Ahad, 18 Mac 2012

Addin

Addin


Ali Rustam Sahut Cabaran Debat Ganti Najib?

Posted: 18 Mar 2012 09:45 AM PDT


Dalam kehangatan cabaran debat ke atas Najib, dan rakyat Malaysia rata-rata menunggu sahutan dari Najib rupa-rupanya Najib hanya berani berhujah seorang diri atas pentas di Puchong malam tadi. Dalam berita tv malam tadi, macam-macam Najib perli Pakatan Rakyat, namun sebenarnya Najib hanya seorang pemimpin yang pengecut.

Hanya berani berkokok diluar gelanggang. Ajak beradu di dalam gelanggang, lari lintang pukang. Najib dalam parlimen pun tak berani menjawab soalan yang diberikan. Inilah spesis Umno.. dasar pengecut!!

Mula-mula terkejut jugak Addin tengok banner di atas tuh.. realiti atau fantasi tapi rupa-rupanya fantasi semata-mata. Pesuruhjaya PAS Melaka, Sdr. Adly Zahari juga pernah mengajukan cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. (rujuk sini.)

Cabaran debat kepada Ali Rustam ini bukannya yang pertama kali bahkan sejak Pesuruhjaya Melaka yang terdahulu yang di pegang oleh Ustaz Ghani juga pernah mencadangkan.

Namun sehingga ke hari ini Ali Rustam tidak berani untuk menyahut cabaran walaupun sebelum ini pernah beliau sendiri bersetuju untuk berdebat. Namun Ali Rustam mengenakan syarat yang tidak masuk di akal, iaitu berdebat di pentas yang berbeza, dan berjauhan antara satu sama lain.

Senang cerita, ceramah bersebelahan seperti mana yang sering kali berlaku di setiap kali ceramah PAS di adakan di Melaka.

Iaitu pada masa sama Umno juga turut berceramah di sebelah dengan dengan terpekik terlolong macam orang gila meroyan, inilah method debat yang Ali Rustam mahukan. Lihat video debat ala Ali Rustam kat bawah nih..



Awas!! Blog Pro Pakatan Rakyat Nih Adalah Ciptaan Umno

Posted: 18 Mar 2012 08:30 AM PDT


Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, www.suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya.

Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan "Manusia Paling Suci" oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim.

Selama ini blog terbabit cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada blog itu berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim.

Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini. Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. 
Tidak adakah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?. ~pahangdaily

Addin :

Sebenarnya Addin ada kerap kali terima e-mel berbentuk artikel dari blog Suara Pakatan Rakyat. Addin akui apa yang di bongkarkan oleh PDO. Semua tulisannya adalah berbentuk provokasi. Blog tersebut cuba menjadi neutral tapi sebenarnya dalam diam mereka mencucuk jarum prejudis.

Tapi Addin yakin, para pembaca pandai menilai dan oleh sebab itu blog Suara Pakatan rakyat tidak mendapat sambutan di alam maya.


(Video) Demonstrasi Bantah Loji Gas Di Pengerang

Posted: 18 Mar 2012 05:30 AM PDT

pengerang protest demo 180312Pengerang dikejutkan dengan bantahan loji gas

Pengerang di Johor yang dianggap lesu, hari ini menyaksikan kira-kira 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk menubuhkan sebuah kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

Selain itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.

Peliknya, acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.
Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:

"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".

Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami".

pengerang protest demo 180312 che mahazan che aikKetua Polis daerah Kota Tinggi Che Mahazan Che Aik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa penganjur memaklumkan bahawa mereka cuma mahu berkumpul dengan aman selama 30 minit.
"Polis tidak ada halangan selagi ia dibuat dengan aman, tanpa apa-apa pepecahan dari segi keamanan, tentangan dan sebagainya.

"Ia sudah berjalan dengan aman. Kehadiran polis untuk menjaga keamanan. Tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku," katanya sambil menambah seramai 15 anggota polis yang mengawal keadaan di situ.

Ada racun, toksik

Pengambilan tanah fasa pertama melibatkan 9,500 ekar tanah dalam proses untuk diambil bagi projek berkenaan yang melibatkan tujuh kampung. Manakala bagi fasa kedua melibatkan 22,500 ekar bagi fasa kedua bakal menyusul.

Pada sidang media selepas perhimpunan itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang Kasran Abdullah berkata pihaknya tidak menolak pembangunan tetapi tidak melibat pengambilan tanah sehingga penduduk akan dipindahkan di tempat yang jauh.

pengerang protest demo 180312 kasran abdullah"Kilang-kilang petrokimia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

"Bagaimana dengan pencemaran udara, akan ada racun, toksik. Kehidupan penduduk akan terancam dan boleh membawa maut. Ia termasuk haiwan di laut," kata Kasran yang juga bekas guru besar.

Menurut Kasran lagi, penduduk khususnya petani, peniaga dan nelayan juga bakal berdepan dengan risiko kehilangan pendapatan.

"Tanah empat, lima ekar untuk kelapa sawit yang memberi hasil RM1,000 hingga RM2,000, jika mereka berpindah, mereka mahu makan apa.

"Pendapatan mereka akan hilang jika terlibat dengan pengambilan tanah," katanya.

pengerang protest demo 180312Menurut Kasran lagi, 35 peratus nelayan di situ, turut berdepan dengan situasi demikian dalam tempoh jangka masa panjang.

Ini kerana projek tersebut akan mengganggu dan merosakkan habitat laut seperti ikan, udang galah dan burung-burung yang berhampiran di kawasan itu.

"Jadi identiti Pengerang, apabila orang Singapura datang mahu makan udang galah, (hasilnya) sudah berkurangan.

"Dulu nelayan turun dapat 20 ekor, sekarang turun, dapat satu, dua ekor sahaja," katanya.

Melayu berpecah

Menurut Kasran lagi, kebanyakkan peniaga di sini juga risau dengan masa depan perniagaan mereka jika tanah itu diambil bahkan mereka akan ditempatkan di Kg Baru Teluk Rumania yang terletak dua hingga tiga kilometer dari kawasan projek.

Kasrun juga mendakwa kesan pengambilan tanah telah menyebabkan penduduk dan institusi keluarga berpecah belah khususnya bagi penduduk Melayu.

pengerang protest demo 180312Ini kerana terdapat kelompok di kalangan mereka yang "mengira wang" untuk menjual tanah mereka, dan ada yang membantah pengambilan tanah itu.

"Sudah berpuluh-puluh tahun orang tua-tua buat rumah cantik-cantik. Tapi (hari ini) seperti dalam kena 'bom' , (ada pihak) datang, mahu ambil tanah.

"Kami mahu kekal seperti ini, mahu cari makan cara masing-masing... Perancang projek ini tidak memikirkan faktor kemanusiaan, tetapi hanya keuntungan.

"Penduduk perlu diutamakan, kita rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media yang diadakan di bangunan MCA cawangan Kg Sungai Kapal.

Sehubungan itu, jawatankuasanya akan menghantar memorandum rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertimbangkan rayuan mereka.

Memorandum itu akan diserahkan melalui MCA.



~malaysiakini

Gambar Menarik Sekitar Lawatan Najib Ke Perak Semalam

Posted: 17 Mar 2012 11:00 PM PDT


Inilah standard pemikiran Umno, kalau nak tipu biarlah nampak intelek sikit. Nih budak sekolah pun boleh nilai.. apabila duit yang kita punya,diserahkan kembali kepada kita lepas tu kita memuji-muji dan menjilat - jilat orang yang memberi wang tersebut.

Yang puji kerja-kerja jijik macam nih adalah pembodek sahaja, bodek ingin dapat kerusi. Tambahan pulak dekat dengan PRU 13 nih..

Gambar kat atas nih menunjukkan Najib Razak menerima kad ucapan terima kasih dari penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seluruh negeri Perak pada Program Sepagi Bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di Beruas sempena lawatan sehari beliau ke Perak pada Sabtu.

Kat bawah nih pula adalah gambar yang sempat di rakam oleh salah seorang Addin Group sekitar Tapah. Mengikut maklumat Najib melawat ke Batu 8, Jalan Pahang, Tapah semalam. Ratusan bas dapat di lihat memakir bas mereka di sepanjang jalan.

Yoep!! bas dari Kelantan pun ade



Jalan pun jadi sempit kerana bas yang terlalu banyak

Cuba bandingkan dengan program Pakatan Rakyat, yang banyak adalah kenderaan persendirian seperti kereta dan motor. 

Jikalau dibandingkan  dengan program Umno ratusan bas akan dapat dilihat, bermakna Umno paksa orang ramai datang dengan disediakan bas serta duit poket..

klik untuk besarkan

So janganlah ko nak berbangga Najib dengan berkicau - kicau dalam Twitter ko..


Tiada ulasan: