Khamis, 2 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Hasan Ali telanjangi diri sendiri.

Posted: 02 Feb 2012 04:00 AM PST



Oleh Tok Pepijat

Kes Hasan Ali mengingatkan kita kepada kumpulan Islah yang ditubuhkan selepas PAS mengikat kerjasama dengan Semangat 46. Cuma bezanya, Islah bertindak secara kumpulan manakala Hasan Ali di lihat lebih kepada individu.

Kumpulan Islah pertama timbul hasil daripada tindakan pimpinan PAS membawa PAS menjadi ahli kompenen BN tahun 1974. Hasil kerjasama itu MB Kelantan daripada PAS.


Kumpulan Islah kedua wujud hasil ketidakpuas hati ahli PAS terhadap pimpinan PAS yang berkerjasama dengan S46. Mereka berdalilkan S46 adalah berkulitkan UMNO juga. Hasilnya mereka bertanding melawan calon PAS dan hilang wang pertaruhan ! Dan PAS berjaya menawan semula Kelantan tahun 1990.

Mulanya kumpulan Islah mendapat simpati ahli PAS bawahan, tetapi apabila kumpulan Islah mula menyerang dan memaki hamun pimpinan ulamak PAS, nilai moral kumpulan Islah jatuh merudum.

Begitulah juga kisah Dr Hasan Ali. Beliau hebat dengan ucapan motivasi. Malangnya beliau tidak dapat bezakan antara bidang motivasi dengan politik.

Barangkali mulanya simpati terhadap beliau daripada ahli PAS adalah tinggi. Bahkan ramai yang sayangkan beliau dengan memberi nasihat agar beliau banyak bersabar dan membuat rayuan.

Malangnya tindakan beliau menghentam dasar parti dan pimpinan dengan ucapan persis Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan sewaktu dengannya menimbulkan tandatanya ahli PAS yang mulanya simpati dengan beliau.

Dulunya ahli menganggap krisis beliau bersifat peribadi dengan Khalid Samad. Tetapi akhir-akhir ini melihat kepada ucapan beliau macamlah beliau begitu gilakan jawatan terutama jawatan MB seperti yang ditawarkan oleh UMNO Selangor pasca PRU 12 !

Ucapan beliau di pentas penuh dengan kutukan terhadap pimpinan PAS, ego, sombong dan takbur.

Hasan Ali kini bukan lagi dikenali sebagai bekas pimpinan PAS, pakar motivasi tetapi jelmaan semula pegawai BTN.

http://tokpepijat.blogspot.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO: Rakaman CCTV ‘Makcik’ Rempuh Kedai Superbike Di Cheras

Posted: 02 Feb 2012 01:14 AM PST



Masih ingatkah lagi dengan berita seorang wanita melanggar dan merempuh sebuah kedai Superbike di Bandar Tasik Permaisuri yang dilaporkan oleh Mynewshub.my dua hari lalu?

Di sini, penulis paparkan video rakaman CCTV dari kedai Superbike itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam video yang diambil dari laman YouTube, jelas kelihatan bagaimana rempuhan kuat berlaku menyebabkan hampir 90 peratus keadaan dalam kedai itu rosak teruk.

Untuk rekod, dalam kejadian tersebut, wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah melanggar dan merempuh sebuah kedai Superbike berkenaan selepas melanggar kereta Volvo XC60, dua buah Myvi dan empat buah motosikal berkuasa tinggi.

Wanita berkenaan dilihat menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Pekerja-pekerja yang berada di dalam kedai Superbike itu juga kelihatan panik dan berlari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Oleh NAIMAH SHAARI

mynewshub

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Rafizi Ramli VS Khairy Jamaluddin (DEBAT) ..LIHAT, DENGAR, FIKIR DAN NILAI KEMAMPUAN ANTARA KEDUA PEMIMPIN MUDA INI...

Posted: 01 Feb 2012 11:33 PM PST

Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah

Posted: 01 Feb 2012 09:15 PM PST


Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta 'publicist' beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.
 
Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek 'Jelajah Asia' dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.

MALAYSIAKINI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

HARIMAU JADIAN YANG BOLEH MENIPU MANUSIA DAN HAIWAN

Posted: 01 Feb 2012 08:49 PM PST

Harimau jadian

KOTA BHARU: Bukan saja haiwan liar tertipu, manusia juga tertipu. Itu yang berlaku kepada penduduk di Kampung Manjor, Kuala Krai apabila membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas melihat patung harimau yang disangka harimau sebenar.

Insiden melucukan itu berlaku apabila seorang penduduk di kampung berkenaan meletakkan dua patung harimau di kawasan rumah dan kebunnya dengan tujuan menghalau haiwan liar. Dalam kejadian Isnin lalu, sepasukan anggota Perhilitan yang mendapat laporan bergegas ke kampung berkenaan sebelum mendapati dua ekor harimau yang dilaporkan itu sebenarnya patung harimau sepanjang kira-kira 1.3 meter.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila pihaknya menerima laporan kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu daripada seorang penoreh getah yang datang ke pejabat Perhilitan di Kota Bharu memaklumkan ada penduduk di kampung berkenaan membela harimau.

Katanya, seramai 11 anggota Perhilitan dihantar ke kampung berkenaan pada jam 3 petang, hari yang sama dengan membawa beberapa kelengkapan termasuk senjata api, namun tidak menemui jejak harimau seperti dilaporkan.

“Kita melakukan pula siasatan di rumah milik Mohd Azari Said, 39, iaitu orang didakwa memelihara dua ekor harimau itu. Sebaik bertanyakan lelaki terbabit mengenai harimau yang dikatakan oleh penduduk kampung, dia mengaku mempunyai dua ekor harimau, yang mana seekor diletakkan di kebun untuk menghalau kera dan babi hutan manakala seekor lagi dijadikan mainan oleh anaknya.

“Ketika itu, barulah kita tahu yang kelibat harimau yang didakwa dilihat oleh penduduk hanyalah patung harimau yang banyak dijual di kedai,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu amat melucukan kerana sejak seminggu lalu ada penduduk yang melaporkan kepada Perhilitan bahawa Mohd Azari dan anaknya membawa salah seekor harimau itu ‘makan angin’ menggunakan motosikal.

“Lelaki terbabit mendakwa membeli setiap patung harimau itu dengan harga RM70 kerana tertarik dengan saiznya selain dikatakan berkesan bagi menghalau kera dan babi hutan.

“Walaupun tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti mengaum serta langsung tidak bergerak ia berkesan menghalau haiwan liar lain,” katanya. -hm

Berita berkaitan

Monyet, babi hutan tertipu



PORT DICKSON: “Sudah habis cara kami lakukan untuk menghalau monyet liar dan babi hutan, sehinggalah seorang rakan memberi idea supaya meletakkan ‘harimau’ di laman rumah,” kata Norehan Nordin, 55, yang meletakkan patung harimau di hadapan rumahnya bagi menghalau haiwan liar itu daripada mengganas dan merosakkan tanaman di kebunnya di Kampung Telok Pelandok, di sini.

Lebih mengejutkan, idea itu ternyata berkesan apabila ratusan monyet liar tidak lagi menghampiri kawasan rumahnya kerana bimbang ‘dimakan’ harimau itu.

“Tidak sangka idea ini berkesan berikutan monyet liar lari bertempiaran selepas melihat patung harimau itu dan tidak lagi berani menghampiri rumah dan tanaman kami.

“Saya bercadang mahu ‘membela’ lagi harimau kemudian diletakkan di seluruh rumah bagi menakutkan monyet dan babi hutan berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Norehan berkata, patung harimau itu perlu dipilih dengan betul iaitu mulutnya mestilah terbuka seperti sedang mengaum supaya kelihatan garang dan saiznya mestilah sama dengan harimau sebenar.

“Saya mengetahui taktik itu sebaik diberitahu pekedai di Ayer Itam, Johor, yang menyarankan saya membeli patung harimau mulut terbuka.

“Walaupun harganya mencecah RM120 seunit, namun berbaloi untuk menakutkan monyet yang sentiasa ada di sekitar rumah. Jika tidak, kawasan lapang hadapan rumah menjadi tempat haiwan itu berkeliaran,” katanya.

Menurut suaminya, Abu Bakar Yusof, 58, rumah itu peninggalan ayahnya sejak 50-an dan menjadi tempat berkumpul monyet liar.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, monyet berkenaan membiak hingga kadang-kadang boleh mencapai beribu ekor hingga menakutkan cucu saya,” katanya. Abu Bakar berkata, sejak rumahnya meletakkan harimau itu, ia menjadi ikutan kepada jiran yang turut meletakkan patung harimau di halaman rumah mereka.

“Dulu jika kami leka, monyet akan masuk ke dalam rumah dengan membuka pintu kemudian memakan makanan yang diletakkan di atas meja.

“Saya berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat melakukan sesuatu berikutan sudah beberapa kali aduan dibuat ke jabatan itu, namun tiada tindakan,” katanya.






greenboc

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: