Khamis, 15 Mac 2012

Addin

Addin


Bekas Menteri Umno Mengakui BN Akan Kalah PRU 13

Posted: 15 Mar 2012 09:03 AM PDT

Mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz. Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.
Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.


Bongkar!! Sebenarnya NFCorp Ada 4 Syarikat Di Singapura

Posted: 15 Mar 2012 07:28 AM PDT

Syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sepatutnya menternak lembu bagi keperluan daging untuk rakyat Malaysia dikatakan memiliki syarikat di Singapura yang menjalankan urusan :bahan makanan dan bahan bakar". Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mendakwa Global Biofuture Pte. Ltd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pengarah-pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) di Singapura pada Disember 2008.

"Berdasarkan akaun terkini yang telah diaudit pihak berkuasa Singapura bertarikh 31 Disember 2010, dinyatakan pengarah-pengarah syarikat masih terhutang S$4,975,415 (RM11.98 juta) kepada syarikat tersebut," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Menurutnya, ada sebab-sebab yang kuat unuk mempercayai bahawa Global Biofuture adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat keluarga Shahrizat, termasuk National Meat and Livestock Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd; yang semuanya didakwa bergantung sumber pada biaya RM250 juta yang dipinjamkan oleh Kerajaan Malaysia.

Beliau menambah, pemindahan dana kepada pengarah-pengarah syarikat berkenaan adalah kesalahan pecah amanah yang nyata dan merupakan penyelewengan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk tujuan khusus.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendesak supaya pihak polis polis dan SPRM menyiasat lanjut keseluruhan lembaga pengarah syarikat dan meminta Peguam Negara mendakwa mereka di mahkamah.

Isnin lalu Pengarah NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh yang juga suami kepada bakal mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi pertuduhan salahguna wang syarikat di bawah Akta Syarikat. ~roketkini

 Addin :

Alang-alang bongkar biar sampai terlondeh..

Ada Hidangan Arak Dalam Majlis Pertunangan Anak Najib?

Posted: 15 Mar 2012 06:23 AM PDT

SHAH ALAM, 15 Mac - Lima gelen air yang berasingan dari buffet untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan, kata Koordinator Jingga 13, Faris Musa. Ini kerana katanya, kebiasaanya hidangan untuk buffet dipakejkan sekali dengan minuman. "Persoalannya mengapa 5 gelen air itu diasingkan dari hidangan buffet untuk tetamu?

"Adakah air 5 gelen itu air arak yang dihidang untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Najib?" soalnya.

Berdasarkan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini, majlis pertunangan itu menyatakan Najib membayar RM20,700 untuk hidangan buffet 100 tetamu.

Manakala lima gelen air itu diasingkan dengan harga keseluruhan RM750.

"Kita menuntut Najib tampil memberi penjelasan adakah benar arak turut dihidang dalam majlis pertunangan anak beliau," soalnya.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Faris memberitahu Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat surat dari pengurusan Hotel Shangrila yang menyatakan bil untuk majlis pertunangan anaknya itu dicaj kepada Najib.

Segala dokumen itu turut diserahkan pihaknya kepada SPRM selain isu penggunaan wang rakyat melibatkan majlis hari lahir Najib pada 24 Julai tahun lalu.

"Jingga 13 mendesak SPRM menyiasat isu ini dengan telus, profesional dan adil bagi memastikan tiada satu sen pun wang rakyat diseleweng Najib dan keluarganya," tegasnya.

Pada 9 Mac lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Najib didakwa mengguna dana rakyat M409,767 untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, di Seri Perdana 17 Jun tahun lalu.

Kos merangkumi tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyedia perkhidmatan katering dan dicaj kepada Pejabat Najib di Putrajaya.

Terbaru, beliau mendedahkan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 berjumlah RM79,053.

Majlis itu menyajikan 47 juadah istimewa termasuk daging panggang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Berdasarkan 'Banquet of Order', majlis dibuat Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia majlis peribadi Najib, kata Rafizi yang mendedahkan perkara itu.

Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran 'Batak' (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.

Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79,053. ~keadilandaily

Kecoh!! Umno Buat Kacau Di Ceramah Mat Sabu Dan Bekas Orang Kanan Najib Di Pekan

Posted: 15 Mar 2012 01:58 AM PDT

PEKAN, 15 Mac - Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP. Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. "Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi.

Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka", kata Ariff Sabri. Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya. Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. "Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini", katanya.

Sementara itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. "Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ", kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. "Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini keja puak-puak UMNO.

Depa dah tak ada isu", kata Mat Sabu lagi. Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. ~pahangdaily

Lihat gambar di sini.

Kenalilah Pencacai Yang Terkantoi Nih..

Posted: 14 Mar 2012 10:56 PM PDT

Darman Shah
Di bawah ini adalah kenyataan empunya diri yang menurunkan tandangan selaku Pegawai Pelajaran daerah Tawau. Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul."Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.


Addin :

Ini statement pencacai yang terkantoi.. Sebagai seorang pegawai tak kan lah main tandatangan je surat yang di buat oleh orang bawahan. Setiap surat yang keluar implikasinya besar, tak kan itu pun tak tau. Tapi sebenarnya, ko dah kantoi tapi nak salahkan orang lain pulak.. Inilah standard pencacai..


Sumber gambar di sini.

Samseng Nih Lebih Berkuasa Dari Polis?

Posted: 14 Mar 2012 06:07 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil tindakan terhadap samseng Umno yang didalangi pemimpin Umno Tanjung Karang memukul beliau dua tahun lalu. Dua tahun lalu Ng mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli dan pemimpin Umno Tanjung Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.

Menurut Suee Lim, sepatutnya kes tersebut dapat diselesaikan dengan cepat kerana pihak polis turut dibekalkan bukti bergambar dan nama-nama mereka yang terlibat dalam keganasan tersebut.

"Dah dua tahun saya buat laporan kes itu tetapi sampai sekarang pihak polis masih tak dapat selesaikannya.

"Sedangkan gambar berserta nama-nama orang terlibat ada diserahkan sama dan orang-orang itu juga mudah ditemui.

"Terutama Setiausaha Politik Datuk Seri Noh Omar, Datuk Shafiie Asmawi memang jelas dia turut bersama ahli-ahli Umno yang memukul saya," beritahu beliau.

Suee Lim turut memberitahu pada peringkat awal siasatan, pihak polis ada memanggil beberapa orang yang terlibat dalam kejadian tersebut tetapi tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

"Tak lama lepas kejadian, pihak polis ada panggil beberapa orang yang terlibat untuk kawad cam, tetapi tak ada yang datang.

"Ini menggambarkan mereka ini memang tak hormati undang-undang dan berani engkar arahan pihak berkuasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh dapatkan waren atau sebagainya mengikut saluran undang-undang untuk memanggil mereka datang ke balai untuk kawad cam.

"Tetapi ini tidak berlaku seolah-olah polis pun takut nak bertindak terhadap samseng-samseng Noh Omar ini.

"Saya harap polis dapat jalankan tugas mereka dengan lebih profesional tanpa memilih bulu atau tunduk kepada tekanan politik," katanya lagi.

Suee Lim turut menafikan dakwaan Noh Omar bahawa kedatangan beliau ke Kampung Sawah Sempadan pada 4 November 2010 bertujuan untuk membuat demontrasi di kampung itu.

Sebaliknya menurut beliau kedatangan beliau ke kawasan terbabit atas undangan beberapa penduduk untuk minum pagi sambil berbincang tentang harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi yang dihadapi oleh pesawah di kawasan terbabit.

"Tak masuk akal saya datang cuma tiga, empat orang termasuk pemandu nak buat demontrasi, itu cuma alasan dia sahaja nak letakkan kepada kesalahan orang lain.

"Sebenarnya penduduk yang pelawa saya bersarapan di sana sambil berbual tentang masalah harga padi rendah dan potongan basah terlalu tinggi yang dihadapi pesawah di kampung itu," kata beliau lagi.

Dalam kejadian terbabit Suee Lim telah dipukul dan ditendang oleh sekumpulan kira-kira 30 hingga 50 lelaki di bahagian perut, kepala dan tangan berhampiran kunci air di Kampung Sawah Sempadan.

Selain itu, dua pembantunya turut mengalami kecederaan ringan dan kereta milik pengiringnya juga kemik di bahagian pintu belakang. ~selangorku

Tiada ulasan: