shalehudin |
- GEMPAQ: 7 kepala manusia ditemui...
- Hebat Betoi Aura Ustaz Azhar Idrus nih...
- Geng besaq kepala dalam PAS tolong baca nih...
- Rosmah pun rimaih bau badan Mahathir... kahkahkah...
- Nik Aziz macam sokong Dr Zul ja nih... hehe...
- Ahmad Strawberry nafi... kahkahkah...
- Terbaeekk dari Mahfuz... kahkahkah...
- Akai mamak betoi mamak nih... kahkahkah...
- PANAS!! Blogger UMNO kantoi mantoi... kahkahkah...
- Aiyoo... sudah tukar ka Hassan... kahkahkah...
- Tak baik woo dok ejek Najib camni... hehe...
- GEMPAQ: Lim Guan Eng Anti Islam...
GEMPAQ: 7 kepala manusia ditemui... Posted: 03 Mar 2012 10:30 AM PST 7 kepala manusia ditemui DURANGO- Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala manusia di jalan raya di sebuah bandar di Durango, utara negara itu. "Tujuh kepala manusia ditemui di jalan raya di Santiago Papasquiaro," kata jurucakap Pejabat Peguam Negara Durango, Raymundo Enriquez. Ia ditemui di kawasan kediaman di bandar yang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang itu, 750 kilometer ke barat laut Mexico City. Turut ditemui ialah mesej yang ada kaitan dengan kumpulan penjenayah yang mengancam pegawai kehakiman tempatan. Sebahagian Mexico, termasuk Durango, dicengkam keganasan yang ada hubungan dengan kumpulan penjenayah. Pembunuhan kejam, seperti memenggal kepala digunakan untuk menyampaikan mesej kepada musuh. Kira-kira 50,000 orang dipercayai mati dalam keganasan yang ada kaitan dengan kumpulan dadah sejak Disember 2006 apabila Presiden Felipe Calderon mula mengerah tentera memerangi jenayah terancang. - Reuters | ||||
Hebat Betoi Aura Ustaz Azhar Idrus nih... Posted: 03 Mar 2012 09:10 AM PST Berasak demi Ustaz Azhar Idrus KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan gelaran 'Ustaz Youtube' itu didatangkan khas sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012, semalam. Ustaz yang begitu popular dalam kalangan remaja itu bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut mendorong semua golongan di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi ilmu kerohanian yang disampaikan. Seorang pelajar yang ditemui, Nurul Atiqah Mohd Zaki, 18, berkata, beliau begitu teruja untuk datang dan mendengar dengan lebih dekat ceramah disampaikan ustaz berasal dari Terengganu itu. "Saya mula mengikuti ceramah disampaikan tahun lalu dan ia memang menepati kehendak jiwa remaja saya," katanya yang juga pelajar Maahad Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok. Nurul Atiqah berkata, walaupun ceramah yang disampaikan dalam pendekatan bersahaja, tetapi inti pati yang dikongsikan memberi kesan dalam mendidik generasi muda hari ini. Seorang lagi pelajar, Aqilah Hamid, 18, berkata, ini pengalaman pertama dia dan rakan-rakan mendengar ceramah disampaikan ustaz berkenaan secara langsung. Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah disampaikan oleh penceramah diminati sehingga sanggup menumpang rakan-rakan demi memenuhi hasratnya itu. "Sebelum ini saya hanya mengikuti ceramah disampaikan melalui Youtube setelah diperkenalkan rakan-rakan, dan kali ini sebaik mengetahui Ustaz Azhar akan berada di sini, kami memang tidak mahu ketinggalan," katanya. Seorang lagi remaja, Wahiyul Amri Wahab, 21, berharap ustaz berkenaan terus dijemput untuk mengadakan ceramahnya pada masa akan datang. Dia berkata, ini kerana ramai yang teruja untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat ustaz yang menjadi sebutan di seluruh negara itu. "Ini kali ketiga saya berdepan secara langsung dengan Ustaz Azhar secara langsung, walaupun terpaksa datang dari Bachok, namun itu bukan halangan untuk saya kerana pernah sampai di Jerteh semata-mata untuk mengikuti ceramah disampaikan," katanya. Sinar | ||||
Geng besaq kepala dalam PAS tolong baca nih... Posted: 03 Mar 2012 07:30 AM PST Isu Exco Kedah: Kami bukan mau Ir atau Dr tapi nak wakil rakyat. Isu di Kedah kain terserlah. Jawab menjawab di dada akhbar sudah mula menjadi lumrah.Dulu akhbar-akhbar ini menjadi bahan bungkusan nasi lemak di kola atau ke bendang. Tiada makna membaca kerana kebanyakan berita politik hanya mengarut belaka. Tapi kini dibuatnya sidang media untuk menjelaskan tentang kedudukannya. Bercakap seolah-olah kami para penyokong dan pengundi tegar pas tak pandai menilai. Kami juga hadir mengikutinya. Maka ramailah muka-muka orang yang dikatakan cerdik pandai politik disekeliling dan ada juga yang menyembunyikan diri seolah-olah tidak terlibat dengan Phahrolrazi. Kalau Aris Awang kata dia pandai, Hj Nan kata dia hebat dan beberapa orang lagi yang bergerak keliling negeri , kami lagi hebat.Hangpa setakat hebat atas pentas dan markas saja. Tak payah la dok jadi petualang. Berenti saja la kerja hangpa tu Kami yang bertungkus lumus dikedai kopi, diatas pokok, didalam hutan buluh bukan untuk Phahrolrazi,bukan untuk Ustaz Hadi,bukan untuk Dr Ismail,bukan untuk ustaz Azizan tapi untuk PAS.Kami yang dok berhadapan siang malam dengan pengundi menerangkan bab Islam dan PAS. Menerangkan macamana umno memperbodohkan rakyat. hangpa kira kat kedai tu saja.Habis takdak dok kat tempat Nasir belakang tu. Sudahlah hoi, setakat dok mesyorat kat kedai Imran dan nasi 3 rasa. Kami mesyorat disemua kedai kopi seluruh negeri. Otak kami beribu untuk berfikir demi PAS. Mata kami lebih banyak dari hangpa,telinga kami pun lebih banyak juga. Mulut kami lebih banyak untuk bercakap bab perjuanga pas ni.Perasaan kami pun lebih marah dari hangpa.Kami marah kerana hangpa ni sudah menjadi pengkhianat perjuangan Islam. Elok la hangpa pakat berenti cara terhormat sebelum kami sepak hangpa macam kami sepak umno masa pilihanraya. Jadi wakil rakyat dan exco sibuk memanjang macam la kami ni tak pandai pentadbiran. Kalau kami tak pandai sudah tentu bendang kami naik menerung penuh. Bot kami jadi macam lori sampah. Kedai kami jadi macam kedai besi buruk la. Kepada pimpinan pas,kami harap pertimbangkan elok-elok untuk masa depan. Kalu letak calon macam Phahrolrazi lagi alamat kurang baik la keputusannya. Bagi kami pemimpin dan wakil rakyat ni kalau ada Ir ka Dr. ka ustaz ka tapi tak ikhlas dan penyegan lebih baik lantik pemimpin yang dok bergelumang dengan parti tapi akal depa cerdik,amanah ,istiqamah,ikhlas dan rajin walaupun takdak apa-apa gelaran depan tu. Kerana orang macam depa menjadikan kami segan dan kami sanggup tubuh cawangan,kami sanggup panjat pokok pasang bendera. Harap pemimpin macam Phahrolrazi,Dr ismail ka Aris awang ka, Haji Nan ka dan beberapa kerat lagi setakat buat kerja dengan ayaq lioq saja. Tambah lagi yang dok keliling kelalang depa tu,sapa yang tak kenai. Masa sebelum boleh memerintah kerja dok bawa pemimpin itu ini saja. Pegang jawatan apa pun tak berani.Tapi bila dapat merintah,depa pula jadi tuan penasihat lebih dari yang dok pengidup cawangan dan markas…Pirahhh..Mata kami lebih banyak dari mata hangpa.Tangan kami lebih banyak dari tangan hangpa. | ||||
Rosmah pun rimaih bau badan Mahathir... kahkahkah... Posted: 03 Mar 2012 04:00 AM PST Surat Israel: Perangkap bagi Anwar atau Mahathir? Tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel pada 1993, 1997 dan 1999 yang didedahkan oleh akhbar tempatan benar-benar menginsafkan. Ia menonjolkan keprihatinan Dr Mahathir terhadap nasib buruk rakyat Palestin. Sekaligus ia juga melaungkan sikap Dr Mahathir mahu sengketa sesama jiran diselesaikan melalui rundingan. Di segi perhubungan antarabangsa, ia membuktikan betapa konsisten dasar Malaysia bila berhadapan dengan konflik di antara negara serantau. Bagaimanapun agak malang, keluhuran dasarnya ini kini tercemar oleh keghairahan pihak berkuasa dan peneraju media Malaysia hari ini untuk menjadikan dasar dan sikap negarawan ini sebagai modal untuk kepentingan politik semasa Malaysia. Sama ada sengaja atau tidak, dalam usaha mengaut dividen politik, soal dasar yang mulia ini telah dipesongkan. Gejolak untuk memomokkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh pemimpin kerajaan hari ini, termasuk Menteri Luar yang mengizinkan surat-surat Mahathir disiarkan pada umum, meninggalkan natijah yang menonjolkan kedangkalan dan niat buruk mereka sendiri. Perhatikan kandungan surat Dr Mahathir pada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 8 Jun 1999. Antara perkara utama Dr Mahathir mengisyaratkan: 1. Beliau (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri Malaysia mengiktiraf sistem pilihan raya umum Israel. Sebab itu beliau mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak yang baru memenangi pilihan raya negara itu. 2. Jika Dr Mahathir menganggap kemenangan itu sah, ini bererti Barak berdiri sebagai perdana menteri Israel dengan cara sah sekaligus mengakui kesahihan kewujudan Negara Israel. Ini ditokok dengan hakikat bahawa Israel adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Bersatu (United Nations). 3. Dr Mahathir juga sebelum itu mengalu-alukan Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama Di antara Israel dan PLO seperti dalam surat 21 Disember 1993 kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. Malah Dr Mahathir menegaskan penglibatan Malaysia menjadi Negara Penderma dan diwakili dalam Persidangan Damai di Washington. 4. Dr Mahathir mengingatkan Ehud Barak bahawa untuk menjamin perdamaian benar-benar berlaku di rantau itu, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Anak kuncinya, menurut Dr Mahathir, ialah bertolak ansur. Katanya, rakyat Palestin tidak lagi menuntut penghapusan Israel. "Mereka malah bersedia berkongsi Baitulmaqdis," kata beliau. 5. Sebab itu, Dr Mahathir menegaskan pendirian "Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak , sama ada rakan atau musuh". 6. Sebagai kemuncak meraikan iltizam tulen untuk mencari damai di bumi Palestin dan Israel, Dr Mahathir "mengula-gulakan" bahawa "penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel". Demikian hatibudi dan sikap kenegarawanan Mahathir. Kini bandingkan sikap Anwar Ibrahim apabila memberitahuWall Street Journal bahawa "keselamatan Israel perlu dijamin sementara hak sah rakyat Palestin perlu dipertahankan". Apa bezanya sikap Anwar dengan bekas sifunya, Dr Mahathir sendiri? Kedua-duanya tahu bahawa menggertak Israel bererti mencabar Amerika Syarikat. Malah ada sosek politik antarabangsa bahawa Dr Mahathirlah yang menasihati Almarhum Yasser Arafat supaya menerima penyelesaian menurut dasar "Dua Negara" dengan Israel. Ini mungkin ada kebenarannya jika surat Dr Mahathir kepada Benjamin Netnyahu pada 14 Mac 1997 dijadikan sandaran. Tambahan pula perkembangan mutakhir selepas Gelombang Kebangkitan Arab" atau "Arab Spring" menunjukkan kebijaksanaan ahli-ahli politik yang mendapat inspirasi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengambil alih kuasa di Mesir, Tunisia dan Libya mula "bercakap" dengan Israel. Bukankah ini selari dengan pemikiran Dr Mahathir yang mahu pemimpin-pemimpin Palestin memberi peluang pada diri mereka sendiri membina Negara Palestin tanpa "gangguan" Israel dengan mengadakan "engagement" dengan Yahudi? Namun kalangan yang berfikir tahu hasrat dan mengapa media arus perdana serta politikus kurang daya berfikir di Malaysia membesar-besarkan isu yang tercetus daripada wawancara Anwar dengan Wall Street Journal. Pertama, mereka mahu mengkiaskan Anwar memang berbaik dengan Yahudi dan mahu menggunakan hubungan intim ini untuk melonjakkan peluang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malangnya kini, surat-surat Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel sebenarnya mengesahkan pemikiran Anwar tidak jauh daripada dasar Dr Mahathir. Kedua, politikus muflis dan pengarang dangkal ini mahu mengadu-domba Anwar (PKR) dengan sekutunya, PAS. Malangnya, ini sebenarnya memberi kesempatan pada Anwar untuk memperjelaskan di antara doktrin PAS dalam hubungan Yahudi dengan dasar Pakatan Rakyat dalam menentukan dasar luarnya apabila memerintah Malaysia. Ini ada beza dan PAS faham perbezaan ini. Namun yang menggelisahkan ialah, strategi dan langkah dangkal editor pengamal media arus perdana membayangkan ada kemungkinan ketiga – dengan menguar-uarkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merestui pendedahan surat Dr Mahathir ini, ia seolah-olah mendedahkan strategi Najib mahu melondehkan siapakah Dr Mahathir sebenarnya. Mungkinkah Najib ingin menyimpulkan bahawa Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Israel? Adakah Najib juga mahu memutuskan rantai kebergantungannya pada "petunjuk" Mahathir dalam politik. Adalah jelas bahawa mutakhir ini Mahathir memang mendapat banyak publisiti. Tidak mungkinkah Najib agak rimas dengan kemunculan semula Mahathir dalam gelanggang politik negara? Adakah Najib hendak menyamakan "nafsu Mahathir untuk terus memerintah Malaysia" dengan keghairahan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah mesej yang hendak dilontarkan Najib bahawasanya kedua-dua (Mahathir dan Anwar menyokong dan mengiktiraf Israel?) Apapun pendedahan surat-surat Mahathir kini meringankan beban Anwar untuk memperjelaskan pendiriannya dalam hubungan beliau dengan Yahudi. Terima kasih pada Anifah Aman, editor media arus perdana dan politikus bankrap dalam kerajaan serta bekas rakan-rakan Anwar. Inisiatif ini nampaknya sudah menjadi senjata makan tuan.- M'kini | ||||
Nik Aziz macam sokong Dr Zul ja nih... hehe... Posted: 03 Mar 2012 03:03 AM PST TGNA Sokong Pandangan Dr Zulkifli? "Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT? Tuan Guru Nik Aziz menyindir mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad yang dalam satu kennyataannya mencabar PAS melantik Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS. Sindiran tersebut amat tepat dilemparkan kepada Dr Mahathir yang baru-baru ini membuat kenyataan jahil 'Hudud Tiada Dalam Al-Quran' TGNA berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir. Baca penjelasan Dr Zulkifli berikut : Wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH. Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini 'memporakperandakan' minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik. Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya. Nyata bahawa Wacana 'Mengapa Undi Melayu Pecah' yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu 'PAS bersedia di pimpin bukan-Islam'. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau 'side-dish' menjadi habuan utama atau 'main meal' bagi lawan politik atau pihak tertentu. Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius. Soalan dari Moderator Dr Maszlee adalah 'Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini'..tekuni jawaban saya.. Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada 2 perkara-kategori (hukum). Satu, perkara2 ' Tetap' yang tidak boleh ubah dikatakan 'Al-Thawabit'. (Tetapi) Ini perkara2 dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai 'Al-Mutaghiyyaraat' . 2 perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah….. Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara ………. PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kpd perubahan…….. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan & pindaan seperti itu. Pada persoalan: Jangka masa? Bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih. Ketika saya di asak soalan tambahan: " keadaan sekarang needs tu dah..?" Jawab saya : Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan kita akan bincang dan di Muktamar kita putuskan bersama Pada soalan: "Belum dibawa?" Jawapan saya: "Belum lagi"… Ini Dr Mazlee pertama kali dengar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa… Sebab itu mengikut katanya peredaran…peredaran zaman ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan… Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara2 yg tentunya mendatang kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya. MR | ||||
Ahmad Strawberry nafi... kahkahkah... Posted: 03 Mar 2012 12:00 AM PST Shabery Nafi KBS Biayai Ceramah Hasan Ali KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan PAS kononnya terdapat unit di bawah kementerian itu yang akan menyumbangkan RM30 juta untuk membiayai perbelanjaan sebanyak 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali di seluruh negara, menjelang pilihan raya umum akan datang. Malah kata Shabery, beliau sedia berdepan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang melemparkan tuduhan itu dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 12 Mac depan, bagi membuktikan tuduhan itu adalah palsu. "Ini adalah bohong, tidak berasas dan kebudak-budakkan. Saya rasa Mahfuz tidak berapa betul. Dia tengah sakit sekarang dan perlukan bantuan rawatan psikiatri atau kaunseling. "Saya pun tidak tahu dari mana dia dapat cerita ini. Tetapi ini menggambarkan pemimpin PAS sedang menggelabah, terutama sekali mereka nak lari dari kemelut kepimpinan PAS di Kedah yang tak dapat mereka selesaikan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mahfuz yang mengadakan sidang akhbar semalam untuk meminta penjelasan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai sumbangan wang itu. Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Mahfuz meminta penjelasan KBS mengenai unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam. Mahfuz berkata beliau difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta. Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dikatakan diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh negara untuk menarik sokongan di kalangan pengundi muda. Ahmad Shabery berkata Mahfuz sepatutnya tidak bertindak melulu untuk melemparkan sebarang tuduhan terhadap KBS seperti mana yang pernah dilakukannya berkenaan isu peninju dari Israel yang kononnya dibawa masuk oleh kementerian sedangkan ia adalah jemputan dari kerajaan negeri Selangor. "Saya tidak mahu Mahfuz malu sendiri kerana apa yang dituduh itu tidak benar. Namun, jika isu ini masih berterusan, kementerian akan mengambil tindakan yang wajar terhadapnya," katanya. BERNAMA | ||||
Terbaeekk dari Mahfuz... kahkahkah... Posted: 02 Mar 2012 10:39 PM PST Mahfuz: Saya nak jadi PM, bukan MB Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang. Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang. "Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ. "Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh. Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri. Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco. Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian. "Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar. Mengenai hubungannya dengan Azizan yang menurut beberapa pemerhati politik agak dingin, khususnya sejak kebelakangan ini, Mahfuz mengakui tidak semua perkar, beliau bersependapat dengan menteri besar berusia 72 tahun itu. Namun, katanya, segala yang tidak dipersetujuinya diluahkan sama ada dalam atau luar mesyuarat. "Itu pendirian dan sikap saya," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan Azizan. Ditanya sama ada PAS Kedah memerlukan menteri besar yang lebih muda di negeri itu, Mahfuz berkata soal faktor umur tidak timbul sebaliknya kemampuan dan keupayaan mentadbir sebuah kerajaan lebih penting. "Kalau muda pun tapi gagal, tidak ada keupayaan, tidak ada kemahiran, tidak ada kepakaran dan kemampuan untuk tadbir sebuah negeri, jangan kata itu sahaja, waktu bertanding pun ia tidak wajar," katanya. Ditanya portfolio yang ingin dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sekali lagi ketawa besar dan berseloroh: " Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar". "Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya.- M'kini | ||||
Akai mamak betoi mamak nih... kahkahkah... Posted: 02 Mar 2012 09:45 PM PST Helah Dr M mula lagi :Tun inilah yang patut disiasat Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba membuat "helah biasanya", dengan mengalihkan tumpuan supaya dia tidak perlu diaudit oleh kerajaan terutamanya bagi kes RM100 bilion wang pembayar cukai yang lesap akibat salah tadbir urus kewangan yang dicatatkan semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun dari 1981 hingga 2002. "Ia adalah lebih baik jika kerajaan menyiasat semua Tun yang terlibat tetapi jika mereka perlu memilih, maka jelas Mahathir adalah calon yang tepat untuk disiasat," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Beliau berkata demikian bagi menjawab komen yang dibuat oleh Mahathir, yang telah dituduh mengamalkan rasuah secara besar-besaran semasa berkuasa. ini bagi menjawab gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu audit dijalankan. "Tetapi semua Tun mesti diaudit. Anak-anak dan cucu-cicit mereka juga perlu diaudit," kata Mahathir kepada pemberita yang jelas membuat rujukan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, PM selepasnya. Daim dan Pak Lah juga termasuk Kit Siang telah merujuk kepada skandal Tajudin Ramli-MAS, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengarahkan semua agensi kerajaan untuk menyelesaikan tindakan undang-undang mereka terhadap hartawan kontroversi yang telah dipersalahkan kerana menyebabkan kerugian sebanyak RM8 billion kepada syarikat penerbangan MAS. Selain dari Abdullah, keluarganya juga dituduh kerana terlibat dalam skandal perkhidmatan catering MAS. Tajudin agak rapat dengan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang berhenti pada tahun 2001 selepas pertelingkahan dengan Mahathir akibat peristiwa beberapa orang jutawan Melayu yang telah dibiarkan terumbang-ambing apabila Mahathir cuba menyalahkan mereka. Dalam afidavit mahkamahnya dia memberitahu pentadbiran Najib telah mengajak untuk berdamai, Tajudin menyatakan dirinya adalah "proksi" semata-mata yang bertindak atas arahan Mahathir. "Saya telah berkata pada hari Sabtu bahawa masanya telah tiba untuk mengkaji semula kerugian RM100 bilion yang dialami oleh negara semasa pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Lebih-lebih lagi jika generasi rakyat Malaysia sekarang yang terpaksa membayar untuk itu, "dosa-dosa Mahathir, Perdana Menteri yang lalu," tulis Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu. "Ini timbul selepas terpaksa membelanjakan RM580 juta untuk penyelesaian antara Danaharta dan Tajudin Ramli diluar mahkamah pada 14 Februari. Terma yang kekal sulit antara kedua-dua pihak ini melibatkan semua tindakan berkaitan dengan keputusan penghakiman mahkamah sebanyak RM589.14 juta dimana Tajudin telah diarahkan untuk membayar kepada Danaharta pada tahun 2009, akan digugurkan jika Tajudin bersetuju untuk menarik balik tuntutan sepenuhnya RM13.46 bilion, yang melibatkan 27 rayuan, 11 daripadanya terhadap Danaharta. " Tiada jalan keluar, tegas Tajudin Kes Tajudin berdasarkan kepada afidavitnya menerangkan bahawa dia telah diarahkan oleh Mahathir dan Daim pada tahun 1994 untuk membeli kepentingan dalam MAS untuk menyelamatkan kerajaan yang juga merupakan "khidmat kepada negara" demi menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian besar-besaran akibat spekulasi pertukaran mata wang asing berserta "Overriding Agreement" untuk melindunginya daripada sebarang kerugian. "Nampaknya Tun Mahathir merujuk kepada orang yang perlu disiasat adalah penggantinya, Tun Abdullah. Mahathir juga mahu dia diaudit penuh atas kerugian kewangan yang berlaku semasa pemerintahannya selama lima tahun, "tambah Kit Siang. Badawi mengambil alih pemerintahan daripada Mahathir pada tahun 2003 dan telah dipersalahkan dengan pelbagai kejadian yang membelenggu Barisan Nasional semenjak itu termasuk pilihan raya umum 2008, di mana tanpa disangka-sangka, 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan telah jatuh pada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Malaysia Chronicle | ||||
PANAS!! Blogger UMNO kantoi mantoi... kahkahkah... Posted: 02 Mar 2012 06:00 PM PST Fitnah Gambar Khalwat Badrulamin..Blogger Umno Kantoi... Susulan kes kontroversi "khalwat" yang dikatakan melibatkan tokoh agama yang juga pimpinan tertinggi PKR, Ustaz Dr.Badrul Amin Bahron (foto) Ahad lalu maka berbagai-bagai persepsi dan versi cerita telah diwar-warkan. Malah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sendiri pun kini berbagai persoalan dan kenyataan pro dan kontra dalam isu ini. Apa yang ingin PDO huraikan di sini ialah persoalan tentang bagaimana begitu cepat blog-blog pro UMNO boleh menghidu kejadian itu, sedangkan pihak JAIP membuat operasi sekitar jam 4.00 pagi. Seolah-olah memang sudah ada usaha untuk meletopkan isu ini sebelum Himpunan Hijau 2.0 berjalan pada keesokkan harinya. Malah, PDO juga hairan bagaimana mereka boleh menyiarkan gambar-gambar yang kononnya dirakamkan di dalam bilik semasa kejadian?. JAIP harus memantau perkara ini, bagaimana bukti dan bahan-bahan kes boleh terlepas kepada blogger-blogger terbabit. Kes ini sama juga dengan isu video seks Anwar sebelum ini. "Trio Datuk T" kata mereka ada VCD tulen dan ia diserahkan kepada pihak polis Bukit Aman semasa siasatan. Anehnya, dalam masa yang sama video panas berkenaan tersiar di internet dan kemudian hilang selepas ia dihebahkan. Maknanya, barang kes begitu mudah jatuh ke tangan blogger-blogger terbabit. Soalnya, jika kes yang berlaku itu benar atau sahih maka tidak mungkin ada pihak luar yang boleh begitu cepat datang ke lokasi dan mengambil gambar-gambar berkenaan. Inilah yang memusykilkan kita. Malah, penyiaran gambar yang paling sensasi telah dilakukan dalam blog "Khazanah Minda Politik Melayu" . Blog terbabit begitu rakus dan berbangga kononnya mereka berjaya menyiarkan gambar Dr.Badrul Amin dan pasangannya ketika ditangkap. Cuba lihat foto dibawah seperti yang disiarkan di laman blog terbabit atas tajuk "Bukti Bergambar: Ketika Badrul Amin Di Tangkap". Krew PDO cuba menyiasat apakah benar gambar yang disiarkan ini atau setidak-tidaknya 99.9% tulen, agar rakyat boleh menilainya. Namun, sesuatu yang memalukan telah berjaya kami bongkarkan. Sebenarnya gambar-gambar yang disebarkan itu bukanlah gambar Ustaz Badrul Amin dan pasangannya seperti yang diperkatakan itu.
Rasionalnya, bilik kejadian bukanlah bilik Dr.Badrul Amin, maka kenapa gambar lelaki dalam gambar memegang beg hitam. Bukankah dia bermalam di situ bersama isterinya dan ini bermakna beg beliau berada dalam bilik mereka. Kenapa pula boleh ada di tempat lain?. Keduanya, ada kelibat wanita bertudung hitam di belakang (anak panah). Bagaimana pula wanita itu boleh ada dalam bilik?, sedangkan semasa tangkapan dikhabarkan hanya wanita (isteri pengadu) yang ada disitu dan yang lain semuanya lelaki. Malah lebih memusykilkan, ketika penguatkuasa JAIP tiba, Dr.Badrul Amin berada di dalam bilik berkenaan sambil dikawal oleh beberapa orang lelaki (dipercayai rakan suami wanita terbabit). Maka, macam mana pula gambar yang disiarkan ini menunjukkan mereka berdua berada dalam bilik dan keluar bersama dengan menutup kepala dengan tuala putih. Dan yang terakhirnya, bagaiamana pula tangan Dr.Badrul Amin boleh bergari?. Sedangkan ketika ditahan beliau tidak digari pun. Malah ia disahkan oleh beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian. Maka , kenapa gambar itu menceritakan sebaliknya?. Ini jelas menunjukkan pihak berkenaan mempunyai muslihat tertentu untuk memalukan tertuduh, sedangkan isu tersebut tidak timbul sebenarnya. Maka, kenapa mereka cipta fitnah ini?. [PDO bukanlah hendak mendahulu mahkamah dalam hal ini. Namun, apa yang mengarut dan tidak betul perlulah didedahkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Malah, tindakan menyiarkan gambar palsu ini juga menjejaskan nama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebenarnya. Justerru, pihak berkenaan juga perlulah mengambil tindakan saman terhadap blogger dan portal-portal yang menyiarkan gambar-gambar ini. Soal tangkapan atau siasatan JAIP itu adalah hal lain, Namun apa yang kami pertikaikan kenapa gambar ini dikatakan Dr.Badrul Amin?. Apakah mereka lupa ketika operasi Dr.Badrul Amin bersendirian di dalam bilik sedangkan pasangannya dan anak beliau berada di luar bilik. Makanya, tidak perlulah mereka cerita yang mengarut dan menyebabkan rakyat keliru dengan fakta sebenar kes ini. Apapun, biarlah pihak JAIP menyiasat dan mengambil tindakan susulan atas apa yang berlaku. Andai bersalah, sila dakwa Ustaz Badrul Amin, tapi jika tidak maka bersihkanlah namanya. Jangan biarkan jabatan agama juga terpalit dengan fitnah melampau ini].PDO | ||||
Aiyoo... sudah tukar ka Hassan... kahkahkah... Posted: 02 Mar 2012 05:40 PM PST | ||||
Tak baik woo dok ejek Najib camni... hehe... Posted: 02 Mar 2012 02:00 PM PST Najib Kena 'Ejek' Di Kota Bharu Oleh Mohd Sayuti Omar Kunjungan sehari suntuk Ha Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata meperli perdana menteri itu. Berhampiran lapangan terbangan Sultan Ismail Petra dinaikan sepanduk berbunyi "Selamat Datang PM Ke Negeri Miskin". Kata-kata itu ditujukan kepada penghinaan Najib terhadap Kelantan yang mengatakan Kelantan negeri paling miskin berbanding dengan negeri-negeri lain. Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno. Semasa beliau berkunjung ke Jeli pula, Najib disambut dengan kain rentang yang dipegang berbunyi "Kami Mahukan Royalti Petroleum". Kata-kata ini merujuk kepada kengganan Najib untuk menyerahkan royaliti 5% petroleum kepada Kelantan. Rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan oleh zaman Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh zaman Najib Razak. Di dalam Fb dan blog juga meriah dengan kecaman dan ejekan kepada Najib. Dipercaya kalau pihak berkuasa tidak bertindak merampas dan menurunkan kain-kain rentang itu jumlahnya mungkin lebih banyak dari kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan Najib ke Kelantan. Khabarnya tidak banyak sepanduk dan kain rentang dipsang mengalu-alukan kedtaangan Najib. Apa yang dipamirkan hari ini menjelaskan kepada Najib kenyataan beliau mengatakan Kelantan negeri miskin dimarahi dan menyinggung hati dan perasaan rakyat Kelantan. Bukan saja rakyat yang menyokong Pas tetapi penyokong Umno juga merasa terhina dengan kenyataan presiden Umno itu. Mereka menganggap Najib tidak tahu membaca kajian pendapatan perkapital rakyat negari ini. Najib juga dalam kunjungan itu dikatakan menyampaikan bantuan wang rakyat RM500 kepada beberapa orang miskin di ketiga kawasan yang dilawati itu. Seorang penduduk di Pasir Mas menghantar SMS kepada saya berbunyi; "Kalaulah rakyat Kelantan miskin kenapa wang bantuan dari wang rakyat itu sama nilainya dengan yang diberikan kepada rakyat negeri lain?" "Sepatutnya rakyat negeri Kelantan diberi peruntukan wang kerajaan itu sekurang-kurang RM1,500 hingga RM3,000 seorang", kata penduduk itu lagi geram. Betul juga apabila nilainya sama ini menunjukkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan sama saja dengan kadar kemiskinan dengan Johor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sejak lebih 50 tahun. Kunjungan Najib ke kawasan berkenaan dianggap sebagai tidak adil kerana Najib 'menambun' kekayaan kepada bahagian Umno yang sudah kaya. Apa yang mereka harapkan Najib ikut sama melawat ke Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah ataupun Pengkalan Chepa http://msomelayu.blogspot.com | ||||
GEMPAQ: Lim Guan Eng Anti Islam... Posted: 02 Mar 2012 12:00 PM PST Pertama kali KM Pulau Pinang ni mai dari bangsa Cina... Itulah Lim Guan Eng... yang amat tinggi anti Islamnya.... Kahkahkah... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan