Ahad, 18 Mac 2012

PERAKITE

PERAKITE


Pencipta dan bilionair RED BULL meninggal

Posted: 17 Mar 2012 05:48 PM PDT

Bilionair, Chaleo Yoovidhya ...pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia  semalam, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut majalah Forbes, Chaleo. 89, ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lepas.

Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, Chaleo membina kilang farmaseutikal,TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik bernama Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat di kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.

Pada tahun 1984, beliau mengasaskan minuman Red Bull bersama pakar pemasaran Austria, Dietrich Mateschitz, yang menyedari potensi minuman tonik (Krating Daeng) semasa melawat rantau Asia.

Red Bull mula dipasar di Austria pada tahun 1987. Red Bull yang dihasilkan di kilang milik Chaleo kini dijual di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Bilionair itu berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan 11 orang anak, lima oleh isteri pertamanya dan enam hasil perkahwinan keduanya.

Selain perniagaan minuman tenaga, Red Bull turut memiliki dua pasukan bola sepak, Red Bull Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat. Red Bull juga merupakan pemilik pasukan Formula Satu dengan nama yang sama.

Antara Ferrari dan Kancil

Posted: 17 Mar 2012 05:41 PM PDT


Sebuah kereta Ferrari F430 bernilai lebih RM1 juta yang dipandu lelaki berusia 50an tiba-tiba terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban, dekat Mantin semalam.


Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut memandu jentera mewahnya itu dalam satu konvoi ke Seremban.


Enjin kereta itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya memberhentikan kenderaannya di tepi jalan lalu terbakar.

Tiada ulasan: