Sabtu, 25 Februari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Bila Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal wanita

Posted: 25 Feb 2012 07:35 AM PST

Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya.

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.

Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.

'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya.Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.

Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.

Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.

'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang.

Jabatan Amal Kebanggaan PAS

Posted: 25 Feb 2012 07:33 AM PST

MARANG -  Unit Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu, hari ini semakin mengorak langkah megah sebagai sebuah pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan. Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat.

Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, mereka gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela.
Dek kerana tugasan yang semakin mencabar dan memerlukan tenaga yang lebih ramai, maka Unit Amal kemudiannya telah ditukar kepada Jabatan Amal.

Lihat sahaja sumbangan besar mereka dalam beberapa pehimpunan yang besar, tugas mereka jelas membantu pasukan keselamatan awam bagi mengawal keadaan.

Begitu juga dalam peristiwa banjir besar seperti di Johor, Perlis dan boleh dikatakan seluruh negara mereka akan memberikan sumbangan mereka yang tidak sedikit.

Malah ramai diantara mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarbangsa.

Bertolak atas dasar ingin mengajak lebih ramai lagi orang ramai untuk turut serta bersama mereka, Jabatan Amal Marang semalam telah mengadakan satu majlis bagi mengenang jasa bekas-bekas ahli Jabatan Amal Marang.

Menurut ketuanya saudara Abu Dardaa Mohammad (kiri), majlis ini adalah sebagai satu cara bagi mengenang budi dan jasa bekas-bekas ahli Unit Amal Marang.

Ianya juga sebagai satu langkah untuk mengajak orang ramai agar turut serta bersama Unit Amal dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Majlis yang diadakan berhampiran Sekolah Rendah Kedai Buloh itu, diserikan dengan kehadiran wakil rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Nor (kiri) memuji Jabatan Amal sebagai golongan yang sedia memberikan khidmat secara ikhlas kepada masyarakat tanpa ada apa-apa ganjaran menarik.

Mengimbau kembali kisah lama, beliau berkata semangat itu telah memberikannya motivasi yang tinggi untuk turut serta bersama Jabatan Amal ketika beliau masih remaja.

"Saya sanggup panjat pagar KUSZA semata-mata nak turut serta dengan mereka dalam jambori Unit Amal di Pantai Tok Jembal pada awal tahun 90-an dulu.

Walaupun KUSZA ketika itu mengamalkan disiplin yang kuat untuk tidak membenarkan pelajar-pelajarnya keluar bukan pada waktunya, tapi saya tak kisah kalau dikenakan tindakan displin, semata-mata ingin bersama Unit Amal," ujarnya sambil tersenyum.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat setempat agar turut serta dalam Jabatan Amal ini agar jabatan ini dapat diperkuatkan lagi fungsinya.

Turut serta dalam majlis itu semalam ialah bekas-bekas ketua Jabatan Amal Marang manakala bekas ketua Unit Amal Malaysia Cikgu Hussin Ismail yang turut dijemput, tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada bekas-bekas ketua Jabatan Amal Marang sebagai tanda terima kasih atas jasa-jasa mereka. -BO

Lagi Exco Nyatakan Sokongan Kepada Ust Azizan: 'MB Azizan Seperti Bapa'

Posted: 25 Feb 2012 07:21 AM PST


 

Alor Setar - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.

"Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang," katanya kepada Sinar Harian.

Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.

"Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.

"Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri," katanya.

Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.

Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya de­ngan lancar.

"Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku," katanya.

Bakar Quran: Umat Islam demo di kedutaan Amerika

Posted: 24 Feb 2012 09:19 PM PST


Kira-kira 200 umat Islam dan mahasiswa berarak selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi mengecam tindakan tentera Amerika itu membakar al-Quran di Afghanistan baru-baru ini.

NONESambil melaungkan slogan anti-AS dan Yahudi, berselawat dan bertakbir, mereka juga merentangkan beberapa kain rentang dan poster yang tertulis "Respect our Quran" (hormati al-Quran kami) dan "Damn You US Army (Jahanam kamu Tentera AS).

"(Tindakan) ini bukan kali pertama, sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar Al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.

"Mereka menganggap Al-Quran menganjurkan peperangan dan jenayah, sebenarnya tanggapan itu salah, tidak benar dan keterlaluan.

NONE"Mereka tidak memanggil ulama Islam untuk berbincang," kata Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan (gambar kiri, kedudukan kanan sekali) yang mengetuai perhimpunan itu dalam sidang media selepas itu.

Katanya, tentera Amerika itu tidak menghormati Al-Quran, bahkan umat Islam tidak pernah bertindak untuk membakar Injil - kita suci penganut Kristian.

"Jika tidak, tidak mustahil umat Islam akan bangkit di seluruh dunia," tegasnya.

'Duta AS enggan terima memo'

Nasrudin menggesa AS memberi jaminan supaya perkara itu tidak berulang dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap tentera yang membakar Al-Quran kerana permohonan maaf saja tidak cukup.

Sementara itu, dalam memorandum yang diserahkan, Nasrudin berkata Pemuda PAS kesal dengan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak mengambil tindakan atau inisiatif untuk menghalang kejadian ini berterusan.

NONE"Dewan Pemuda PAS melihat Presiden Obama tidak serius dalam memulihkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya," memorandum itu dipetik.

Dalam memorandum itu, Nasrudin juga mengingatkan kepada Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan sekiranya tindakan tentera Amerika itu tidak dibendung, maka satu lagi 'perang kecil' akan berlaku.

Memorandum itu cuba disampaikan sendiri oleh Nasrudin bersama tiga lagi pemimpin Pemuda PAS kepada ketua keselamatan kedutaan Amerika kira-kira jam 2.40 petang.

Nasrudin bagaimanapun mendakwa duta negara itu di sini enggan menerima memorandum tersebut. -M'kini

Abdullah Ali yakin PAS dapat Terengganu balik

Posted: 24 Feb 2012 09:13 PM PST




KUALA LUMPUR : Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini.

(Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)

"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.

Pasukan Malaysia yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas Afghanistan.

Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi".

Dalam rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004.

"Insya Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu PAS di Terengganu.

"Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah.

Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri.

"Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta.

"Begitu juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin. Rakyat di sini sangat  miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat.

"Ini cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan mereka," katanya. -Hrkh

Tiada ulasan: