Jumaat, 3 Februari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS PECAT SEORANG `PEJUANG AKIDAH' ?

Posted: 03 Feb 2012 11:26 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM tadi aku sempat menghadiri Program Hi-Tea bersama kepimpinan PR Pahang di sebuah kedai makan di tempat `hangit' Umno di Pahang iaitu di Felda Jengka 2, dalam Parlimen Maran.  Di antara kepimpinan PR Pahang yang hadir adalah Pengerusi Keadilan Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man.  MP Kuantan, YB Fuziah Salleh juga turut hadir di samping beberapa pimpinan PR tempatan.

Melihat kepada jumlah meja yang disediakan, aku menganggarkan tidak kurang dari 200 penyokong PR tempatan yang hadir sehinggakan kerusi meja yang dihidangkan dengan makanan dan lauk ikan tiga rasa tidak cukup menampung orang ramai yang hadir.  Program tersebut sebenarnya tidak layak dipanggil Program Hi-Tea kerana jamuan yang disediakan `berat-berat' belaka.  Bagi sebuah kawasan felda, pekat pula Umno nya di situ, kehadiran sebanyak itu sudah cukup menggentarkan Umno di Maran khususnya.  Oleh itu, tidak pelik apabila kehadiran aku ke situ dapat melihat di tepi kiri dan kanan jalanraya dikibarkan bendera berlogo `kering telanjang tanpa sarung' dan juga bendera `dacing baghdad'.

Seolah-olah yang hadir ke situ adalah DS Anwar ataupun Presiden PAS, Umno Maran berhumpas pulas memacakkan bendera di kawasan program berkenaan.  Penganjur, iaitu Keadilan Cabang Maran di bawah Sdr Boestamin tidak melatah dengan `peperangan propaganda dan psikologi' Umno berkenaan.  Bendera PR banyak dikibarkan sekitar kawasan program sahaja.

Us Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ucapannya turut menyentuh tentang isu Dr Hassan Ali atau lebih dikenali sebagai `Hassan Akidah' dan juga `Hassan Kayu JATI'.  Beliau tidak mahu isu Hassan dilayan sehingga melupakan agenda PR.  Hassan, kata beliau bukan ahli PAS lagi dan dakwaan Hassan bahawa beliau seorang `pejuang akidah' amat melucukan.  Tidak masuk akal PAS akan memecat `seorang pejuang akidah', sedangkan PAS adalah parti yang hidup atas perjuangan akidah.

Aku bersetuju dengan kata-kata Us Tuan Ibrahim.  Pimpinan PAS atau PR khususnya tidak perlu membuang masa melayan Hassan Kayu JATI ini.  Setakat Hassan ini, memadailah kami di alam media baru ini sahaja yang mendepaninya kerana hujah Hassan lemah, bengap dan langsung tidak berwibawa.  Hujah Hassan saling tidak tumpah seperti hujah Umno jika tidak pun PERKASA.  Kami sudah biasa mendepani hujah sebengap itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: