SIASAH |
Bubar Kita, Zaid bantu atau jejas Pakatan Rakyat? Posted: 01 Feb 2012 07:29 PM PST Datuk Zaid Ibrahim, tokoh yang sering berubah parti politik mengumumkan pembubaran parti baharunya, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, dengan alasan untuk bersama pembangkang Pakatan Rakyat. Pembubaran ini merupakan kali ketiga Zaid meninggalkan partinya, selepas Umno dan PKR sebelum ini. Parti yang muncul dengan identiti liberal yang kelihatan lebih tegas berbanding PKR dan membawa politik yang didakwa lebih matang dengan menolak penguasaan dua pakatan itu kini bakal menamatkan riwayatnya, tanpa sempat melalui pilihan raya umum. Zaid memberikan alasan yang kelihatan kurang meyakinkan, yakni bertujuan untuk bersama pembangkang setelah gagal menarik ahli yang berminat dan komited dan kegagalan mendapatkan dana. Zaid dan Kita sebelum ini menunjukkan tindakan yang mencetuskan persoalan apabila sering mengkritik pembangkang dan menunjukkan sokongan kuat kepada pemerintah, dan kemudian kembali menunjukkan sokongan kepada pakatan pembangkang. Pengumuman membubarkan Parti Kita ini menyempurnakan penjelasan sikap Kita terhadap pakatan pembangkang. Persoalan walau bagaimanapun kini timbul sama ada haluan baharu Zaid ini benar-benar akan membantu PR, atau menyesakkan lagi gabungan yang bertekad mahu menguasai kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Kehadiran Zaid bakal menambahkan lagi tokoh yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin utama dalam PR dan kerajaan pusat yang bakal ditubuhkan sekiranya memenangi pilihan raya akan datang. Tengku Razaleigh Hamzah - yang kini menjarakkan diri dari Umno - pernah menjadi pilihan sebagai pelan kedua sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berjaya menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan sekiranya PR menang. Zaid akhir tahun lalu disebut-sebut mahu kembali kepada PKR dan berpakat dengan Nurul Izzah Anwar untuk menjatuhkan Azmin Ali, timbalan presiden yang juga orang kuat Anwar yang menguasai PKR. |
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan