Ahad, 25 Mac 2012

Addin

Addin


Gambar Kontroversi Pemimpin Umno

Posted: 25 Mar 2012 09:16 AM PDT


Gambar Noh Omar dengan siapa nih? Kalau dengan isterinya bagus ler. Namun sebagai pemimpin negara Islam yang dicanang-canangkan oleh Umno tidak sepatutnya bergambar sedemikian.



Siapa boleh bagi pandangan.. banyak dah tersebar nih di alam siber. Lebih molek kalau Noh Omar yang jawab sendiri bagi merungkai kekusutan. Tanpa prejudis.. sekadar ingin kepastian dan kebenaran.

Addin :

Blogger Umno cakap nih isteri kedua..


(Video) Timbalan Menteri Pelajaran Kena 'Boo' Dalam Perhimpunan Cina

Posted: 25 Mar 2012 05:14 AM PDT

Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya. Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi. "Perhimpunan 325" itu dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong ekoran tidak puas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.


Wee, yang hadir di perhimpunan dekat Kolej New Era Kajang dengan kawalan ketat polis, disalahkan kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah itu. ~malaysiakini



Sebab - Sebab Najib Akan Adakan PRU 13 Pada 3 Jun

Posted: 25 Mar 2012 04:03 AM PDT

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini. Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.~sinarharian

Terokai Rahsia Cambodia

Posted: 25 Mar 2012 01:38 AM PDT

Anda sedang cari tempat untuk melancong bersama keluarga? Dengan Melancong Juga Kita Dapat Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah. Anak- Anak Terhindar Daripada Melakukan Perkara Negatit Terutama Pada Waktu Cuti Sekolah Seperti Bercampur Gaul Dengan Remaja Yang Rosak Akhlak. Ibu Bapa Juga Dapat Mengetahui Aktiviti Anak-Anak Kerana Sepanjang Waktu Melancong, Anak-Anak Sentiasa Bersama Mereka.Dengan Melancong Kita Akan Dapat Menambahkan Pengetahuan Dan Meluaskan Pandangan Ke Tempat-Tempat Yang Belum Pernah Kita Lawati.

 Contohnya Kita Akan Dapat Melihat Kebudayaan Yang Diamalkan Di Sesebuah Tempat Yang Jauh Berbeza Dengan Tempat Kita. Selain Itu, Melancong Juga Dapat Melapangkan Fikiran. Fikiran Kita Perlu Juga Direhatkan Daripada Terus Bekerja.

Melancong Juga Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan. Dengan Melancong Kaum Keluarga Dapat Beramah Mesra Dan Bersenda Gurau Sambi Berhibur. Hal Ini Amat Digalakkan Oleh Islam, Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja Serta Anak-Anak Yang Sibuk Dengan Urusan Pelajaran Dapat Bertemu Dan Bersatu Serta Mengukuhkan Hubungan Yang Kian Longgar.

Menyaksikan Kehidupan Orang Yang Lebih Fakir / Miskin Dari Kita Membuatkan Nikmat Kesyukuran Itu Dapat Dirasi, ( Imam Muda Asyraf )

JOM PERGI MELANCONG KE NEGARA CAMBODIA,
KAMI SEDIAKAN PAKEJ-PAKEJ YANG AMAT MURAH UNTUK ANDA.

JIKA ANDA BERMINAT SILA LAYARI www.ustazyahya.com/kemboja

Addin :

Mintak tolong support sponsor Addin, bagi yang berkemampuan.. asyik-asyik dengat citer politik je kita melancong pulak.. release tension.


ADUN BN Kena Serbu Dengan Polis?

Posted: 24 Mar 2012 11:41 PM PDT

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam. Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003). ~sinarharian


Peristiwa Ini Membuatkan Malaysia Negara Paling Selamat Di Dunia

Posted: 24 Mar 2012 10:53 PM PDT

Cedera angkara peragut

BALING - Dua ahli Puteri Umno Bahagian Baling cedera apabila terjatuh daripada motosikal ditunggangi selepas beg tangan mereka diragut seorang lelaki di Jalan Kuala Ketil-Baling dekat Simpang Tembak, Kuala Ketil, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.20 malam, Nurul Fatihah Yahya, 20, dan Nazira Abdul Manan, 21, dalam perjalanan balik selepas menghadiri kursus anjuran Puteri Umno Negeri di Alor Setar apabila suspek menghimpit sebelum merampas beg tangan mereka.

Nurul Fatihah yang juga Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Cawangan Kuala Merah, Kuala Ketil bergelut dengan peragut terbabit, menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan cedera di muka, kepala dan tangan.

Nurul Fatihah berkata, dia tersembam ke tanah menyebabkan kepala, muka dan tangannya cedera.

"Saya membonceng motosikal dan ketika itu tiada pengguna lain melalui jalan itu, menyebabkan kami tidak berani melawan suspek yang menunggang motosikal jenis EX 5 berwarna merah," katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Ketil.

Nurul Fatihah yang bertugas sebagai Pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di Kuala Merah turut kerugian lebih RM200 selain kehilangan barangan peribadinya.

Katanya, dia percaya suspek mengekori mereka selepas mereka singgah di Pasar Malam Kuala Ketil hingga ke persimpangan lampu isyarat sebelum meragut beg tangan mereka.~harianmetro

Tengku Razaleigh Bakal Keluar Umno 8 April Ini?

Posted: 24 Mar 2012 07:53 PM PDT

Selepas bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar daripada UMNO, masa depan politik Ku Li turut menjadi bualan rakyat. Ini kerana selain mereka berdua berada dalam NGO yang sama iaitu Amanah Merdeka di mana Ku Li adalah Presidennya dan Kadir pula Timbalan Presiden, kedua-duanya juga dilihat agak kritikal terhadap UMNO kebelakangan ini. Sementara Kadir lantang mengkritik soal kepimpinan UMNO yang rasuah dan tidak boleh dikritik, Ku Li pula kritikal terhadap beberapa perkara dasar yang dilakukan pentadbiran Najib.

 Selain menggerakkan Amanah Merdeka untuk menentang rasuah, kronisme dan nepotime, Ku Li juga menyokong perjuangan menuntut hak royalti minyak untuk rakyat Kelantan serta menentang penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang dianggap akan merugikan peneroka dalam jangka panjang.

Pendirian Ku Li yang tidak sealiran dengan kepimpinan Najib menyebabkan banyak pihak meramalkan bahawa beliau juga akan bertindak meninggalkan UMNO dan menjadikan Amanah Merdeka sebagai sebuah parti politik untuk menyertai Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya umum akan datang ini.

Kedudukan Ku Li bersama UMNO tambah menjadi persoalan apabila terdapat kumpulan tertentu dalam UMNO Gua Musang yang cuba menolak beliau sebagai calon dalam pilihanraya akan datang. Kumpulan 16 yang cuba menyingkirkan Ku Li itu sudah mengeluarkan beberapa kenyataan dalam media dan ini menjadikan kedudukan Ku Li semakin rapat dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sekiranya beliau diketepikan oleh UMNO.

Ku Li sendiri lebih banyak berdiam diri dan seringkali mengelak daripada menjadi sasaran lampu sorot media. Amanah Merdeka yang dilancarkannya pertengahan tahun lalu juga tidak begitu menonjol sebagaimana NGO-NGO lain yang diketuai oleh tokoh politik yang sering saja muncul menonjolkan diri di dada-dada media memberi pelbagai pandangan tentang perkembangan semasa politik negara.

Amanah Merdeka sejak ditubuh, dilancar dan diluluskan pendaftarannya lebih memilih pendekatan berdiam diri. Namun Ku Li dalam waktu yang sama kerap pula bercakap dan dijemput memberi ucapan di pelbagai program atas kapasiti peribadi sebagai veteran UMNO dan bekas Menteri Kewangan yang banyak pengalaman. Dan sering pula ucapan atau pandangan beliau itu kelihatan kritikal, berbeza dan tidak selari dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan Najib.

Maka tidak hairan soal masa depan Ku Li dan Amanah Merdeka yang dipimpinnya terus menjadi bualan dan perhatian. Selepas Kadir keluar UMNO, nama Ku Li sekali lagi dikaitkan sama.

Setelah lama menyepikan diri sejak ditubuhkan, Amanah Merdeka buat pertama kalinya akan mengadakan Hari Keluarganya yang dianjurkan oleh Amanah Merdeka Selangor pada 8hb April depan di Tanamera, Batu 20 Jalan Kuala Selangor, iaitu berhadapan Penjara Sungai Buluh.

Semua pimpinan Tertinggi Amanah Merdeka yang diketuai oleh Ku Li akan menghadiri Hari Keluarga tersebut bersama-sama dengan ahli-ahli Amanah Merdeka Selangor dan juga dari seluruh negara.

Memandangkan ini adalah program pertama Amanah Merdeka sejak dilancarkan penubuhannya oleh Ku Li dan persoalan mengenai masa depan Ku Li sendiri menjadi bualan, tidak mustahil dalam perjumpaan dengan ahli-ahli di Hari Keluarga itu nanti Ku Li yang dijadual akan berucap merasmikannya akan turut merungkai persoalan yang bukan saja bermain di kepada rakyat tetapi juga di kalangan ahli Amanah Merdeka sendiri.

Meskipun pelbagai acara sudah diatur untuk memeriahkan Hari Keluarga itu tetapi persoalan mengenai masa depan Amanah Merdeka dan pendirian Ku Li sendiri dilihat akan menjadi keutamaan mereka yang hadir di Hari Keluarga itu nanti. Tidak mustahil juga kiranya terdapat permintaan atau pertanyaan yang ditujukan oleh ahli-ahli Amanah Mereka berkaitan pendirian Ku Li berkenaan soal politik semasa pada hari tersebut nanti.

Apa pun, dengan suhu politik yang semakin panas hari demi hari dan tarikh pilihanraya menjadi penantian kepada ramai orang, Hari Keluarga Amanah Merdeka pada 8hb April ini jika muncul sesuatu perkhabaran yang mengejutkan dari mulut Ku Li sendiri, ia pastinya menjadi bualan yang berpanjangan bukan saja sehingga pilihanraya tetapi juga mungkin mempengaruhi keputusan pada pilihanraya umum nanti. ~shahbudindotcom


Tiada ulasan: