Jumaat, 2 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Awas, Minuman Soda Diet Mungkin Penyebab Sakit Jantung, Angin Ahmar!!!

Posted: 02 Mar 2012 04:11 AM PST


Media antarabangsa melaporkan minuman soda diet boleh membawa risiko serangan jantung dan angin ahmar, biarpun sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan menganggapnya sebagai minuman yang penting.

Menurut kajian yang diketuai Hannah Gardener dari Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, golongan dewasa yang minum soda diet setiap hari menghadapi risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung.

Peratusan itu jauh lebih tinggi berbanding  22 peratus bagi mereka yang tidak atau jarang-jarang mengambil minuman tersebut.

Garderner dan kumpulannya menjalankan kajian terhadap 2,564 orang dewasa di New York yang berusia 69 tahun ke atas.
 
Kajian itu merumuskan sebanyak 591 lelaki dan wanita akan menghidap sakit jantung, angin ahmar atau meninggal dunia akibat faktor kardiovaskular dalam tempoh beberapa dekad termasuk 31 peratus daripada 163 orang yang minum soda diet setiap hari dari tarikh kajian dimulakan.

Apabila ditanya sama ada soda diet menjadi punca kepada penyakit tersebut, Gardener menjelaskan bahawa pihaknya masih belum dapat memastikannya.

"Saya tidak rasa masyarakat perlu mengubah tabiat pemakanan mereka berdasarkan kajian ini kerana hal ini masih belum jelas dan kajian perlu diteruskan bagi mencari jawapan yang tepat," ujarnya. -DCM






Lelaki Tusuk Pemutar Skru di Hidung Isteri

Posted: 02 Mar 2012 02:49 AM PST


[SH] TAMIL NADU - Pergaduhan suami isteri di Madurai, India, berakhir dengan tragedi menyakitkan apabila si suami yang begitu marah bertindak menusuk sebatang pemutar sru bersaiz sederhana ke kepala isterinya.

Pakar bedah saraf, D.K Selvamuthukumaran memberitahu, wanita berumur 35 tahun itu dalam keadaan separa sedar dan tidak mampu bertutur ketika dimasukkan ke Pusat Penyelidikan dan Hospital Madurai Meenakshi, dua minggu lalu.

Selain menembusi otak mangsa, pemutar skru sepanjang 22 sentimeter (cm) itu turut menikam tengkorak sebelah kirinya,

"Doktor mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkan pemutar skru yang ditusuk melalui lubang hidungnya," katanya yang turut menambah mangsa masih hidup selepas sekumpulan doktor berjaya merawat pendarahan di kepalanya itu.



Mahfuz Dakwa Kementerian Belia dan Sukan Biayai Program Jelajah Hasan Ali

Posted: 01 Mar 2012 11:00 PM PST


[SH] KUALA LUMPUR - Pas mendakwa sebuah unit belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat parti itu Januari lalu, dalam masa terdekat ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Saya difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta. Hasan Ali diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh daerah.

"Saya mahu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan sumber peruntukan itu, kerana cawangan strategi urat saraf itu tidak diiktiraf JBA," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Mahfuz turut tidak menolak Barisan Nasional menggunakan Hasan bagi mendekati kumpulan belia sebagai persediaan pilihan raya akan datang.

"Kajian telah menunjukkan, sejak PRU 2008, 65 peratus hingga 75 peratus pengundi muda mula beralih arah kepada pembangkang.

"BN sedar hakikat ini, maka mereka menggunakan Hasan Ali untuk mengubah persepsi golongan muda ini," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.

"Saya nak tengok mereka jawap apa... Apakah programnya, siapa, saya akan dedahkan pada sesi parlimen akan datang. "Saya juga percaya selepas saya mendedahkan perkara ini, kemungkin siri jelajah itu akan dihenti atau dilakukan secara senyap-senyap," katanya.

Susulan Kes Jurulatih Didakwa Mencabul Pelajar Sekolah

Posted: 01 Mar 2012 10:30 PM PST

Tertuduh dan isteri - Gambar: The Star

[HM] PETALING JAYA: Seorang sukarelawan pengakap yang juga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan mencabul lapan pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Dia yang hadir memakai kemeja lengan panjang berwarna krim kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan perbuatan mencabul lapan pelajar yang berusia antara 13 dan 16 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Persiaran Perdana, Sungai Buloh, di sini, antara April hingga Jun tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta tiga syarat tambahan iaitu pasport ditahan oleh mahkamah, tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan harus menjauhi ke semua mangsa dengan jarak 50 meter.

Peguam bela Amrit Paul Singh yang mewakili tertuduh kemudian memohon wang jaminan dikurangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan berikutan tertuduh mempunyai tanggungan lima anak yang mana semuanya masih bersekolah.

"Saya juga meminta pasport tertuduh tidak ditahan, jika tertuduh ingin melarikan diri ke luar negara sudah lama dia berbuat demikian selepas masalah ini berlaku.

"Kerjasama yang diberikan tertuduh sejak dipanggil polis pada 9 Februari lalu bagi memberikan maklumat mengenai masalah ini meyakinkan saya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mungkin akan melakukan perkara seperti ini," katanya. 

Nor Afidah membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin berserta dua syarat iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan dan menjauhi semua mangsa manakala kes ditetapkan semula pada 2 April depan.

Wang jaminan dibayar isteri dan abang tertuduh yang hadir menemaninya.

Pada 16 Februari lalu, akhbar ini melaporkan seorang jurulatih didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang menyertai Pergerakan Pengakap dengan memegang payu dara, kemaluan dan punggung mereka.

Difahamkan, lelaki itu melatih pelajar berusia 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008.


Culik MAYAT Bilonair untuk Dapatkan TEBUSAN

Posted: 01 Mar 2012 07:31 PM PST


[HM] BUDAPEST: Tiga lelaki Hungary dibicarakan di bandar raya ini kerana didakwa mencuri mayat bilionair Jerman, Friedrich Karl Flick pada 2008 dan menuntut tebusan, kata kenyataan mahkamah, semalam.

"Perbicaraan pertama ke atas suspek berlangsung Selasa lalu," kata jurucakap mahkamah dan perbicaraan seterusnya tidak dijadualkan hingga 8 Mei depan.

Tiga suspek itu, iaitu Barnabas Sziraki, Laszlo Farago dan Zoltan Nagy ditahan pada November 2009 di Hungary tidak mengaku bersalah.

Tiga lelaki itu dituduh mencuri keranda Flick pada November 2008 daripada makamnya di tanah perkuburan di Velden, di selatan Austria selepas mengalihkan bidur granit seberat 100 kilogram. Suspek kemudian menuntut tebusan 6 juta euro (RM23.9 juta) daripada keluarga Flick. - AFP



Tiada ulasan: