Muslimeen United |
- Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan
- Tengok betoi2 gambaq ni...Najib pandai buat kerja ka pandai berlakon?
- "Tembikai" (Nambikei) Najib Bersepai Dikerjakan Hindraf
Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan Posted: 25 Mar 2012 09:51 PM PDT Seorang remaja yang dipercaya cuba menganggu ceramah pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Selangor malam tadi, ditangkap para hadirin, menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang daripada remaja itu dipukul. Sebelum itu, sekumpulan kira-kira 20 remaja bermotosikal berhenti di luar tempat ceramah tersebut di Stadium Kuala Selangor serta membawa sepanduk anti-Pakatan sambil mengejek hadirin dari luar pagar. Perbuatan itu mencetuskan kemarahan hadirian yang sebahagiannya bergerak menujuk ke arah pagar sambil menjerit "Tangkap mereka! Tangkap mereka!". Pagar itu terletak kira-kira 20 meter dari pintu masuk stadium di mana kira-kira 5,000 orang sedang mendengar ucapan pemimpin Pakatan. Seorang saksi mendakwa, beberapa remaja tersebut tertindak merosak dan mencalar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar stadium. Sekumpulan hadiran yang berang kemudian keluar dari stadium dan berjaya mencekup salah seorang remaja tersebut dan mengheretnya masuk ke dalam stadium. Remaja itu yang berpakaian baju-T berwarna merah jambu berjalur putih, diserbu orang ramai yang berang, menyebabkan anggota Unit Amal bertungkus lumus bentuk membentuk perisai manusia untuk melindunginya. "Jangan pukul dia, jangan pukul dia, biarkannya dia pergi," jerit seorang anggota Unit Amal berulang kali ketika mereka cuba menghalang orang ramai yang berang manakala yang lain meminta supaya bertenang, tetapi usaha itu tidak berhasil. Selepas anggota Unit Amal berjaya membentuk bulatan di sekelilingnya, remaja tersebut dikejar ke pintu stadium dan dilepaskan untuk menyertai rakan-rakan yang sedang menunggunya Pintu stadium terus ditutup untuk menghalang orang ramai yang marah daripada yang mengejar mereka. Di sebalik kekecohan itu, ceramah yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - berjalan tanpa gangguan. -M'kini |
Tengok betoi2 gambaq ni...Najib pandai buat kerja ka pandai berlakon? Posted: 25 Mar 2012 09:45 PM PDT |
"Tembikai" (Nambikei) Najib Bersepai Dikerjakan Hindraf Posted: 25 Mar 2012 05:41 PM PDT Hindraf: 'Nambikei' kami remuk macam tembikai Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) hari ini berhimpun di pejabat perdana menteri (PMO) di Putrajaya kerana mendakwa kerajaan BN telah menghampakan kepercayaan masyarakat India. Mempermainkan ungkapan "nambikei" (kepercayaan) yang sering digunakan perdana menteri untuk mendapatkan sokongan minoriti kini, Hindraf berkata ia kini pecah di tanah seperti buah tembikai. Dalam perhimpunan kedua ini, lebih 100 masyarakat India berkumpul di Putrajaya sambil menuntut Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan 18 perkara berhubung komuniti mereka. Pemimpin Hindraf - yang tampil bersama buah tembikai bertulis nambikei - mengaku kecewa kerana gagal bertemu dengan wakil PMO walaupun sudah memaklumkan sebelum ini. P Uthayakumar lalu melaungkan perkataan "Umno rasis" sebelum menghempaskan buah tembikai itu berkecaian di atas tanah. "Nambikei kami pada kamu (Najib) sudah remuk macam tembikai ini," katanya. -m'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan