Khamis, 2 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Orang Utan DIPERKOSA

Posted: 02 Feb 2012 06:20 AM PST


Dua ekor orang utan berjaya diselamatkan oleh pasukan selamat dan lepas Restorasi Habitat Orangutan Indonesia (RHOI), Borneo Orangutan Survival Foundation (BOSF), dan Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Kalimantan Timur lapor KOMPAS.com.

Orang utan itu diselamatkan setelah semalaman diburu hingga keletihan. Saat ditemukan, dua ekor orang utan yang merupakan induk dan anak itu tampak tidak berdaya. Sang induk sedang memeluk anaknya dan dikepung oleh orang yang membawa parang dan tali.

Namun, fakta yang lebih memilukan apabila induk orang utan itu sebenarnya sedang mengandung 3 bulan. Fakta ini ditemukan setelah pasukan tersebut memeriksa induk orang utan itu.

"Situasi ini bukan sesuatu yang biasa. Lazimnya induk orang utan yang membesarkan anak tidak akan hamil," kata Deputi Direktur Konservasi RHOI Aldrianto Priadjati dalam satu sidang akhbar.

Menurut Aldrianto, kehamilan tersebut sesuatu yang janggal. Orang utan biasanya akan memelihara dan mengajari anaknya hidup di hutan selama 6-8 tahun. Justeru dalam jangka waktu tersebut induk orang utan tidak akan hamil. Pasukan penyelamat membuat anggapan bahawa orang utan betina itu telah diperkosa oleh orang utan jantan lain sehingga bunting walaupun masih mengasuh anaknya.




(Hilang saspens)
"Induk orang utan ini mungkin diperkosa oleh orang utan jantan lain. Kami perhatikan, dalam fragmen hutan ini, ada lebih banyak orang utan jantan," kata Aldrianto yang juga  ketua pasukan penyelamat.


Situasi yang dialami induk orang utan yang diselamatkan oleh pasukan RHOI, BOSF, dan BKSDA Kaltim memberikan gambaran bahawa ancaman yang diterima orang utan betina tidak hanya diburu manusia, tetapi  juga mengalami serangan seksual daripada orang utan jantan yang lain.-DCM


P/s: Kasihan!

Amat MEMALUKAN Apabila Orang Bukan Islam Persoal "Keimanan" Hasan Ali

Posted: 02 Feb 2012 04:20 AM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan 'keimanan' bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,
" tegasnya.


"Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu," katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

"Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

"Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu," tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

"Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda." katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

"Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

"Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,
" katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.


Cerita berkaitan di sini.
P/s: Kalau mulut mengeluarkan kata-kata fitnah, bagaimana mahu mempertahankan agama?

Najib Tweet Laporan Rosmah Berbelanja Sakan Sengaja Direka, Jika Begitu SAMANLAH Wartawan dan Akhbar SMH!!

Posted: 02 Feb 2012 01:20 AM PST


Saya petik:

[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

NONE

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.

Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

carl kapp sydney designerMemetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.



P/s: Rosmah nafi, Najib dakwa laporan direka. Tiada tindakan afirmatif dan meyakinkan diambil setakat ini. Selagi mereka tidak menyaman wartawan dan akhbar SMH, jangan salahkan orang ramai percaya tulisan yang mengaitkan Rosmah dengan kontroversi itu.


Pelajar Bunuh Diri Kerana Bosan

Posted: 01 Feb 2012 11:17 PM PST

ASHLEY menyiarkan gambar pistol pada laman Twitternya, tidak lama sebelum bunuh diri.

Saya petik:

[HM] HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan.

Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: "Saya akhirnya memperoleh pistol" dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian.

Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara.

Antara tulisannya berbunyi: "Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. 

"Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk.

"Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara.

"Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini.

"Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara." 

'Perkara' yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus.

Dia menulis: "Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung pada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah." 

 ASHLEY

Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal. Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya.

Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka.

"Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius," kata Theresa Sosa. - DM



Guru Didakwa 23 Kes Jenayah Seksual

Posted: 01 Feb 2012 10:26 PM PST

Mark Berndt
Berita AFP melaporkan seorang bekas guru ditahan kerana mengambil gambar beberapa orang murid yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di muka dan sudu berisi air mani diletakkan ke mulut mereka, kata polis, semalam.

Mark Berndt, 61, yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 30 tahun di sekolah rendah di timur bandar raya Los Angeles menghadapi pelbagai tuduhan melakukan perbuatan lucah terhadap puluhan murid, kata pendakwa raya.

"Saya meluat dan takut dengan kelakuan Mark Berndt," kata polis kesatuan sekolah Los Angeles, Superintendan John Deasy selepas 23 kes jenayah difailkan termasuk membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun yang didera antara tahun 2008 hingga 2010. 

"Individu ini dan kelakuannya tidak menunjukkan kualiti guru yang bekerja keras mewakili murid di kesatuan sekolah Los Angeles.

Berndt dihentikan daripada tugas mengajar sebaik dakwaan itu dikemukakan pada Januari tahun lalu selepas lebih 40 gambar kanak-kanak di dalam kelas dengan mata dan mulut mereka ditutup dengan pita, dilaporkan oleh pemproses filem.

Berndt sama ada memeluk kanak-kanak terbabit atau tangannya menutup mulut mereka, lapor kenyataan Jabatan Polis Los Angeles.

Kenyataan itu melaporkan, sesetengah gambar itu "memotretkan murid perempuan dengan sudu plastik biru berisi cecair jernih disuapkan ke mulut mereka seolah-olah mereka akan menelannya," lapor kenyataan itu. 


P/s: Gila seks!

Kerana Mencabul, Mat Bangla PATAH TANGAN Dibelasah Bapa Mangsa

Posted: 01 Feb 2012 08:20 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Padah cuba mencabul seorang remaja perempuan, seorang lelaki warga Bangladesh patah tangan kanan dan cedera di kepala selepas dibelasah bapa remaja terbabit dengan sebatang kayu di sebuah restoran di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikatakan makan bersama keluarganya dan ketika kejadian, dia ingin mencuci tangan.

Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu yang ingin mencuci tangan didatangi seorang lelaki warga Bangladesh yang memeluknya dari belakang sambil meminta wang.

"Melihat anak perempuannya meronta-ronta, bapa mangsa yang juga seorang warga emas mencapai sebatang kayu di pekarangan restoran berkenaan dan meluru ke arah suspek sebelum membelasahnya dengan kayu itu," katanya. 


P/s: Lahanat!


[Panas] KITA Akan DIBUBARKAN!

Posted: 01 Feb 2012 07:30 PM PST


Saya petik:

[MK] Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

NONEDalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada  pembangkang.

"(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.
"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang," katanya.

NONEParti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.
Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.



P/s: U turn habis!






[PANAS] Pendedahan Wartawan Fesyen Kukuhkan Cerita Tabiat Berbelanja Sakan Rosmah di Australia

Posted: 01 Feb 2012 07:05 PM PST


Saya petik:

[MK] Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta 'publicist' beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek 'Jelajah Asia' dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu. 





P/s: Terburai habis!!! Patutlah Rosmah sekadar menafikan dakwaan, tidak lebih daripada itu!
Ingat Rosmah, ingat wasatiah UMNO!


Gadis Remaja Dibelasah kerana Berebut Lelaki di Facebook

Posted: 01 Feb 2012 06:47 PM PST

NOOR yang cedera selepas dibelasah 15 pelajar perempuan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam
 
Saya petik:
[Kosmo] KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk 'dikerjakan' sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.

Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.

"Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya," kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.

"Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

"Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.

"Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya," ujarnya. 
 
 
 
P/s: Macam-macam! 



 

Tiada ulasan: