Jumaat, 9 Mac 2012

Addin

Addin


Rupa-Rupanya Sebab Ini Najib Guna Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anaknya

Posted: 09 Mar 2012 04:00 PM PST

KEADILAN hari ini mendakwa bahawa kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemuda warga Kazakhstan pada tahun lalu telah dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri. Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri La yang mengendalikan majlis pertunangan tersebut di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mencatatkan jumlah sebanyak RM409,767.

"Sejurus selepas majlis itu pimpinan KEADILAN mempersoalkan perbelanjaan tersebut sehinggalah ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Dr. Tan Kee Kwong tampil menyebut bahawa ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Apa yang saya kemukakan ini adalah bukti jelas terhadap dakwaan iaitu ia dibiayai dari Pejabat Perdana Menteri," kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.

Menurutnya lagi, perbelanjaan sebanyak RM409,767 itu meliputi kos jamuan VIP seramai 39 orang dengan kos RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang kos RM309,975 serta kos pengendalian sebanyak RM81,000.

"Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka.

"Tetapi kenapa tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu mirip santapan diraja termasuk daging panggang Australia yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," kata beliau lagi.

Menurut Rafizi, beliau telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

"Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh perdana menteri termasuk barisan kabinet yang lain.

"Kita juga akan berbincang dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan," sambung beliau lagi.

Pada sidang media itu, Rafizi turut mendedahkan dokumen 'Banquet Event Order' dari sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menunjukkan semua urusan dilakukan dari Pejabat Perdana Menteri.

Agensi berita Bernama tahun lalu melaporkan tentang majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa dengan seorang pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Dokumen tersebut menamakan setiausaha sulit kepada Perdana Menteri, Mohd Po'ad Jelani sebagai individu yang perlu dihubungi bagi urusan majlis tersebut.

Dokumen tersebut turut mencatatkan makluman dari pihak Hotel Shangri La tentang surat persetujuan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Jun 2011. ~keadilankini

Addin :

Sebab tak nak guna duit poket sendiri..


Pejabat Pendidikan Daerah Jadi Alat Umno BN.. Ini Buktinya

Posted: 09 Mar 2012 08:40 AM PST

Berdasarkan surat PPD Daerah Tawau dari Unit Pengurusan Sekolah yang bertarikh 01 Mac 2012 telah mendedahkan bahawa pejabat berkenaan telah menjadi agen Umno BN. Surat berkenaan telah menyatakan arahan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah Tawau supaya mengenalpasti kakitangan sekolah mengikut kategori seperti berikut : (Rujuk Surat yang dilampirkan)

1. Putih 
2. Kelabu 
3. Hitam

PAS Tawau hairan kenapa pejabat PPD boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik. Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau. Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki.

Terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau. Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN. Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau.


~razali_sani@yahoo.com

Kroni Umno Mula Jual Aset, Petanda Umno Bakal Tumbang PRU13

Posted: 09 Mar 2012 07:43 AM PST

Sedang kroni jutawan Umno bersenang-lenang di atas aset yang dipercayai diperolehi melalui pemimpin tertinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, timbul pula cakap-cakap bahawa BHIC - firma yang dikaitkan dalam komisen RM570million yang dibayar oleh gergasi senjata Perancis, DCN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – akan diswastakan. Menjadikan BHIC swasta sudah tentu akan membolehkan pihak pengurusan untuk merahsiakan akaun dan urusannya.

Namun, sebagai sebuah syarikat tersenarai, BHIC atau Boustead Heavy Industries Corp Bhd perlu mematuhi peraturan kawal selia pasaran, sebagai firma yang dikawal kerajaan pula, ia telah memperolehi banyak kelonggaran.

Bagaimanapun, dengan pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan tahun ini, ada kebimbangan bahawa sekiranya berlaku perubahan kerajaan, perjanjian BHIC akan diteliti kerana ia telah dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam pentadbiran Najib.

Perimekar Sdn Bhd, sebuah firma swasta yang dipegang oleh rakan rapat Najib Razak, iaitu Baginda, dipercayai telah menerima wang dari DCN bagi pihak Najib dalam bentuk perkhidmatan sokongan dan kontrak penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, tidak mungkin satu sahaja firma yang terlibat. BHIC juga dituduh mendapatkan komisen dalam bentuk rasuah yang diterima Najib untuk mendapat dua kapal selam Scorpene bagi kerajaan Malaysia.

"Sejak akhir-akhir ini banyak pembelian yang boleh dipersoalkan dibuat oleh kerajaan Umno-BN pimpinan Najib. Sekarang mereka takut tertangkap dan harta kekayaan dirampas. Jadi, mereka mula menjual aset. Sekiranya berlaku perubahan kuasa, Pakatan rakyat pasti akan mengadakan suatu siasatan awam tanpa menyelindungi mereka yang terlibat dalam pembelian yang menyeleweng.

Banyak lagi yang belum boleh kita lakukan sekali gus tetapi kita sedang buat satu persatu. Semua perbuatan akan diadili di hadapan rakyat," naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang lebih baik untuk merampas kerajaan persekutuan daripada gabungan Najib di PRU ke-13. Antara jutawan yang sedang sibuk melupuskan aset adalah Vincent Tan dan Ananda Krishnan, kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dengan elit Umno.

Penafian

Sememnagnya, unit BHIC, Boustead DCNS Naval Corp telah diberi kontrak bernilai RM532 juta berkaitan kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang melakukan perkhidmatan sokongan terhadap kapal selam dari tahun 2010 hingga 2015. Boustead DCNS Naval Corp adalah rakan kongsi dengan kepentingan 60:40 antara BHIC Technologies dan DCNS yang berpusat di Perancis yang bermula pada tahun 2009.

Namun begitu, pengerusi BHIC, Lodin Wok Kamaruddin telah menafikan laporan yang mengatakan BHIC akan diswatakan tetapi tidak menolak ada rancangan untuk membawa kompeni itu untuk maju ke hadapan.

"Saya rasa, tiada niat di pihak kami sebagai pemegang saham untuk menswatakan BHIC. Pada masa ini, kita tidak nampak sebab untuk berbuat demikian." Bernama melaporkan kenyataan Lodin.

"Saya menulis kepada Bursa Malaysia, pihak kami tiada perancangan untuk menswastakan BHIC. Dengan itu, kami tidak akan melakukannya untuk sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Saya tidak tahu bagaimana khabar angin ini bermula. Ia tidak benar, setahu kami, pemegang saham BHIC."

The Armed Forces Fund Board (LTAT) merupakan pemegang saham terbesar BHIC. Memegang sebanyak 8.15 peratus kepentingan dalam syarikat dan 65 peratus kepentingan pula melalui Boustead Holdings Bhd. LTAT memegang sebanyak 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Boustead Holdings Bhd.

6 buah OPV untuk RM 9 billion dan banyak lagi akan menyusul

Spekulasi bertiup kencang mengatakan LTAT akan memilih untuk menswastakan BHIC dengan RM5 ke RM6 perunit saham. Berikutan urusniaga pada masa hadapan, ia dijangka akan bertahan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Pada 16 Disember tahun lepas, BN Shipyard menerima surat perlantikan dari Kementerian Pertahanan bagi kontrak, reka bentuk, membina, melengkapkan, memasang dan diberi kelulusan untuk menghantar enam unit generasi kedua kapal peronda, Littoral Combat Ships, yang dijangka bermula pada tahun 2017 bagi enam bulan seterusnya. Kontrak yang menelan belanja RM9 billion ini akan dijalankan pada rancangan Malaysia ke 10, 11 dan 12.

"Ramai yang menganggap projek RM9 billion itu telah diberikan kepada BHIC. Ini tidak benar kerana, ia sebenarnya diberi kepada BN Shipyard (Boustead Naval Shipyard) rakan perniagaan BHIC," katanya lagi.

"BN Shipyard hanya mendapat surat penganugerahan untuk kumpulan kapal perang yang seterusnya pada akhir tahun lepas. Ada jurang masa satu tahun selepas kami menghantar sekumpulan enam kapal peronda laut yang pertama. Banyak yang perlu kami bayar seperti gaji pekerja dan ini menjejaskan prestasi kami."

Lodin merujuk kepada 6 buah OPV (kapal perondal laut) yang mengundang kontroversi apabila menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kosnya, yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan kapal-kapal milik tentera laut negara lain yang serupa. Jumlah yang diumumkan oleh Zahid, iaitu RM 6 billion menjadikan harga untuk sebuah kapal adalah RM1 billion. Ini bermakna, harga ini hampir 5 kali ganda harga pasaran. Tanpa menghiraukan kemarahan rakyat, Zahid telah menaikkan pula jumlah itu kepada RM9 billion.

Pembunuhan

Prokumen pembelian Kapal Peronda Laut berserta Scorpene adalah perkara biasa dalam cara kerajaan BN membeli kelengakapan tenteranya. Hanya sedikit sahaja maklumat akan diberitahu sehinggalah pembelian selesai. Kerana BN memegang majoriti undi dalam parlimen, ia menjadi senang bagi mereka untuk meluluskan pembelian sebegini, dan pada masa yang sama menolak desakan untuk Inkuiri Suruhanjaya Diraja bagi pembelian Scorpene yang juga telah melibatkan satu pembunuhan.

Altantuya Shaariibuu, penterjemah dari Mongolia, dipercayai dibunuh kerana telah mengugut akan mendedahkan korupsi dalam pembelian kapal selam apabila dia tidak menerima habuan dari mereka yang terlibat. Dia yang dikatakan perempuan simpanan Najib, juga merupakan kekasih Razak Baginda, rakan Najib sendiri.

Dua pengawal peribadi Najib akan dikenakan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya. Ketua Inspektor, Azilah Hadri, 34 tahun dan rakan sekerjanya, Lans Kopral Sirul Azhar Umar, 39 tahun telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 9 April 2009, selepas hakim mendapati mereka bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya di kawasa hutan di Mukim Bukit Raja diantara 9.45 malam pada 18 Oktober dan 9.45 malam hari yang berikutnya. Perbicaraan berjalan selama 159 hari dan kedua-dua lelaki ini masih berhadapan hukuman mati buat masa ini.

Namun, rakyat Malaysia pasti bahawa kedua-dua anggota polis ini hanyalah orang suruhan sahaja dan dalang sebenar disebalik kejadian inilah yang seharusnya dibawa ke muka pengadilan. Selepas ditunda selama 3 tahun, pembantu pendaftar, Kanageswari Nalliah telah menetapkan 9 Mac sebagai tempoh masa untuk peguam Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan semua rekod berkaitan kes. Ini akan membuka ruang untuk rayuan dibuat ke atas keputusan.

Najib dipercayai cuba melenggahkan rayuan kes ini sehingga selepas PRU ke-13 yang dijangka akan berlaku pada tahun ini. Ini supaya tiada publisiti negatif terhadap dirinya pada masa itu kerana kemungkinan untuk kalah kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim adalah besar.

PM Malaysia itu telah menolak dakwaan menerima apa-apa habuan dari DCN dan juga penglibatannya dalam kes Altantuya. ~malaysiachronicle

Konspirasi Dalam Umno Untuk Menjatuhkan Mahathir?

Posted: 09 Mar 2012 06:46 AM PST

Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir' kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.

"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan. Sehingga dia menyiapkan pelan penggantian dengan Mahathir, dia tidak akan berani untuk mengadakan pemilihan parti," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Mereka yang ditemuramah Malaysia Chronicle juga menegaskan 26 Mei juga merupakan hari Sabtu terakhir bulan tersebut, ini menjadikan itulah tarikh yang akan dipilih.

Namun, ramai yang yakin bahawa ini adalah teka teki terbaru dari Najib - untuk memberi kejutan setelah hampir semua memikirkan bahawa dia terlalu takut untuk berhadapan dengan pilihanraya apabila mandatnya tamat tahun depan.

Mesyuarat untuk mengatasi 'kejutan' Najib


Pemerhati politik memberitahu baru-baru ini bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan beberapa veteran Umno, termasuk mufti Perak, Harussani Zakaria untuk berbincang tentang hak-hak Melayu yang juga menunjukkan bahawa Mahathir juga telah menghidu perubahan pada rancangan Najib dan mahu merencana taktik yang baru pula.

Adalah dipercayai bahawa mesyuarat Mahathir-Perkasa memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan perpecahan antara Melayu dan bukan Melayu dan untuk terus memburukkan imej orang Kristian, bagi meraih sokongan orang Melayu kepada sayap kanan Umno. Sebuah plot yang sama dengan kejadian rusuhan kaum13 Mei 1969 juga dipercayai untuk menjadi kecemasan mereka.

"Anda mesti ingat bahawa PRU ke-13 akan diperhatikan oleh ahli UMNO serta pembangkang. Kepada panglima-panglima Umno, ia mambawa banyak erti. Apabila ia diumumkan, ini bermakna semua broker kuasa akan mengadakan perjanjian untuk berkongsi kekayaan negara. Sudah semestinya, BN mungkin gagal dalam PRU ke-13, tetapi ini adalah apa yang selalu berlaku pada pilihan raya. Rundingan untuk kepentingan mereka sendiri sentiasa diutamakan. Pertikaian utama akan menjadi 'siapa yang dapat apa', "kata pemerhati Umno.

Menurutnya, Mahathir yang berusia 86 tahun bimbang jika Najib mula menentangnya kerana ini bermakna Mukhriz tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Mempertaruhkan populariti sendiri tanpa mempedulikan Umno, MCA dan Gerakan


Walaupun takut akan pengaruh Mahathir, Najib bertaruh pada populariti peribadinya untuk mendapatkan undi. Daripada usahanya mendalangi kejatuhan NFC RM250mil, dia kelihatan bersedia untuk memburuk-buruk dan memusnahkan Umno supaya kekal sebagai Perdana Menteri. Harapan itu tidak mustahil memandangkan bahawa UMNO telah Berjaya mendapat nama buruk seperti MCA, Gerakan dan MIC. Laungan 'Asalkan bukan Umno' telah menjadi sorakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu.

Jika Najib mampu menang atas kekuatan sendiri, ini bermakna dia tidak perlu membuang sepupunya Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang secara automatik akan mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin. Terdapat tekanan dari kem Mahathir supaya Najib mengorbankan Hisham supaya Mukhriz boleh dimasukkan ke dalam slot TPM dengan lebih cepat.

Khabar angin dari UMNO juga riuh dengan spekulasi mengapa Najib tidak mengumumkannya dalam perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti akan diadakan pada akhir tahun ini. Dia sudah pun mengumumkan mesyuarat tahunan bagi semua cawangan Umno akan diadakan di antara 1 April ke 15 Jun, manakala pemilihan bahagian akan diadakan dari 1 Julai hingga 15 September. Sambutan tahunan bagi pembentukan Umno akan diadakan pada 11 Mei 2012.

Tetapi dua tarikh utama yang tidak diumumkan Najib ialah pemilihan parti dan perhimpunan agung Umno. Ini memberi petanda bahawa kerja dalaman sedang dijalankan.

Calon boleh menang untuk kawal bahagian dan cawangan menjelang pemilihan Umno


Walau bagaimanapun, mengikut masa yang diumumkan, ia amat sukar bagi Najib untuk mengadakan PRU ke-13 pada Mei atau Jun. Walaupun begitu, jika PRU ke-13 diadakan pada bulan November atau tahun depan, Najib akan membubarkan Parlimen pada pertengahan tahun. Ini bermakna pelbagai cawangan dan mesyuarat bahagian akan bermula seperti yang diumumkan, tetapi tidak semua akan dapat berbincang.

Dipertengahan jalan, Najib dijangka mengumumkan calon-calon boleh menang BN untuk PRU ke-13, di mana selepas itu, hanya akan tinggal sedikit masa untuk panglima UMNO untuk bertindak. Ya atau tidak, mereka terpaksa juga menerimanya. Umno terpaksa melakonkan perpaduan dalam parti jika ingin mengalahkan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat iaitu Anwar.

Apabila PRU ke-13 selesai, calon pilihan Najib yang menang kerusi masing-masing akan mengambil alih bahagian Umno itu dan mengadakan mesyuarat cawangan untuk menggantikan pemegang jawatan tertinggi dengan penyokong kuat sendiri dan bersedia untuk pemilihan parti di mana mereka akan dijangka untuk mengundi bagi Najib dan beroleh majoriti besar. Dengan cara ini, Najib akhirnya boleh menjadi Presiden Umno yang kuat, tanpa perlu tunduk kepada Mahathir. Dengan orang-orangnya ditempat yang strategik, Najib akan berupaya mengisi ahli majlis tertinggi parti dengan para penyokongnya.

Mahathir tidak akan duduk diam

Sudah tentu, Umno-BN tidak boleh menang pada PRU ke-13, di mana dia akan menjadi Presiden Umno dan Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Umno dan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dia seolah-olah yakin mampu mengalahkan saingan utamanya, Anwar ibrahim.

Selain itu, sama ada rancangannya berjalan lancar bergantung kepada apa tindakan yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk mengatasi rancangan 'rampasan kuasa' Najib. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih lagi seorang ahli politik yang disegani dan masih mampu memberi kejutan.

Pada masa ini, Najib nampak seperti 100% di belakang Mahathr. Tetapi, mereka tahu sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku.

Pemerhati memberi amaran bahawa Najib, pada bila-bila boleh menarik balik sokongannya kepada Mahathir untuk menghadapi pendakwaan ke atas bekas PM ynag telah menyalahgunakan kuasa dan rasuah dengan membantu kroni dan keluarganya untuk mengumpul kekayaan yang besar.

Namun Mahathir seringkali dikatakan mempunyai cengkaman tersendiri ke atas pemimpin BN yang lain, termasuk Najib yang sering terlibat dalam skandal.

"Najib cuba untuk menunjukkan bahawa dia dan Mahathir sangat rapat. Dia cuba untuk memberi isyarat kepada orang yang melindungi Mahathir dari skandal-skandal yang lalu seperti MAS dan kejatuhan Tajudin Ramli, Air Asia dan Proton," kata pemerhati UMNO.

"Tetapi itu hanya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya, kita tidak nampak Najib mempunyai keberanian yang cukup untuk memberanikan diri dihadapan Mahathir atau inikan pula mengatasinya. Mahathir juga bukanlah seorang yang akan berdiam diri. Ada kemungkinan Najib tidak akan berani untuk memisahkan diri dari Mahathir dan pengaruhnya. " ~malaysiachronicle


14 Mac Ni.. Rahsia Najib Bakal Terbongkar

Posted: 09 Mar 2012 06:03 AM PST

PEKAN, 9 Mac - Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz (foto) akan tampil dalam ceramah pertamanya di sini pada 14 Mac 2012 ini. Ariff Sabri yang juga cukup dikenali sebagai Blogger Sakmongkol yang amat digeruni oleh Menteri Besar Pahang itu akan berceramah sepentas dengan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Batu 9, Sg.Miang dekat sini. Ariff yang merupakan ADUN pertama bagi DUN Pulau Manis yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum itu.

Kawasan di DUN terbabit yang sepatutnya berada dalam Parlimen Paya Besar telah dipindahkan ke Parlimen Pekan bagi memberikan kemenangan besar kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu (PRU11-2004).

Ariff Sabri menang dengan majoriti 4,491 undi menewaskan calon PAS, Ahiatuddin Daud. Beliau mendapat 7,153 undi sementara calon PAS itu hanya mendapat 2,662 undi sahaja. Kemenangan Ariff Sabri sungguh membanggakan Najib, tambahan pula ketika itu beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan sendiri.

Namun, baru sepenggal beliau bergelar "wakil rakyat", tempatnya kemudian digantikan oleh Khairuddin Mahmud pada PRU12 lalu. Tindakan UMNO ini menyebabkan penyokong Ariff Sabri kecewa, tambahan pula beliau cukup berpotensi untuk naik dalam hairaki politik parti itu di Pahang. Susulan itu, Ariff lebih banyak menumpukan perhatian menulis blognya Sakmongkol AK47 dan secara terbuka mengkritik kepimpinan UMNO BN baik di peringkat negeri mahu pun pusat.

Tindakan itu menyebabkan beliau terus dipinggirkan oleh para pemimpin UMNO. Akhirnya pada awal Januari 2012 lalu Ariff membuat satu keputusan yang cukup mengejutkan, dimana beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang amat dimusuhi UMNO.

Beliau menyerahkan borang penyertaannya kepada Setiausaha Agung UMNO, Lim Guan Eng ketika itu. Paling menarik seorang lagi Blogger UMNO yang cukup hebat dari Negeri Sembilan, Aspan Alias turut mengambil tindakan yang sama seperti beliau. Aspan khabarnya akan turut serta dalam ceramah itu nanti. ~pahangdaily


(Gambar) Sambutan Luar Biasa Sempena Lawatan Najib Ke Pekan Esok

Posted: 09 Mar 2012 02:58 AM PST

Syed Shahir tengah memberi penerangan kepada pekerja Hicom
Di jangkakan esok demonstrasi pekerja 2 kilang Hicom Automotive (M) Sdn Bhd akan di adakan di Pekan, Pahang. Demonstrasi tersebut akan memberi sambutan luar biasa sempena lawatan Najib ke parlimen Pekan esok.

Demonstrasi tersebut diadakan berikutan ketidakpuasan hati pekerja di kilang tersebut dengan beberapa perkara termasuk gaji.

Demonstrasi tersebut bakal memberi tekanan kepada pentadbiran Najib dengan beberapa siri demostrasi termasuk yang terbaru Himpunan Hijau 2.0.  


KAUM BURUH DI PEKAN BANGUN MELAWAN

kaum buruh telah marah
kerana gaji upah murah
dan barang makin naik harga

mereka telah keluar membantah

ini kilang dikawasan perindustrian pekan

pekan ialah kawasan najib
pada pilihanraya ke 11
najib hanya menang 284 undi
ini pun undi pos

esok najib akan melawat pekan
kaum buruh yang tak puas hati
akan sama sama menyambut najib

APA YANG DIPERJUANGANKAN BURUH

1. Jumlah pekerja yg terlibat ialah lebih dari 1,000 orang yg melibatkan 2 kilang.

Nama syarikat:
Hicom Automotive (M) Sdn Bhd
HICOM ISUZU
Kedua-duanya berada di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Pekan.

2. Isunya ialah: kebuntuan dalam negosiasi diantara kesatuan dgn majikan.

Majikan tawarkan kenaikan gaji sebanyak 3.5%sahaja.

Kenaikan tahunan antara lain dalam gred rendah sebanyak RM 14 setahun.

3. Ada beberapa isu-isu lain yg tertangguh.
Kedua-dua kilang ini DRB HICOM mempunyai kepentingan yang besar.


PEMIMPIN BURUH MEMBERI PENERANGAN


Bukti Najib Gagal Beli Hati Penjawat Awam

Posted: 08 Mar 2012 11:00 PM PST

Pengumuman Najib memansuhkan SBPA dan melaraskan gaji 7% hingga 13% (SSM dikekalkan) di PICC semalam gagal membuatkan penjawat awam gembira dengan pengumuman tersebut. Rata-rata penjawat awam bagi kumpulan sokongan berharap kenaikan adalah sekitar RM300 hingga RM1,000 lebih-lebih lagi beberapa hari yang lepas telah tersebar khabar angin bahawa kemungkinan kumpulan sokongan akan menerima kenaikan melebihi RM300.

Apabila Najib mengumumkan pelarasan gaji bagi kumpulan sokongan hanya 13%, kelihatan ramai yang kecewa dan terus berkira-kira gusar kemungkinan kenaikan 13% ini lebih rendah daripada kenaikan SBPA.

Buktinya, ketika Najib mengumumkan pelarasan 13%, hadirin di dewan utama (tempat Najib berucap) dan 3 dewan lagi hanya sekitar 15% sahaja yang bertepuk tangan.

Tiada sorakan kegembiraan, ada yang geram dan marah memandangkan terpaksa berpenat, bersesak hadir di PICC semata-mata untuk mendengar pengumuman hanya 13%.

Dengan kata lain, tidak ada kemungkinan penjawat awam akan swing undi mereka kepada Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. ~nadarakyat

Pakatan Rakyat Akan Putuskan Selasa Ini Samada Pilihanraya Serentak Dengan Pusat

Posted: 08 Mar 2012 06:27 PM PST

Pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumumanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, Khamis.

"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang diPertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.

Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimberkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun KerajaanPersekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Pakatan pembangkang - Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. ~bernama

Tiada ulasan: