Kelab Greenboc |
- [WASPADA] Susu Cair Lelong Berkulat
- BN Perlu Dihukum Dalam PRU13 Kerana Beri Lesen Lynas
- Penjara Menanti, Orang Itu Sudah Serik Jadi MB
- Suami Mengamuk Langgar Kereta 40 Kali Dengan Lori Kerana Isteri Curang
- Shahrizat Enggan Berundur, Petanda UMNO Sendiri Akan Berkubur
- Kepala Babi: PAS Anjur Solat Hajat, Sokongan Terhadap Pakatan Semakin Meningkat
- [Video & Bergambar] Seremban Dilanda Banjir Luarbiasa
- Belanja Sakan: Jingga 13 Ke SPRM Serah Bukti Baru, Cabar Najib & Rosmah Saman
- Rafidah Hentam Shahrizat, Gesa Ketua Wanita Itu Letak Semua Jawatan
[WASPADA] Susu Cair Lelong Berkulat Posted: 04 Feb 2012 12:30 AM PST Peniaga tertipu beli susu berkulat KOTA BHARU - Seorang peniaga kecewa setelah mendakwa dia tertipu membeli susu yang dilelong di Pasar Malam Pauh Lima, Bachok pada malam Selasa lalu. Peniaga berkenaan, Wan Zah Wan Ibrahim, 46 berkata, susu pekat tersebut dibeli setelah pengunjung pasar malam berkenaan berpusu-pusu mendapatkan susu terbabit. "Semasa membelinya, saya ada tanya mengenai tarikh luput susu itu kerana musykil kenapa ia dijual murah, namun peniaga menjawab tarikhnya pada Julai nanti. "Tin susu kebanyakannya kemek dan ketika itu saya syak ia susu lama, tetapi saya tidak pasti kenapa saya teruja untuk membelinya sehingga balik ke rumah, saya terkejut melihat susu berkulat dan berwarna kekuningan," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Wan Zah berkata, pada malam tersebut, peniaga itu melelong susu dengan tawaran harga RM10 untuk sembilan tin susu pekat. Menurutnya, memandangkan dia memang memerlukan bekalan susu pekat untuk meniaga jagung kukus, dia membeli susu terbabit sebanyak RM10. "Saya bernasib baik kerana menuang susu ke dalam bekas lain terlebih dahulu dan tidak tuang terus ke dalam jagung kukus, jika tidak, sudah pasti pelanggan saya mengalami keracunan makanan. "Saya berharap perkara ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa dan orang ramai diminta tidak mudah terpedaya mendapatkan susu murah," katanya yang kesal kerana peniaga itu sanggup menipu tarikh luput kepada pelanggannya. -SH |
BN Perlu Dihukum Dalam PRU13 Kerana Beri Lesen Lynas Posted: 03 Feb 2012 11:39 PM PST Tolak BN Jawapan untuk Hentikan Lynas Satu demi satu kemusnahan yang dibawa kerajaan Umno/BN kepada negara ini semakin tidak dapat diterima oleh rakyat. Maka satu-satunya langkah untuk menyelamatkan negara ini adalah dengan menyingkirkan kerajaan sedia ada, demikian pendirian Hentikan Lynas Selamatkan Malaysia (SLSM). Menurut Pengerusi (SLSM), Tan Bun Teet tindakan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan adalah sangat mengecewakan. "Kelulusan yang diberi AELB ternyata tidak memperdulikan segala perhatian dan pandangan orang awam berhubung perkara ini. "Tidak kurang daripada seribu pandangan dan cadangan dikemukakan kepada AELB pada 26 Januari lepas tetapi hanya 3 hari kemudian Lynas diberi lesen TOL," ujar Tan dalam kenyataan medianya. Sementara itu, seorang pengamal perubatan tempatan yang juga merupakan ahli SLSM berkata AELB nampaknya berdegil dan tidak belajar daripada kesilapan mereka di Bukit Merah suatu masa dahulu. "Nampaknya, kerajaan tidak beri sebarang pilihan pada kita selain menolak mereka dalam pilihanraya akan datang. Kami mahukan Malaysia yang selamat dan bersih untuk semua. "Kami tidak mahu kerajaan yang tidak pandai menunaikan tanggungjawabnya menjaga rakyat. Rakyat akan bangkit dan melakukan apa sahaja kali ini untuk menghentikan projek toksik ini," ujar doktor tersebut. Projek Lynas adalah 10 kali lebih besar daripada projek di Bukit Merah suatu masa dahulu dan dijangka akan menyumbang lebih banyak pencemaran alam sekitar dan kesannya terhadap penduduk sekitar. -tvsnews Lynas: Beri lesen bukti abai rintihan rakyat |
Penjara Menanti, Orang Itu Sudah Serik Jadi MB Posted: 03 Feb 2012 09:29 PM PST Dr Khir Toyo: Saya serik jadi Menteri Besar Selangor SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau serik menjadi menteri besar Selangor yang disandangnya selama lapan tahun. "Tidak ada satu pengiktirafan yang saya dapat, sebaliknya cacian walaupun saya menjalankan tugas dengan baik. "Saya jalankan amanah, ekonomi baik, pekerjaan banyak setinggan saya hapuskan sehingga 98 peratus. Semua baik waktu itu. "Saya bekerja 18 jam sehari sehingga tidak ada masa untuk bersama keluarga dan anak isteri," katanya," katanya ketika ditemui di pejabat perniagaannya di Glenmarie di sini. Bekas menteri besar Selangor itu menjadi ahli perniagaan sejak tiga tahun lalu setelah BN tumbang dalam pilihan raya umum 2008. "Saya berniaga sejak tidak menjadi menteri besar, untuk mencari makan. Saya lebih senang begini. "Ada masa untuk bersama isteri dan anak-anak," kata Adun Sungai Panjang itu lagi. Dr Khir menjadi menteri besar Selangor pada 2000 ekoran perletakan jawatan Tan Sri Abu Hassan Omar.Waktu itu beliau berumur 36 tahun – menteri besar kedua termuda selepas Datuk Seri Najib Tun Razak. Dr Khir mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13. "Saya tidak akan mempetahankan kerusi DUN itu walau yakin menang jika saya bertanding. Berilah kepada orang lain. Serik," tambahnya sambil tersenyum. Bagaimanapun, Dr Khir berjanji akan terus membantu BN merampas semula kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Akan bangkit Beliau kini berdepan hukuman penjara setahun ekoran kesalahan memiliki rumah lebih murah dari harga sebenar. Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu yakin akan bangkit lagi dalam politik. "Saya masih muda, 45 tahun banyak masa lagi. Jalan saya masih panjang untuk pergi… "Lihat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dipecat dan kemudian menjadi perdana menteri," katanya. Dr Mahathir kalah dalam pilihan raya umum 1969 dan dipecat dari Umno kerana mengkritik Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman. Bagaimanapun, beliau diterima semula Umno semasa Tun Razak Hussein menjadi perdana menteri. Ulasan GB GB sudah ulas dengan memetik ulasan GB yang terdahulu: GB sudah ulas di Khir Toyo Bakal Habiskan Sisa Hidupnya Dalam Penjara?. |
Suami Mengamuk Langgar Kereta 40 Kali Dengan Lori Kerana Isteri Curang Posted: 03 Feb 2012 08:05 PM PST Lenyek kereta lepas geram SUNGAI BULOH: Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak 'gila' apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin. Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram. Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk. Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu. "Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air. -hm
|
Shahrizat Enggan Berundur, Petanda UMNO Sendiri Akan Berkubur Posted: 03 Feb 2012 05:39 PM PST Shahrizat tidak tunduk desakan berundur daripada Kabinet, parti PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan daripada pelbagai pihak yang mendesaknya meletakkan jawatan di dalam Kabinet mahupun parti berikutan kontroversi melanda Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, soal jawatannya dalam Kabinet atau pencalonan pada pilihan raya akan datang adalah terletak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya tidak akan tunduk kepada tekanan. Saya ingin tegaskan, kedudukan saya dalam Kabinet saya bagi (serah) kepada Perdana Menteri untuk tentukan, terpulang kepada beliau untuk menentukannya. "Pelbagai cabaran yang dilalui oleh saya ketika ini tidak melemahkan saya, sebaliknya hanya menguatkan lagi semangat saya. "Sebagai ketua kalau takut hadapi cabaran, tak layak untuk jadi ketua," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari luar negara kerana bercuti dan mengerjakan umrah. Shahrizat diminta mengulas desakan pelbagai pihak sama ada pembangkang atau dalam UMNO sendiri yang mahu beliau meletakkan jawatan berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PFN yang dikendalikan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, adalah Pengerusi Eksekutif. Beliau mengambil cuti berikutan siasatan SPRM terhadap kes berkenaan. Akhbar juga melaporkan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, turut meminta Shahrizat untuk meletakkan jawatan dan tidak menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukannya. Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamelia Ibrahim berkata, Shahrizat perlu mengambil tindakan sewajarnya berhubung desakan berkenaan kerana ia membabitkan isu serius yang menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Shahrizat juga, katanya, perlu meletakkan kepentingan parti mengatasi diri sendiri dan bertanggungjawab membuat keputusan berhubung perkara itu dengan segera. Sambil menafikan beliau mendesak atau memaksa Shahrizat meletak jawatan, Kamelia berkata, sebagai pemimpin yang hebat, Shahrizat harus memikirkan kepentingan parti serta negara bukan kepentingan diri dan keluarga. "Dia (Shahrizat) kena buat keputusan, tidak ada orang yang boleh buat keputusan bagi dirinya, jangan fikir untuk diri sendiri, apa yang penting fikir untuk parti dan negara," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. -BH Ulasan GB Hukum Kebenaran tajk boleh dilawan, apabila sudah banyak bukti didedahkan mengenai skandal NFC, mana mungkin dapat dipertahankan lagi penglibatan keluarganya dengan isu berkenaan? Lebih teruk ialah nasib UMNO sendiri yang kini ternyata terpalit dasyat dengan najis-najis lembu berkenaan sehingga rakyat timbul fenomena "ingat lembu teringat UMNO, ingat UMNO teringat lembu". Jika Najib dan UMNO tidak menghukum Shahrizat dan keluarganya selagi itu rakyat akan menunaikan tugasnya semasa pilihanraya untuk jatuhkan UMNO dengan lebih dasyat dan untuk pastikan "lembu-lembu" tersebut akhirnya dihambat ke kandang jeriji besi. |
Kepala Babi: PAS Anjur Solat Hajat, Sokongan Terhadap Pakatan Semakin Meningkat Posted: 03 Feb 2012 03:55 PM PST Kes Kepala Babi : Pas Anjur Solat Hajat Aman SHAH ALAM 3 FEB : Susulan insiden penemuan kepala babi di beberapa buah masjid semakin menjadi-jadi, PAS Selangor akan menganjurkan solat hajat memohon agar insiden ini tidak merebak dan menimbulkan huru hara. Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata solat hajat akan dilakukan di peringkat negeri, dan di setiap daerah dan cawangan. Solat hajat ini dibuat dengan tujuan merapatkan muafakat penganut agama Islam supaya tenang dan matang menghadapi pihak yang cuba mencetuskan ketegangan antara agama di Selangor. "Kita tahu ada orang yang cuba melakukan provokasi perkauman di Selangor dan ahli-ahli kita tidak mudah termakan provokasi ini. "Kita mahu ahli-ahli PAS menyelidik dan menjejaki dalang di sebalik insiden ini," katanya. Selangor dan Lembah Klang paling kerap dihadap dengan provokasi kaum dan agama semenjak kerajaan negeri bertukar tangan dalam PRU-2008. Sebelum ini, pada tahun 2010 Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya diletakkan kepala babi. Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur semalam. "Kita arahkan ahli-ahli PAS membantu menjaga kesucian masjid dan surau. PAS selangor sedia bekerjasama dengan semua agensi termasuk polis serta akan menahan sesiapa saja yang cuba mengulangi insiden kepala babi ini," katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan RM10,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung serangan terbaru ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1800-888-2824. -TVSNEWS Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama Ulasan GB Semalam GB sudah ulas. Petikan: Sekalipun solat hajat dilakukan supaya pelaku yang melakukan tindakan tersebut diberikan hidayah, namun turunnya hidayah Allah adalah menikut bentuk dan kehendak Dia. GB melihat tindakan provokatif melampau golongan desperado ini tidak lain hanyalah untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara sebelum pilihanraya untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengundi Pakatan Rakyat. Kita lihat kes-kes seumpama ini jelas dilakukan di kawasan-kawasan di mana Pakatan Rakyat berkuasa. Kejadian letupan bom di mahkamah tempohari belum lagi diketemukan jawapannya. begitu juga insiden simbahan cat merah, bakar kenderaan, molotav cocktail dan lemparan kepala babi. Sehingga kini, untuk setiap kes itu, pihak polis belum menemukan sebarang jawapan yang pasti. TETAPI, dengan berlakunya insiden-insiden sedemikian rakyat semakin buka mata. Alangkah dasyatnya mereka yang melakukan tindakan provokatif melampau itu. Undi kepada Pakatan Rakyat bukan semakin menurun tetapi akan semakin meningkat lantarannya. Lagi banyak kepala babi diletakkan di masjid, maka akan lebih banyak undi yang Pakatan akan perolehi. Masjid adalah rumah Allah. Meletakkan kepala babi di situ bukan hanya mengundang kemurkaan umat islam tetapi kemurkaan Allah sendiri kerana masjid adalah rumahNya dan GB yakin Dia sendiri akan mendedahkan siapa pelaku itu. Rakyat turut bencikan huru-hara. Rakyat bencikan kekacauan. Justeru itu, tindakan untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat itu akan gagal akhirnya rakyat akan memilih Pakatan Rakyat setelah mereka bosan dengan taktik provokatif melampau golongan desperado berkenaan! |
[Video & Bergambar] Seremban Dilanda Banjir Luarbiasa Posted: 03 Feb 2012 07:31 AM PST Seremban - Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar bandar Seremban petang semalam sesuatu yang jarang berlaku. Walaupun hujan tidak sampai sejam, hampir semua kawasan di sekitar bandar ini dinaiki air. Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan letak kereta bawah tanah di Wisma Umno turut dipenuhi air, termasuk beberapa kampung serta perumahan di sekitar Sikamat serta Temiang. Difahamkan, operasi KTM Berhad juga tergendala berikutan landasan dipenuhi air banjir. Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama di Kampung Nusun Nyiur dan Kampung Baru Sikamat, kira-kira jam 5.30 petang dan disusuli panggilan dari Wisma Umno Seremban. Katanya, seramai 11 anggota diarah ke lokasi terbabit berserta dua jentera bomba untuk membantu mengepam keluar air. "Semasa pasukan bomba tiba di Kampung Baru Sikamat, air sudah pun membanjiri kawasan berkenaan. Kerja mengepam air dari kawasan terbabit perlu pantas dilakukan. "Manakala di sekitar Wisma Umno pula, kami mengambil masa sehingga jam 9 malam untuk melakukan kerja mengepam air dari kawasan parkir bawah tanah," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, sepanjang kejadian banjir itu, tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan. Sementara itu, seorang mangsa banjir, Ushrah Mohs Isa, 47, berkata, banjir yang sering berlaku di kawasan rumahnya adalah perkara biasa. Menurutnya, setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumahnya di kuarters KTMB akan dinaiki air dan dipenuhi dengan tanah lumpuh. "Saya sudah biasa, malah setiap kali hujan turun saya dan anak akan bersiap sedia mengemas barang kerana tahu rumah pasti dilanda banjir. "Walaupun saya mempunyai rumah lain di Sikamat, namun disebabkan beberapa masalah dalaman saya terpaksa juga duduk di rumah ini," katanya. Mohd Rahmat Ismail, 25, pula berkata, kejadian berlaku semasa dia dan keluarga sedang berehat di ruang tamu. Katanya, sebaik sahaja hujan turun, dia sudah menjangkakan rumahnya pasti akan dinaiki air berikutan kawasan di perumahan kuarters lama KTMB sudah sinonim dengan banjir. "Saya sudah bersedia dan menerima apa sahaja yang berlaku kerana keadaan ini sudah dijangkakan. "Bagaimanapun, terdapat beberapa barangan elektrik yang tidak sempat diselamatkan dan rosak terkena air," katanya. -SH Ulasan GB Itu hujan tak sampai 1 jam... Bagaimana agaknya jika hujan lebat lebih 1 jam? Jadi lautankah nanti bandar Seremban? |
Belanja Sakan: Jingga 13 Ke SPRM Serah Bukti Baru, Cabar Najib & Rosmah Saman Posted: 03 Feb 2012 05:23 AM PST Rosmah boros: Jingga 13 cabar PM, Rosmah saman SHAH ALAM: Gerakan Anti-rasuah dikenali sebagai Jingga 13, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terlibat berhubung pendedahan 'perbelanjaan mewah' berjumlah RM325,000 (AS 100,000). Tuduhan perbelanjaan mewah itu didakwa mengaitkan Rosmah sepertimana yang dilaporkan menerusi akhbar dan blog di luar negara. Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tuduhan itu disifatkan serius dan menjejaskan kredibiliti Najib serta maruah rakyat negara Malaysia apabila Rosmah didakwa boros dan bermewah-mewah seperti yang dilaporkan. Fariz berkata, Najib dan Rosmah sebelum ini menafikan laporan akhbar Australia Sydney Herald, kolumnis Andrew Horney dan artikel wartawan Patty Huntington dalam blog Frockwriter serta email oleh kakitangan Little Hero, Holly Beer tentang perbelanjaan RM325,000 di butik pereka fesyen Carl Kapp. "Jesteru Jingga 13 mencabar Najib dan Rosmah ambil tindakan undang-undang dan menyaman kesemua mereka jika segala tuduhan tersebut liar,fitnah dan direka. "Kami juga mendesak Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelematkan beliau dan isteri berkait skandal tersebut," katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini hari ini. Bukti baru dikemuka kepada SPRM Jingga 13 juga hadir mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut. Ini termasuklah kenyataan Pengerusi Festival Fesyen Islam, Raja Rezza Shah yang didakwa bercanggah dengan Karl Kapp dan laporan Hutington melalui satu email. Terdahulu pada 26 Januari lalu Jingga 13 turut hadir ke SPRM untuk mengemukakan dokumen dan bukti mengenai perbelanjaan mewah tersebut. Satu aduan juga turut dibuat ke atas Datuk Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman, Najib dan Rosmah berkait skandal FLOS berjumlah RM325,000 membabitkan pembelian 61 helai pakaian dan penginapan semalaman di hotel mewah di Sydney bernilai RM65,000 (AS 20,000). -FMT Lagi pendedahan mengenai keluarga Shahrizat- Rafizi Najib Digesa Buktikan Rosmah Bukan 'First Lady Of Shopping' klik untuk baca |
Rafidah Hentam Shahrizat, Gesa Ketua Wanita Itu Letak Semua Jawatan Posted: 03 Feb 2012 03:13 AM PST Rafidah Serang Shahrizat Agar Berundur Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail semalam dilapor melancarkan serangan pedas pada penggantinya Shahrizat dengan berkata seorang pemimpin patut berundur sekiranya mendatangkan masalah kepada parti. Walaupun tidak menamakan Shahrizat, harian berbahasa Inggeris itu melaporkan, ia jelas merujuk kepada isteri pengerusi syarikat pengendali NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail itu. "Ini untuk (kebaikan) semua, sama ada berkenaan isu lembu atau tidak. Itu tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah kamu," beliau dilapor sebagai berkata. Beliau juga mempersoalkan tindakan menteri itu mengambil cuti tiga minggu kerana beliau patut membuat keputusan dan tidak harus meninggalkan isu itu kepada perdana menteri. Sementara itu UMNO Cheras hari ini sekali lagi menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada kabinet kerana isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sedikti sebanyak memberi masalah kepada Umno. Ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,desakan itu bukan atas alasan 'kebencian peribadi' tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan. "Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga," tegasnya. Sebelum ini, Syed Ali pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Dalam tulisan terbaru di blog Umno bahagian itu, Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan dilapor berkata, di sesetengah tempat, isu itu menjadi bahan sindiran pelbagai pihak. "Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFC kini menjadi bahan sindiran kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab Umno dah ada lembu di Gemas," katanya. Beliau juga menyokong saranan bekas ketua Wanita Umno dan menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz yang dilapor berkata, pemimpin yang membawa masalah kepada Umno dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan