Ahad, 18 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


FAKTA: Cina pun pandai bodek gak... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2012 10:11 AM PDT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima cenderahati berupa gambar kenangan Allahyarham bapanya, Tun Razak daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Jamuan Malam, Ng Him Fook (dua kanan) pada majlis Jamuan Malam Perdana Menteri bersama Persatuan-Persatuan Agama Cina Perak anjuran Tokong Tow Boh Keong, Ipoh dan Persatuan-Persatuan Agama Cina Perak di SMJK Yuk Choy, malam tadi. Tun Razak pernah berkunjung ke Tokong Tow Boh Keong pada 14 Mac 1968. - Foto BERNAMA

GEMPAQ: Najib bakal dihadiahkan tanah kubur... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2012 08:22 AM PDT

Tanah sisa Lynas diserah kepada PM, menteri

IPOH, 18 Mac: Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) bercadang menghadiahkan contoh tanah tempat pembungan sisa pepejal nadir bumi di Bukit Merah untuk disimpan anggota kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya Tan Bun Teat berkata, tindakan itu bagi melihat adakah pihak kerajaan, sedia menerima sisa radioaktif itu yang didakwa mereka sebagai selamat dan tidak merbahaya sehingga meluluskan pembinaan loji nadir bumi The Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.

"EALB (Lembaga Perlesenan Atom & Nuklear Malaysia) dan menteri-menteri kabinet kata sisa buangan radioaktif itu tidak merbahaya sampai dia kata 'kosong ancaman'. Kita nak tahu sama ada mereka akan mengotakan kata-kata mereka.

"Kita akan bawa balik sedikit sisa nadir bumi ini, dan kita cabar mereka untuk simpan dirumah mereka. Mereka jangn cakap tak serupa bikin," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan sehari ke Perak semalam bagi meninjau bekas tapak loji sisa nadir bumi di Kampung Bukit Merah yang telah ditutup pada 1992, di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, tanah tersebut terlebih dahulu akan dijadikan baja untuk pokok bunga seperti cadangan EALB sebelum pasu bunga itu diserahkan.

Ketika mengambil sampel tanah tersebut, beliau mendapati biarpun sudah lebih 20 tahun ditinggalkan, kadar radiasi tanah tersebut masih melepasi paras bahaya.

Terdahulu hampir 50 orang rombongan SMSL dari Kuantan datang ke sini mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Bukit Merah di sini bagi mendapatkan maklumbalas berhubung kesan loji nadir bumi yang pernah beroperasi di sini.

Dalam pertemuan yang diadakan di Dewan Pusat Rukun Tetangga kawasan Bukit Merah itu, satu jawatankuasa penduduk dibentuk sebagai menyokong tindakan SMSL membantah Lynas di Pahang.

Tukar kerajaan penyelesaian terbaik

Sementara itu, Naib Pengerusi SMSL Ismail Abu Bakar berkata, langkah terakhir bagi menyelesaikan isu Lynas ini adalah dengan menukar kerajaan.

Katanya, kerajaan yang tidak mahu mendengar suara rakyat dan mahu menggadai keselamatan rakyat harus ditolak dan diganti kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

"Apa yang kita dah buat jika tak berjaya, akhirnya kita terpaksa balik kepada rakyat.

"Kita akan mintak rakyat tukar kerajaan sebab Pakatan Rakyat sudah janji akan tutup Lynas jika menguasai kerajaan persekutuan," katanya.

Hoi DAP, apahal nie...

Posted: 18 Mar 2012 03:00 AM PDT

Pertikaman Karpal-Ramasamy masih berterusan

Pengerusi DAP Karpal Singh menolak keputusan jawatankuasa disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung P Ramasamy daripada tuduhan melanggar tatatertib parti.

Pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Karpal berkata jawatankuasa tatatertib itu tidak layak membuat keputusan kerana Ramasamy juga adalah seorang ahli panel yang sama.

Karpal, seorang peguam veteran dan juga ahli parlimen, berkata ahli-ahli jawatankuasa tatatertib sepatutnya berundur dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.

"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka" katanya.

Selain daripada Ramasamy, tiga yang lain menganggotai jawatankuasa itu adalah Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Naib Pengerusi kebangsaan Tan Kok Wai dan naib pengerusi DAP Pulau Pinang Lim Hock Seng.

Karpal juga berkata bahawa dua pemimpin DAP Pulau Pinang - RSN Rayer dan A Tanasekharan - telah memfailkan rayuan bagi pihak 33 yang lain terhadap keputusan jawatankuasa yang membebaskan Ramasamy itu.

Beliau menjangkakan perkara itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP tidak lama lagi, dan jika perlu, akan dibawa ke kongres parti itu untuk keputusan.

"Dalam mana-mana mahkamah, ini tidak boleh diterima. Ia tidak sepatutnya dilakukan dan tidak seharusnya dilakukan (untuk menduduki jawatankuasa penghakiman ahli sendiri)," katanya.

Ramasamy dituduh mendalangi demonstrasi di luar Hotel Pearl View tempat konvensyen parti itu di Pulau Pinang diadakan pada 11 Disember - bagi menentang Rayer dan Tanasekharan.

Tan, yang mempengerusikan jawatankuasa disiplin pada 12 Mac lalu, berkata bahawa "tiada bukti secara langsung" yang mengaitkan Ramasamy dengan kejadian itu, justeru, beliau dibebaskan.

HOT!! Konfom pilihanraya bulan JUN...

Posted: 18 Mar 2012 02:33 AM PDT

Perdana Menteri sudah bersedia, tetapi mahkamah belum lagi. Kes-kes memalukan dijadualkan hanya bermula selepas Jun, iaitu selepas pilihan raya umum ke-13 diramal diadakan. Apa persamaan kontroversi berkenaan?

  • Diumumkan pada hujung minggu lalu bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, terpaksa melepaskan jawatannya berikutan apa yang kini dikenali sebagai 'skandal lembu' dan akan berundur pada 8 April apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir.

  • Pada 13 Mac, hari suami, Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna wang pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin cuba membawa usul di Dewan Rakyat bagi membahaskan kemelut itu tetapi dimaklumkan oleh speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa perkara itu kini di mahkamah dan adalah sub judice - jika dibincangkan. Ini bermakna pembangkan kehilangan modal berkempenyang mantap.

  • Pada hujung minggu yang sama, Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan pengerusinya Datuk Zarinah Anwar, akan meletakkan jawatan pada akhir bulan ini berikutan konflik kepentingan peribadi memababitkan suaminya dalam urusan niaga saham.

  • Hujah bagi rayuan dua anggota polis yang disabitkan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang sepatutnya didengar pada 10 Februari tetapi kemudiannya ditangguhkan sehingga 9 Mac, kini sekali lagi ditangguhkan sehingga 27 dan 28 Ogos.

  • Pada 9 Januari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi pada 25 Januari pihak pendakwaan mengumumkan bahawa mereka akan membuat rayuan. Perbicaraan rayuan keputusan tidak-bersalah itu dijangka berlarutan dan mengambil masa yang lama.

  • Terdapat pelbagai kontroversi lain, termasuk perbicaraan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di mana kerajaan kerugian sebanyak RM12.45 bilion. Kes pendakwaan terhadap Ling selesai beberapa bulan lalu tetapi hanya baru-baru ini diumumkan bahawa beliau mesti membela diri. Tidak pasti bila beliau akan dipanggil untuk berbuat demikian.

Apakah kes-kes berkenaan mempunyai persamaan seumpama ini ditunda ke hadapan, soal beberapa pemerhati di Kuala Lumpur.

"Mereka akan cuba menolak segala-gala kes selepas bulan Jun atau Julai yang menjadikan kita semakin yakin pilihan raya umum akan diadakan bulan Jun," kata seorang ahli perniagaan.

Tiga suspek ni warga asing ka?

Posted: 17 Mar 2012 11:27 PM PDT

TIGA suspek kes pembunuhan Nurul Nadhirah Abdullah, 5, atau Dirang termasuk seorang wanita dibawa ke mahkamah Majistret Johor Bahru pagi semalam bagi penyambungan tempoh tahanan reman. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Punca Najib kena tidoq luaq... kahkahkah...

Posted: 17 Mar 2012 09:36 PM PDT

Kes Scorpene akhirnya ke mahkamah Paris

Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS, akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar di mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.

"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.

Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.

Melibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.- M'kini

HOT!! Tabik pada Polis yang berani mati nih...

Posted: 17 Mar 2012 06:40 PM PDT

Anggota polis tawar beri keterangan pada tribunal

Beberapa anggota polis yang masih berkhidmat, telah memaklumkan kepada Malaysiakini mengenai kesediaan mereka tampil secara sukarela memberi keterangan kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah.

Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah.

Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan.

Mereka - yang enggan mendedahkan nama melainkan sebuah tribunal ditubuhkan - berkata ketika pasukan itu bertambah baik di bawah kepimpinan Tan sri Ismail Omar sekarang, namun pengaruh Peguam Negara Abdul Gani masih menimbulkan rasa takut di kalangan banyak pihak.

Ini, kata mereka, akan berterusan melainkan sebuah tribunal bebas ditubuhkan.


Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) meminta bukti terhadap dakwaan salahlaku tersebut.

Ini ekoran laporan Malaysiakini mengenai ucapan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, yang mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya.

Tuduhan itu berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa.

Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian.

Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini persoalan mengenai dakwaan pembabitan kedua-duanya itu, masih berterusan.- M'kini

Tiada ulasan: