Khamis, 15 Mac 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pendapat dari seorang tentera.

Posted: 15 Mar 2012 02:57 AM PDT


Oleh : Askar Setia

Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera.

Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa.

Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain.

Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tujuan tertentu dan suka-suka namun, ia bukan perkara main-main dan harus dihentikan dengan segera.

Justeru, saya amat mengharap agar Saudara dapat memadamkan entri berkenaan' Acuan membentuk polis dan tentera di negara kita?' di blog dan menasihati rakan-rakan yang lain agar tidak menyebarkan gambar berkenaan. ATM bukanlah satu entiti yang boleh dipersenda sedemikain rupa. Kami bersusah payah membanting tulang empat kerat demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

ATM juga tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan sedemikian rupa.

Wassalam

-Askar Setia-

Tiada ulasan: