Sabtu, 25 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


Terperangkap dalam kereta selama dua bulan

Posted: 25 Feb 2012 10:00 AM PST

SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di sebatang jalan di sebuah hutan tidak jauh dari bandar Umea, Sweden.
STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.

Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.

Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.

Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.

Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.

Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

"Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya," katanya.

Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.

"Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikan mengikut tubuh badannya.

"Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan," kata Dr. Branth.

Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.

– Reuters

Betoi ka PAS bukan kawan yang baik...

Posted: 25 Feb 2012 08:00 AM PST

Kerjasama BN: Kenyataan Khalid Samad Berlawanan ABU

DATUK Seri Anwar Ibrahim sudah diiktiraf masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin Islam yang mempunyai pendekatan sederhana dalam soal menyatukan perbezaan antara masyarakat Islam dan barat di dunia. Tidak hairan kenapa pendapat Anwar ibarat 'goreng pisang panas' di kalangan pemimpin-pemimpin Arab bila bercakap tentang konflik Arab-Israel umpamanya.

Justeru, amatlah mengejutkan bila seorang Ahli Parlimen PAS, YB Khalid Samad (Shah Alam) mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan BN (sebut UMNO) dalam isu Palestin-Israel ini.

Soal yang pertama, dimana maruah Khalid Samad sebagai ahli Parlimen Pakatan Rakyat sehingga tergamak menolak kebolehan dan keistimewaan sedia ada dalam Pakatan Rakyat (Anwar) dan memilih untuk bekerjasama dengan UMNO dalam isu Palestin-Israel?

Soal yang kedua, adakah Khalid Samad juga takut kehilangan undi dan kerusi seperti mana kepimpinan PAS yang lain apabila mengambil keputusan 'menjauhi' Anwar sejak isu melindungi keselamatan Israel ini timbul?

Soal yang ketiga, tidakkah kenyataan Khalid Samad ini berlawanan dengan kesepakatan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk menolak sebarang kerjasama dengan UMNO/BN yang membawa kepada penubuhan gerakan Asal Bukan UMNO (ABU) yang dilancarkan pada 9 Disember 2011?

Penulis harap ada yang berani menjawab soalan ini kerana di pihak penulis sendiri, tiada jawapan yang boleh diberikan.

Keadaan sekarang mengingatkan penulis kepada kisah yang berlaku lebih 5 bulan yang lalu dimana seseorang pernah memberitahu penulis, PAS bukanlah kawan yang baik ketika susah.

Ketika itu penulis mengabaikan pandangan tersebut kerana kelihatannya PAS adalah parti yang paling banyak berkorban dalam Pakatan Rakyat termasuk menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam/hudud dan menggantikannya dengan negara berkebajikan demi mendukung prinsip kesamaan dalam Pakatan Rakyat.

Tapi pandangan tersebut sedikit sebanyak mula menunjukkan logik kini.

Laman ini melihat banyak yang sudah berubah dalam konteks hubungan PAS-PKR sejak isu kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal itu menjadi kontroversi, kontroversi dalam erti kata mensensasikan isu yang sebenarnya tiada isu.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kepimpinan atasan Pakatan Rakyat yang sedar dengan perkembangan tidak sihat ini walaupun penulis tahu ada biro-biro tertentu dalam DAP yang mengkaji dan mengawasi situasi ini dengan penuh minat.- SPR

GEMPAR: Polis mahukan Pengarah NFCorp didakwa

Posted: 25 Feb 2012 05:41 AM PST

Polis mahukan pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah

Oleh Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, 25 Feb - Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Sempit sangat la lubang kubur UMNO nih... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2012 05:05 AM PST

UMNO GALI KUBUR SENDIRI DI LABUAN?

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan mengekalkan penghakiman yang dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dilihat sebagai percubaan UMNO menggali kubur sendiri di Labuan pada pilihanraya umum akan datang.

Pada 10 Mac 2010, Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu selepas Suhaili mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu gagal memaklumkan Malayan Banking Bhd. bahawa dia seorang muflis pada 3 April 1996, ketika menjadi penjamin dalam borang permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 oleh syarikat Saraequity Sdn. Bhd, untuk membeli sebuah apartmen di Api-Api Centre.

Suhaili memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan pada 27 September 2010, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengetepikan hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan Suhaili kerana gagal memaklumkan statusnya yang muflis kepada pihak bank 14 tahun lepas ketika menjadi penjamin dalam satu permohonan pinjaman perumahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Stephen Chung membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suhaili, 49, terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Mac 2010.

Dalam penghakimannya, Chung berkata, bekas wakil rakyat itu dijadikan mangsa apabila didakwa setelah sekian lama dia bebas daripada status muflis iaitu pada 1997.

Bagaimanapun, Pendakwaraya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang baru-baru ini telah bersidang dan membuat keputusan mereka tidak mempunyai merit untuk membuat keputusan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen serta mengenepikan Keputusan Mahkamah Tinggi; sekaligus menutup terus peluang Suhaili untuk mendapatkan penghakiman mutlak.
Ternyata Mahkamah Kangaroo yang diwujudkan UMNO, berjaya membunuh kerjaya politik Suhaili atas komplot 'Tangan Ghaib' yang sebelum ini menjatuhkan Pak Lah tetapi enggan membenarkan Najib menjadi Perdana Menteri, sebagaimana yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin sebelum ini.

Walaupun Suhaili telah kehilangan jawatan dan peluangnya di dalam UMNO dan Kerajaan, namun mengikut Undang-Undang Pilihanraya, Suhaili boleh bertanding mewakili mana-mana parti dan keadaan ini membimbangkan UMNO/BN sekalipun laporan yang mereka palsukan bahawa BN tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi parlimen Labuan dengan mengekalkan Yusof Mahal.

Perkembangan mutakhir ini membuka peluang kepada semua parti politik termasuk DAP, PAS dan PKR untuk mencuba nasib di Labuan; sekalipun mengikut persetujuan Pakatan Rakyat, PAS berpeluang bertanding kerusi berkenaan kerana pada 2008 kerusi ini ditandingi PAS.

Menurut majoriti pengundi dan Ketua Cawangan UMNO di Labuan, jika Suhaili bertanding mewakili apa juga parti, hatta sebagai calon bebas sekalipun beliau akan menang dengan mudah.

Ramai ahli UMNO telah secara senyap-senyap menyertai DAP, PAS dan PKR dan dikhabarkan hanya tinggal Ketua Cawangan yang masih bertahan kerana mempunyai kepentingan politik.

Sabahkini.net mengikuti perkembangan kes mahkamah Suhaili sejak sebutan kes pada Mac 2009 lagi. Jika diteliti dengan betul, kedua-dua pertuduhan awal terhadap Suhaili ditarik pada saat akhir, ketika kes ini baru hendak dibicarakan, atas sebab ketiadaan bukti.

Pendakwaraya sebelum ini telah mengeluarkan sapena kepada 12-15 orang untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi. Ketika itu ramai berpendapat pihak pendakwaraya sudah mengumpul cukup bukti untuk mendakwa Suhaili, malangnya kedua-dua pertuduhan itu ditarik balik, dan digantikan dengan pertuduhan baru.

Menurut Peguam Suhaili, Rakhbir Singh, petisyen muflis terhadap Suhaili difailkan pada 1993, dan Suhaili hanya tahu beliau diisytiharkan muflis bila beliau ditahan di lapangan terbang ketika hendak berlepas ke Manila pada 1997.

Ketika itu Suhaili bertindak sebagai penjamin terhadap pinjaman bank pada 1996 dan beliau tidak tahu yang beliau telah diisytiharkan muflis.

Suhaili kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga Mac 2009. Suhaili juga dipilih sebagai calon Ahli Parlimen pada 2004, tetapi tidak menjadi kesalahan kerana beliau tidak didakwa pada ketika itu.

Tambah membingungkan, pendakwaan terhadap beliau dibuat oleh SPRM, bukannya orang awam atau Jabatan Pendaftaran Negara (IC Palsu) atau pihak bank. Jika dilihat rekod bank, pinjaman yang dijamin Suhaili sudah lama dilangsaikan. Jika beliau berniat menipu, pinjaman tersebut tidak akan lunas hingga ke hari ini.

Mengikut tinjauan rambang Sabahkini.net, 29 Cawangan UMNO di Labuan yang selama ini masih berpaut kepada UMNO sementara menunggu rayuan Suhaili akan bertempiaran menyertai parti lain atau kekal bersama Suhaili dan sekaligus menghakis peluang UMNO untuk mengekalkan Kerusi Parlimen Labuan yang dimenangi oleh Datuk Yusof Mahal, setelah komplot SPRM menjatuhkan Suhaili berjaya.

Siasatan Sabahkini.net sejak tiga hari lalu mendapati api dalam sekam yang berasap selama ini mula menampakkan bara yang menyala sekalipun belum merebak dan membakar gelombang politik Labuan.

Majoriti Ahli UMNO Labuan kesal kerana Mantan Ketua Bahagian mereka, Suhaili dijatuhkan dengan cara tidak bermoral dan mereka dipaksa menerima Ahli Parlimen yang rasuah, penuh skandal dan pecah amanah.

Walaupun buat masa ini, hanya Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Labuan, Arif Buang yang berani menampilkan diri dan bersuara lantang, namun 14 Ketua Cawangan yang selama ini berdiam diri; mula menunjukkan suara protes mereka sekalipun belum berani mendedahkan nama dan wajah mereka disebabkan ugutan yang mereka terima daripada Pegawai Kanan UMNO.

Menurut majoriti Ketua Cawangan UMNO Labuan, mereka kesal kerana komplot menjatuhkan Suhaili akhirnya merayakan kejayaan mereka setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan, sekaligus mengesahkan bahawa secara automatik Suhaili bukan lagi Ahli UMNO.

Mereka menyatakan buat apa lagi berada di dalam UMNO Labuan yang penuh korup, dipimpin oleh penjenayah dan mereka yang tamak haloba sehingga pembangunan Labuan kini umpama sebuah penjara terpencil.

Namun kata mereka, belum masanya menampilkan diri membuat pengakuan untuk meninggalkan UMNO bersama ahli cawangan masing-masing kerana belum ada ketentuan bila pilihanraya umum ke 13 akan diadakan.

Bisik-bisik sumbang dan keluhan berat mula menjadi hidangan perbualan harian yang membimbangkan jentera risikan UMNO/BN termasuk Cawangan Khas (SB) sehingga menukar Ketua SB Labuan, DSP Arjeet Singh pada 2011 kerana melaporkan kebenaran bahawa UMNO akan kehilangan kerusi Labuan jika Suhaili terus dianiaya dan tidak dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini, Arif Buang telah membuat kenyataan terbuka di Sabahkini.net melalui artikel 'Altimatum Buat Presiden Umno' termasuk melalui rakaman video yang disiarkan di Youtube.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Arif menegaskan beliau kekal dengan keputusannya dan mengesahkan bahawa segala percakapannya dalam Youtube adalah benar dan dibuat secara sukarela dan tidak teragak-agak mengotakan apa yang telah dikatakannya.

"Kita sudah bersedia. Tunggu masa yang sesuai," ujarArif yang tidak gentar kepada ugutan dan gertakan 'Tangan Ajaib' di dalam UMNO.

Dalam pada itu, mungkin Jawatankuasa Pengurusan UMNO dipengaruhi rasuah dan salahguna kuasa kerana sekalipun membuat peraturan bahawa berkuat kuasa serta-merta, pemimpin Umno di semua peringkat yang didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan secara automatik akan digantung semua jawatannya dalam parti selaras dengan Fasal 10.10 Perlembagaan Umno; namun ramai pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen yang didakwa di Mahkamah bukan sahaja tidak digantung jawatan, malah dibenarkan memegang jawatan penting.

Antaranya Yusof Mahal yang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan sekalipun telah didakwa di mahkamah dan didapati bersalah dalam Kes SUIT NO. L 22–08 of 2010–1 (Nautika Inovasi Sdn Bhd Vs Labindo Engineering Services Sdn Bhd) dan kini dalam peringkat rayuan untuk mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi Labuan.

Ibu Pejabat Umno mengumumkan jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan yang disandang Suhaili gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa di mahkamah selaras Fasal 10.10 Perlembagaan Umno.

Dalam pada itu, ketika dihubungi Sabahkini.net sebentar tadi, Suhaili berkata beliau menerima keputusan mahkamah tersebut dengan dada terbuka.

"Jika setakat ini sahaja jodoh saya dengan UMNO, saya reda. Mungkin peluang saya untuk maju dalam politik bukan dengan UMNO," ujar Suhaili yang belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

Menurut Suhaili, pemecatannya daripada UMNO adalah langkah pertama daripada seribu langkah berikutnya menuju kejayaan.

"Bila tiba masanya saya akan membuat kenyataan rasmi. Buat masa ini kita tengok dulu apa yang akan terjadi, terima kasih kepada UMNO," ujar Suhaili sambil membayangkan suatu kejutan akan berlaku.- Sabahkini

SORRY, Rosmah dah dapat PERMATA baru...

Posted: 25 Feb 2012 03:28 AM PST

Ibrahim Ali yang tergila-gilakan Rosmah tetapi malangnya tiada cinta

Mungkin kerana menyedari bahawa dia tidak begitu digemari oleh rakyat, Rosmah Mansor, isteri Pedana Menteri Najib Razak yang penuh kontroversi itu telah berpaling kepada sebuah kumpulan manusia yang pasti akan menerima beliau. Bukan MCA, MIC atau Gerakan tetapi Perkasa!

Ya, Perkasa – kumpulan ektremis Ibrahim Ali.

Hujung minggu yang lalu, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan juga Ahli Parlimen bebas Pasir Mas telah memuji Rosmah yang sejak akhir-akhir ini sering menjadi target kritikan dalam dan luar negara dan dipersoalkan kerana menerima ijazah kerhormat daripada Universiti Curtin Australia.

Janji sumpah setia Ibrahim itu tentu sahaja pengubat kelukaan hati Rosmah kerana beliau pernah dikritik kerana perilaku membeli-belah beliau ala-ala Imelda Marcos. Curtin juga dikritik kerana memberikan Rosmah ijazah kehormat tersebut. Sehinggakan ada ugutan daripada Badan Pelajar dan Alumni universiti itu untuk memboikotnya jika ijazah itu tidak ditarik balik!

Tetapi Ibrahim Ali hanya mengendahkan fakta yang boleh membantu beliau mencapai matlamat beliau.

"Kita semua tahu yang Datin Seri Rosmah bukan sahaja isteri perdana menteri, tetapi jika kita ikuti perkembangan terkini di akhbar, kita tahu beliau sangat aktif melaksanakan tugas beliau. Kita kagum dengan kepimpinan beliau," ujar Ibrahim Ali. Beliau kemudiannya menyeru agar Rosmah sentiasa menghadiri majlis-majlis Perkasa jika ada masa dan menambah: "Terima kasih Datin, kami semua sayang datin."

Kehidupan di Malaysia sudah terpisah dari segi perkauman

Tidak hairanlah kesemua tiga tingkat dagu Ibrahim Ali bergetar semasa meluahkan rasa sayang beliau dan kumpulan Perkasanya itu kepada Rosmah. Tetapi, hanya kurang setahun lalu, Perkasa telah mengugut akan mencederakan orang Cina sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih pada 9 Julai. Perkasa juga menasihatkan mereka untuk menyimpan stok makanan. Begitu pelbagai emosi yang ditunjukkan Perkasa dan mereka sememangnya pelakon yang baik!

Malangnya, ia langsung tidak mencuit hati dan nampak gayanya cinta tidak hadir.

Tidak jelas siapakah yang akan diharapkan oleh pentadbiran Najib untuk melaksanakan taktik kotor dan membuat kacau dalam bulan-bulan sebelum pilihanraya umum ke 13 kelak. Orang bukan Melayu dalam negara- bersiap sedialah! Perkasa dan Najib akan bersekongkol. Mereka ibarat tangan kanan dan tangan kiri. Apabila ada keperluan untuk menimbulkan kekacauan demi mencapai target politik Najib, kedua-dua belah tangan ini akan berkerjasama. Dan tidak kiralah apa jua yang timbul nanti, Perkasa tidak akan dipersalahkan. Ia akan dilindungi. Yang salah adalah orang lain kecuali Umno dan Perkasa.

Kita sudah mencapai ke tahap ini dalam Malaysia. Perkasa meniupkan api perkauman dan bekerja-keras merosakkan keharmonian kaum di Malaysia. Sebagai sebuah organisasi, Perkasa tidak takut untuk melakukan perkara yang jijik untuk menimbulkan rasa takut dan tidak puas hati dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu di Malaysia.

Masih ingatkah bagaimana Perkasa menuduh orang Kristian dan Cina cuba merampas kuasa daripada pentadbiran Najib dan meletakkan seorang perdana menteri bukan Melayu atau muslim. Tuduhan liar Perkasa tidak akan dapat dibuktikan. Polis dan Kementerian Dalam Negeri juga tidak akan meminta bukti daripada mereka, tidak kisahlah betapa beracunnya kenyataan mereka itu. Jika kumpulan lain yang mengeluarkan kenyataan sebegitu, alamatnya sudah lama dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Apa yang boleh dijangka semasa PRU 13



Mengenai kenyataan bahawa Perkasa akan berdiri disebelah Najib dan isteri kontroversi beliau dalam susah senang, nampaknya sudah semakin jelas bagaimana pentadbiran Najib akan meletakkan diri mereka dan memposisikan kedudukan mereka kelak.

Perkauman dan agama akan menjadi menu utama mereka, Perkasa akan ditugaskan untuk menimbulkan ketegangan perkauman manakala Hassan Ali dan kumpulan JATI yang baru ditubuhnya akan cuba menakut-nakutkan orang Islam dan melagakan mereka dengan orang Kristian. Suatu rancangan yang sangat sinonim dengan propaganda 1Malaysia Najib bukan?

Ahli politk yang sudah matang akan merasakan bahawa untuk dikaitkan dengan Perkasa atau JATI adalah sesuatu yang boleh membunuh kerjaya politik mereka tetapi tidak BN, Najib dan Rosmah. Mereka gagal melihat kekecewaan rakyat tetapi asyik dengan impian mereka mencapai objektif untuk mentadbir kerajaan persekutuan tidak kira apa cara sekali pun.

Tidak hairanlah kumpulan ektrimis Perkasa itu boleh menerima pasangan suami isteri kontroversi itu dan juga BN. Mereka memang sebulu.

Sementara itu, keadaan ekonomi Malaysia semakin teruk disebabkan pentadbiran lemah Najib yang hanya fokus untuk mendapatkan mandat rakyat pada PRU 13 nanti. Berikan sebab yang baik mengapa rakyat harus mengundi untuk perdana menteri yang juga menteri kewangan yang terang-terangan membawa negara menuju kepada kebankrapan?

Tidak perlu berfikir panjang kerana rakyat harus memilih pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke atas dan bukan ke bawah dan mengaibkan negara.

Bagaimana hendak memimpin negara jika kawal isteri pun tak dapat?

Persoalannya juga, kenapa orang Malaysia harus memilih seorang ahli politik yang tidak dapat mengawal isterinya daripada kontroversi? Suami dan isteri itu langsung tiada rasa bersalah kerana sentiasa memalukan negara. Sebagai contoh, mereka asyik menyalahkan pembangkang yang memberi liputan buruk terhadap Rosmah. Tetapi, adakah pembangkang yang menggalakkan beliau membeli beg Birkin yang mahal itu dan juga cincin berlian?

"Saya telah menjadi bahan fitnah dan pembohongan daripada mereka yang berada di seberang pagar tetapi insya'allah, walau apa pun yang saya hadapi, semangat saya tetap kuat untuk rakyat," kata beliau menerangkan bahawa anugerah PhD yang diberi kepadanya adalah untuk usaha beliau dalam Permata. Rosmah adalah pengerusi Permata. Dalam kapasiti inilah beliau menerima anugerah tersebut.

"Mereka yang mengatakan saya membayar untuk ijazah ini, mengapa pula saya harus buat begitu? Lebih baik saya derma kepada Wiranita Perkasa. Mereka tuduh saya sebegitu, itu tidak baik. Hanya kerana mereka selalunya bayar, mereka rasa saya pun bayar!" ujar Rosmah.

Rosmah nampak berani mempertahankan dirinya tetapi rakyat Malaysia mungkin masih belum percaya. Mungkin ramai yang masih ingat bahawa baju Permata mendapat dana daripada pentadbiran Najib. Najib yang juga perdana menteri dan menteri kewangan juga pernah mengumumkan dalam bujet 2010, RM100 juta untuk program tersebut.

Wang untuk Perkasa?

Demi golongan muda negara, diharapkan Rosmah membelanjakan wang RM100 juta ini dengan lebih bertanggungjawab berbanding menteri wanita Umno Shahrizat Jalil yang terlibat dengan skandal RM250 juta NFC.

Tidak hairanlah jika ada insiden 'kepentingan bercanggah' atau 'pecah amanah', Umno dan BN enggan bercakap mengenainya atau meminta ia disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah.

Kemungkinan besar, rakyat akan lihat dana yang diwujudkan khas untuk Perkasa daripada Najib menerusi Rosmah sebagai balasan kasih sayangnya. Semasa memberikan ang-pow putih tempoh hari, Ibrahim bersusah-payah menjelaskan bahawa Perkasa membelanjakan RM 10, 000 untuk majlis itu dan tidak dapat memberikan lebih kerana tiada wang.

Apa pula kerosakkan yang boleh dibuat Ibrahim Ali jika dia ada banyak wang dalam tangannya?!

Malaysia Chronicle

Dia ka yang serang kereta Anwar?

Posted: 25 Feb 2012 12:00 AM PST

APA?? Putera UMNO ini terlibat menyerang kereta Anwar?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

Menceritakan pengalaman di mana keretanya diserang, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan… inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dinaiki oleh Anwar dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya.

Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.

Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.

 

Lagi gambar sila lihat di SINI

Seperti biasa pencacai-pencacai UMNO akan memutarbelitkan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.

Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.

Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?

Sebenarnya yang mempercayai propaganda sebodoh itu hanyalah pencacai=pencacai UMNO yang sememangnya bodoh atau mudah untuk diperbodohkan pemimpin mereka.

Begitu juga dengan pelaku atau penyerang kereta Anwar itu..

Kerana terlalu bodoh beliau telah menceritakan akan perkara yang telah dilakukannya itu dilaman Facebook milik beliau.. ( SINI )


Kerana takut diserang pula jika korang klik pada link diatas itu yang kelihatan ialah seperti di bawah..

Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?

Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya.

Memandangkan laman Facebooknya "is currently unavailable,The page you requested cannot be displayed right now. It may be temporarily unavailable" ... korang lihatlah di SINI

Sumber: ASD

Kasihan! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur

Posted: 24 Feb 2012 11:00 PM PST

Seekor ular sawa yang sedang hamil telah dilanggar dan digilis di atas jalan raya sehingga anak-anak dalam kandungannya bertaburan dan bersepah di jalan raya.

Kasihan! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur di Jalan. Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.

Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.


Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa 'mengerami' telur-telurnya.- Melayukini

WAJIB BACA: Pasai apa tetiba muka Zambry jadi putih... kahkahkah...

Posted: 24 Feb 2012 08:00 PM PST

Nizar setuju debat dengan Zambry

IPOH, 24 Feb: "Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry."

Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.

"Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13," kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.

"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV," ujarnya.

Tambahnya, selepas 'rampasan kuasa' oleh BN 7 Februari 2009, pelbagai kemusykilan yang belum dapat dirungkai serta rakyat masih mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

"Saya berharap Dr Zambry dapat menyahut pelawaan debat demi negeri Perak tercinta ini," tegas beliau.

Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh menyatakan hasrat untuk merealisasikan perdebatan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Cadangan ini timbul selepas kejayaan menemukan dua pemimpin utama cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pulau Pinang baru-baru ini.

PANAS: Gambar-gambar samseng upahan

Posted: 24 Feb 2012 06:00 PM PST

Terbaru!Gambar-Gambar Samseng Umno Rempuh Pejabat PKR.

Samseng-samseng upahan ni dibayar untuk menutup mata terhadap kebejatan UMNO dan hanya boleh nampak kesilapan PKR...

Yang UMNO sibuk berhempas pulas menjalin hubungan dagang dengan Israel langsung tak diambil kisah... BEDEBAH betoi...
 
 
 
 
 
 

Sumber: Siasahkini

Imam perjelas pasai apa baling kasut kat Hakim

Posted: 24 Feb 2012 04:00 PM PST

Nazri Abdullah,

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Hoslan Hussin berkata, tindakan beliau melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu bukan kerana marah diusir dari kuarters kediamannya, tetapi kecewa dengan sistem keadilan negara.

Imam Hoslan, 46, yang ditemui Harakahdaily di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di ibu negara semalam mendakwa, sememangnya beliau sudah lama keluar dari kuarters imam tersebut.

Namun apa yang dikesalinya, keputusan tersebut seperti mahu menutup penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah oleh pihak tertentu yang dilaporkannya.

"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Isalam dan tatacaranya.

"Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid," katanya memulakan cerita bagaimana boleh bertindak membaling kasut.

Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Selain mengemukakan laporan itu kepada Ketua Polis Negara, maklumat penyelewengan itu juga pernah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sekitar tahun 2007 lagi.

Maklumat sama juga katanya telah disampaikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pendedahan berterusan itu ujarnya lagi menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati dengannya sehingga pelbagai tekanan dilakukan terhadapnya.

Sehinggalah pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Ekoran itu juga elaun imam sebanyak RM450 sebulan ditamatkan oleh MAIWP.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Dalam kes mahkamah kelmarin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonan Hoslan supaya diberi kebenaran membuat rayuan ekoran arahan mengososngkan kuarters imam itu.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

"Bila (Yang Arif) cakap macam tu, saya sudah naik angin satu badan, saya ambik selipar saya terus baling, tak tahu kena siapa lah. Kemudian polis mahkamah datang cuba tangkap saya. Saya ambik sebelah lagi, baling lagi, jadi dua kali baling.

"Pelajar, peguam kat belakang semua keluar, hakim menyorok belakang pintu. Dia takut saya akan mengamuk dan buat huru-hara," katanya sambil tersenyum.

"Tapi saya tidak begitu, saya terus ambil kain ihram atas bahu saya, saya campak ke lantai dan saya angkat takbir, sembahyang dua rakaat," jelas beliau sambil mengangkat tangan cuba menggambarkannya kembali.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam kes itu adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Beliau kini bersama 7 orang anaknya menetap di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur.

Selain menjadi khatib jemputan, beliau juga menjual kitab serta jubah sebagai sumber pendapatan sampingan.

Menurut Hoslan, beliau kini juga adalah ketua pemuda persatuan penduduk Jalan 1 dan 2 kampung Pandan.

Mahkamah Persekutuan nafi

Dalam pada itu, Ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap bekas imam, Hoslan Hussin berhubung dakwaan yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang membaling kasutnya ke arah hakim dalam satu sesi mahkamah berkenaan, Rabu lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat pendaftar berkenaan hari ini turut menyangkal dakwaan yang ditimbulkan Hoslan, termasuk tuduhan bahawa lelaki tersebut telah dinafikan hak untuk didengar dengan seadilnya.

"Tuduhan tersebut adalah tidak berasas. Pejabat ini mempunyai rakaman setiap pendengaran yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan.

"Badan Kehakiman Malaysia memandang serius perkara yang boleh mencemarkan imej Badan Kehakiman sama ada melalui sebarang tindakan secara langsung atau tidak, termasuklah membuat komen atau kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej institusi kehakiman," katanya sebagaimana dilapor Malaysiakini.

Planet baru diliputi air ditemui

Posted: 24 Feb 2012 02:30 PM PST

(Gambar - Lakaran artis yang disediakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah dan dikeluarkan kelmarin merakamkan planet baru GJ1214b berada 40 tahun cahaya dari bumi. - AFP )

NEW YORK 22 Feb. - Beberapa penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemui sebuah planet baru yang diliputi air.

"GJ1214b adalah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.

"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.

Planet itu ditemui pada 2009 oleh Projek MEarth yang berpangkalan di bumi.

Planet GJ1214b yang digambarkan sebagai ''super-Earth'', sebesar 2.7 kali diameter bumi dan beratnya hampir tujuh kali ganda bumi.

Kajian lanjut pada 2010 memberi petunjuk kepada saintis untuk mengandaikan sebahagian besar planet GJ1214b (suhu sekitar 232 darjah Celsius) diliputi air.

Andaian itu disahkan oleh Berta dan penulis bersama yang menggunakan HST untuk mengkaji planet GJ1214b apabila melintasi di hadapan bintang.

Cahaya bintang yang ditapis melalui atmosfera planet itu, membuktikan campuran gas serta menyokong teori wap air.

"Ukuran HST mempunyai keseimbangan atmosfera yang berwap," kata Berta.

Ukuran dan anggaran selanjutnya turut memberi petunjuk kepada saintis bagi memutuskan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi. - AFP

LAWAK: Berlagak last2 tercium punggung... kahkahkah...

Posted: 24 Feb 2012 12:00 PM PST


Tiada ulasan: