakkan kepala supaya bebas daripada imej rambut Mohawk dan direndamkan ke dalam sungai untuk membersihkan diri.

'Hukuman' itu bagaimanapun disifatkan beberapa pejuang punk itu sebagai meragut nilai kemanusiaan.

"Kami dibotakkan kepala secara paksa. Ini benar-benar melanggar batas kemanusiaan saya sebagai warganegara untuk memilih gaya hidup sendiri," kata Wawan salah seorang anggota punk.

Wawan dan rakan-rakan seangkatan dengannya tidak mampu menghalang apabila pihak polis membotakkan kepala mereka.

Di kalangan lelaki, ada juga gadis remaja yang turut aktif dalam perjuangan punk yang akhirnya terpaksa menangis teresak-esak apabila anggota polis wanita membuang imej rambut cacak di kepala mereka.

"Ibu bapa saya sekalipun tidak pernah melayan saya seperti ini. Mereka telah melanggar hak asasi saya sebagai manusia," kata Nanda sambil menangis.




Kronologi Skandal NFC

Posted: 11 Mar 2012 05:24 PM PDT

Klik imej untuk paparan penuh.

Tiada ulasan: