Addin |
- (Video) Mengapa Saya Keluar Umno? - Kadir Sheikh Fadzir
- (Dikemaskini) Adun Rim Jasin Dari BN Yang Di Cekup Di Kelab Dangdut
- Pakej Pelancongan Hebat Ke Cambodia
- Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Kena Cekup Di Kelab Dangdut
- (Gambar) Penuh Sesak Ceramah DS Nizar Di Sungai Rokam, Ipoh
- ADUN Umno Di Samun
- Gambar Wanita Umno Bersesak - Sesak Bodek Shahrizat
(Video) Mengapa Saya Keluar Umno? - Kadir Sheikh Fadzir Posted: 26 Mar 2012 10:30 AM PDT |
(Dikemaskini) Adun Rim Jasin Dari BN Yang Di Cekup Di Kelab Dangdut Posted: 26 Mar 2012 08:25 AM PDT Di depan masyarakat akulah pejuang Islam tetapi bila di belakang akulah juara menentang Islam. Pendedahan ini amat memalukan Umno Melaka terutamanya Ali Rustam. Mungkin Umno cuba menyembunyikan daripada pengetahuan umum identiti Adun nih tapi akhirnya terbongkar juga. Menurut Kijang 59, maklumat lengkap ini diperolehi daripada Adun DAP Melaka. Ikutilah pendedahan yang di buat oleh sahabat Addin, blogger Kijang 59 di bawah ni.. NAMA : SDR. MOHD. YAZED BIN HJ. KHAMIS,
Pendedahan akhbar Sin Chew Jit Poh di sini. Lagi gambar Adun Rim Jasin di sini. |
Pakej Pelancongan Hebat Ke Cambodia Posted: 26 Mar 2012 05:23 AM PDT Contohnya Kita Akan Dapat Melihat Kebudayaan Yang Diamalkan Di Sesebuah Tempat Yang Jauh Berbeza Dengan Tempat Kita. Selain Itu, Melancong Juga Dapat Melapangkan Fikiran. Fikiran Kita Perlu Juga Direhatkan Daripada Terus Bekerja. Melancong Juga Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan. Dengan Melancong Kaum Keluarga Dapat Beramah Mesra Dan Bersenda Gurau Sambi Berhibur. Hal Ini Amat Digalakkan Oleh Islam, Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja Serta Anak-Anak Yang Sibuk Dengan Urusan Pelajaran Dapat Bertemu Dan Bersatu Serta Mengukuhkan Hubungan Yang Kian Longgar. Menyaksikan Kehidupan Orang Yang Lebih Fakir / Miskin Dari Kita Membuatkan Nikmat Kesyukuran Itu Dapat Dirasi, ( Imam Muda Asyraf ) JOM PERGI MELANCONG KE NEGARA CAMBODIA, KAMI SEDIAKAN PAKEJ-PAKEJ YANG AMAT MURAH UNTUK ANDA. JIKA ANDA BERMINAT SILA LAYARI : www.ustazyahya.com/kemboja Addin : Mintak tolong support sponsor Addin, bagi yang berkemampuan.. asyik-asyik dengat citer politik je kita melancong pulak.. release tension. |
Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Kena Cekup Di Kelab Dangdut Posted: 26 Mar 2012 01:57 AM PDT Panas!! dari maklumat yang makin tersebar luas di Melaka nih menyatakan YB yang kena cekup baru-baru nih ialah seorang Adun Umno dan dikatakan sedang minum-minum dan diapit oleh perempuan di kelab dangdut tersebut. Dikatakan juga beliau adalah bekas Ketua Pemuda salah satu bahagian Umno di negeri Melaka. Ali Rustam, apa sudah jadi nih dengan Melaka Negeriku Sayang? BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin. Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi. Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit. Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP). Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan. "Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003). ~sinarharian |
(Gambar) Penuh Sesak Ceramah DS Nizar Di Sungai Rokam, Ipoh Posted: 25 Mar 2012 10:11 PM PDT |
Posted: 25 Mar 2012 08:38 PM PDT IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan isteri bersama anak lelakinya diikat setengah jam oleh tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Taman Wang Setia, Tanjung Malim, kira-kira 120 kilometer dari sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mohd Khusairi bersama keluarganya sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum kediamannya dimasuki penceroboh dipercayai warga Indonesia melalui pintu balkoni tingkat berkenaan. Mohd Khusairi (gambar) yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng melompat di atas katil ketika beliau dan isteri sedang nyenyak tidur sebelum mengejutkannya supaya bangun. "Pada masa itu, seorang daripada suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi arahan supaya tidak membuat bising. Kemudian saya dan isteri diikat sebelum seorang daripada penjenayah itu ke bilik anak lelaki saya yang terletak bersebelahan dan mengikatnya pada tiang katil. "Tiga lagi anak saya berusia sembilan, 11 dan 13 tahun turut dikejutkan dari tidur dan diletakkan dalam bilik tidur saya. Mereka tidak diapa-apakan tetapi diugut supaya tidak membuat bising, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, selepas mengikat dan mengumpulkan semua ahli keluarganya, ketiga-tiga perompak berkenaan mula menggeledah rumah sebelum melarikan barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya. "Ketiga-tiga penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri melalui pintu balkoni iaitu tempat sama mereka masuk. Ketika itu baru saya berjaya melepaskan ikatan dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis. "Akibat kejadian itu, saya sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 dan sehingga kini masih trauma terutama ketika waktu malam," katanya. ~beritaharian |
Gambar Wanita Umno Bersesak - Sesak Bodek Shahrizat Posted: 25 Mar 2012 07:49 PM PDT Addin pun tak faham, apa motif yang ingin Wanita Umno cuba sampaikan kepada masyarakat apabila berbuat demikian. Sokong penyelewengan, sokong salahguna kuasa.. ataupun membodek. Berbakul bukti PKR dedahkan tapi mereka cuba jugak untuk menegakkan benang yang sudah basah kuyup. Ini yang dikatakan oleh PM, mendengar setiap denyut nadi rakyat. Apa yang pasti rakyat mahu skandal NFC ini diselesaikan dengan secara telus dan adil. Rakyat mahu tahu setiap segi dan sudut kes ini di rungkaikan. Jangan cuba selamatkan sesiapa pun yang terlibat dalam skandal lembu nih.. Jangan cuba lembukan rakyat.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan