Jumaat, 9 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


PELIK!! Kereta kasut di India...

Posted: 09 Mar 2012 10:00 AM PST

Kereta kasut diuji

PELIK!! Gila orang bukannya semacam... haha...
HYDERABAD, India - Seorang pekerja menguji sebuah kereta yang mempunyai bentuk seperti kasut tumit tinggi di sebatang jalan raya di sini kelmarin.

Kasut itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada satu siri ciptaan yang dilakukan oleh pereka kereta di India, Sudhakar Yadav.

Kereta itu boleh bergerak selaju 45 kilometer sejam. - REUTERS

Tak dak gaya langsung dia ni jadi MB... kahkahkah...

Posted: 09 Mar 2012 08:42 AM PST

Mustapa Sudah Bersedia Untuk Jadi MB

Oleh Mohd Sayuti Omar

Selepas menerima pujian mebiru oleh Najib Razak semasa presiden Umno itu mencemarkan kaki ke Jeli, Mustapa Mohamed buat kenyataan dia sedia untuk bertanding didua kerusi seperti mana berlaku pada tahun 2004.

Kenyataan Mustapa itu mudah untuk difahami, bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kekantan. Mungkin dia cukup yakin kali ini Umno akan berjaya merampas Kelantan berbanding dengan tahun 2004.

Apakah dia akan mengatasi rekod pencapaiannya sendiri (tahun 2004) bila mana Umno memerlukan hanya dua kerusi saja lagi untuk membentuk kerajaan Kelantan? Ketika itu Umno memang 21 kerusi manakala Pas menang 24 kerusi.

Kejayaan itu satu sejarah manis buat diri Mustapa sendiri. Bahkan pencapaian Umno dalam pilihan raya 2004 lebih baik berbanding dengan pencapaian Umno tahun 1995, 1999 dan 2008 ketika Umno Kelantan dipimpin oleh Mahathir Mohamad, Annuar Musa dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam kata lain Mustapa berjaya mengatasi rekod dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah tahun 1999 dan Annuar Musa tahun 2008. Sekiranya Umno memberi kepercayaan kepada Mustapa untuk terus memimpin Umno sehingga ke tahun 2008 mungkin Umno sudah pun berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan?

Tetapi malangnya Abdullah Badawi yang ketika itu menjadi presiden Umno telah menukar Mustapa dengan Annuar Musa. Dikatakan pertukaran Annuar Musa itu atas nasihat Muhammad Alwi Che Amat yang menjadi setiausaha politik Abdullah ketika itu. Dunia tahu dari Perlis hingga ke Makkah akan hubungan peribadi di antara Alwi dengan Annuar Musa. Annuar bagi alwi samalah buluh bagi ular tedung, menggeri kata orang. Alwi hanya berani berkokok untuk melawan Annuar di luar gok, tetapi akan senyap sendu sampai terberak kapor kalau dalam gok.

Ternyata Umno di bawah pimpinan Annuar Musa parti itu kembali menjunam dan beliau sendiri kalah di kerusi Parlimen Ketereh. Melantik Annuar Musa yang sudah masam reban bagi rakyat Kelantan satu kesilapan Umno. Begitu juga kalau dalam pilihan raya akan datang Annuar Masih masih lagi dicalonkan ia akan boleh menjahamkan Umno. Annuar sebenarnya sudah sial bagi Umno.

Berbalik kepada kenyataan dan keyakinan Mustapa tadi apakah asas yang diletakkan oleh beliau dan juga Umno. Mustapa bernasyib UBN akan berjaya menawan 23 kerusi dalam pilihan raya akan datang. Jumlah itu tidak pernah berubah dan statik menunjukkan UBN benar-benar yakin. Sejak awal-awal lagi angka itu digumba oleh Umno Kelantan.

Angka itu juga seakan sama dengan apa yang saya ramalkan dan bimbang Pas akan kalah kalau parti Islam itu tidak sedia menukarkan calon-calonnya yang tidak membawa 'kegelingasan' kepada parti itu. Dalam tilikan saya seramai 28 wakil rakyat kini yang kebanyakannya mewakili kerusi Dun perlu ditukarkan. Pas perlu berani mengambil risiko menukar wakil-wakil rakyat ini kalau parti itu masih berhajat untuk menguasai Kelantan.

Alasan kenapa mereka perlu ditukar antanaya kerana mempunyai masalah peribadi yang boleh memberi masalah kepada parti. Antaranya telah dituduh dengan pelbagai 'penyakit' di mana ianya dipercayai oleh rakyat.

Selain itu mereka juga tidak perform dan tidak bersikap mesra rakyat. Setengah dari mereka hanya kelihatan turun padang dan mudah ditemui di majlis-majlis kenduri atau pun masjid sejak beberapa bulan ini saja. Sebelum ini usahkan nak lihat wajah bayang pun sukar untuk ditemui.

Jadi calon-calon ini kena dibuangkan.

Mungkin kelemahan itu sudah dihidu oleh UBN menyebabkan parti itu yakin akan menang dan menjadikan Mustapa Mohamed mulai merasai akan menjadi MB Kelantan. Ada 'kulihanya' kalau Ubn berperasaan demikian. Kelemahan Pas hari ini bukan saja kepada sebilangan besar calonnya tetapi juga diaspek lain misalnya persiapan untuk menghadapi pilihan raya.

Misalnya jentera pilihan raya Pas seakan masih belum bergerak lagi. Beberapa event yang saya hadir memperlihatkan Pas seakan belum bersedia. Apakah keadaan ini berlaku kerana nama-nama orang yang hendak bertanding tidak diumumkan menyebabkan masing-masing masih 'berkilas' kain, atau kerana apa?

Kalau itulah keadaannya maka elok Pas mengumum calonnya awal-awal untuk dinilai dan dipantau oleh rakyat? Selain daripada masalah itu, beberapa isu yang didendangkan di Kelantan sekarang ini juga memberi sedikit beban kepada Pas untuk menjawab dan menyelesaikannya. Isu-isu yang disebut oleh Najib semasa ke Kelantan baru-baru ini walaupun ia tidak akan memberi kesan dan menyebabkan rakyat akan sedia menukar parti Islam kerana isu itu tetapi ia tetap akan menjadi modal kepada UBN.

Isu-isu ini perlu diselesaikan atau Pas perlu mengemukakan plan untuk menyelesaikannya.

Apa yang hendak ditegaskan di sini, bahawa kenyataan Mustapa itu bukan main-main, ia serius. Umno kini serius untuk merampas Pas dan juga mereka serius menyediakan bakal menteri besar mereka. Kalau tahun 2008 Annuar Musa meletakkan Awang Adek Hussein sebagai bakal MB Kelantan, yang mana Awang Adek kalah, tetapi tidak begitu dengan Mustapa. Mustapa pernah mencatata rekod menang di dua kerusi Parlimen Jeli dan Dun Air Lanas pada tahun 2004 dulu.

Makanya Pas jangan pandang m udah atau terus menyamakan nasib Mustapa akan jadi macam Awang Adek. Di antara kedua anak Bachok ini, seorang yang merantau dan seorang menjaga kampung ada bezanya. Perbezaan paling penting dari segi watak dan hobi... Mustapa tidak penagih cerok seperti Awang Adek. Malahan dia tidak pun merokok. Mungkin tanpa bau asap yang menyelubungi diri Mustapa lebihi diminati rakyat Kelantan.

Justeru Pas perlu melihat kenyataan Mustapa dan gerak kerja Umno Kelantan hari ini. Jangan kernana asik mengenangkan sejarah 2008 - kekalahan dua kosong Awang Adek, kali ini Pas pula akan kalah 23 kosong dan menyebabkan kerajaan yang digenggam 22 tahun melayang.

http://msomelayu.blogspot.com/

Strategi Terbaik DS Najib!!! Cayalahhh!

Posted: 09 Mar 2012 07:24 AM PST

gambar untuk hiasan derrr... Takde kena mengena dengan cerita dibawah! 

Teringat suatu kisah...
Didalam sebuah kampung... Ada sorang Tok Bomoh nie.....
Biznes perbomohan dia makin slow...
Graf pendapatan makin down..

so, dia pun guna teknik 'hantar dan rawat'!

Dia hantar la jin peliharaan dia ganggu orang-orang kampung!
kejap karang ada budak kecik menangis malam..
kejap karang ada yang demam tak kebah-kebah!
kejap karang ada yang muntah hijau..
kejap karang ada yang kena 'lintasan'..

so, semua kes-kes tadi di'refer' oleh keluarga pesakit ke bomoh nie..
So, dengan mudah dan 'handal' bomoh ni tadi berjaya merawat..
dengan izin Allah SWT, sihat segar bugarlah kesemua pesakit itu tadi..
Setiap pesakit pastinya akan membayar wang 'pengeras' kepada bomoh!
Masyukkkk!!
Bukan sahaja graf pendapatan bomoh ni naik mendadak,
malahan nama dia pun jadi gah seantero kawasan!
2 dalam 1 wehhh!!

sama macam kes SBPA ni jugak lah!
Sendiri mau buat orang susah! sendiri konon jadi wira setelkan!
phuiiii!

kena tipu lagi penjawat awam!!!
Jangan ada yang sampai cium gambo Najib kat opis kerajaan tu udahlahh!
Sebagai tanda terima kasih katanya!
wakakakaa!

budakbalun 08032012

Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.-mkini

HOT!! Ustaz Azhar tibai sapa pulak dah nih...

Posted: 09 Mar 2012 02:00 AM PST

Keadilan ala Malaysia...
Yang hina Mahkamah kena penjara setahun...
Yang hina Allah dan agamaNya terus disanjung...

Biru muka la hampa lepaih nie... hehe...

Posted: 09 Mar 2012 12:00 AM PST

Rafizi, Zuraida akan panggil semua pemimpin BN terlibat dalam NFC sebagai saksi

2 pemimpin PKR,Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli mengesahkan mereka akan memanggil semua yang telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu skandal rasuah NFC bernilai RM250 juta sebagai saksi sekiranya Menteri Wanita UMNO Shahrizat Jalil meneruskan saman fitnah yang difailkan terhadap mereka berdua bulan lepas

"Kami telah berbincang secara mendalam strategi pembelaan kami sekiranya Shahrizat meneruskan tindakan ini selepas mahkamah mendengar hujahan kami Jumaat ini." Kata Zuraida, Ketua Wanita PKR pada satu sidang akhbar Jumaat lepas.

Keadaan yang semakin meruncing menyebabkan tiada pilihan lain

Memandangkan keadaan dan perhatian yang diberikan kepada kes rasuh tersebut, tiada pilihan lain buat kedua pemimpin PKR tersebut sekiranya mereka ingin menjelaskan tuduhan mereka terhadap beberapa penafian dan tuduhan lain yang dibuat oleh Shahrizat,keluarga nya dan rakan UMNO lain termasuk PM Najib Raza,timbalannya Muhyidin Yassin ,menteri pertanian Noh Omar,ketua pemuda UMNO Khairy jamaluddin dan bekas perdana menteri Abdullah Badawi.

Kedua-dua, Zuraida dan Rafizi,pengarah strategi,memulakan pendedahan rasuah dan salahguna kuasa terhadap NFC, satu projek ternakan lembu Negara, yang di anugerahkan kepada suami dan anak-anak Shahrizat pada tahun 2006.

Bagaimana pun keduanya mendakwa keluarga Shahrizat telah menyalahguna kuasa dan secara tidak jujur menggunakan wang RM250 juta yang disalurkan oleh kerajaan untuk projek tersebut bagi mmebeli harta-harta mewah peribadi.

Kes fitnah yang menarik perhatian seluruh negara

Kes ini mengejutkan rakyat Malaysia dengan macam-macam salahlaku, dan kedegilan Salleh Ismail, sebagai peneraju NFc dan suami shahrizat menambahkan kemarahan ornag ramai.

Bagaimanapun, rakyat boleh menjangka kan kejutan bila saman fitnah ini bermula.Sebagaimana yang diberitahu oleh Zuraida, shahrizat bukan saja akan dipanggil sebagai saksi, beliau juga bakal mendedahkan berapa banyak masanya dihabiskan di condo mewah yang didakwa dibeli oleh keluarganya di Bangsar dan Singapura.

"Persoalan timbul samada beliau benar –benar tidak tahu keluarga nya telah menyalahguna wang rakyat bagi tujuan mmebeli hartanah untuk peribadi,sebagaimana yang belau katakana dalam penyata tuntutan nya..saya yakin rakyat Malaysia teruja untuk mendengar kes ini dibicarakan supaya semua pemimpin kanan UMNO boleh diheret ke mahkamah untuk memberikan kenyataan mereka." kata Zuraida.

Kerjasama berpasukan suami isteri?

Kedua mereka diarahkan oleh Mahkamah TInggi pada 17 Februari supaya menjawab dakwaan Sharizat, yang difailkan terhadap mereka berdua yang menuduh shahrizat menyalahguna pinjaman kerajaan persekutuan yang diperuntukkan unutk skim pelihara lembu.

Baru hari ini di siding akhbar yang sama,pemimpin PKR mendedahkan bagaimana keluarga Shahrizat mengunakan RM250 juta untuk membeli 8 unit rumah kedai dia kawasan kontroversi KL Eco Bay city di bangsar yang bernilai RM12 juta harga pasaran semasa.

MP Lembah pantai,Nurul Izzah mencabar Shahrizat supaya tampil memberikan kebenaran samada beliau ada menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan projk pembangunan tersebut dijayakan pada tahun 2007.Pada ketika itu, Shharizat ialah MP bgai Lembah Pantai.

"Pertamanya, penglibatan suami dan anak-anak seorang menteri kanan,yang juga MP kawasan yang dibahaskan, menimbulkan isu 'conflict of interest' antara tugasnya sebagai MP dan kehendak peribadi keluarganya," Timbalan Presiden PKR dan MP bagi Lembah Pnatai Nuurl Izzah mmeberitahu sidang akhbar pada hari Rabu

"Dengan pendedahan terbaru itu,Shahrizat patut jelaskan kepada rakyat jika beliau juga memiankan peranan dalam mempengaruhi keputusan memindahkan penduduk berpendapatan rendah di kampong Abdullah Hukun."

Malaysia Chronicle

Peluk Islam dan peluk orang Islam... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 10:00 PM PST

Zaidel Baharuddin

Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk mengubah persepsi terhadap agama yang indah ini untuk dilihat dari apa yang ditulis di dalam Quran dan bukan berdasarkan kelemahan dan kekurangan umatnya. 

Maka pada suatu malam yang agak tenang tatakala saya dan rakan saya dalam sebuah kereta menyusuri jalanraya di bawah sinaran jingga kota Kuala Lumpur, sebagaimana sering terjadi antara semua lelaki yang bersahabat timbul suatu ketika yang mana keadaan adalah kondusif untuk timbulnya perbualan bersoalkan hati bepandukan kenangan.

Barangkali terdetik dengan imbauan nostalgia tatakala melintasi suatu kawasan yang pernah di singgah sewaktu zaman muda mudi ketika dahulu maka timbul persoalan ini dari mulut sahabat saya.

"Zaidel aku tengok kau banyak la kawan dengan budak Cina, bagus lah.."

"Ooh kenal diorang sejak sekolah."

"Antara Chinese girls tu, ada yang girlfriend kau ke?"

"Takdelah, kawan je."

"Ehh… Rugi tau! I dulu ada Chinese girlfriend, uihh rugi tau kalau takde."

"Ehh kenapa pulak? Apalah special sangat?"

"Takda lah, dia kalau dia dah sayang you, fuuh dia betul-betul sayang lah."

"Oh ye ke?"

"Iye dia jaga I betul-betul tau, siap bawak I pergi Chinese new year rumah dia semua, very good lah my girlfriend, masa demam atau sakit dia jaga betul-betul tau."

"Oh ye ke? Habis tu apalah jadi?" Kawan saya ni sekarang dah berkahwin dengan seorang perempuan Melayu.

"Ye lah nak buat macamana, jodoh takde, dia pun tak nak peluk Islam."

"Oh ye ke…"

"Hmm tu la pasal, Ex aku ni dia nak peluk orang Islam je, peluk Islam dia tak mau. Orang Islam macam aku ni sekali peluk memang taknak lepas."

Sesungguhnya saya tidak pastilah bertapa tepatnya kenyataan bahawa orang Islam itu seronok untuk dipeluk, akan tetapi kalau saya diambil sebagai penanda aras sememangnya orang Islam seperti saya memang sangat selesa untuk dipeluk terutama ketika malam-malam hujan sebergini, rasa selesa dan selamat ibarat selimut yang hangat atau kucing parsi yang berbulu lebat.

Namun penulisan kali ini bukanlah mengenai pelukan terhadap orang Islam seperti saya atau kawan saya akan tetapi lebih kepada memeluk agama Islam.

Teringat saya ketika saya di sekolah menengah apabila salah seorang kawan saya, sewaktu mula berpacaran dengan seorang gadis Melayu seterusnya jatuh cinta dengan penuh jiwa raga bertanyakan soalan yang paling lazim lelaki bukan Islam tanya kepada seorang Muslim iaitu "Eh potong sakit tak?"

Walaupun bersunat itu membawa banyak faedah seperti kebersihan dan juga membuatkan deria rasa organ berkenaan kurang sensitif (maka bertahan lebih lama) namun bersunat hanyalah serpihan malah tersangat kecil sekali menerangkan apakah itu maksudnya memeluk Islam.

Sesungguhnya Islam itu bukanlah pada serban atau kad pengenalan, bukan pada parti politik, bukan pada pergi ke Mekah atau pada pemakaian jubah, langkah pertama adalah ucapan dua kalimah Syahadah kerana Islam mula-mula datangnya dari hati.

Upacara masuk Islam

Bersunat bukanlah suatu upacara anda memeluk Islam, sesungguhnya untuk anda memeluk Islam tiada upacara yang perlu dilakukan, tiadanya perlu anda memotong apa-apa, berendam di dalam air mahupun mengisi apa-apa borang, akan tetapi ianya hanyalah dengan suatu Ikrar yang dipanggil ucapan dia kalimah syahadah.

Lafaz kalimah syahadah ialah suatu ucapan, suatu kepercayaan, ikrar dan sumpah yang anda lakukan dan percaya bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh atau nabi Allah.

Anda tidak perlu mempunyai saksi mahupun melakukan ucapan ini di masjid atau pejabat tok kadi, sesungguhnya kalau dalam hati anda sudah mempercayainya maka anda tergolongan dalam umat Nabi Muhammad.

Ini kerana akibat dari birokrasi dan politik barangkali ramai orang bukan Islam di Malaysia ini mendapat pandangan yang salah mengenai Islam.

Sememangnya menjadi suatu tradisi untuk seseorang yang baru memeluk Islam untuk memilih suatu nama Islam yang mempunyai maksud dalam bahasa Arab.

Sebagaimana Cassius Clay menjadi Muhammad Ali, Cat Stevens kepada Yusuf Islam dan Daphne Iking menjadi Dahlia. Akan tetapi perlu diingat bahawa sekiranya anda memeluk Islam anda tidak semestinya menjadi seorang Melayu kerana walaupun Melayu itu Islam, Islam itu tidak semestinya Melayu, jangan salah faham.

Seringkali orang ingat bahawa kalau anda memeluk Islam anda perlu menukar nama kepada Abdullah sebenarnya ini tidak betul. Sebagaimana banyak Muallaf (orang yang baru masuk Islam) seluruh dunia, ikatan keluarga tidak perlu diputuskan dan anda seharusnya dan digalakkan untuk menyimpan nama keluarga.

Sebagaimana Ridhuan Tee menyimpan nama keluarga beliau dan tidak salah untuk anda menjadi seorang Cina, India, Iban atau Serani Islam.

Di Malaysia melalui perlembagaan negara memang menyatakan bahawa Melayu itu adalah penganut Islam akan tetapi tidak wajib untuk semua penganut agama Islam menjadi orang Melayu.

Malah kalau nak diikutkan terdapat lebih ramai orang Islam di China dari orang Islam di Malaysia jadi kalau hendak diikutkan bahawa masuk Islam bererti masuk Melayu itu tidaklah tepat.

Salah faham

Sesungguhnya sepanjang saya membesar dalam dunia pelbagai kaum dan agama di Hulu Kelang ini saya dapati banyak salah faham yang orang bukan Islam dapat tentang agama Islam dan saya terpaksa akui bahawa permainan politik kalangan orang Melayu banyak menyumbang kepada salah faham berkenaan.

Malah saya sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dalam dunia politik tanahair juga tidak terlepas dari tanggungjawab dalam menyumbang secara langsung atau tidak kepada gambaran salah terhadap agama Islam dan dengan ini saya memohon maaf.

Sebagai contoh tahukah anda bahawa orang Islam tidaklah anti semitik atau anti Yahudi, masakan orang Islam itu membenci bangsa Yahudi semata-mata kerana kebanyakan nabi dan rasul datangnya dari kaum Bani Israel, ada beza antara Zionis dan kaum bani Israel.

Serta tahukah anda bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi Islam sekiranya dia tidak percaya tentang mukjizat kelahiran Nabi Isa (atau Jesus bagi orang-orang kristian) tanpa seorang ayah dan mukjizat yang lain-lain yang telah dianugerahkan kepadanya? Barangkali ramai yang tidak sedar tentang perkara ini.

Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk mengubah persepsi terhadap agama yang indah ini untuk dilihat dari apa yang ditulis di dalam Quran dan bukan berdasarkan kelemahan dan kekurangan umatnya.

Banyak salah faham dan kesimpulan yang salah dibuat terdapat Islam dan suka atau tidak kita terpaksa akui bahawa salah faham datangnya dari kekurangan golongan umat Islam di negara ini serta kegagalan kita untuk lebih mengenali dan bergaul sesama kita, maka ingin saya tinggalkan sepotong ayat Quran buat renungan untuk rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa atau keturunan.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. – Al Hujurat ayat 13

P/S – Nak faham apa erti peluk Islam perlulah rajin membaca, nak faham apa erti peluk orang Islam, itu boleh rujuk saya.

Tolong la percaya, Najib tak kenai Altantuya...

Posted: 08 Mar 2012 08:00 PM PST

Baginda bebas: Banyak petunjuk yang mengarah kpd Najib hilang begitu sahaja

Para pemimpin PKR mengecam tindakan pihak Peguam Negara yang enggan memfailkan ryauan terhadap keputusan membebaskan Razak Baginda, teman rapat Perdana Menteri Najib Razak, dari tuduhan bersubahat dalam kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaaribuu.

" Sangat menghairankan bagaimana Gani Patail (peguam Negara ) enggan memfailkan rayuan terhadap keputusan penuh kontroversi. Selain dari 2 anggota polis yangdihukum gantung smapai mati, ada motif yang kuat dari Baginda untuk membunuh Altantuya.Samada Baginda benar2 besubahat atau tidak akan lebih berkesan sekiranya perbicaraan memanggilnya membela diri.Kenapa ini tak berlaku? Adakah ia untuk melindungi segelintir ahli politik UMNO?"kata Naib President PKT Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Tetapi kita lihat dalam banyak kes yang jelas, dengan bukti-bukti kabur seperti kes penunjuk perasaan Bersih dan kes liwat Anwar Ibrahim, Gani segera merayu. Adakah ini untuk kepentingan UMNO supaya tertuduh2 dlm kes tersebut disabitkan kesalahan? Ini ada lah sesuatu yg melucukan dan sistem keadilan di Malaysia jadi bahan ketawa. Semakin mereka bersekongkol, semakin jelas kesangsian rakyat dan komuniti antarabangsa bahawa Najib memainkan peranan utama dalam permbunuhan Altantuya.

Slanted trial with clear intention to shield 'someone'

Hakim Mohd Zaki Md Yassin , beberapa hari lepas mengeluarkan penghakiman bertulis nya dimana keputusan nya pada tahun 2008 untuk tidak memangil Baginda membela diri. Keputusan tersebut mencetuskan banyak kritikan bahawa badan kehakiman yang patuh kepada kehendak ahli politik. Najib ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang dijangka mengambil alih kuasa dari Abdullah Badawi, pada 3 April 2009 walaupun terdapat tandatanya berkenaan penglibatan beliau dalam pembunuhan tersebut.

Dari hari pertama lagi, perbicaraan terhadap 2 bekas pengawal peribadi Najib dan Baginda yang dituduh membunuh Altantuya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan dalam hutan di Selangor pada tahun 2006, jelas telah di pesongkan.Pesanan kabel ringkas ke US dari KL ke Washington didedahkan dalam WikiLeaks menunjukkan pihak pemerhati lUS yang mengikuti perbicaraan tersebut terkejut dengan kualiti keadilan yang terdapat dalam perbicaraan tersebut.

Sebahagian kenyataan polis dimana salah seorang dari tertuduh menyatakan yang beliau dibayar untuk membunuh Altantuya telah diabaikan terus.Pihak peguambela dihalang dari menyoal soalan berkenaan motif pembunuhan, yang jelas sekali apabila kedua tertudah,anggota skuad khas polis dan hanya bertemu Altantuya pada malam pembunuhan tersebut. Dalam erti kata lain, mereka tiada motif mereka tersendiri untuk membunuh Altantuya.

Tiada usaha dibuat di pihak pendakwaan unntuk menyoal siapa yang menawarkan bayaran kepada tertuduh untuk membunuh Altantuya dan soalan-soalan yang menjurus ke arah itu telah di bantah oleh hakim. Kedua tertudah memberitahu mereka di perkenalkan kepada Baginda oleh pembantu Najib, Musa Safri,yang mmeberitahu mereka Baginda menghadapi maslaah gangguan dari Altantuya. Bagaimanapun tiada apa yang dibuat oleh pihak pendakwaan untuk memanggil Musa sebagai saksi, walaupun beliau dikira sebagai saksi utama. Adakah kerana beliau rapat dengan Najib, para pemerhati tertanya-tanya.

Perhatian juga perlu diberikan kepada rekod pihak berkuasa imigresen Malaysia yang mengejutkan bila diketahui tiada rekod kemasukan altantuya ke negara ini,sekali lagi menimbulkan keraguan bahawa terdapat seseorang yang berkedudukan tinggi terlibat dan ada sesuatu/seseorang yang cuba dilindungi.

Bekas kekasih,ugutan,rasuah,melindungi Najib- bukan kan ini semua motif?

Surat dari Altantuya jelas menunjukkan ada ugutan terhadap Baginda. Penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang digaji Baginda untuk menjauhkan Altantuya darinya dan keluarga berkata Altantuya datang ke Malaysia untuk mengambil bahagian nya berjumlah RM500,000 dari jumlah rasuh yang dibayar oleh syarikat DCN kepada Najib untuk urusan jula beli 2 kapalselam Scorpene dalam tahun 2002. Altantuya terlibat dalam perundinagn yang dibuat oleh Baginda, bekas pensyarah kementerian pertahanan.

Baginda mengaku Altantuya ialah kekasihnya dan telah mengugut beliau- dua faktor utama yang membentuk motif kukuh untuk ketiga mereka untuk membunuh nya.Selepas dilepaskan dari tuduhan,Baginda berlepas ke London. Dua anggotapolis Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada April 2009 tetapi masih menunggu keputtusan rayun yang dilewat-lewatkan.

Mungkin"saguhati" dari keputusan bertulis ini ,yang hangat didebatkan dan dicabar oleh pengamal undang2 ialah proses rayuan tersebut akan lebih cepat.Bagaimanapun,walau apa yang terjadi, penghakiman bertulis untuk kedua Azilah dan Sirul masih perlu dikeluarkan.Tarikh 9 Mac ditetapkan untuk pengurusan kes bagi mmebolehkan peguam Azilah,Kuldeep Kumar, mendapatkan rekod penuh.

Adakah Najib keluarkan sebarang perintah?

Dalam penghakiman bertulis nya,Hakim Mohd Zaki berpendapat tiada kes 'prima facie' untuk menjawab tuduhan bersubahat dengan kedua pegawai Unit Tindakan Khas tersebut.Hakim berkata nota yang ditulis oleh Baginda dan beg kepunyaan Azilah yang ada alamat penuh kediaman Baginda, serta nama bapa nya,Abdullah Malim Baginda, ialah yang sesuatu yang biasa dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak bersalah meminta bantuan polis untuk meronda kawasan kediaman nya memandangkan terdapat gangguna dari Altantuya.

Pemerhati bagaimana pun tertanya, kenapa hakim yang arif tidak bertanya, kenapa anggota skuad elit khas yang ditugaskan untuk tugas rutin ini bila kebiasaan nya anggota biasa saja ditugaskan.Kenapa hakim tidak meminta keterangan lanjut dari Musa Safri, dan samada Najib ada mengarahkan pembantu nya menolong Baginda, dan kenapa?

Dalam penghakiman setebal 70 mukasurat,Mohd Zaki juga berkata walaupun Baginda menunjukkan sebagai mempunyai apa apa motif setelah surat ugutan Altantuya, ianya masih tidak mencukupi sebagai asas untuk sabitan nya.

"I am satisfied that there is no prima facie for him to answer his charge. I, accordingly, find the third accused not guilty and order him to be acquitted and discharged," he said in his judgment made available to the media.

" Saya berpuashati tiada kes prima facie untuk tertuduh menjawab tuduhan, Saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkan beliau dilepaskan dari tuduhan dan dibebaskan." kata hakim dalam penghakiman yang diberi kepada media.

Malaysia Chronicle

Hina Mahkamah kena setahun, hina Islam sampai la Madey boleh balun...

Posted: 08 Mar 2012 06:00 PM PST

Golongan hakim, termasuk mereka yang bertugas di bawah Peguam Negara, harus sedar bahawa mereka sedang diadili oleh mahkamah rakyat.

Hari ini memang anda berkuasa di semua institusi mahkamah. Hari ini anda bertugas dengan dedikasi mengikut kehendak pemimpin-pemimpin Umno-BN, kerana anda mahu jaminan pangkat, kedudukan dan wang

Hidup rakyat!! Hancur kezaliman!! Allahuakbar...

TERHANGAT!! Hakim kita cipta sejarah...

Posted: 08 Mar 2012 04:00 PM PST

Hakim cipta sejarah, motif bunuh tak penting?


KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kehakiman Malaysia mencipta satu lagi sejarah hebat apabila mendakwa motif pembunuhan tidak penting dalam pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Motif pembunuhan itu mesti di'established'. Motiflah yang mendorong dan merangsang pembunuhan. Orang tak bunuh tak fasal-fasal," kata beliau.

Hari ini, hakim dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita yang dilaporkan sebagai juru bahasa dan broker perniagaan senjata itu dalam penghakiman penuh ke atas kes bunuh itu selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman bunuh.

"Keputusan mahkamah itu dengan sendirinya mengesahkan pandangan sebahagian besar rakyat bahawa Azilah dan Sirul hanyalah boneka pihak tertentu yang sangat berkuasa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan.

"Adalah tidak masuk akal kedua-dua anggota polis UTK itu sengaja seronok-seronok membuat keputusan untuk membunuh Altantuya tanpa sebarang sebab," kata Mohamad.

Beliau juga menyifatkan keputusan mahkamah itu tidak mampu sama sekali membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2009 lalu, didahului oleh akhbar Perancis, Liberation, banyak akhbar dari serata dunia mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya itu.

Merdeka Review melaporkan, Azilah dan Sirul didakwa sebagai anggota polis yang menjadi pengawal Najib.

Kes tersebut semakin menarik perhatian apabila pada 29 Jun 2007 lalu, seorang saksi perbicaraan, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pro-Umno telah memberi keterangan bahawa Altantuya pernah berjumpa dengan seseorang yang bernama Najib Razak.

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: Boleh kamu terangkan gambar apa?

Burmaa: Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.

Karpal: Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Najib pula tidak mahu mengulas apabila ditanya mengenai keterangan Burmaa kepada mahkamah itu.- Harakahdaily

Kisah benar: Bagai mati hidup semula...

Posted: 08 Mar 2012 02:00 PM PST

Tinggalkan dunia glamor demi Islam

ISLAM telah membuka mata anak muda kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat ini yang suatu masa dahulu terlibat dengan penjualan dadah di jalanan sebelum beralih ke dunia hiburan hip hop.
Dua mimpi yang menjadi igauan sepanjang hidup bergelumang dengan dosa itu akui Jason Perez ialah dia pasti akan meringkuk dalam penjara ketika usianya mencecah 21 tahun.

Manakala mimpi keduanya pula ialah walau bagaimanapun dia cuba mengelak semua itu daripada berlaku, dia tetap akan berkesudahan dengan kematian.

Rupa-rupanya, kedua-dua mimpi ngeri Jason itu ternyata benar. Uniknya, Jason kini bernafas semula dengan nama Islamnya, Jason Hamza Perez.

"Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam menyedarkan saya bahawa di jalanan anda selalu mencari musuh. Namun, dalam Islam ia mengajar saya bahawa dalam rangka untuk menemukan musuh saya, saya harus melihat diri di cermin terlebih dahulu. Hakikatnya, musuh saya adalah diri saya sendiri iaitu nafsu saya," akui Hamza.

Tayangan dokumentari bertajuk, The New Muslim Cool yang pernah menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, sedikit sebanyak mengandungi pengalaman hijrah akidah dan kerohanian Hamza sebaik bergelar Muslim. Dokumentari itu turut menyelitkan pandangannya yang berketurunan Puerto Rico tentang agama.

Kini, Hamza telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik dan hip hop yang suatu masa dahulu digilainya.

Menurut Hamza, dia mengambil keputusan muktamad itu dengan alasan memberikan lebih tumpuan kepada keluarga, membantu mengukuhkan fungsi masjid dan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan secara profesional.

Malah isteri Hamza, Jennifer Maytorena Taylor merupakan generasi keempat Muslim keturunan Afrika di Amerika Syarikat, yang juga pengarah dan penerbit dokumentari, The New Muslim Cool.

Hamza membentuk sebuah komuniti yang terdiri daripada orang keturunan Latin dan Afrika-Amerika yang mana akhirnya ia berpindah dari Massachusetts ke Pittsburgh.

Dia menjadi begitu aktif dengan anggota komuniti tersebut sehingga sanggup bekerja keras demi membantu insan-insan yang terlibat dengan penagihan dadah keluar daripada kehidupan di jalanan.

Akhirnya, dia berakhir di penjara sebagaimana yang sering dimimpikan sebelum ini. Ironinya bukan sebagai rakan satu sel tetapi sebenarnya Hamza menjadi guru agama atau pendakwah di Penjara Allegheny County.

Berkongsi cerita bagaimana dia boleh bertukar menjadi seorang Muslim akui Hamza, dia mempunyai seorang teman bernama Louie Ekuador. Mereka membesar bersama dan kemudian sama-sama juga terlibat dalam penjualan dadah.

"Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah, tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan.

"Biarpun kami berjaya mengumpulkan wang yang banyak, sayangnya ia tidak memberi apa-apa kepuasan, jauh sekali kebahagiaan. Suatu hari, sedang kami duduk melepak, kami didatangi oleh seorang Muslim. Dia mula bercerita tentang Islam. Akhirnya kawan saya itu menjadi Muslim," ceritanya.

Kebetulan pula, rumah kediaman Hamza berhadapan dengan sebuah masjid. Cuma dia tidak pernah tahu tentang Islam dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang dia tahu mengenai Islam ialah mereka membunuh kambing.

"Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat di mana kambing dibunuh. Memang benar, saya rapat dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Kawan saya, Louise akhirnya memeluk Islam dan menghilang diri selama 40 hari. Khabarnya, dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam.

"Namanya pun sudah berubah menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syeikh bernama Iqbal. Pada masa itu saya dan beberapa teman jalanan sedang bermain dadu, minum, dan merokok. Saya terpegun melihat Louise, wajahnya kelihatan bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya.

"Jadi, saya terus meninggalkan yang lain. Saat itu, syeikh ada bertanyakan sama ada saya percaya akan Allah yang Esa dan Nabi Muhammad. Saya tahu tentang Allah tetapi tidak tentang Muhammad. Melihat perubahan pada Louise, tanpa ragu-ragu dan teragak-agak, saya minta diajar mengucapkan dua kalimah syahadah, di tepi jalan itu juga. Adik saya yang menyaksikan insiden itu juga, ikut bersyahadah," katanya.

Terang Hamza lagi, berita pengislaman itu diterima sedih oleh keluarganya. Pun begitu, apabila mendapati dengan cara itu dia adik beradik bebas daripada dadah dan kegiatan berbahaya, ibu bapa mereka merestuinya.

"Ibu saya sangat menyokong kerana saya berubah menjadi seorang anak yang memberatkan ibu, membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apa sahaja yang dimintanya.

"Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah tentang ibu. Perubahan dalam diri saya turut menarik kakak saya untuk bergelar Muslim. Kemudian, salah seorang rakan saya ikut jejak. Akhirnya, lebih daripada 55 orang kenalan saya memeluk Islam," jelasnya.

Langkah seterusnya yang diusahakan Hamza ialah kembali ke tempat di mana mereka menjual dadah dan memasang papan tanda bertanda Heroin membunuh kamu dan Allah menyelamatkan anda!

Hasilnya, ramai daripada mereka terpengaruh.

Ditanya masalah yang dihadapi sebagai Muslim jelas Hamza pada peringkat awalnya, dia bagai hilang arah kerana beranggapan terpaksa menurut apa yang diperkatakan oleh Muslim lain.

"Saya jadi keliru apabila ada beberapa orang Muslim, mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain. Antaranya dalam aspek penampilan seperti Muslim yang berjanggut panjang dan 'pakaian aneh' mereka.

"Sampai satu peringkat, perbuatan mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Saya mulai rasa kehilangan nikmat kemanisan yang dialami ketika pertama kali menjadi Muslim. Namun, saya lakukan transformasi besar bersandarkan pernyataan, hanya melihat kesalahan diri, bukan kesalahan orang," katanya.

Guan Eng ni perli Mahathir nih... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 12:00 PM PST

LGE: Saya tak akan pegang jawatan KM terlalu lama

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau tidak akan memecahkan rekod pendulunya, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang memimpin negeri ini sebagai ketua menteri selama 18 tahun.

Dalam temubual eksklusif dengan akhbar harianChina Press , Lim (kanan) mengaku beliau telah mencapai puncak kerjaya politiknya selepas menyandang jawatan tertinggi di negeri itu selama empat tahun, tetapi beliau tidak akan memegang jawatan itu selama Koh.

"Saya serahkan kepada rakyat Pulau Pinang," katanya.

Mengenai sama ada DAP akan mencontohi manifesto pilihan raya PKR sewaktu pilihan raya Sarawak tahun lepas untuk menghadkan tempoh ketua menteri kepada tiga penggal, setiausaha agung DAP itu menjawab: "Kami tidak pernah berbincang mengenainya."

Lim menolak dakwaan bahawa dia adalah seorang pemimpin autokratik yang telah mengatasi anggota exco kerajaan negeri yang lain, dengan berhujah bahawa ia adalah satu persepsi yang dicipta oleh Umno.

Mengenai pandangan rakan-rakannya bahawa beliau harus melepaskan lebih banyak kuasa pentadbiran untuk menggambarkan imej kabinet negeri sebagai satu pasukan, Lim berkata, ia adalah satu gambaran yang dicipta oleh media, yang sering memberi tumpuan terhadapnya.

"Seorang ketua menteri mesti memperlihatkan keprihatinan kepada semua dan melawat pelbagai tempat. Saya perlu menghadiri pelbagai acara, termasuk yang berkaitan dengan pertanian, malah sukan. Ini adalah skop tugas saya.

"Parti lawan menyerang saya dan bukan anggota exco yang lain, jadi saya perlu untuk terus mempertahankan diri saya dan ini mewujudkan persepsi tersebut," Lim dipetik oleh harian tersebut.

Tiada ulasan: