Jumaat, 9 Mac 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Syauqey yang gua kenali.

Posted: 09 Mar 2012 12:11 AM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber 1 : Banduan penjara di Kelantan dakwa dibogelkan
Sumber 2 : Langgar Utusan Malaysia (Kelantan)

Ketika gua masih baru dalam dunia politik Kelantan, seorang rakan mengatakan budak ni (Syauqey) sama berani macam lu, bro. Cuma dia gila sket. Gua usha dia dari jauh jer lah. Itulah pertama kali gua tengok Syauqey dalam satu program.

Kemudian, ketika rakan2 kelam-kabut dengan kes Hjosama Gi yang ditahan jual T Shirt BERSIH gua, Syauqey turut ditahan. Kes memprotes cara polis menahannya ketika menaiki motosikal. Gua mendengar polis memijak kepala Syauqey. Kemudian protes berlanjutan dengan dia berguling2 depan balai polis sehingga polis memanggil ambulans untuk dirujuk sakit jiwa.

Seterusnya gua semakin kenal akan sahabat gua ini. Gua banyak kali bersama2nya dalam mesyuarat aktivis politik dan NGO. Ada banyak gua tak setuju dengan beliau atas tajuk method tindakan disebalik mengakui keberanian dia.

Biasalah, manusia. Mana ada sempurna. Gua juga begitu. Ramai pimpinan tidak suka Syauqey begitu juga gua. Cuma, bezanya mungkin, gua diterima aktivis bawahan, dan Syauqey sedikit sukar diterima dari pelbagai perkara.

Tetapi perjuangan Syauqey adalah satu matlamat yang sangat baik. Selari dengan perjuangan PR. Gua boleh hormati dalam dirinya memilih method atau kaedah. Bukan sekali-dua gua bertekak dengan budak nih dalam meeting. Dan ofkos dia sangat professional. Bertekak hanya dalam meetting atau peluang bersuara dalam wacana / forum.

Kelemahan Syauqey ialah dia tidak berada dalam dunia luas. Internet. Dia hanya berada dalam kelompok realiti yang dicapai oleh pancainderanya secara konvensional. Itu yang membentuk Syauqey sebegitu. Pernah gua cadangkan nama Mat Saman Kati, dan Syauqey tidak pernah dengar nama MSK! Tidak pernah dengar nama beberapa blogger. Menunjukkan dia jauh dari dunia luas yang mungkin boleh membantunya dalam memilih method dan seni dalam setiap perkara yang mahu dia ambil. Gua tidak mahu memberikan contoh kerana N3 ini bukan bertujuan melumpuhkan. Tetapi memberi faham.

Hari ini, dia dijatuhkan hukuman penjara setahun akan kesalahan menghalang penjawat awam (polis). Tiada banyak yang mampu gua bantu kerana gua sendiri bermasalah. Hanya sedikit artikel yang harapnya boleh mengalihkan sedikit tumpuan kita kepada Syauqey. Sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang ingin disampaikan bolehlah dirujuk kepada akaun FB yang bernama Aina Sayuti.

Solidariri untuk Syauqey atas nama matlamat perjuangan Syauqey yang sama dengan kita semua. Hidup Syauqey!

Sedih siot. Iktibar kepada gua.

Posted: 08 Mar 2012 11:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinyaditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


Tiada ulasan: