Sabtu, 25 Februari 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pengalaman gua menerima duwet BR1M.

Posted: 25 Feb 2012 02:38 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Tadi, jam 3 petang, pada 25 Februari 2012, gua telah menghadiri ceramah UMNO bagi mematuhi prosedur mendapatkan BR1M. Sebelum ni, gua rahsiakan tarikh. Sebab gua tak nak ada apa2 masalah2 kejakunan orang2 UMNO terhadap orang2 macam gua. Kalau berlaku apa2, yang ke lokap gua, bukan samseng2 UMNO nih.

Tapi memandangkan Jeming Hassan terlebih dahulu 'buat kes' pada penyampaian BR1M di tempat sama, sampai Datuk Dali (UMNO bahagian Pengkalan Chepa cabar Jeming naik pentas keesokkannya, time Jeming takda lah) maka, kehadiran gua tadi turut dinanti. Cet! Seorang lelaki dewasa sekitar 40an telah menghampiri gua. Berpakaian preman.

"Assalamualaikum.. Aduka. Awak tak kenal saya. Tapi saya kenal awak. Minta maaf deh. Terima bantuan sahaja yer. Jangan buat kes."

"Ha.. kalau gitu, ni nak daftar mana?" Gua malas nak melantun. Terus meletakkan situasi kepada BR1M. Alhamdulillah. Gua mendapat kerjasama yang baik.

[2]
Sebelum gua menerima BR1M, gua dapat maklumat dari Jean Francoise bahawa ada rakan UMNOnya yang dapat 2 kali. Menjelang hari penerimaan, cerita tersebut semakin panas. Ini membuatkan gua lebih berminat mengkaji kelemahan mekanisme penerimaan bantuan tersebut. Dari mana wujudnya peluang manipulasi sistem.

1. Dapat surat dari Tok Penghulu UMNO.

2. Serah surat + tandatangan penerima + kp + cop jari di kertas voucer.

3. Penerima diberikan pas. Kertas kuning. Photostat. Ruangan untuk nama guna tulisan tangan yang huduh sekali. Gua tak tangkap gambar pasal lelaki tadi follow gua.

4. Pas buatan tangan manusia yang mengantuk tu, adalah lesen kita masuk dewan. Hanya penerima sahaja dibenarkan masuk dewan.

5. Ceramah politik hasut-menghasut.

6. Ketua dan Timbalan Ketua UMNO turun pentas dan bersalaman secara barisan kerusi ke barisan kerusi kesemua penerima.

7. Pas buatan tangan tadi diserahkan kepada pengiring Ketua dan Timbalan UMNO, dan balasan kepada perbuatan tersebut ialah sampul surat cash RM500.

Di sinilah wujudnya peluang manipulasi duit.

1. Katakan penerima berjumlah 10 orang. Duit cash yang turun bukannya 10 x RM500 = RM5000. Tetapi lebih dari itu.

2. Duit lebih itu adalah untuk pengurusan majlis. Voucher dipulangkan kepada UMNO. Bukan kepada bank / pejabat pos bagi mendapatkan cash.

3. Petugas2 UMNO yang kecil2an boleh mendapatkan lebih dari 1 kali, dengan menciplak pas buatan tangan tersebut. Duduk di kerusi depan, serahkan pas, terima sampul duit, keluar dewan, masuk semula di kerusi belakang, serahkan pas buatan tangan yang baru, terima lagi sampul duit. Sampul duit tanpa nama diberikan 100% berlesenkan pas buatan tangan.

[3]
Datuk Dali juga kena sound dengan 2-3 orang anak muda, bahagian kiri dewan. Barisan yang sama dengan gua. Mujur gua duduk bahagian kanan dewan. Kalau tak, tak pasal2 lelaki yang gua percaya polis tadi melokapkan diri gua ini atas tuduhan kepala pemberontak.

Kesnya berpunca ketika Datuk Dali mendakwa UMNOlah parti Islam sebenar. Tak perlu guna slogan untuk tegakkan syiar Islam. PAS guna islam, bla bla bla DAP, Karpal, bla bla bla. Ketika tengah kusyuk tempik-menempik isu yang sesuai untuk pengundi berpengetahuan rendah, azan sudah berkumandang.

Seorang pemuda sound, azan. Tapi Datuk Dali tak dengar. Akhirnya 2-3 anak muda sound.

"Azan nu weiii.."

"Oloh la... Azan Asar nu weii.."

Seorang petugas yang berbaju jenis F1 merah, bertulis Pengerusi JKKP buat isyarat tangan 'payung' kepada Datuk Dali. Datuk Dali angkat kepala tanda masih tak faham. Petugas tadi buat isyarat tapak tangan di telinga (takbir) tanda azan solat.

Datuk Dali berpaling ke belakang dan bertanya pada barisan pimpinan di pentas. Dan microphone menangkap kata-kata Datuk Dali sebagai :

"Asar kul brapo?"

Beberapa pakcik geleng2 kepala. Seorang pemuda tambah ajinomoto dengan bersuara:

"Cerita Islam pung pang pung pang. Asar pun tak tau kul berapa. Kecek sehala buleh la...."

Ajinomoto tersebut bersambut dengan riak2 setuju oleh beberapa orang sambil berpaling kepada gua. Ketika itu barulah gua mendapati orang yang tambah ajinomoto tersebut adalah gua sendiri. Cepat2 gua berpaling ke belakang juga bagi mendummy keadaan konon2nya orang belakang gua yang tambah ajinomoto. Sambil mengusha kot2 lelaki berpakaian preman tadi sudah stanby mengambil langkah2 melokapkan diri gua. Mujur gua tak nampak lelaki tersebut.

[4]
Sampai rumah, Datuk Seri najib kol gua.

"Aduka.. duwet RM500 tu wi ko kawe smula."

"Eh eh...sedap lu jer. Apsal plak."

"Roadtax keto demo mampoh lamo doh. Saman blaclist ado so. Jange buak2 lupo deh."

"Natey."

Tiada ulasan: