Jumaat, 2 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Najib Berlagak Tuhan Kepada Orang Kelantan

Posted: 02 Mar 2012 12:34 PM PST

BN kononnya akan menyelesaikan semua masalah rakyat Kelantan jika rakyat Kelantan memberikan kuasa kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Masalah di negeri Kelantan ini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan, di Putrajaya. Kerajaan Persekutuan (Petronas) masih belum membayar tunggakan 5 peratus dari hasil minyaknya yang sudah meningkat kepada 7.4 billion ringgit. Perjanjian Petronas dengan Kerajaan negeri Kelantan pada 27hb Mei 1975

Rakyat Kelantan sedar yang wang mereka melalui royalti minyak sebanyak RM7.4 billion yang tertunggak masih tidak di salurkan kepada kerajaan negeri walaupun ada perjanjian yang dimeterai pada 27hb Mei 1975 dahulu. Jika perjanjian yang di meterai dengan ikatan undang-undang pun tidak dilaksanakan bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai janji-janji Najib itu?

Itulah sebabnya rakyat Kelantan akan terus didera seperti ini sampai bila-bila selagi UMNO masih berkuasa di Putrajaya itu. Justru itu rakyat Kelantan kena faham yang mereka hanya mempunyai satu pilihan, iaitu dengan mengambil ali kuasa yang dipegang oleh UMNO di putrajaya itu. Rakyat Kelantan kena faham juga yang rakyat di negeri-negeri lain sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan negara dengan mengambil alih putrajaya.

Demikian antara petikan tulisan dari sini

Foto 29 saksi kekecohan di perhimpunan anti-Lynas

Posted: 02 Mar 2012 02:56 AM PST

Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

NONEIa termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd
Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

adam chew kwong wah jit poh journalist with blood on fingersSambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan.

Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan.

Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade.

Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut.

Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur.

NONELaporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya,
disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah.

Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan. -MK

TGNA Sokong Pandangan Dr Zulkifli

Posted: 01 Mar 2012 08:08 PM PST

"Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?

Tuan Guru Nik Aziz menyindir mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad yang dalam satu kennyataannya mencabar PAS melantik Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.

Sindiran tersebut amat tepat dilemparkan kepada Dr Mahathir yang baru-baru ini membuat kenyataan jahil 'Hudud Tiada Dalam Al-Quran'

TGNA berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Baca penjelasan Dr Zulkifli berikut :

Penjelasan Polemik Wacana Sinar Harian
March 1, 2012

Wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.

Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini 'memporakperandakan' minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya.

Nyata bahawa Wacana 'Mengapa Undi Melayu Pecah' yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu 'PAS bersedia di pimpin bukan-Islam'. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau 'side-dish' menjadi habuan utama atau 'main meal' bagi lawan politik atau pihak tertentu.

Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Soalan dari Moderator Dr Maszlee adalah 'Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini'..tekuni jawaban saya..

Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada 2 perkara-kategori (hukum). Satu, perkara2 ' Tetap' yang tidak boleh ubah dikatakan 'Al-Thawabit'. (Tetapi) Ini perkara2 dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai 'Al-Mutaghiyyaraat' . 2 perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah…..

Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara ………. PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kpd perubahan…….. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan & pindaan seperti itu.

Pada persoalan: Jangka masa? Bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih.

Ketika saya di asak soalan tambahan: " keadaan sekarang needs tu dah..?"

Jawab saya : Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan kita akan bincang dan di Muktamar kita putuskan bersama..

Pada soalan: "Belum dibawa?"

Jawapan saya: "Belum lagi"… Ini Dr Mazlee pertama kali dengar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa… Sebab itu mengikut katanya peredaran…peredaran zaman ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan… Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara2 yg tentunya mendatang kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya.

Baca penjelasan seterusnya diblognya di sini

Najib terpaksa cium bontot Ibrahim Ali

Posted: 01 Mar 2012 05:38 PM PST

Nampaknya Umno sudah ketandusan pemimpin.Umno terpasa menjilat kahaknya semula di Pasir Mas.Ibrahim Ali yang pernah dipecat dari Umno, kini mahu dijadikan calon Umno di Pasir Mas.

Dulu katak ini, ketika masuk Semangat 46 kata, akan cium bontot Mahathir kalau masuk Umno semula.Tapi kali ini nampaknya Najib pula yang tergila-gila mahu cium bontot katak ini! Free Malaysia Today melaporkan :

Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?

Muda Mohd. Noor | March 1, 2012

"JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.

PASIR MAS: Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya.

"Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima.

"JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.


Tiada ulasan: