Jumaat, 3 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu?

Posted: 03 Feb 2012 10:11 PM PST

Akhirnya……

Inilah foto yang diambil daripada laman Twitter milik TMJ, @HRHJohor2(6.45pm, 3 Februari 2012) Inilah foto yang diambil daripada laman Twitter milik TMJ, @HRHJohor2(6.45pm, 3 Februari 2012)


Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu? Wajah jelita itu saling tak tumpah seperti wajah aktres popular tanahair.  Tak payahlah disebutkan namanya…satu Malaya kenal siapa si jelita itu…Nampaknya, kali ini sudah terang lagi bersuluh.  Tak payah lah kita asyik dok main teka-teki lagi kerana tuan empunya diri sudah berani berkongsi saat-saat mesra mereka melalui  laman sosial ranking ketiga terkenal di dunia ni…apalagi kalau tak laman sosial Twitter.



Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)


Bukan apa. ..kami tumpang gembira dan turut berdoa untuk kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. Apalagi, tuan empunya laman Twitter sendiri yang asyik me'retweet' (mengulang dalam bahasa twitter) akan doa-doa dan ucapan-ucapan berbaur tahniah kepadanya. Amin….

Tindakan me-Tindakan me-"retweet" (mengulang dalam bahasa Twitter) TMJ yang seakan-akan mengaminkan doa pengikut-pengikutnya.


Apakah ini satu petanda pasangan  ini sudah bersedia untuk tampil di khalayak umum dan mengisytiharkan perhubungan mereka sebagai sesuatu yang 'rasmi'? Sama-samalah kita nantikan….


SUMBER - mD

Hassan Ali terajui KITA?

Posted: 03 Feb 2012 09:09 PM PST

PUTRAJAYA - Beberapa perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara mendesak Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat setelah gagal menerajui parti.

Pada masa sama, mereka berhajat 'merisik' bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengisi jawatan itu.

Ketua Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perlu keluar parti untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berkaliber menerajui parti yang baru setahun ditubuhkan itu.

Beliau berkata, perwakilan dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak tidak teragak-agak menyingkirnya jika itu cara yang terbaik menyelamatkan parti.


"Zaid gagal terajui parti dan jangan cuba menconteng arang ke muka kami, kononnya pemimpin Kita tidak memberi kerjasama. Itu semua pendapat peribadinya dan tiada kena-mengena dengan parti.

"Saya minta 10,000 ahli Kita bertenang. Presiden tidak boleh bubar parti ini sesuka hati kerana ia bukan syarikat persendirian, sebaliknya melalui mesyuarat luar biasa (EGM) dan perlu sokongan tiga perempat ahli," katanya.

Ditanya mengapa Kita berminat dengan Hasan, Zamil berkata, buat permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Hasan kerana berpendapat beliau pemimpin yang mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti berkenaan.

"Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini.

"Sekarang Kita akan berhadapan dengan peperangan besar iaitu pilihan raya umum. Di Kedah, 18 calon digembar-gemburkan menawarkan diri, jadi di mana maruah kami apabila pemimpin yang akan dicalonkan, tiba-tiba partinya pula dibubarkan," katanya.

Hasan, yang juga bekas Exco Selangor dipecat daripada Pas kerana dianggap melanggar disiplin. Beliau akan melancarkan pertubuhan bukan kerajaan Jati dan IMR bulan ini.

Mengulas mengenai ada unsur-unsur campur tangan politik daripada pemimpin tertentu sehingga memaksa Kita berputih mata, menurut Zamil, ada kebenaran, terutama apabila Zaid memberi surat tunjuk sebab ke atasnya setelah mengkritik perhimpunan Bebas Anwar 901 bulan lalu

Mak Cik ni perlu bantuan ... apa kata hampa huluq sekupang dua

Posted: 03 Feb 2012 07:00 PM PST

JALAN NIBONG STESEN – "Mak cik tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadu, perbelanjaan makan minum pula hanya mengharap mereka yang simpati, termasuk jiran tetapi tidak tahu sampai bila keadaan ini harus berterusan," kata Khamsiah Muda, 56, warga emas yang kecewa permohonannya mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditolak.

Khamsiah yang kini hidup dalam kesempitan di sebuah pondok berkata, dia memohon mendapatkan bantuan kerana tiada sumber pendapatan setelah suaminya, Che Harun Ismail, 62, meningal dunia empat tahun lalu.


Khamsiah berkata, untuk menyara kehidupan, dia terpaksa mencari kerja, namun faktor usia menyebabkan dia gagal mendapatkan pekerjaan sesuai.

Katanya, sebagai warga emas yang hidup sebatang kara dan tiada sumber pendapatan, dia memerlukan bantuan menyara kehidupan.

Bagaimanapun, dia amat kecewa kerana permohonnya itu ditolak atas alasan yang tidak dapat diterimanya.

"Jika orang miskin macam mak cik ini tidak layak menerima bantuan, kerajaan hendak bantu orang macam mana?

"Jika tidak percaya dengan apa yang mak cik cerita, datanglah ke rumah, lihatlah kehidupan mak cik di pondok buruk yang mak cik jadikan tempat berteduh ini, jika mak cik ada duit, takkan tinggal dalam keadaan begini," katanya.

Menurutnya, pihak JKM juga tidak pernah datang ke rumah untuk melihat keadaannnya yang daif itu biarpun difahamkan pernah menghubunginya sebelum ini.

Katanya, status permohonnya diketahui selepas menerima sekeping surat bertarikh 10 Januari 2011 yang memaklumkan bahawa permohonannya ditolak atas sebab tertentu.

"Jika tidak mahu beri pun tidak apalah, nak buat macam mana, Mak cik pun dah tua, mungkin tak lama hidup," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Khamsiah Muda 11200-29-00024794-6.sinarharian.com.my 


STONE :  Mana YB dia, xkan xboleh p tengok dan selesaikan masalah mak cik ni kot? Atau isu mak cik xglamor xakan dapat publisiti? 

ARTIS : Shila Amzah dituduh pembunuh

Posted: 03 Feb 2012 07:56 AM PST

Berita panas yang mungkin bakal disensasikan atas sebab-sebab kelogikan dan boleh jadi kes jenayah juga. Baru-baru ini ada seorang Twitter yang mengakui dirinya sebagai @kami_anti (dalam erti kata lain anti kepada Shila Hamzah) dimana account ini menyatakan yang Shila seorang pembunuh. Eik? apa sebab ni.


Ceh cerita-cerita. Akaun ini telah dibuat pada majlis AJL 26 yang lalu, dan ini dilakukan atas usaha membela kawannya yang mana meninggal dunia akibat sebuah pergaduhan kerana Shila. Tidak dapat disahihkan kebenaran cerita ini memandangkan dahulunya akaun ini adalah bekas peminat Shila dan kini melemparkan pelbagai tuduhan yang kurang pasti asas dan motifnya untuk membenci Shila Hamzah.

Yang peliknya, akaun Twitter pula dijadikan tempat tuduh menuduh, p la balai polis buat laporan kalau itu menjadi satu berita yang benar, dan diselesaikan di mahkamah. - izyan.com

Masjid dua kiblat di Madinah

Posted: 03 Feb 2012 06:16 AM PST

Susunan Abdul Jalil Ishak

MASJID Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.

Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Batu asas pembinaannya dilakukan sendiri Nabi Muhammad s.a.w dan siap pada 623. Baginda pernah bermalam di masjid itu selama 20 hari.

Rasulullah menerima wahyu daripada malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah Makkah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Maka, baginda berperingkat mengubah arah kiblat menghala ke Makkah. Perubahan arah kiblat menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang sebelum itu begitu berbangga dengan kiblat mereka di Baitulmaqdis.

Sejarah awal pentadbirannya terletak di bawah Umar ��al-Khatab, kemudian diserahkan kepada pemerintahan Uthmaniah dengan penyeliaan Sultan Sulaiman yang bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian terhadap masjid bersejarah itu.

Berdekatan Masjid Qiblatain terdapat sebuah telaga dimiliki seorang Yahudi.
Dengan nasihat nabi, telaga itu ditebus daripada pemiliknya oleh Uthman Affan dengan harga 20,000 dinar bagi menjadikannya milik umat Islam sepenuhnya.

Masjid itu mampu menampung kapasiti seramai 2,000 jemaah pada satu masa. Antara imam dan khatibnya termasuk Sheikh Salleh bin Awad al-Mughamisi, Sheikh Muhammad Khalil, Sheikh Muhammad Ayub dan Sheikh Ahmad bin Ali bin Abdul Rahman.

Pembesaran masjid berlaku pada 1543 pabila Sultan Sulaiman diarah melakukan pembesaran masjid bagi menampung jemaah semakin bertambah.

Pada 1987 projek pembesaran masjid dilakukan mengikut keperluan semasa tanpa mengubah struktur binaan asal. Namun, masjid lama dirobohkan bagi memberi nafas baru bagi menyerlahkan seni bina Islam.

Masjid Qiblatain berbentuk ortogenal geometri itu dihiasi dua tangga masuk bagi membolehkan jemaah lelaki dan wanita keluar masuk ke masjid melalui pintu berasingan.

Kedudukan dewan solatnya mempunyai aras berbeza dengan bahagian utara supaya menampakkan keunikan tersendiri.

Masjid berkenaan terletak di bahagian barat laut dari Madinah, di Jalan Khalid bin Walid, sempena kehebatan pahlawan Islam tersohor pada zaman Rasulullah.

Kini, Masjid Qiblatain mempunyai pelbagai kemudahan prasarana sesuai sebagai pusat tumpuan jemaah haji dari dalam dan luar negara.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan Ahmad bin Hambal, Al-Nasai, Ibnu Majah dan Hakim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan solat dua rakaat di Masjid Qiblatain, maka Allah memberikan ganjaran pahalanya seperti pahala mengerjakan satu umrah."

Justeru, tidak hairanlah masjid itu menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh pelosok dunia.

Setahu aku artis ni Islam, tapi awat dia jadi lagu ni ...

Posted: 03 Feb 2012 03:22 AM PST


Awai tadi aku dah "copy N paste" dah satu story dari mStar pasai gambar mamat ni yang tayang perot bini dia tu, aku ingat satu gambar tu je la (yang tengah), tau-tau petang ni ada geng 'tag' gambar di atas kat FB aku. 

Masyaallah apa dah jadi dengan hang Harith ai, artis bukan la tiket untuk hampa buat apa saja, Ingat la hang tu Islam.(yang aku tau la)

Banyak komen di facebook, semua mengutuk tindakan Harith 'menelanjangkan' isterinya untuk tontonan ramai. Atas apa alasan sekalipun, aurat mesti ditutup. Tapi pasai apa hang buat macam ni Harith ooii???

Hang bangga ka tunjuk aurat bini hang 1 dunia tu, bukan setakat 1 Malaysia saja. Awat yang bengap sangat.?
Ini lah perangai artis kita ..... apa nak jadi dengan anak dalam perut tu nanti pun tak tau lah kalau mak bapak pun tak tentu hala ....  hhhmmmmm



Debat DSAI - Najib : Mahathir ramal Najib akan kalah

Posted: 03 Feb 2012 12:25 AM PST

Hak untuk memilih. Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pendirian calon terhadap isu-isu tertentu contohnya undang-undang immigrasi, Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika dan bagaiman caranya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penganggur di Amerika.

Jadi, mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan debat dianatara Najib dan Anwar?

Mahathir juga risau akan kekalahan Najib

Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad sendiri cuba menasihati Najib untuk tidak berdebat dengan Anwar. Ia cepat meniupkan khabar angin yang Mahathir sebenarnya takut Najib yang kurang bijak itu akan memalukannya di dalam debat itu nanti

Selepas itu, Mahathir pula cuba menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal apabila mendesak akan debat hanya boleh diterima pakai jika Anwar menyokong BN.

"Apalah gunanya berdebat jika semua tahu akan pendiriannya, dan berdebat tidak akan mengubah ini. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit," lapor media yang dikawal kerajaan.

Punca masalah BN adalah Najib Razak yang merupakan perdana menteri boneka yang dilantik ke jawatan itu oleh partinya selepas perebutan kuasa dalaman yang menyebabkan mantan perdana menteri Abdullah Badawi dijatuhkan. Sepatutnya Najib mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan mandat dari rakyat tetapi dia penakut kerana dia sudah tahu bahawa dia lebih teruk dari Badawi. Hanya satu tahun sahaja lagi tinggal untuk mandat 5 tahun BN, dengan Parlimen yang dijangka akan dibubarkan pada bulan April 2013 tanpa menghiraukan sama ada Najib bersedia atau tidak.

Dalam pada itu, Anwar sudah lama menunggu peluang untuk menjafi perdana menteri. Anwar Ibrahim sekarang merupakan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat, dan jika mereka menang lebih dari 222 buah kerusi di Parlimen berbanding BN, Anwar akan menjadi PM. Pada tahun 90-an, Anwar sudahpun menjadi pemimpin paling popular. Kemudian, menjadi timbalan presiden UMNO yang turut digeruni oleh Mahathir sehinggakan dakwaan liwat diada-adakan untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar.

Pada masa itu, Najib langsung tidak popular, tidak berupaya memimpin diri sendiri. Malah, dia mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat Anwar. Turut serta adalah beberapa orang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin dan menteri pertahanan, Zahid Hamidi. Dengan Anwar yang hanya dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, tidak hairanlah lelaki-lelaki ini bertukar menjadi orang Mahathir. Dan sekarang, mereka sendiri mengimpikan jawatan Perdana Menteri itu. Bagi Mahathir pula, jika rakyat masih sudi mengundi untuknya, peluang untuk menjadi PM semula sememangnya diidamkan, namun, fokusnya sekarang lebih kepada anaknya Mukhriz untuk mengambil alih UMNO dan jawatan tertinggi kerajaan selepas PRU ke 13.

Paranoia hanya mengesahkan kesahihan Anwar untuk menjadi PM

Ini adalah mengapa sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, perubahan pada senario politik Malaysia jika diteliti dari penahanannya dibawah undang-undang digeruni ISA pada tahun 1999. Ini merupakan titik permulaan bagi pergerakan pembangkang di Malaysia. Dan setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO dibawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM.

Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, mereka telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan mereka akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun luar. Mereka juga tidak melaksanakan tanggungjawab dan ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan mereka yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia.

Jadi, tanpa menghiraukan calon lain yang difikirkan boleh menjadi pencabar kepada Perdana Menteri, dua lelaki ini adalah peserta yang tepat untuk perlawanan ini. Jika ada calon lain, mereka sepatutnya dibenarkan untuk berdebat supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan peluang untuk menilai dan memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjalankan tanggungjawab itu nanti.

Bagaimana pula dengan Perlembagaan

Perkara 43 (2) menyatakan- Kabinet perlu dilantik seperti yang berikut, dimana: (a) Yang dipertuan Agong akan melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet dan ahli Dewan Rakyat yang difikirkan boleh meyakinkan majoriti ahli dewan itu;

Kunci untuk menjadi perdana menteri di Malaysia mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Rakyat Malaysia pula mengundi bagi melantik ahli dewan rakyat dan memberikan mereka mandat untuk memilih Perdana Menteri. Kepercayaan ini diberi kepada wakil untuk membuat pilihan yang bijak untuk kepentingan bersama. Sama ada wakil-wakil ini mengkhianati rakyat dan mengundi berdasarkan arahan 'orang atasan' di dalam parti atau melibakan rasuah akan menentukan sama ada mereka akan diundi semula pada masa yang akan datang.

Jadi, rakyat harus berpendirian dan tidak mengambil mudah jika wakil menipu mereka. Tapi, bagaimanakah caranya rakyat dapat menilai siapa yang layak untuk jawatan Perdana Menteri? Sebuah debat awan boleh membantu.

Rakyat Malaysia anggap MP sebagai tuan

Perdebatan awam adalah satu medium dimana orang ramai dapat melihat dan mengukur sendiri sejauh mana kebolehan calon yang mempunyai cita-cita untuk memimpin negara. Apa sahaja yang boleh disuarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing mesti diambil kira apabila memilih orang yang akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat untuk menjadi PM. Ini adalah satu proses dimana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam proses ini. Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah tandanya demokrasi yang progresif dan matang.

Sedih sekali di kebanyakkan tempat di negara kita, rakyat masih rasa terikat pada wakil. Mereka beranggapan ahli parlimen adalah ketua dan bukan sebaliknya. Tetapi peruntukan yang diberikan kepada MP untuk diedarkan kepada orang-orang miskin sebenarnya wang kepunyaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Wakil yang dipilih hanyalah menjalankan tugas dan dia dipilih kerana rakyat percaya dia akan menjalankan amanah tersebut.

MP dipiilih beliau kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Jadi dia perlu berterima kasih kepada rakyat. Ini adalah masalah rakyat Malaysia dan hanya kerajaan yang tidak mengambil kesempatan keatas penduduk-penduduk luar bandar dan sebaliknya mendidik mereka tentang hak-hak patut dipilih pada PRU ke-13 nanti.

Sekarang sudah 2012 dan Malaysia sudah terlambat dalam memberi kesedaran kepada dalam memperkasakan diri mereka.

Tidak mampu berfungsi tanpa skrip

Namun, sudah tradisi dalam BN, Najib Razak tidak akan mengambil bahagian dalam perdebatan awam. Mahathir menyokong ini sepenuhnya, walaupun sebabnya bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan Najib sendiri.

Tetapi kenapa Najib takut akan Anwar? Pada umur 58 tahun, Najib sepatutnya lebih keberanian yg berbanding Anwar yang berusia 64-tahun.

Mungkin, ini kerana dalam perdebatan awam, kekurangan Najib Razak adalah ketara. Dia adalah lelaki yang menggunakan 'skrip' dan dalam persekitaran yang tidak menentu seperti perdebatan awam tanpa skrip ditulis dengan serta-merta - dia hanya akan ternganga. Sudah terbongakar bahawa tanpa penulis skrip, Najib tidak mempunyai apa-apa untuk dikata. Tanpa bantuan, Najib akan kalah menghadapi Anwar Ibrahim, seorang lelaki yang telah diuji dan menempuhi pelbagai situatsi selain forum-forum termasuk perbicaraan kes liwat.

Ingat, Anwar telah mempertahankan dirinya sejak tahun 1999. Beliau bukan sahaja menteri Kewangan popular menteri dirantau Asia Tenggara, tetapi dia telah menanggung pelbagai serangan termasuk seksualiti, moral, watak dan personaliti. Kedua-duanya dimata rakyat dan undang-undang.

Pemenangnya jelas dan bakal ada yang akan ketawa

Pemenangnya memang jelas. Tetapi Najib tidak harus menolak debat kerana dia tahu, seperti ramai yang lain bahawa dia pasti akan kalah. Dia mesti mengamalkan sikap yang lebih berani dan bukan hanya menyerah kalah sahaja. Gaya tidak penting, tidak juga kepetahan berbicara. Apa ynag penting adalah fakta dan dasar.

Ini adalah pengajaran buat Najib. Dia bukan lagi berumur 18 tahun dan cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan teman wanitanya. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia ingin mendengar apa yang dia mahu sampaikan. Bagaimana mungkin dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukan sahaja pengkritik dalam Pakatan akan memanggilnya pengecut, malah orang Umno juga akan meraguinya juga. Adakah Najib tidak berfikir yang Mahathir dalam diam akan memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa Najib begitu bodoh sehinggakan memerlukan dia untuk menyelamatkannya!' Bukankah inilah yang bakal difikirkan oleh semua dan jika bukan dari Mahathir, yang lain dalam Umno pasti akan berkata demikian.

Lebih-lebih lagi, Najib berhutang budi dengan yang lain. Mereka sudah tahu masak dengan Najib dan tahu sama ada dia telah menunjukkan keupayaannya yang sebenar setakat ini. Najib juga sedar akan ini. Jika tidak, dia hanya boleh bercakap tentang ayahnya sahaja, Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, seolah-olah sebagai anak Tun Razak bermakna dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Malaysia. Tetapi tidak membiarkan Malaysia ketinggalan dan membenarkan opportunis kejam seperti Mahathir untuk menghina ayahnya. Benarkah jika Razak ,merestui Mahathir atau mungkinkah dia sebenarnya lebih teruk daripada Mahathir jika memerintah Malaysia dengan lebih lama.

Tuntutla hak anda

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak-hak mereka dalam negara. Perdebatan awam adalah asas demokrasi. Ia bukan merupakan seni pidato atau pertandingan ratu cantik tetapi satu forum di mana idea-idea dan polisi-polisi yang berbeza boleh dinilai orang awam, dengan ini rakyat boleh membuat keputusan mereka. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan mereka.

Perdana Menteri juga boleh dipilih dari mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak terhad kepada presiden Umno sahaja. Ini tidak membuka ruang pemilihan Perdana Menteri, semua calon mesti membentangkan pelan dan idea-idea masing-masing dan aspirasi bagi rakyat Malaysia untuk menilainya dan akhir sekali meluluskannya ; sama ada di peti undi sendiri atau melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Ini barulah adil, kerana ia mengikut peraturan demokrasi. Inilah tandanya sebuah negara yang demokratik dan matang. Jika Najib atau mana-mana calon yang lain pada masa akan datang sama ada dari BN atau Pakatan enggan untuk berdebat menjelang pilihanraya utama, dia tidak berhak dicalonkan untuk bertanding.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: