Rabu, 14 Mac 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Subuh Di K'tan.. Ulama MB & Imam

Posted: 13 Mar 2012 11:45 PM PDT

Ulama, Menteri Besar dan Imam.

INI adalah merupakan suatu pemandangan Subuh 'biasa-biasa' di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat.

Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat 'rare' di negeri-negeri lain. Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.

Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh 'orang tua ini' supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Jemaah melimpah ke bibir masjid.
Subhanallah!
Islam di Kelantan.
Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathuratbersama-sama jemaah.
Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat
sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan
kesihatan yang mengizinkan.
Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.
Setiap kali majlis berlangsung,
hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.
Berkat Seorang Ulama.
Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.
Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau,
dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika
untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!
Jemaah yang sedang menunggu giliran di luar.
Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun
keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir
dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!
Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka.
Bahkan kita kaya! Kaya akhirnya.
 
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat.

Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki 'syurga'. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal. -sumber

Kenapa Pejabat PM tempah hari jadi Najib RM79,053?

Posted: 13 Mar 2012 11:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Mac: Belum reda dengan pendedahan kos pertunangan anak Perdana Menteri, PKR hari ini pula mempersoalkan kenapa tempahan majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak yang bernilai RM79,053 dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri.

Pengarah Starateginya, Rafizi Ramli berkata, ianya berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri.

Majlis sambutan hari jadi itu dakwanya berlangsung di Sri Perdana pada hari Ahad, 24 Julai tahun lalu.

"Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

"Berbeza dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini secara jelas menyatakan ianya majlis peribadi. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan itu tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya 'majlis Pejabat Perdana Menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Majlis itu, menurut Rafizi, turut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720).

"Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

"Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat," katanya. -Hrkh

SPR Takut Keputusan Bocor Hancurkan Peluang Umno-APCO!

Posted: 13 Mar 2012 05:48 PM PDT



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengiraan di pusat mengundi yang ditutup awal hanya boleh dilakukan mulai jam 4 petang bagi mengelak keputusannya bocor dan mempengaruhi pengundi di kawasan lain, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata sebelum ini pengiraan undi di pusat terbabit yang kebanyakannya berada di pedalaman Sabah dan Sarawak boleh dilakukan sebaik proses pengundian selesai.

Langkah ini, tegasnya, bertujuan mengelak parti politik bertanding mengambil kesempatan dan menyebarkan maklumat belum disahkan menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook sehingga menyebabkan timbul pelbagai kekeliruan.

"Secara moralnya, perbuatan itu salah. Dulu kita kira awal kerana tiada cabaran komunikasi canggih seperti sekarang dan mengandaikan parti politik bertanding bersikap lebih bertanggungjawab, jadi kita kira undi di pusat pengundian sebaik prosesnya selesai.

"Bagaimanapun, lain pula jadinya seperti pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu apabila ada yang menyebarkan maklumat lebih awal dan ia belum disahkan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah SPR Sabah, Datuk Mohd Idrus Ismail dan Ahli SPR, Datuk Jamdin Buyong.

Abd Aziz berkata, kemudahan komunikasi terkini yang membolehkan perkembangan terkini disalur dengan pantas adalah antara cabaran utama dihadapi SPR, terutama apabila timbul pertembungan dalam menentukan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau sebaliknya.
Keadaan itu, tegasnya, mewujudkan perang saraf yang boleh mempengaruhi corak mengundi.

"Di pihak SPR, biarlah orang atau parti itu bertanding dulu dan jangan disebar berita yang belum tentu betul. Kadang-kadang ada yang sebarkan maklumat kononnya satu parti itu menang berdasarkan jumlah undi di pusat yang ditutup awal, jadi pengundi kawasan lain yang belum mengundi mungkin berpendapat ada baiknya mereka mengundi parti berlainan.

"Zaman sekarang orang guna Twitter, Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gambar disebar menerusi telefon bimbit. Semua ini adalah cabaran besar buat SPR," katanya.

Patutlah Najib Takut Berdebat!! : Lain Yang DiTanya Lain pula yang Di Jawab + Video

Posted: 13 Mar 2012 05:47 PM PDT

 
Inilah perangai umno, dari dulu bodoh dan bacul. Dicabar berdebat tak berani. Malang rakyat negara ini yang mempunyai pemimpin seperti najib..



Umno di Kala Naik Sawan ..

Posted: 13 Mar 2012 04:42 PM PDT

Nampaknya kini barulah rakyat tahu kuasa mereka. Hari ini kerajaan pimpinan Umno-BN terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat. Itupun kerana kuasa mereka diparlimen yang tak sampai 2/3. Apatah lagi asakan pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN kini berada dipenjuru gelanggang.
Setelah 55 tahun Umno memerintah selepas merdeka, barulah rakyat kini mengecapi sumbangan maupun apa yang dikatakan pembelaan kerajaan. Pelbagai tawaran dan pemberian kini ditawarkan. Itu semua bagai gula-gula untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Dari duit pelajar Rm100, duit buku mahasiswa IPT sehinggalah duit Br1M Rm500. Sejauh mana rakyat termakan umpan yang ditabur Umno-BN?
 
Tawaran Buku-Jingga menjadi berhantu. Ia menjadi pendesak kerajaan untuk mengembalikan kekayaan Negara kepada rakyat. Tawaran kepada guru kenaikan RM500 telah menyebabkan pemimpin kerajaan menjadi gelabah. Desakan terhadap kenaikan gaji kakitangan menyebabkan SBPA terpaksa dibatalkan dan SSM diguna semula dengan kenaikan 7-13% yang menelan bajet RM 6 billion. Walaupun ketika mengumumkan itu wajah PM yang amat sugul dan tidak ceria tetapi terpaksa tindakan itu dilakukan juga bagi menggula-gulakan 1.4juta kakitangan kerajaan agar mengundi Umno-BN.
 
Rasanya inilah masa terbaik bagi Najib mengumumkan pilihanraya… jangan sampai timbul lagi isu-isu lain yang menenggelamkan watak populis PM ini. Masing-masing kini hanya menunggu siapakah calon-calon winnable pilihan Najib. Tidak ketinggalan di Terengganu. Kalau tersalah Najib letak calon nescaya balik awallah Umno-BN. Team manakah yang akan naik? Puok Mat Said ke atau Puok Deris Jusoh? Kita tengoklah bagaimana tarian mereka nanti.
 
Pas seperti biasa meneruskan kerja-kerja persiapan PRU-13 dan mengadakan penerangan perjuangan yang dibawa Pas. Pas memperjuangkan dasar parti yang dibawanya dan membina kekuatan atas kekuatan yang dibina serta sokongan ahlinya dan bukannya atas kelemahan musuh. Sebab itu Pas masih lagi bertahan hingga kini. Perjuangan Pas nampaknya semakin diterima. Bukan hanya dikalangan orang melayu, orang bandar tetapi juga masyarakat cina yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada Pas.
 
Umno kini merasai bahawa kekuatan serta pengaruh mereka semakin tercabar. Akibatnya mereka mengambil tindakan yang semakin tidak rasional. Nampaknya Umno seperti orang kena rasuk. Apabila Tok bomoh dah jampi dan kenyekkan lada hitam… hah! Macam naik sawan dibuatnya.
 
Mereka bimbang kalau fitnah mereka selama ini terhadap PR terbukti tidak benar. Mereka cuba menghalang agar rakyat tidak mendapat dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Pas. Terbaru bagaimana Umno-BN di Dun Paka yang semakin terdesak.Isu rampasan tanah Sekolah Agama Darul Bayan di jalan Santong Paka makin menjerut mereka. Rakyat semakin tahu kezaliman mereka. 
 
Dua perarakan bantahan yang diadakan mendapat sokongan masyarakat yang ramai. Pertamanya ditapak sekolah ke pejabat Adun Paka yang menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi di Residen Resort dan yang terbaru demontrasi bantahan di Bandar Dungun ke Pejabat Tanah Daerah untuk menyerahkan memo bantahan tersebut walaupun Pegawai Daerah dikatakan bercuti. Memo diterima oleh Penolong Pegawai Daerah. Rakyat mula memperkatakan kezaliman tindakan pemimpin Umno-BN ini.
 
Hari ini mereka terpaksa menjawab disetiap perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah di seluruh Dun Paka. Mereka memfitnah semasa ceramah penyampaian wang BR1M Rm500. Mereka tidak berani berhadapan dan bersemuka. Jemputan Debat Rakyat dihantar kepada pihak Adun tetapi malangnya tawaran debat terbuka isu rampasan tanah itu sehingga ke hari ini tidak disambut oleh Adun Paka maupun Ahli parlimen Dungun sendiri. Mereka lebih suka memilih jalan yang bukan demokrasi.
 
Ketika Pas Dun Paka nak mengadakan ceramah di Kuala Paka yang sebahagian penduduknya dikalangan orang cina dengan mengundang penjelasan oleh Ng Chai Hin selaku Pengerusi DAP Terengganu dan YB NG Swee Lin iaitu Adun Sekinchan, pihak Umno Cawangan Kuala Paka telah membuat report polis supaya membatalkan ceramah anjuran Pas tersebut. Walupun usaha mereka itu gagal tetapi nampak bagaimana mereka mula takut kepada sokongan masyarakat terhadap Pas. -sumber

Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara

Posted: 13 Mar 2012 04:39 PM PDT

rafidah aziz pc on permatang pauh by election 010808 03
Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.



NONESemalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

Subhanallah..Tengok nii..Gua Macam Tak Caya Beb...

Posted: 13 Mar 2012 04:38 PM PDT



Subhanallahhhh...gua macam tak percaya ini adalah pertunangan anak PM yang menyalak pagi petang bahawa Umno adalah parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam daripada Pas yang dikatakan sesat.Gua ingatkan ini adalah pertunangan anak pemimpin Sepanyol atau England,sebab kalau dillihat dari segi pakaian tiada yang membezakan diantara keluarga diatas dengan keluarga pemimpin kafir negara barat.

Inikah pemimpin yang menjadi harapan menggunung Para Pak Mufti,Para Ustaz-ustaz,Para Pak Imam kat kampung yang pagi petang mempertahankan pemimpin mereka dalam Umno lebih islam daripada pemimpin Pas dan mereka bermati-matian yakin bahawa pemimpin inilah akan memperjuangkan Islam dan mengangkat martabat Islam di mata dunia..Fuhhhh...uwekkkkkk...nak termuntah guaa...

Inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mengujudkan sebuah institusi bernama institut wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan, tetapi berbelanja super mewah  mencecah RM409,767 hanya bagi sebuah majlis pertunangan seorang anaknya.

Gua ingat lagi,satu hadis yang dibacakan oleh seorang ustaz semasa majlis Ilmu.."Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka ia sama dengan kaum tersebut."tidak kira sama ada dari segi berpakaian,cara hidup,hiburan dan lain-lainnya.

Ini baru pertunangan...perbelanjaan dah mencecah RM400 000,kalau majlis khawin nanti,gua rasa mahu sampai berjuta-juta beb...Umno Kuat,Melayu Melarat....

Tiada ulasan: