Isnin, 12 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan

Posted: 12 Mar 2012 03:45 AM PDT




KUALA LUMPUR – Pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri berkuatkuasa April depan disifatkan sebagai keputusan separuh rela memandangkan beliau masih belum bersedia melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya Shahrizat ingin meletakkan jawatan, beliau seharusnya melepaskan kesemua kedudukan yang disandang termasuk di dalam parti.

Menurutnya, tindakan Shahrizat itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau masih belum bersedia untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

"Dia (Shahrizat) nak letak jawatan sebagai menteri, tetapi tidak mahu lepaskan jawatan dalam parti.

Ini adalah keputusan separuh rela dan tiada kesungguhan. Kalau tak bersalah, kenapa nak lepaskan jawatan?

Dengan meletakkan jawatan, ia membuktikan salah laku yang telah dibuat. Shahrizat perlu melepaskan kedua-dua jawatannya," tegasnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyarankan Shahrizat supaya mendengar nasihat Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee supaya segera melepaskan kedua-dua jawatannya dan tidak bermain tarik tali terhadap keputusan yang dibuat.

"Saya rasa eloklah Shahrizat mendengar nasihat Syed Ali iaitu ahli Umno sendiri.

Kenyataan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang mewakili DAP," katanya.

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita Umno, beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

Sementara itu, Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

Kit Siang: Dasar Umno/BN Punca masalah Perkauman

Posted: 12 Mar 2012 03:42 AM PDT




SHAH ALAM : Pucuk Pimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menjadi menyebabkan negara menghadapi masalah perkauman dan agama yang teruk.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang, walaupun negara telah lama merdeka serta pelbagai dasar perpaduan cuba diketengahkan namun masalah perpaduan antar kaum, bangsa dan agama tidak tercapai.

Katanya kegagalan tersebut berpunca dari fahaman politik sempit Umno-BN serta budaya perkauman yang sengaja dihidupkan untuk kepentingan politik.

Katanya, bukan sahaja kaum India dan Cina malah kaum melayu turut merasai perkara yang sama apabila banyak berlaku ketidakadilan terutamanya dalam pengagihan status ekonomi serta sosial.

" Bukan sahaja kaum India tetapi semua kaum termasuk melayu, mereka rasa dipinggirkan oleh Umno dan saya ingat dalam parlimen dua tahun dulu…saya ada menanyakan semua Menteri adakah mereka menyokong konsep 1Malaysia? tetapi apabila saya tanya, tiada siapa pun yang berani menentangnya.

" Adakah kerajaan pimpinan Najib melambangkan 1Malaysia? jika tidak mengapa semua kaum merasakan dipinggirkan oleh Najib," ujarnya dalam ucapan di di Majlis Makan Malam sempena Sambutan empat tahun pentadbiran PR.

Justeru katanya, Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang rakyat mempunyai kuasa untuk menukar kuasa kerajaan seperti yang berlaku pada tahun 2008.

" Kita mahu mengamalkan negara yang demokrasi yang normal dalam masyarakat, sebagai rakyat kita mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan seperti tahun 2008 dan sebagai mengamalkan sistem dua parti, kita akan terus ke Putrajaya serta kita mesti memberi reformasi yang baru kepada Umno-BN.

" Biar Najib jadi Ketua Pembangkang pula dan biarlah Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri barulah Malaysia akan berubah," katanya.

Tambahnya, satu cabaran bagi PR dan rakyat untuk memimpin negara akan datang kerana tanpa perubahan
besar dalam PRU 13, masalah dalaman negara yang dipimpin oleh Umno-BN tidak akan selesai.

" PR mahu berjuang untuk membina satu masyarakat di mana semua rakyat tidak kira kaum dan agama mendapat tempat yang sewajarnya dalam tanah air kita," katanya.

Katanya lagi, Najib sepatutnya memohon maaf kepada PR atas kesilapan yang paling besar dilakukannya pada Kerajaan Negeri Perak dengan merampas kuasa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

" Baru-baru ini beliau memohon maaf atas kesalahan Umno-BN yang lalu, haruskah kita terimanya?
kalau dia ikhlas jujur kita patut terimalah..Tetapi adakah kita tahu beliau memohon maaf untuk apa? jadi dia tidak serius, jujur dan ikhlas," katanya.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata perkara seumpanya sentiasa berlaku dalam Umno-BN seperti apa yang pernah diperkatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, 'tiada pemimpin Umno yang tiada masalah'.

" Mungkin apa dia kata sebelum ini benar, mana ada pemimpin Umno yang tidak ada masalah, apabila sampai satu masa dia desak untuk letak jawatannya…kita pun berkata mana ada pemimpin umno yang tiada masalah dan itulah yang kita hadapi dinegara kita," jelas beliau lagi.

YDPA Rasmi Sidang Parlimen ke- 12, Penggal Kelima

Posted: 12 Mar 2012 03:40 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke- 12.
Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Dataran Parlimen kira-kira pukul 10 pagi.

Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashaari.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Ini merupakan kali pertama Tuanku Abdul Halim merasmikan persidangan Parlimen selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lepas.

Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima mulai 1970 hingga 1975. - bernama

Shahrizat Letak Jawatan Tak Semesti Terlepas Dari Siasatan NFC, Kata PR

Posted: 12 Mar 2012 03:39 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan keputusan Datuk Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak- kanak dilihat sebagai mengiyakan pendedahan demi pendedahan yang dibuat gagasan itu selama ini bersabit penyelewengan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan, meskipun Sharizat mengumumkan akan meletakkan jawatan pada April depan, siasatan berkaitan penyelewengan NFC membabitkan ahli keluarganya tetap perlu diteruskan oleh pihak berwajib.

"Letak jawatan bukan salah satu penyelesaian dan tidak cukup. Pihak berkuasa mesti menyiasat dan mendakwa kalau ada kes penyelewengan. Tindakan letak jawatan itu akan memudahkan pihak berkuasa membuat siasatan selepas ini."

"SPRM lebih mudah untuk siasatan bila dia tidak lagi memegang jawatan menteri," katanya kepada Anatarapos.com, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli pula menyifatkann keputusan Shahrizat adalah hasil desakan berterusan daripada Pakatan Rakyat.

Namun, beliau berkata keputusan itu dibuat agak lewat dan sepatutnya dibuat lebih awal iaitu sebaik sahaja isu penyelewengan NFC mula dibangkitkan.

Rafizi juga percaya keputusan itu bukanlah tindakan suka rela sepertimana yang diberitahu Sharizat sebelum ini.

"Itu keputusan yang tepat. Sepatutnya beliau sudah buat lama. Tetapi asalkan dia terima hakikat bahawa rakyat benar- benar marah dengan penyelewengan wang yang keluarga beliau. Saya tidak lihat perletakan jawatan itu sukarela. Ia tindakan hasil daripasa tekanan berteusan dari Keadilan dan Pakatan Rakyat. Ia sebenarnya satu pengesahan bahawa pendedahan yang dibuat Keadilan setakat ini tepat," katanya.

Sharizat semalam, mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet berkuatkuasa 8 April depan sebaik sahaja tamat tempoh jawatan senator Dewan Negara yang disandangnya tamat.

Sharizat mula dihambat kontroversi apabila NFC yang dimiliki suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dan anak-anak, dilaporkan gagal mencapai sasaran penubuhannya oleh Laporan Audit Negara 2010.

"Mula- mula dia kata ini fitnah dan rekaan semata- mata. Kemudian dia saman dan akhirnya dia terpaksa terima hakikat bahawa tidak ada satu pun fakta yang kita dedahkan, dia boleh sangkal," ujarnya.

Beliau memberitahu AntaraPos.com, pihaknya tetap akan meneruskan perjuangan mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan NFC yang menerima dana awam daripada kerajaan sebanyak RM250 juta.
Dalam pada itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan mengapa Shahrizat menunggu sehingga 8 April untuk meletak jawatan dan bukannya berkuat kuasa serta merta.

"Hatta selaku Menteri pun, Shahrizat masih tertakluk sebagai penjawat awam. Maka, sejajar dengan peruntukan penjawat awam sedia ada, mana-mana penjawat awam yang terlibat sama ada secara langsung berkepentingan atau tidak, harus diberhentikan secara serta merta ?," soalnya dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata jika benar Shahrizat ikhlas untuk berundur, maka beliau hendaklah segera meletak jawatan dihadapan 222 anggota Dewan Rakyat yang mula bersidang hari ini.

Persidangan ini hanya akan berakhir 12 April depan.

Malek Noor Selamat Bergelar Suami Pakar Pediatrik

Posted: 12 Mar 2012 03:35 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


PETALING JAYA : Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

"Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu," katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

"Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula," ujarnya.

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Hasan Ali Akan Saman Dua Pemimpin Pas Kerana Fitnah

Posted: 12 Mar 2012 03:32 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


BATU PAHAT : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali Datuk akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman kepada dua pemimpin Pas itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.
"Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.
"Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.
Ceramah berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar daerah ini.
Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat unit di bawah KBS telah menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di
seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.
Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga JATI.

Rafizi: PM seleweng wang rakyat untuk majlis pertunangan anak beliau?

Posted: 12 Mar 2012 03:30 AM PDT

Rafizi Ramli


Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792
Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975
Kos pengendalian RM81,000
Jumlah RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar atas) selaku Pengarah Strategi Keadilan.

Islam, Anwar dan Yahudi

Posted: 12 Mar 2012 03:21 AM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Hassan


Kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) mengenai kedudukan Israel telah memadamkan isu liwat yang dimainkan sekian lama oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan TV3. Walaupun mereka tahu yang Malaysia telah menjadi rakan dagang ke-15 Israel malah Perdana Menteri Malaysia dahulu sendiri pernah bertemu Perdana Menteri Israel sikap hipokrit mereka tetap berterusan. Tanpa segan silu mereka mengolah skrip untuk memfitnah Anwar walaupun penjelasan telah diberikan. Samada isu yang sedang dimainkan BN ini akan menguntungkan politik mereka atau sebaliknya hanya PRU 13 dapat tentukan jawapannya.

Kedudukan Israel dalam konteks realiti politik dunia ditentukan kuasa besar imperialis kapitalis Amerika. Tidak perlu diceritakan secara mendalam mengenai penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang ditaja British dengan muslihat tersendiri. Saya yakin pembaca sekalian telah maklum dan mempunyai persepsi sendiri mengenainya. Artikel ini tidak bertujuan memperincikannya.

Tetapi selain dari melihat sejarah penubuhannya kita juga harus terbuka dan berani melihat secara jujur realiti dunia hari ini. Kedudukan umat Islam yang lemah dalam segenap bidang dan sebahagian besar dunia Islam berada di bawah pengaruh Amerika maka amat wajar strategi menangani masalah Israel Palestin disemak kembali. Pun begitu strategi dan pendekatan kita tidak harus lari dari saranan agama (Al Quran) serta mengambilkira pengalaman serta amalan di zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dan Khalifah Ar-Rasyidin dan sejarah zaman kegemilangan Islam kemudiannya.

Walaupun ada kumpulan yang mengambil pendekatan keras dan tidak mahu berunding langsung dengan Israel, seperti kata Anwar kita hormati pendirian mereka. Memang mudah untuk sesiapa mengambil pendirian sebegitu apabila kita berada jauh dan tidak merasai sendiri penderitaan akibat konflik yang berterusan ini. Tetapi mereka mungkin mengambil pendirian berbeza jika berada pada kedudukan dan terpaksa menanggung sendiri penderitaan dari masa ke semasa.

Samada kita bersetuju atau tidak mengenai kewujudan Israel secara realitinya hampir seluruh negara di dunia ini sudah mengiktiraf negara itu samada secara langsung atau tidak langsung. Keputusan bersetuju menerima penyelesaian konsep dua negara (two states solution) tajaan PBB bukan sahaja diterima banyak negara di dunia malah pertubuhan Hamas dan Al-Fatah juga bersetuju dengan syarat tertentu (dengan kontingen meminjam istilah Anwar).

Memang lunak dan sedap didengar apabila sentimen dan emosi ummah didendangkan. Akan tetapi persoalannya apakah sentimen dan emosi yang dikumandangkan dalam realiti kini itu akan membawa natijah yang positif kepada ummah terutama kepada penduduk Palestin itu sendiri. Justeru kerana itu saya berpendapat bijak pandai-bijak pandai Islam mesti mengkaji kembali persoalan Palestin/Israel ini berasaskan kepada perspektif Al Quran, Al Hadith dan realiti sejarah itu sendiri.

Di bawah ini penulis ingin memanjangkan ayat-ayat Al-Quran yang menganjurkan kepada worldview yang universal yang mana baik secara implisit mahupun eksplisit persoalan kaum Yahudi dan agama mereka ada terdapat di dalamnya. Dalam surahAl-Imran ayat 64 Allah s.w.t. berfirman yang membawa erti

"Katakanlah (wahai Muhammad) 'WahaiAhli Kitab marilah kita bersama-sama dalam satu pengajaran yang sama antara kami dan kamu; iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan sesuatu jua pun, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah." Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka "saksikan" kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam".

Dalam surahAl-Imran ayat 84 Allah s.w.t. berfirman yang membawa erti

"Katakanlah wahai Muhammad Kami beriman kepada Allah dari apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan apa yang dikurniakan kepada Musa dan Isa dan sekalian Nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza beza seseorang pun di antara mereka dan kami semua tegak di atas perintah Tuhan dengan semangat Islam."

Dalam surah An-Nisa ayat 136 pula Allah s.w.t. berfirman yang membawa erti

"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua beriman kepada Allah dan rasul-rasulnya dan kitab yang telah diturunkan kepada Rasulnya dan juga kepada kitab kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya dan hari akhirat maka sesungguhnya ia telah tersesat ke jalan yang amat jauh".

Dalam surahas-Saf ayat 9 pula Allah s.w.t. berfirman yang membawa erti

"Dialah Tuhan yang mengutuskan rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya dia melahirkannya di atas semua agama seluruhnya walaupun dibenci oleh semua kaum yang musyrik."

Dalam surahAl-Baqarah ayat 136 Allah s.w.t. berfirman yang membawa erti

"Katakanlah (ikrarkanlah) kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub dan anak-anaknya dan apa yang dikurniakan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa dan yang dah dikurniakan kepada semua Nabi yang diutus daripada Tuhan mereka (sesungguhnya) kami tidak akan membeza-bezakan antara seorang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh golongan-golongan fanatik terhadap nabi-nabi mereka masing-masing dan kami semua tegak di atas perintah Allah dengan semangat Islam."

Dalam surahal -Baqarah ayat 62 Allah s.w.t. berfirman yang membawa erti


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman (terhadap Al-Quran dan orang-orang yang mengikuti (Kitab-Kitab Suci) Yahudi, dan orang-orang Nasara (Kristian) dan orang-orang Sabi'in sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari Akhirat serta beramal salih, maka bagi mereka itu pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dan berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Kalau kita rujuk pula kepada pendekatan Rasulullah s.a.w. dalam menangani persoalan masyarakat majmuk Madinah melalui Piagam Madinah, kita dapati pendekatan baginda terbuka kepada kesemua bangsa dan penganut agama termasuk kepada bangsa Yahudi itu sendiri. Kesemua bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama itu dilayan dengan adil asalkan mereka patuh dan setia kepada piagam tadi. Memang dalam zaman Rasulullah S.A.W baginda ada memerangi kabilah-kabilah Yahudi yang tidak jujur dan setia kepada piagam tadi. Tindakan baginda ini dibuat bukan atas dasar mereka itu kaum Yahudi akan tetapi kerana mereka tidak setia kepada prinsip kenegaraan Madinah yang menjamin keadilan kepada kesemua tidak kira apa bangsa dan penganut agama. Demikian juga atas prinsip yang sama semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah ini memerangi orang-orang Islam yang tidak setia kepada prinsip Negara melalui peperangan Ar-Riddah.

Daripada fakta-fakta di atas dapat disimpulkan pendekatan dan dasar pemerintahan Islam ialah bersifat terbuka, inklusif dan ke arah keadilan dan kebenaran kepada kesemua anggota masyarakat tidak kira bangsa dan penganut agama.

Atas dasar dan prinsip inilah juga kita lihat dalam sejarah apabila Salahuddin Al-Ayubi dapat mengambil Baitul Muqaddis daripada kuasa Kristian beliau mengajak porang-orang Krisitian dan Yahudi supaya datang semula ke situ hidup bersama dan bebas menyelenggarakan upacara-upacara agama masing-masing.

Kalau kita rujuk pula kepada sebuah naskhah kecil yang berjudul "The Meaning of Life in the Andalus" keluaran Fundacion Roger Garaudy, kita dapati juga wujud sifat keterbukaan yang sama di kalangan ulama-ulama Islam seperti Ibn Rusyd dan Ibn Al Arabi. Menariknya pula sifat keterbukaan demikian juga terdapat kepada pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian pada period itu iaitu Maimonides (Yahudi) dan Alfonso, the Wise (Kristian).

Memang kita semua sedar dan tahu bahawa negara Israel kini dikuasai oleh puak-puak Zionismeyang angkuh, sombong dan jahat. Bagi mereka bangsa mereka berada di kelas pertama manakala bangsa Arab ialah bangsa kelas kedua. Walaupun puak-puak Zionis yang menguasai bumi Israel ini berjiwa apartheid, akan tetapi saya percaya masih ada di kalangan orang-orang Yahudi yang baik di Israel dan lebih lagi-lagi di luar negara Yahudi itu yang tetap mendokong semangat humanisme universal. Kumpulan ini menghadapi kesukaran untuk memimpin umat Yahudi apabila negara itu terus menghadapi tentangan dan konfrantasi daripada negara-negara luar, terutama negara-negara Islam itu sendiri. Justeru kerana itu puak apartheid dan hegemonisme Zionisme masih boleh menguasai bumi Israel dan umat Yahudi pada keseluruhannya.

Senario sedemikian juga boleh wujud dalam tiap-tiap bangsa dan penganut agama di dunia ini tidak terkecuali juga di kalangan umat Islam itu sendiri. Hakikat ini dapat dilihat dalam masyarakat dunia Islam. Apabila wujud pencerobohan dan penaklukan kuasa besar maka bangkitlah kumpulan ekstrimesme, dogmatisme dan militan untuk berdepan dan melawan kuasa besar tadi secara kekerasan dan senjata.

Sesungguhnya sifat ekstrimisme, dogmatisme dan militan selalunya akan hidup dengan subur apabila sesuatu masyarakat itu mendapat tekanan dan tindasan daripada kuasa asing. Sifat fanatisme, dogmatisme, ekstrimisme dan militan ini memang disukai oleh kuasa-kuasa hegemoni dunia. Kebangkitan kumpulan-kumpulan ini lebih senang untuk menjadi perangkap kepada konspirasi canggih kuasa-kuasa hegemoni dunia. Kejatuhan banyak negara-negara Islam kini termasuk negara-negara di benua Arab ke bawah zon kuasa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah ekoran daripada wujudnya fenomena-fenomena demikian.

Memandangkan kepada fakta-fakta demikian maka pendekatan masyarakat Islam terhadap Israel hendaklah di-review semula. Oleh itu apa yang dinyatakan oleh Anwar (gambar kiri) dalam interview dengan Wall Street Journal harus dilihat melangkau kepentingan politik pilihan raya di negara ini. Selagi worldview Islam tidak terbuka dan bersifat inklusif maka selagi itulah umat Islam dan masyarakat dunia akan menjadi mangsa kepada perancangan politik jahat kumpulan hegemoni yang menjadi teras kepada sejarah politik penjajahan dunia. Memang sudah menjadi dasar penjajah atau pihak hegemoni untuk memecah-belahkan umat Islam dan puak-puak humanis dunia dalam agama-agama lain. Kejayaan kuasa-kuasa penjajah dalam mewujudkan penganut-penganut agama yang dogmatisme, ektrimisme dan militan dan saling benci-membenci di antara satu sama lain baik dalam konteks suatu penganut agama mahupun dalam konteks antara pelbagai penganut agama boleh membantu ke arah memanjang usia kuasa politik dan ekonomi mereka di dunia ini.

Dalam kontek sini sikap ummah kini terhadap negara Israel secara tidak langsung membantu puak-puak Zionisme dengan dokongan dan sokongan kuasa hegemoni Amerika untuk terus menguasai bumi Palestin demi untuk melemahkan masyarakat Arab. Justeru kerana itu ummat Islam hendaklah kembali kepada pendekatan Al-Quran dalam menangani masalah karenah politik jahat hegemoni dan Zionisme dunia kini.

Pendekatan Al-Quran boleh mewujudkan kekuatan dan keterbukaan worldview umat Islam itu sendiri. Melalui pendekatan demikian barulah kita dapat melihat pengajaran Al-Quran selaku kitab Illahi yang terakhir dapat berfungsi sebagai "to confirm and to superseed" kitab –kitab Illahi sebelum. (Keagungan pengajaran Al-Quran ini dapat dibuktikan kepada pendeta-pendeta agama-agama lain melalui jalan muzakarah antarabanga. Sudah tentu keagungan pengajaran Al-Quran ini hanya boleh dibuktikan melalui metodoloji pentafsiran secara hikmah mengikut jalan ulama-ulama terutama ulama-ulama mutakhadimin yang otoritas) Dan dengan demikian barulah kita dapat meletakkan al-Quran di atas mercu persada dunia. Dengan meletakkan Al-Quran di atas mercu demikian barulah Al-Quran boleh berfungsi sebagai "problem solving" kepada kesemua masalah yang wujud dalam dunia kini demi keadilan, kebenaran, kasih-sayang dan keharmonian sejagat.

*Nik Abdul Aziz Nik Hassan adalah bekas pensyarah Jabatan Sejarah dan Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM.

Budak bawah umur ganggu ceramah Anwar

Posted: 12 Mar 2012 03:21 AM PDT

"Kita juga mendapati ada budak-budak bawah umur. BN telah salah guna budak-budak muda ini," kata Pengarah Pilihanraya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.



MELAKA: BN sengaja membawa pemuda samseng untuk menganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Solok Baruh, Bachang malam tadi.

"Mereka hantar budak-budak hingusan untuk menakut-nakut orang ramai yang hadir ke ceramah Anwar.

"Kita juga mendapati ada budak-budak bawah umur. BN telah salah guna budak-budak muda ini," kata Pengarah Pilihanraya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.

Katanya,. kira-kira 3, 000 telah menghadiri ceramah Anwar tersebut.

Mohd Yusof juga mendakwa pemuda-pemuda tersebut yang dipercayai diupah oleh BN mengganggu sepanjang laluan ke tempat ceramah Anwar.

"Mereka bermotosikal membawa bendera BN untuk mengganggu laluan ke tempat ceramah supaya orang menjadi takut.

"Tetapi orang datang juga, lebih kurang 3, 000 orang manakala ceramah Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam juga 70 orang," tambahnya lagi.

Saya ditahan dalam keadaan lapar dan dahaga

Posted: 12 Mar 2012 03:14 AM PDT

Mazlan Aliman,

Tindakan Kerajaan BN Sabah yang didalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.

Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?


Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya dikawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.

Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.

Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.

Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!
Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.

Himpunan 123

Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam dilayan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?

Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan BN!

Apa salahnya di bawa masuk wakil2 NGO dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?

Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan?

Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib ditumbangkan!

-------------------------------------------

Penulis, AJK PAS Pusat, telah dihalang memasuki Sabah malam tadi. Beliau ditahan dan dihantar balik kemudiannya ke Semenanjung.

LAPORAN BERKAITAN

Mazlan Aliman ditahan, dihalang masuk Sabah

Maki wartawan: Adnan gali kubur sendiri

Posted: 12 Mar 2012 03:12 AM PDT

Khairil Abdul Rahim,


KUANTAN: "Mana-mana pemimpin yang memaki hamun wartawan bermakna sedang menggali kubur sendiri," kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Beliau mengulas insiden Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang secara terang-terang menjerit mengatakan "wartawan bodoh", "akhbar bodoh" dan mengulanginya beberapa kali ketika sidang medianya selepas perasmian Karnival Buku Pahang 2012 di sebuah hotel di sini kelmarin.

Beliau juga dikatakan turut mengusir wartawan-wartawan daripada akhbar Cina dan disaksikan oleh orang ramai.

Adnan bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan akhbar-akhbar Cina yang yang menurutnya menyiarkan kenyataan beliau berkaitan sisa proses kilang Lynas akan dilupuskan di lombong tinggal di Sungai Lembing.

Suhaimi berkata, sepatutnya jika kenyataan tersebut bohong beliau memanggil sidang akhbar dan menafikannya bukan bertindak secara emosi.

"Wartawan adalah pelapor kepada rakyat apa yang kerajaan yang mereka pilih, ingin lakukan dan mereka bekerja secara profesional. Takkan itupun Menteri Besar tak tahu.

"Jadi mengusir wartawan samalah seperti mengusir rakyat. Sebab itu saya kata beliau mahu menggali kubur politiknya," katanya.

Tambah Suhaimi, jika Adnan bertindak lebih matang beliau boleh mengarahkan pengawal hotel terbabit menghalang terus wartawan akhbar Cina masuk ke dalam hotel itu daripada menjerit dan menghalau wartawan berkenaan.

Sementara itu Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) turut mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh".

Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu dan menganggapnya sebagai menghina maruah wartawan, biadap dan turut mencampuri kebebasan media.

Menurut saksi, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sebelum ini Adnan juga pernah dikaitkan dengan "samseng" kerana pernah menunjukkan isyarat lucah ketika hari pencalonan Pilihan raya Kecil Sanggang, Temerloh.

Adnan juga pernah naik angin dalam dewan undangan apabila dicelah oleh ketua pembangkang daripada PAS ketika itu Ustaz Idris Omar.

PRU13: PAS Perak pastikan ada calon DHPP

Posted: 12 Mar 2012 03:10 AM PDT

Salmiyah Harun,

KUALA LUMPUR: PAS Perak akan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi untuk calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Persuruhjaya PAS negeri itu, Ustaz Abu Bakar Husin (gambar), kerusi DHPP itu masih dalam pertimbangan khususnya tempat sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun Parlimen.

Tambahnya, sebanyak empat calon yang dikemukakan oleh PAS Perak bagaimanapun mereka menyerah kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan calon mana akan dipilih.

"Kita akan lihat kerusi mana yang sesuai dengan calon termasuklah juga tapisan yang akan dilakukan agar calon menepati syarat yang dikehendaki PAS. Mereka mesti melepasi tapisan PAS Pusat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga berharap DHPP Perak akur dengan apa yang akan diputuskan oleh PAS Pusat nanti.

"Kalau seorang sahaja calon DHPP yang diputuskan, kita harus akur dengan keputusan PAS Pusat itu," katanya yang telah menghantar senarai calon DHPP sebulan yang lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, pihaknya belum bersedia untuk meletakkan calon DHPP dalam PRU13 ini.

Beliau berkata, Negeri Sembilan tidak termasuk dalam sasaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Penasihat DHPP Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Kita melihat dari segi keperluan, kerjasama DAP dan PKR amat baik untuk memberi keyakinan kepada bukan Islam di Negeri Sembilan," katanya.

Terdahulu, Mujahid mensasarkan enam kerusi dari DHPP dipertandingkan dalam PRU akan datang termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ekoran itu, PAS Johor telah mengemukakan tiga calon DHPP manakala PAS Selangor pula telah memperuntukan kerusi Dun kepada sayap parti PAS itu.

Najib popular: Rakyat boleh beza intan dan kaca

Posted: 12 Mar 2012 03:08 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak merasa terkejut dengan kajian Merdeka Center bahawa populariti Datuk Seri Najib Razak meningkat berbanding tahun lalu.

Bagi DPPM, kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar), ini merupakan berita biasa dan dan suah acapkali didengar menjelang pilihan raya umum.

Katanya, DPPM berpandangan, populariti Najib naik kerana beliau dibandingkan dengan seteru politik beliau di negara ini.

"Dalam keadaan politik negara yang tidak seimbang, demokrasi yang tempang, amat sukar pemimpin lain khususnya Pakatan Rakyat boleh mengatasi populariti Najib," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, semua media utama negara dimiliki oleh kerajaan milik Najib, dan semua jentera kerajaan juga di bawahnya, lalu tidak sukar untuk menjadikan beliau seorang yang popular.

Dengan peningkatan menjadi 69 peratus kali ini, Datuk Seri Najib dilihat dalam kedudukan terkuat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Katanya, itulah hasrat Najib dan Umno bagi memastikan mereka boleh menang dalam PRU ke13.

Ini, ujar Riduan adalah petanda dekatnya PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

"Hakikat sebenarnya Datuk Seri Najib amat gentar sekiranya populariti beliau jatuh merudum berbanding dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Sudah tentu, beliau tidak senang duduk jika semua lensa kamera dan fokus yang selama ini terarah kepada beliau, tiba-tiba beliau menjadi tidak popular pula," ujarnya lagi.

Pastinya, kata beliau jika hasil kajian menujukkan sebaliknya, PRU13 akan ditunda lagi setahun akan datang.

Bagi DPPM, kata Riduan popular tidak semestinya menggambarkan seseorang itu baik kerana populariti boleh diraih dengan penonjolan yang dibuat.

Namun demikian, ujarnya kebaikan akan terserlah tanpa seseorang itu menjadi popular.

Apa yang lebih penting, tambah beliau rakyat mahukan pemimpin yang baik dan bersih, bukan pemimpin yang popular.

Rakyat sendiri, katanya lagi akan menilia benarkah seseorang pemimpin itu baik atau tidak di pandangan mata mereka tanpa perlu direka-reka imej pemimpin dimata masyarakat.

Oleh itu, ujar Riduan DPPM tidak merasa gentar dengan peningkatan populariti Najib.

"Pentas politik bukan ditentukan oleh populariti, piawaiannya adalah pada baiknya imej seseorang dan parti pimpinannya. Rakyat lebih mengenali yang mana 'satu intan dan mana satu kaca'," ujarnya.

FGVH ke Parlimen, PAS buat persediaan rapi

Posted: 12 Mar 2012 03:06 AM PDT

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan terus membawa isu Felda khususnya penyenaraian Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat penggal kelima yang bermula hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub (gambar) berkata, pihaknya sudah membuat persediaan yang rapi dalam isu Felda termasuk akan menyatakan fakta-fakta yang jelas mengenai keburukan penyenaraian FGVH sewaktu sesi perbahasan nanti.

"Kita akan memberikan yang terbaik pada kali ini. Kita sudah membuat persediaan yang secukupnya dan kita akan memberikan fakta-fakta yang lebih jelas khususnya tentang penyenaraian FGVH.

"Kita rasa inilah masa dan medan terbaik untuk kita membawa hasrat hati nurani peneroka yang mahukan masa depan mereka lebih terjamin.

"Ini masa terbaik untuk kita gunakan dan kita akan bawa isu FGVH ini dengan ruang yang ada di persidangan kali ini," kata Naib Presiden PAS itu ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

Dalam titah yang di-Pertuan Agong, baginda menyebut kerajaan kerajaan telah memperkenalkan dasar-dasar dan program-program yang berkaitan transformasi luar bandar yang menggariskan pendekatan strategik bagi membuka ruang dan kaedah baru meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar termasuk Orang Asli dan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak.

Antara pendekatan ini titah baginda, adalah pewujudan Pusat Transformasi Luar bandar, yang pertama di Gopeng, Perak sebagai pusat integrasi perkhidmatan. Selain daripada itu, Felda turut melaksanakan program meningkatkan lagi taraf sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli pula berkata, isu Felda yang sedang membarah di kalangan peneroka kini tidak dapat diselesaikan hanya melalui titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya berliau berkata, ianya memerlukan penjelasan kerajaan terutama penyenaraian FGVH yang menimbulkan rasa tidak puas hati peneroka.

"Isu Felda ini adalah isu yang sangat teknikal dan melibatkan beberapa perkara yang sangat besar ertinya kepada peneroka dan kepada kerajan negeri.

"Jadi saya tidak yakin Tuanku boleh menyebut secara detail apa yang hendak disampaikan. Namun kita merasakan isu felda ini tidak boleh diselesaikan hanya dengan disebut dalam ucapan begini.

"Banyak perkara yang sudah mula timbul dan memerlukan penjelasan kerajaan dalam perbahasan nanti," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Shahrizat undur tidak kembalikan RM250 juta

Posted: 12 Mar 2012 02:59 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Biarpun menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri, namun PAS mengingatkan rakyat bahawa pengunduran itu tidak mampu mengembalikan semula wang yang dipinjam RM250 juta.

Naib Presdien PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengunduran Shahrizat yang hanya selepas tamat tempoh senator itu juga, tidak mampu memadamkan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang masih tidak ada sebarang penjelasan.

"(Datuk Seri) Najib tak sambung Shahrizat dengan harapan dapat buang beban yang ditanggung Umno BN.

"Tapi dengan letak jawatan sahaja, tak upaya memulangkan kembali wang rakyat RM250 juta yang dipinjam. Isu ini tetap jd beban kepada mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat hari ini yang mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini.

Beliau bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Beban beralih kepada Muhyiddin

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu NFC bukan isu pribadi yang hanya melibatkan Shahrizat, tapi ia berkait soal integriti sebuah kerajaan.

Rakyat ujarnya masih menantikan penjelasan bagaimana dana ratusan juta itu boleh diberikan oleh kerajaan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat yang diketahui tidak bepengalaman.

"Ini soal integriti kerajaan dan (Tan Sri) Muhyiddin juga bertanggungjawab kerana beliau menteri pertanian ketika itu yang mempengerusikan jawatankuasa pemilih yang memberikan projek itu kepada syarikat milik keluarga Shahrizat.

"Bersediakan Najib tubuh suruhanjaya diraja siasat timbalannya Muhyiddin," cabar Mahfuz.-Harakahdaily

Si Najib “murahan” diselar lagi: Mampukah dia habiskan RM400k untuk sebuah meja makan?

Posted: 12 Mar 2012 02:56 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Nampak gayanya, rasuah semakin menjadi-jadi di Malaysia dengan peneraju utamanya adalah Najib Razak yang menjadi contoh untuk menteri kabinet yang lain. Jika tuduhan terhadap beliau adalah benar, Najib seharusnya dibawa ke muka pengadilan.

Bukan sahaja beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pemimpin berusia 59 tahun itu mungkin mengecewakan lagi rakyat apabila mereka mendapat tahu pada Jumaat lepas bahawa Perdana Menteri telah menggunakan wang rakyat bagi membayar perbelanjaan majlis pertunangan anaknya.

"Ini bukan perkara kecil. Ia mungkin hanya RM409 767 tetapi ia menunjukkan betapa teruknya kerajaan kita yang sanggup menggunakan dana kerajaan untuk membiayai perbelanjaan peribadi PM dan juga menteri kabinetnya," ujar pengarah strategi PKR Rafizi kepada sidang media yang dinanti-nantikan pada juamaat lepas.

Rafizi menunjukkan bukti dengan sebuah salinan pesanan untuk majlis makan daripada Shangri La Hotel, yang menjadi penyedia makanan untuk majlis pertunangan yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri. Inbois berjumlah RM 409,767 itu telah dibilkan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Rafizi juga memberitahu wartawan bahawa Najib mungkin membayar balik bil tersebut tetapi ia masih lagi satu penyalahgunaan kuasa kerana menggunakan jabatannya untuk menguruskan majlis tersebut yang dihadiri oleh 1000 orang jemputan. Menurut Rafizi lagi, perkara ini telah menimbulkan spekulasi mengenai pendapatan Najib.

"Jika dia telah bayar balik, kami mahu tahu dari mana dia dapat wang tersebut. Ia sangat banyak, hampir setengah juta untuk majlis pertunangan," tambah Rafizi.

JPM tolak dakwaan Rafizi yang mungkin sudah melakukan banyak pembongkaran

Sementara itu, JPM telah menolak dakwaan tersebut dalam kenyataan 2 perenggan yang dikeluarkan mereka. Ini hanyalah membayangkan betapa Rafizi mungkin telah melakukan pembongkaran yang tepat.

Walaupun telah 3 tahun menjadi PM, Najib telah dihujani dengan pelbagai dakwaan rasuah. Masih kuat spekulasi yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan juga menerima ganjaran RM 570 juta daripada sebuah firma Perancis, DCN yang menjual 2 buah kapal selam Scorpene pada tahun 2002.

"Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepatutnya memohon maaf atas dakwaan beliau yang palsu itu. Ia berupa fitnah dan memburukkan nama Perdana Menteri," menurut kenyataan daripada JPM.

"Tiada dana rakyat yang digunakan untuk membiayai kos majlis pertunangan anaknya, ia telah dibiayai sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau."

Walaubagaimanapun, kontroversi pembiayaan majlis pertunangan anak Najib itu, Nooryana Najwa yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin di Kazakhtan tahun lepas bukanlah kontroversi pertama. Semasa lawatan rasmi ke sana pada Jun lepas, Najib dan isterinya Rosmah Mansur telah didakwa membawa bersama mereka jemputan mereka untuk menghadiri majlis pertunangan Nooryana di sana.

Jemputan mereka itu didakwa telah diterbangkan ke sana menggunakan kelas Pertama sebagai sebahagian daripada delegasi lawatan rasmi. Perbelanjaan itu telah ditanya di Parlimen. Kementerian Luar terpaksa mengakui bahawa kos perjalanan berjumlah RM 1.1 juta.

Pembongkaran kecil daripada skandal-skandal yang lebih besar

Perbelanjaan mewah telah lama membelenggu pentadbiran Najib. Bukan sahaja rosmah yang menjadi perhatian kerana kemaruk membeli-belahnya, koleksi beg tangan Birkin dan cincin berlian benilai USD 24 juta, Najib sekeluarga juga telah diketahui pergi bercuti di Perth semasa Hari Malaysia.

Yang paling teruk, Najib telah menggunakan jet kerajaan untuk membawa tetamunya ke Perth. Apabila tertangkap, sebab yang mereka beri adalah mereka telah ke sana untuk majlis rasmi bersama pelajar Malaysia dan najib telah memberikan sebuah ucapan yang memberikan inspirasi kepada pelajar kita. Tetapi malangnya untuk Najib, para pelajar cepat-cepat menidakkan dakwaan tersebut di Facebook dan terus memburukkan situasi untuk keluarga Perdana Menteri.

"Ini mungkin sedikit sahaja daripada skandal-skandal besar yang kita tidak tahu. Sepatutnya ada siasatan dan penelitian dalam perbelanjaan JPM. Jawapan samar-samar dan memberi nilai secara keseluruhan tidak dapat diterima. Sepatutnya ada perincian perbelanjaan. Ini adalah perkara asas dan ia sepatutnya diketengahkan kepada rakyat demi kepentingan mereka," ujar Rafizi.

Hubungan dengan Kazakhstan

Tetapi sekarang, semua mata tertumpu pada Kazakhstan. Baru-baru ini, diketahui bahawa pengarah Pusat Feedlot Kebangsaan telah membeli apartmen bernilai RM1.7 juta yang bakal digunakan sebagai ofis di Almaty, di bahagian selatan Kazakh.

Pengarah NFC adalah suami dan anak kepada Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Mereka telah didakwa menyalahgunakan kuasa dan menyalahgunakan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar, Singapura dan sekarang, Kazakhstan.

Perjanjian pinjaman itu mengatakan bahawa ia hanya boleh digunakan untuk membangunkan projek ternakan lembu- mengukuhkan dan menguruskan "sebuah pusat Feedlot yang konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia untuk membangunkan, mempromosi dan menjaga pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu…"

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFCorp sememangnya tidak menternak lembu atau mendapatkan dagingnya di Kazakhstan tetapi membeli apartmen di sana," ujar Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua dalam kenyataan beliau pada hari Khamis.

Najib menyaksikan penjanjian 5 memorandum persefahaman di Kazakhstan. Salah satu di antaranya adalah berkait dengan NFC yang membuat perjanjian dengan pihak Kazakh untuk mengimport daging lembu di Malaysia.

"Beliau tidak dapat lari lagi. Dalam kes Kazakh-NFC, beliau harus berterus-terang. Bagaimana beliau sebagai PM dan menteri kewangan boleh endorse perjanjian yang menyalahi perjanjian pinjaman NFC, yang bertujuan melindungi kepentingan rakyat Malaysia. Ini adalah wang rakyat. Sama juga dengan RN409 767 untuk majlis pertunangan anaknya di Putrajaya. Adakah kita akan membayar segalanya untuk mereka, baik kecil atau besar? Jika ini adalah penyalahgunaan kuasa, bukan sahaja ia salah tapi ia jenayah. Rasuah itu jenayah dan tidak boleh dibenarkan berlaku," tegas Rafizi.Malaysia Chronicle

Walau dalam perletakkan jawatannya, Sharizat menipu rakyat - Surendran

Posted: 12 Mar 2012 02:47 AM PDT

N Surendran


Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Kabinet Shahrizat Jalil hari ini bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai menteri pada 8 April apabila kuasa senatornya tamat. Pengumuman ini adalah satu percubaan terang-terangan untuk menipu rakyat supaya berfikir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan BN telah mengambil tindakan tegas ke atas skandal NFC, dan Shahrizat telah bertanggungjawab diatas perlakuannya.

Menurut Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, para menteri perlu dilantik dari ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Kerana tempoh Shahrizat sebagai senator berakhir pada 8 April, jawatan menterinya juga mesti berakhir mengikut Perkara 43. Oleh itu bagaimana Shahrizat boleh membuat kenyataan yang dia akan meletak jawatan pada 8 April? Malah, dia tanpa perasaan malu telah berpaut pada jawatan menteri itu sehingga saat akhir.

Tiada kesungguhan untuk menghukum perasuah

Sungguh berat skandal NFC dan Shahrizat sepatutnya sudah lama meletak jawatan. Najib dan Shahrizat sepatutnya berpegang pada prinsip tanggungjawab menteri dan accountabilti yang merupakan aspek penting dalam kerajaan demokrasi berparlimen. Sekali lagi, Umno BN telah mengenepikan amalan demokrasi yang sebenar dan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Kami juga terkejut bahawa Shahrizat Jalil akan masih memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno. Ini membuktikan bahawa UMNO tidak mempunyai keupayaan, kecenderungan atau kuasa moral untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah. Adakah ini kerana begitu ramai pemimpin Umno sendiri sudah terpalit dengan rasuah dan korupsi?

Najib mesti membuktikan bahawa tuntutan reformasi dan tadbir urus yang baik bukanlah slogan kosong yang bertujuan untuk meraih undi semata-mata. Shahrizat wajib pergi sekarang! Najib dan pihak yang berkaitan juga perlu memastikan bahawa tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab akibat kerugian besar yang ditanggung rakyat dalam skandal NFC.

N Surendran adalah naib presiden PKR

Umno gunakan Wan Azizah untuk mempertahankan Shahrizat

Posted: 12 Mar 2012 02:45 AM PDT


KUALA LUMPUR— Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata kepada pemberita bahawa keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.

"Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?" kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri.

Shahrizat pada November lalu turut mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Presiden PKR atas kesalahan jenayah yang dilakukan suaminya sekiranya beliau dipaksameletak jawatan sebagai menteri terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta.

Amad turut menambah hari ini bahawa Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat disebabkan kontroversi terhadap kerajaan, bukannya parti.

"Beliau membuat keputusan tersebut kerana beranggapan perkara itu akan memberikan kesan kepada kerajaan persekutuan," katanya.

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin Hussein turut mempersoalkan "berapa ramai pemimpin pembangkang ... berani untuk melakukan perkara sama yang telah dilakukan Shahrizat?"

Perletakan jawatan Shahrizat itu dibuat selepas empat bulan setengah pendedahan-pendedahan dibuat terhadapnya kerana menggunakan dana awam melalui Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) bagi membeli RM62 juta tanah, hartanah, dan pernelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu.

PKR dan DAP serta merta menuntut beliau meletak jawatan dalam parti dan bukannya menipu rakyat dengan mengumumkan perletakan jawatan "separuh hati".

NFCorp ditugaskan untuk menguruskan projek penternakan lembu itu dipengerusikan oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan, telah dianugerahkan kepada syarikat tersebut pada 2006, yang mana Shahrizat merupakan ahli Kabinet pada ketika itu.

Beliau sebelum ini telah menolak gesaan meletak jawatan daripada pemimpin Umno termasuklah daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan beliau "hanyalah isteri" kepada Salleh, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap entiti tersebut.

NFC menjadi topik hangat setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Nagara 2010 menyatakan projek berkenaan gagal mencapai sasaran.

Polis turut mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFC atas tuduhan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak berkuaa itu menjalankan siasatan dengan lebih terperinci.

Namun demikian, The Malaysian Insider difahamkan bahawa mereka akan didakwa di mahkamah hari ini.

Shahrizat telah dilantik sebagai menteri pada 2001 dan mengekalkan jawatan berkenaan sehingga 2008, apabila beliaun tewas dalam pilihan raya umum.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berkenaan hal ehwal wanita dan pembangunan sosial, sebelum menyambung semula portfolio Kabinetnya setahun kemudian.

Kes bunuh pensyarah mungkin oleh orang dalam

Posted: 12 Mar 2012 02:42 AM PDT

MALAYSIA KINI
Kes pembunuhan dua beranak melibatkan seorang pensyarah dan bapanya yang mayat mereka ditemui di rumah mereka di Taman Kinrara, di Puchong, malam tadi, berkemungkinan dilakukan oleh 'orang dalam'.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, polis belum menemui kesan kecederaan seperti kesan tikaman dan kesan pergelutan atau mangsa diserang dengan objek tajam.

Abd Razak berkata mangsa Zara Eleena Omar Peter, 23, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian swasta di Lembah Klang dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di bilik berasingan di rumah itu pada 9.50 malam tadi.

Beliau berkata hanya kesan pendarahan dalaman yang dipercayai menyebabkan darah terkeluar daripada mulut pensyarah wanita itu, manakala kesan darah juga ditemui pada bapa wanita itu.

"Kita sudah hantar kedua-dua mayat mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kita masih menunggu laporan forensik untuk mengesahkan sama ada mangsa diracun atau dibunuh dengan cara lain," katanya ketika dihubungi di ibu negara hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan rumah mangsa disamun dan dipecah masuk.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati sejak empat hari lepas di mana mayat Zara Eleena ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan kesan darah di mulut, manakala mayat bapanya ditemui tertiarap di katil dengan beberapa kesan darah ditemui di rumah mereka.

Menurut saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata Zara dan bapanya merupakan seorang yang peramah dengan saudara-mara dan tidak mempunyai masalah dengan orang lain.

"Saya selalu melawat Zara, sebab dia tinggal seorang diri di rumahnya dan saya dapati dia tidak mempunyai sebarang masalah...saya difahamkan sebelum kejadian ini Zara ada menelefon bapanya mengatakan beliau mengalami sakit perut lalu bapanya datang ke rumah untuk melihat keadaan anaknya itu dan dari situ tiada khabar berita mengenai mereka," katanya ketika ditemui di HKL.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

DAP cabar Najib siasat kelakuan Peguam Negara

Posted: 12 Mar 2012 02:38 AM PDT

MALAYSIA KINI

Perdana Menteri dicabar menubuhkan sebuah tribunal kehakiman berhubung dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya 'menganiaya' pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

najib and ghani patail ganiIni berikutan dakwaan rasuah dan pencabulan undang-undang berhubung kes pada tahun 2007 yang dikatakan melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Johari Baharom telah tidak melalui Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tetapi sebaliknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh.

Dalam kenyataan medianya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tribunal kehakiman perlu ditubuhkan bukan sahaja untuk menyiasat Gani, tetapi juga Musa dan juga Ketua Pengarah BPR ketika itu Datuk Zulkipli Mat Noor yang telah menyiasat perkara itu dan membersihkan nama antara satu sama lain.

gani patail musa hassan and anwar black eye incident"Kepentingan awam menuntut bahawa seharusnya ada inkuiri kehakiman bukan sahaja menyiasat hingga ke akar umbi kejadian pada tahun 2007 yang dilakukan oleh pegawai peringkat tertinggi kerajaan, termasuk tuduhan serius salah guna kuasa oleh Peguam Negara sehingga menjejaskan undang-undang tetapi juga bukti baru yang menunjukkan Ramli dan pegawai polis yang lain dijadikan mangsa, begitu juga dengan mengenai insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ke bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli," katanya.

Ramli mendakwa memiliki bukti baru dalam kedua-dua kes, kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasatan.

Abdul Gani didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 talkPemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh tetapi dibebaskan tahun lalu.

Johari juga dituduh melakukan amalan rasuah dan disoal-siasat oleh BPR, tetapi akhirnya dibersihkan.

PKR akan failkan usul tergempar berhubung AG

Posted: 12 Mar 2012 02:37 AM PDT

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.

NONESesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Sivarasa berkata usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.

"Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan," kata Sivarasa.

shahrizat announce to resign as minister 110312Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.

Seorang lagi pemimpin PKR, Zuraidah Kamaruddin, pula akan memfailkan usul tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu pada Jumaat ini.

Ceramah Anwar terus diganggu

Posted: 12 Mar 2012 02:19 AM PDT

Siri jelajah dan ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diganggu malam tadi walaupun tidak ada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Kali ini, penceramah BN yang juga mengadakan ceramah mereka di lokasi yang sama hanya sekadar menjadi pengacau dan mencetuskan provokasi semata-mata.

anwar ceramah at melakaDua lokasi tumpuan semalam adalah di dalam kawasan Parlimen Bukit Katil yang dijalankan di Solok Baroh, Kampung Pasir Puteh, Bachang dan lokasi kedua di Parlimen Jasin iaitu di Kampung Sebatu Sungai Rambai.

Namun, sesi ceramah umpama keadaan di pasar borong apabila pentas kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN yang dipelopori beberapa pemimpin setempat dari Umno cuma dipisahkan dalam jarak kurang 30 meter sahaja.

Perang pembesar suara berlaku apabila masing-masing melontarkan hujah bagi meraih sokongan dan keyakinan penyokong tidak sampai 2,000 orang itu.

Kata-kata kesat

Penceramah Umno yang dilihat banyak menggunakan kata-kata kesat dan tidak profesional itu lebih menyentuh soal isu peribadi Datuk Seri Anwar.

anwar ceramah at melakaKeadaan itu menimbulkan suasana hangat di kalangan hadirin namun mujur kehadiran ratusan anggota polis yang mengawal keadaan, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada sesi ceramah malam tadi, tiada isu baru yang dibangkitkan selain, sekali lagi mengulangi hasrat mahu rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang dengan menyingkirkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan lambakan kesilapan dilakukan kerajaan Najib terus menjadi senjata utama pemimpin terbabit yang mahukan rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

anwar ceramah at melakaAntara yang disentuh, isu kerajaan BN mengadakan hubungan dengan rejim Zionis dan isu berkaitan projek lembu oleh NFC.

Dalam pada itu, Anwar turut melahirkan rasa lega, berikutan sokongan di kalangan generasi muda yang dianggap mula sedar dengan kelemahan kerajaan sedia ada kini dan mula beralih arah terhadap perjuangan dibawa Pakatan Rakyat.

Sementara itu, sesi ceramah yang diadakan di Kampung Sebatu Sungai Rambai, berlangsung dengan tenang dan dihadiri kira-kira 2,000 penyokong.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan ADUN Bachang, Goh Leong San.

Anak Taib diarah senaraikan harta dalam 7 hari

Posted: 12 Mar 2012 02:17 AM PDT

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib untuk mengemukakan dokumen berkaitan asetnya kepada bekas isteri beliau.

NONEKeputusan itu telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah Mohamad Abdullah yang menolak bantahan awal yang dibuat oleh peguam Mahmud Abu Bekir.

Dengan ini, pengerusi Cahaya Mata Sarawak itu diwajib menyenaraikan asetnya dalam masa tujuh hari bagi menentukan tuntutan harta sepencarian yang dibuat oleh bekas isterinya Shahnaz A Majid.

Menurut tuntutan Shahnaz, bekas suaminya mempunyai pelbagai aset dalam bentuk saham, hartanah di dalam dan luar negara.

Berikutan penceraian itu, beliau menuntut harta sepencarian dan hadiah berjumlah RM400 juta.

Kedua-dua Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz hadir di mahkamah, hari ini.

Enggan kemuka lesen: Inkuiri tanah adat terjejas

Posted: 12 Mar 2012 02:16 AM PDT

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menyiasat dakwaan pencerobohan dalam hak-hak tanah adat kaum pribumi menghadapi masalah dengan syarikat-syarikat pembalakan yang enggan mengemukakan lesen pembalakan mereka.

NONELesen itu, kata Pesuruhjaya Suhakam Jannie Lasimbang, adalah penting dalam mencari parameter di mana syarikat-syarikat balak berkenaan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pembalakan mereka.

"Saya tidak mahu menamakan sebarang syarikat tetapi terdapat beberapa percanggahan, kami mahu periksa lesen mereka dahulu, untuk melihat sama ada ia bukan lesenterhad, yang tidak termasuk tanah adat.

"Adalah sukar jika kita tidak dapat melihat lesen itu, kita hanya terpaksa bergantung kepada jabatan tanah dan ukur," katanya ketika dihubungi.

Menurut Lasimbang, mengikut konvensyen, lesen membalak mesti mempunyai syarat-syarat yang melindungi orang tanah orang asli seperti yang memerlukan kajian dan rundingan awam sebelum sesuatu projek boleh dimulakan.

NONESiri pertama pendengaran awam bermula di Serian, Sarawak, pada 27 Feb dan akan berakhir di Miri denagn pendengaran yang dijadualkan pada 12-14 Mac.

Siasatan itu adalah sebagai respons kepada 1,098 aduan yang diterima oleh suruhanjaya itu mengenai pencabulan tanah hak tanah adat pribumi sejak tahun 2002

Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh

Posted: 12 Mar 2012 02:14 AM PDT

Ratusan orang dari beberapa kumpulan NGO termasuk mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan menyertai himpunan '123 Bangkit' di Kota Kinabalu, pagi ini, bagi mempertahankan tanah adat daripada terus dicerobohi dan pelbagai masalah lain di negeri itu.

NONEPerhimpunan yang dianjurkan oleh NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum mereka berarak ke Wisma Innoprise - yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Peserta yang berhimpun sejak jam 7 pagi, mula bergerak ke bangunan itu - yang terletak kira-kira 200 meter dari padang berkenaan - kira-kira jam 9 pagi bagi menyampaikan memorandum menuntut supaya tanah adat dikembalikan kepada rakyat dan diberikan kepada pemilik asalnya.

Bagaimanapun Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan, sebaliknya mereka hanya dibenar berkumpul di sebatang pokok di hadapan bangunan itu.

NONE"Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja.

"Wakilnya datang ke pokok berkenaan... Jadi kita buat keputusan kita batal serah memorandum. Kita akan tentukan tarikh untuk buat perhimpunan lebih besar," kata Mohd Firdaus ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Kumpulan itu mendakwa perhimpunan berkenaan terpaksa diadakan kerana isu tanah adat Sabah kini dalam keadaan kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Sebelum ini, setiausaha TABAH Lahirul Latigu dilaporkan berkata, isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi sebanyak 977 kes.

NONESetiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi pula membidas Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez kerana mendakwa tiada lagi Tanah Hak Adat Negeri (NCR) di Sabah selepas 1930.

Beliau juga mendakwa tidak ada masyarakat pribumi di dunia ini yang menuntut hak adat bagi mewujudkan tanah adat yang baru. Di samping itu beliau juga mengatakan tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mengiktiraf hak tanah adat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah pula dilapor mempersoalkan mengapa kes masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

NONEMengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, selain Hamzah, turut hadir dalam perhimpunan itu Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Razman Zakaria dan pengerusi TABAH Hishamuddin Sulaiman.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sepatutnya mengetuai perhimpunan tersebut dihalang masuk ke Sabah malam tadi, dan diarahkan meninggalkan negeri itu serta merta.

Mohd Firdaus berkata peserta membawa beberapa kain rentang antaranya tertulis "Jangan musnahkan periuk nasi kami, Jangan biarkan kami mengemis di bumi peladang sendiri" dan "Inikah konsep 1Malaysia, beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

NONEPerhimpunan itu berakhir kira-kira 10.30 pagi, kata Mohd Firdaus yang juga pegawai media Dewan Pemuda PAS Sabah.

Sementara itu, seorang wakil mahasiswa yang enggan namanya disebut memberitahu Malaysiakini, beliau mengetuai kira-kira 100 mahasiswa hadir dalam himpunan tersebut bagi menyokong perjuangan TABAH.

Tiada ulasan: