Ahad, 25 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Doktor Malaysia bersalah lakukan serangan seksual

Posted: 25 Mar 2012 11:05 AM PDT

Doktor bersalah lakukan serangan seksual

MELBOURNE - Seorang doktor berasal dari Malaysia didapati bersalah bagi dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap wanita di Adelaide.

Mahkamah Majistret Elizabeth minggu ini mendapati, Dr. Mohd. Zaki Ibrahim, 36, melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun yang sama.

Seorang jurucakap mahkamah memberitahu, kes itu ditangguhkan ke 27 April untuk pembentangan hujah bagi hukuman ringan.

Doktor berkenaan, pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai bekerja di sebuah pekan di Australia Selatan sebelum berpindah ke Elizabeth di Adelaide bersama keluarganya.

- BERNAMA

Sapa Wakil Rakyat yang kena periksa nih... kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2012 10:43 AM PDT

Ops Tapis: YB Dari BN Antara 27 Diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.


Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).- BLM

PANAS: Lembu jadi-jadian dalam UMNO... kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2012 08:55 AM PDT

Ni bukan pasai Anwar la woii...

Laki Mak Long hang: Pak Long Din
Sekawan orang berpolitik cara lembu...

Salam semua...

Cuaca waktu siang la ni panaih kemain. Lain macam punya panaih, meruwap macam ngan nak hujan, tapi tak hujan pun. Kelmarin ada la rintik-rintik sikit, tapi dok panaih camtu gak la sampai ke petang...

Baguih gak untuk Pak Long time panaih-panaih camni. Lembu-lembu Pak Long senang ja lepaih bagi cari makan. Mengkalu sejuk, kena pulak time hujan... lembu pun segan nak melilau ngan kawan... haha... Camtu gak la bila time-time politik negara tengah panaih nak pilihanraya nie, lembu-lembu politik pun melewaq sakan, ngan kengkawan nak cari makan... hehe... Dah macam tongkang pecah dah Pak Long dengaq...

Politk kita ni... naik lebih kurang serupa ja sapa pun, bukan salah orang tapi salah diri kita... Hat Umno cara Umno, yang Pakatan masalah ngan Pakatan. Yang selalu dok jatuh bukan pasai lawan kita terlebih kuat tapi pasai kita lemah, kesatuan tak berkat.

Camtu gak la yang Pak Long dok tengok ngan Umno, depa suka garu tak kena tempat. Gatai belakang tapi garu tang pungkok. Hangpa kena kuat bersatu kalau nak perjatuh Pakatan, bukan hantaq lembu-lembu ajak Pakatan lawan. Hangpa kena layan rakyat dengan berhemah, bukan tubuh geng taboq fitnah. Rakyat bukan pekak dan bangang macam zaman Tok Nadoq dulu lagi dah... rakyat cerdik, ramai yang pi sekolah.

Hangpa ingat rakyat percaya ka si Nalla punya gempaq kelin. Hangpa ingat rakyat ghairah ka tengok lenggok fitnah dari si Umi tu... Hangpa silap, pasai fitnah dan gempaq kelin ni timbui bermusim. Timbui time panaih dekat pilihanraya, mampuih hidup balik rakyat nak percaya.

Pakatan tak payah keluaq modai sekupang pun sebab bila rakyat dah meloya, fitnah tu akan makan diri hangpa... jadi la Umno korek lubang kuboq hangpa sendiri. Lembu-lembu upahan ni la yang tolong pedalamkan lagi lubang kuboq hangpa nanti... haha...

Puak-puak ni ingat perburuk Anwar Pakatan akan lingkup, sori laa...

Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi depa dah meluat dengan hapraknya Umno mentekedarah duit rakyat ikut suka mak bapak depa... Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi pasai nak tengok keadilan Islam untuk semua ditegakkan melangit dibumi tercinta... Keadilan bukan pasai Anwar, tapi untuk semua kita... jangan buat tak paham bahasa.

Jadi kalau si Umi sanggup berpimpin tangan ngan si Nalla pasai nak ligan Anwar sampai tak cukup tanah pun rakyat dah tak peduli, sikit pun tak iri hati. Kalau boleh, ajak sekali ngan Hassan Ali... hehe... baru meriah drama hangpa nanti...

Wassalam...

Bedebah punya Anwar, dia malukan Najib depan rakyat...

Posted: 25 Mar 2012 05:00 AM PDT

Anwar: Najib takut pada Mahathir & Rosmah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.

Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.

Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup.- M'kini

LAWAK: Lima orang ja ka? Kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2012 04:00 AM PDT

Hanya lima ketua wanita pertahan Shahrizat

KUALA LUMPUR: Hanya lima Ketua Wanita Umno negeri – Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah – yang mempertahankan kedudukan Dato' Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia, ekoran desakan Naib Ketua Wanitanya, Dato' Kamilia Ibrahim yang mahu Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita.

Mereka menegaskan Shahrizat – yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Dato' Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat – juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada per dana menteri dan Dato' Shahrizat...

Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Dato' Rosni Zahari.

Akhbar The Star 22 Mac lalu, melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Terkulat-kulat, terkucil-kucil... kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2012 02:24 AM PDT

Perang Lembu: UMNO/APCO Dah Terkucil

Oleh: ruhan

Sejak akhir-akhir ini lembu muncul sebagai satu entiti penting dalam sejarah politik Malaysia. Kesemuanya bermula dengan laporan negatif Ketua Audit Negara terhadap National Feedlot Corporation (NFC). Maka bermulalah perdebatan, cemuhan, dakwaan, dan penistaan terhadap pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal ini.

Seperti biasa UMNO/APCO tidak begitu ambil berat tentang isu ini pada mulanya. Namun, bagi PKR isu ini telah melampaui kepentingan negara. NFC akhirnya didapati tidak berfungsi seperti yang dikehendaki. Jumlah lembu yang dipelihara terlalu jauh daripada yang dihasratkan, iaitu membekalkan daging lembu yang mencukupi untuk keperluan negara. Maka diberilah alasan bahawa satu pihak lagi yang asalnya terlibat dalam projek ini telah cabut lari. Itu fasal ada kawasan yang tak berlembu dan semak-samun. Semua orang terima alasan itu. Yang semua orang tak boleh terima adalah ketidakmampuan NFC menjalankan tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka. Maka berkumandanglah cercaan yang mengatakan mereka tiada langsung pengalaman dalam pemeliharaan lembu. Oleh sebab itu, kerajaan pun dipersalahkan kerana beri projek kepada salah orang.

Timbul pula soal duit pinjaman sebanyak RM250 juta. Korek punya korek tahulah kita bahawa pihak yang kata belum habis bagi itu tak betul. Rupa-rupanya mereka ini dapat semua duit tu kemudian baru tandatangan perjanjian. Sekali lagi kerajaan dipersalahkan kerana tidak mengikut prosedur.

Dah dua kali UMNO/APCO-BN kena lanyak. Tup-tup muncul pula kes beli kondo di Kuala Lumpur. Tuduhan ni betul. NFC yang terkantoi kata pembelian itu satu pelaburan. Rakyat pun menyalak, orang suruh pelihara lembu, buat apa beli kondo pulak. Terkedu semua pemimpin UMNO/APCO. Kata DAP, perbuatan ini melanggar perjanjian.

NFC beli pula kondo dan ada restoran mewah di Singapura. Tuduhan ini pun betul. Maka riuh-rendah rakyat Malaysia mengutuk NFC. UMNO/APCO pun tak senang duduk. Shahrizat yang suaminya jadi bos NFC diminta letak jawatan. Permintaan itu bukan sahaja datang dari pihak pembangkang tetapi juga dari pemimpin UMNO/APCO sendiri. Berang dengan permintaan itu, ada penyokong Shahrizat yang menyerang pejabat Ketua UMNO/APCO Cheras.

Carigali kes ini diteruskan lagi. Jumpa pula NFC berbelanja sakan. Melancong. Umrah. Bayar pinjaman kad kredit. Di samping itu, ada penemuan yang lebih memeranjatkan. Pengarah-pengarah NFC yang terdiri daripada suami Shahrizat anak-beranak bergaji besar kesemuanya. Ini sudah lebih.

Di celah-celah peristiwa itu, polis pun hendak menyiasat. Muncul pula seorang yang bertitle datuk didakwa disuruh suami Shahrizat sogok polis. Kecoh satu Malaysia dengan peristiwa itu. Barah NFC semakin merebak. Mereka ada kondo di Kazakhstan. Wah, apa-apaan nih!

Polis buat siasatan. Hantar kertas siasatan kepada Peguam Negara. Dipulangkan. Dewan Rakyat sudah mahu bersidang. Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mendebatkan isu ini di dewan itu. Kertas siasatan tak tau ke mana. Lengkap tak lengkap pun tak tau. Tup-tup Salleh dibawa ke mahkamah dan didakwa. Terlepaslah peluang Pakatan untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat. Itulah taktik lama UMNO/APCO-BN.

UMNO/APCO tak mampu lagi berdalih. Shahrizat pun menyatakan hasratnya nak letak jawatan pada 8 April 2012. Najib kata tindakan Shahrizat itu tepat. Yang lain-lain pun apa tunggu lagi. Pujilah melambung-lambung. Sanggup berkorbanlah. Pengorbanan yang tak ternilailah. Tapi ada pulak yang kata itu cuma drama dari Mak Cik Bollywood!!! Musuh ketatnya pula hentam habis-habisan. Letak jawatan taik kucing. Yang lain pula kata tak ada maknanya. Dia bukan letak jawatan. Tempohnya jadi Senator dah habis!!! Terkulat-kulat semua pemimpin UMNO/APCO.

PAC pula sibuk panggil NFC. Pegawainya hanya diam membatu. Mengapa pula begitu? Tak mau pecah lubanglah tu. Pandikar pula tak bagi PAC siasat NFC. Ini satu lagi cara nak tutup tembelang. Ada-ada saja UMNO/APCO ni.

Sekarang semua orang tengah sibuk fasal PRU Ke-13. Di mana-mana pun tengah rancak dengan ceramah. Berduyun-duyun orang serbu ceramah Pakatan. UMNO/APCO yang rasa tergugat hantar samseng untuk ganggu ceramah tu atau sengaja buat ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan. Najib dan Muhyiddin pun sibuk turun padang. Berbas-bas disewa untuk angkut orang datang. Kalau tak angkut, tak bagi makan-minum, dan duit kocek, tak ada orang yang kebulur nak pergi.

Wanita UMNO/APCO pun sudah mula sibuk. Mereka turun ke akar umbi. Kamalia kata dia malu digelar lembu oleh akar umbi. Oleh sebab itu, dia suruh Shahrizat letak jawatan sebagai Metua Wanita UMNO/APCO merangkap Ketua Wanita BN. Najib pula suruh semua wanita sokong Shahrizat. Wanita sudah ada dua kem. Mereka sudah mula berpecah. Tidak lama lagi akan berperang. UMNO/APCO akan terberak-berak. Taiknya akan berterabur merata-rata. Rakyat akan terus melembukan wanita UMNO/APCO di mana-mana juga sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Di mana mereka mahu letak muka?

Ueeee nangis konon wat ape kao nangis di sini.... pergilah nangis kat kandang lembu kao tu... dah melantak berjuta-juta tak cukup-cukup lagi ker... apa punya oranglah kao ni?

Kak Ijat tak salah ! Laki Kak Ijat tak salah ! Anak pinak kak ijat ta...k salah ! Menteri Pertanian lagi le tak salah ! Lembu pun tak salah ! Yang salah hanyalah tahi lembu,,tahi lembu yang BERSALAH !!!

PANAS: Soklan cepumas yang Najib rimas... kahkahkah...

Posted: 24 Mar 2012 10:36 PM PDT

Kes Altantuya: Rakyat mahu jawapan!

Selepas beberapa tahun menunggu keputusan adil berkaitan pembunuhan rakyak Mongolia di Malaysia, keadilan yang diputuskan oleh mahkamah di Malaysia masih tidak dapat diterima orang ramai. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terkejut dengan keputusannya.

Kita tinggalkan seketika lunas undang-undang, mari kita lihat apa yang rakyat masih tertanya-tanya selama ini dan tiada jawapan daripada institusi dan pihak berkuasa-termasuk pucuk pimpinan negara.

.Soalan-soalan cepuemas adalah:

1. Rekod imigresen: Siapa yang arahkan rekod masuk dan keluar Altantuya dipadamkan? Siapa yang berada di situ sebelum rekod dipadam daripada sistem dan kenapa? Apkah motif di sebaliknya?

2. Bahan letupan C4: Siapa yang benarkan bahan letupan tentera yang dikawal ketat dengan SOP? Siapa yang arahkan pengeluaran tersebut? Apa motif di sebalik pengunaan letupan pemusnah dan tidak senjata lain?

3. Para pembunuh: Siapa yang beri arahan untuk laksanakan jenayah kejam yang membuatkan mangsa hancur sama sekali? Adakah motif di sebaliknya ialah untuk menghapuskan sama sekali sebarang kesan dan menggagalkan penyiasatan forensik yang boleh mendapat maklumat terperinci bahawa mangsa mengandung dan jika benar DNA dan ciri genetik?

4. Pesanan ringkas melalui teks kepada Razak Baginda daripada PM: Kenapa PM tidak disiasat untuk mencari motif dan implikasi pesanan teks ringkas PM kepada Razak? Kenapa tiada inisiatif untuk pemeriksaan terperinci mahkamah untuk mencari motif PM dan/atau melepaskan beliau daripada dakwaan tak berasas?

5. Berdiam diri: Kenapa kerajaan terutamanya pimpinan tertinggi tidak mengambil berat kes ini dan tiada usaha untuk menjawab 4 persoalan yang membelenggu bukan saja rakyat Malaysia tapi masyarakat antarabangsa juga? Kenapa berdiam diri dan mengabaikan isu bila kes ini melibatkan rakyat dari dua buah negara dan ada kepentingan global?

6. Keselamatan negara: Cara seorang wanita yang keseorangan, lemah dan tidak bersenjata dihapuskan menimbulkan tandatanya. Rakyat mahu tahu adakah terdapat ancaman kepada keselamtan umum, negara atau harta benda? Adakah beliau seorang pelampau yang berupaya menimbulkan peristiwa seperti 9/11 yang mana memerlukan tindakan dihapuskan dengan segera dan cepat? Apa motif untuk strategi yang diambil untuk menghapuskan seorang ibu dan juga anak yang bernama Altantuya?

Kesan utama pada PRU 13

Kerajaan BN tidak boleh terus berlakon dan mengabaikan 5 persoalan di atas lagi. Jika BN terus mengabaikan daripada menjawab persoalan ini, ia akan memberi kesan bukan saja kepada imej dan reputasi global negara tapi lebih penting, ia memberi kesan kepada masa depan pemerintahan BN .

Berhati-hati juga kepada sejarah masa akan datang

Sama ada pimpinan BN percaya atau tidak, kes pembunuhan kejam ini akan memberi kesan mendalam pada PRU-13 nanti. Apa jua starategi pilihan raya yang bakal dibuat dan laksanakan, mereka harus ingat satu fakta menyakitkan: keadaan yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia itu dan cara kes itu dilengah-lengahkan di mahkamah menjadikan kes tersebut perhatian antarabangsa dan menyayat hati jutaan rakyat yang prihatin dan percaya kepada kuasa Tuhan, dari dalam dan luar negara.

Rosmah patut dibabitkan, Najib perlu letak jawatan sementara siasatan berjalan

Maka, cara terbaik bagi PM sendiri menanganinya ialah mengarahkan penyiasatan terperinci tanpa ada sesiapa yang dilindungi.

Tetapi kerana nama beliau dan isterinya terbabit, maka adalah lebih baik jika beliau mengundur diri sementara sehingga kes ini selesai dan terbukti beliau tidak terlibat.

Demi kebaikan parti BN, Raja Berperlembagaan dan Istana Keadilan, imej dan reputasi negara, untuk kebaikan semua dan pertimbangan semua, pembunuhan Altantuya perlu ditangani tanpa pilih kasih dan rasa takut.

Kebenaran yang hakiki: Sesiapa yang bersalah kerana terlibat dan sesiapa yang enggan mendedahkan dalang sebenar patut berasa bersalah kepada negara.

Oleh J. D. Lovrenciear

Jom ber"Wasatiyah"... Kahkahkah....

Posted: 24 Mar 2012 08:15 PM PDT

Noh Omar Dengan Wasatiyahnya. Syabas Umno Selangor!

Salah ka Noh Omar ber"Wasatiyah" dengan cara menari berbaju seksi.... kahkahkah...

Baru padan muka Malaysia... kahkahkah...

Posted: 24 Mar 2012 06:17 PM PDT

Jangan guna amah Indonesia jika tak mampu

KUALA LUMPUR- Indonesia mahu Kerajaan Malaysia memastikan individu yang tidak mampu dan tidak layak, tidak mengambil pembantu-pembantu rumah dari negara itu bagi mengelakkan sebarang bentuk masalah khususnya kegagalan membayar gaji.

Sehubungan itu, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Suryana Sastradiredja berkata, Malaysia perlu memastikan gaji majikan pembantu rumah tidak kurang daripada RM5,000 sebulan.

Indonesia juga meminta agensi dan Kerajaan Malaysia menyediakan biodata majikan pembantu negaranya akan bekerja.

"Kita juga minta agensi dan kerajaan Malaysia beri biodata majikan seperti yang kerajaan Indonesia kirimkan biodata calon pembantu rumah kepada calon majikan di Malaysia.

"Biodata itu merangkumi latar belakang majikan, gaji majikan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk satu isi rumah (dulu hanya RM3,000) dan termasuk status kesihatan majikan. Kita tidak mahu majikan yang mempunyai sakit mental menggaji pekerja kita," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual.

Sambil menegaskan matlamat Indonesia ialah membina hubungan baik dengan Malaysia, Suryana berkata, Kerajaan Malaysia harus memastikan mereka yang tidak layak, "jangan ambil pembantu rumah."

"Dan, kerajaan Indonesia pula tidak bekalkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang akan menimbulkan masalah," katanya lagi.

Apabila kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa pembantu rumah dari republik itu hanya akan menjalankan satu tugas dengan gaji minimum RM700 sebulan, ia mencetuskan kontroversi. Kerajaan Malaysia pula menegaskan, apa yang diumumkan oleh Indonesia minggu lalu itu bercanggah dengan memorandum persefahaman yang dimeterai tahun lalu.

Suryana juga berkata, di bawah pendekatan dipersetujui, kadar gaji yang ditetapkan RM700 sebulan.

"Tetapi RM600 boleh ditetapkan bagi negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sabah di mana kos hidup lebih rendah. Selain itu, pasport boleh dipegang pembantu rumah, hak satu hari kelepasan am yang tidak ditetapkan harinya dan majikan perlu buka akaun bank untuk bayar gaji. Jika berlaku kes tidak bayar gaji, ada bukti," kata beliau merujuk kepada syarat-syarat baru penggunaan pembantu rumah.

Sinar

Ni baru betoi-betoi samseng...

Posted: 24 Mar 2012 01:00 PM PDT

Samseng makan mayat pengkhianat

SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.

MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.

Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid. Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.

Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu. Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai 'The Butcher' mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.

Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.

MILAN Jurusic.

Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka. Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.

Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu. Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.

Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.

Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. – DM

Tiada ulasan: