Rabu, 15 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


Woii Najib, dengaq sini Abang hang nak cakap... kahkahkah...

Posted: 15 Feb 2012 10:00 AM PST

Woii Najib oiii...
Hang dengaq sini abang hang nak cakap...
Kahkahkah...

Harussani buat U Turn tak tekan brek dahh... kahkahkah...

Posted: 15 Feb 2012 09:08 AM PST

Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani


BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

WOW: Dr Asri tibai Pemuda PAS... kahkahkah...

Posted: 15 Feb 2012 07:33 AM PST

Asri: Hadir Thaipusam boleh, tapi bersyarat

Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi mematuhi beberapa syarat.

Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.

"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Pemimpin PAS, PKR pun terlibat

Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.

Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.

Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".

"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.

Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.- Malaysiakini

PENTING: Anwar kena tau beza PEKA ngan PEKAK...

Posted: 15 Feb 2012 05:28 AM PST

Umno kuatkan 'kuasa ketiga' untuk tawan Selangor


Kuasa ketiga, ruang dan suara yang lebih bebas pada mulanya digerakkan untuk mengimbangi kuasa Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ekoran pertembungan sengit kedua-dua kumpulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Kini, Umno kelihatan dapat memanfaatkan suara yang agak bebas daripada pengaruh politik parti ini untuk kepentingan mereka.

Satu misi utama Umno kini ialah menawan kembali Selangor, yang dirampas PR selepas kekalahan mengejut dan memalukan Umno yang menguasai negeri itu.

Dua individu yang bebas daripada parti politik kini menjadi tumpuan utama dalam siri tindakan yang berpotensi menjejaskan PR di Selangor; bekas exco negeri Datuk Dr Hasan Ali dan pengendali blog Raja Petra Kamaruddin.

Hasan yang muncul di tengah-tengah kontroversi berkaitan agama di Selangor ekoran sokongannya untuk beberapa langkah yang dikatakan bertujuan membela umat Muslim negeri itu dipinggirkan dan kemudian dipecat daripada PAS.

Raja Petra pula konsisten dalam kritikannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang PR, termasuk melalui wawancara dengan akhbar dikuasai Umno.

Terbaharu, Raja Petra mendakwa PKR terlibat dalam skandal projek pasir hingga membawa kepada pembunuhan seorang ahli perniagaan. Pengendali blog yang kini berada di London itu kini dilihat dengan sangat kritikal oleh PR dan kumpulan politik liberal lain ekoran kritikannya terhadap pakatan pembangkang utama negara itu, walaupun beberapa isu yang dibawa beliau tidak berlebihan dan wajar diberi perhatian.

Beliau sebelum ini dalam satu wawancara menafikan kaitan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dakwaan yang lama menjadi modal pembangkang.

Raja Petra semakin kritikal terhadap Anwar yang didakwa berdepan isu moral ekoran pelbagai dakwaan skandal seks ketua pembangkang itu. Sikap kritikal kedua-dua Hasan dan Raja Petra - yang mendapat sokongan kuat dan layanan baik media pro-Umno - kini kelihatan membimbangkan pentadbiran PR Selangor yang dikuasai PKR dan DAP.

Hassan pula kelihatan menarik ramai hadirin ke ceramah jelajahnya di Selangor dan seluruh negara yang sebahagian besar merupakan kritikan terhadap sikap PAS dan PR di Selangor terhadap agama Islam.

Kempen Hasan itu berpotensi menarik undi Melayu daripada PAS, sekaligus mampu menguatkan lagi sokongan kepada Umno. Umno kini mengeksploit isu-isu berkaitan Melayu dan Islam dalam usaha memenangi undi Melayu dan merampas negeri Selangor daripada PR

FAKTA: Sapa tau bapa mamak ni muka camana... kahkahkah...

Posted: 15 Feb 2012 01:30 AM PST

Dr.Mahathir dah nyanyuk - Saifuddin

SHAH ALAM, 14 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir lupa dengan tindakannnya sendiri sebagai perdana menteri yang mencatatkan beliau pernah membayar RM4 juta kepada pelobi dan usahawan Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, Jack Abramoff bagi mengadakan perjumpaan bersama Presiden George W.Bush.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata Tun Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk' dan lupa dengan tindakannya sendiri terlalu taksub mahu menjalinkan hubungan rapat dengan AS ketika itu .

Sehubungan itu, katanya, beliau (Mahathir) perlu melihat dirinya sendiri di cermin sebelum membuat kenyataan mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel mahu melihat perubahan kerajaan di Malaysia serta mengaitkan hubungan rapat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak terbabit.

"Satu kenyataan yang paling nyanyuk pernah datang daripada Dr.Mahathir. Beliau secara rekod pernah membayar 4 juta pada pelobi yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berjumpa presiden Bush. Tak ada seorang pun pemimpin Malaysia yang buat seperti mana Mahathir buat. Bayar 4 juta hanya untuk berlutut kepada Presiden Bush," katanya kepada Antarapos petang tadi,

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar yang menyebut Tun Dr Mahathir dalam blognya menuduh AS dan Israel mahu melihat perubahan pada kerajaan Malaysia sekarang dan menjadikan Anwar sebagai pemimpin kerajaan boneka bagi memudahkan mereka mencapai kepentingan mereka.

Saifuddin menegaskan, Tun Dr.Mahathir tidak sepatutnya menuduh Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sedangkan beliau sendiri mempunyai kaitan dengan pihak Amerika Syarikat dan Israel.

"Orang yang pernah ada rekod begitu, kalau dia menuduh orang lain dialah yang nyanyuk. Orang lain tak pernah buat begitu, dia yang buat"

"Kenyataan daripada Dr.Mahathir yang nyanyuk, dia fikir rakyat sudah lupa apa yang dia buat ketika dia menjadi Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula melihat, Tun Dr Mahathir seolah-olah sengaja memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Anwar mengenai Amerika Syarikat dan Israel.

Beliau turut menggesa agar pemimpin itu meneliti dan memahami keseluruhan isi kandungan kenyataan terbabit dan bukannya mengambil sebahagian dan serta merta membuat kesimpulan sendiri.

"Israel ini sensitif bagi orang Malaysia. Kita ambil contoh bagaimana mereka serang dalam WSJ. Muhyiddin sendiri ambil sebahagian sahaja daripada kenyataan itu serta putar belit. DSAI kata 'boleh kita terima kehadiran Israel, dengan syarat Israel tidak terus mengasak Palestin'. Tetapi bahagian kedua tidak disebut. Sebahagian saja ayat Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

Fuziah menegaskan, Tun Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka.

"Kita semua tahu. boleh periksa hubungan dagangan Malaysia dengan ISrael yang agak besar berjumlah 600 juta euro. dan pasangan perdagangan ialah Israel. Ini kenyataan hipokrit dan sengaja diputarbelit,"tambah beliau lagi.

Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata AS kurang selesa dengan pentadbiran Malaysia sedia ada kerana ia tidak memihak kepada negara berkenaan serta tidak menyokong dasar AS terhadap Iran dan negara-negara lain.

Mahathir juga kelihatan seperti mensasarkan terhadap temubual Anwar dengan Wall Street JOurnal (WSJ) lalu di mana beliau dilaporkan berkata akan memberi sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Antarapos

HANGIT: Najib tak dak masa nak cermin diri... kahkahkah...

Posted: 15 Feb 2012 12:00 AM PST

Isu Israel: Najib patut cermin diri dulu- Nik Nazmi

(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 14 Feb: Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut apabila pembangkang membangkitkan isu hubungan Malaysia- Israel menerusi khidmat Apco Worldwide, kini beliau cuba berlagak hero menyatakan pendiriannya yang anti Israel.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib seolah lupa bahawa kerajaan pernah membayar RM77 setahun bagi mengguna pakai khidmat firma Israel tersebut.

Kerajaan juga katanya, mengupah FBC Media sebanyak 19.6 juta euro (RM84 juta) untuk memperbaiki imej Najib di peringkat antarabangsa.

"Isunya di sini, Najib perlu cermin diri dulu sebelum mengeluarkan kenyataan, beliau perlu sedar apa yang dicakapnya.

"Ini adalah satu sikap Najib yang memangnya hipokrit terutamanya ketika mahu 'membersihkan' dririnya daripada dakwaan mempunyai hubungan dengan Israel," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keny1ataan berbeza berhubung isu Palestin- Israel.

"Kalau bercakap soal Israel ini, Najib sepatutnya sedar, kerajaan beliau yang gunakan khidmat Apco, bukan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Apabila Najib bercakap, seperti tempiasnya terkena diri sendiri," ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang didakwa meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Najib juga sebelum ini mengaku di Parlimen bahawa kerajaan mengguna khidmat FBC Media antara 2007 dan 2010.

FBC juga secara terbuka menyokong tindakan Israel menahan kapal Mavi Mara yang menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, 31 Mei tahun lalu.

Serangan berkenaan menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu turut ditahan.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan untuk siaran Perbadanan Penyiaran British (BBC) itu bagi memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

BBC baru-baru ini memohon maaf kerana menyiarkan program yang ditaja itu kerana jelas melanggar peraturan editorial, termasuk lapan programnya yang memaparkan tentang Malaysia.

HEBAT: Tahniah Negeri JOHOR ... kahkahkah...

Posted: 14 Feb 2012 10:00 PM PST

Oleh: zahrin16

2,473 ditahan khalwat di Johor


JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) menahan seramai 2,473 individu yang didapati berkhalwat di bawah kesalahan jenayah syariah, sepanjang tahun lalu. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Zamri Kambari berkata, kesemua individu itu ditahan dalam 1,713 operasi yang dijalankan pihaknya dari Januari hingga Disember 2011.

"Penahanan ini termasuk ketika Ops Kekasih yang dijalankan Jaij sempena sambutan Hari Kekasih.

"Ia bukan sahaja membabitkan belia, namun di peringkat pelbagai umur. Ianya termasuk 46 kes berkelakuan tidak sopan di tempat awam," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Zambri berkata, seramai 1,238 lelaki dan 1,235 perempuan ditahan kerana berkhalwat yang boleh dikenakan tindakan di bawah Sekssen 27 (1) (a) (b) Enakmen Jenayah Syariah 1997.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun atau kedua-duanya.

Manakala bagi kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam iaitu di bawah Seksyen 29 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Katanya, bagi tahun ini, seramai 78 anggota dan pegawai penguat kuasa akan mengadakan pemantauan di hotel-hotel bajet dan kawasan persekitaran dalam Ops Kekasih

"Kita tegaskan meraikan Hari Kekasih ini melibatkan akidah, kita lihat sekarang dengan meraikan ini, batas-batas sosial tiada," katanya."

PANAS: Salah ka sekali sekala Anwar di tegoq...

Posted: 14 Feb 2012 08:00 PM PST

Kata Dua Untuk Anwar: Pendirian Nik Aziz Dikecam

PENULIS hilang kata-bila dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS, mengutus surat penjelasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.

Penulis kurang pasti apa yang berlaku sepanjang masa dari sejak temubual itu diadakan sehingga Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat semalam, tidakkah ada seorang pun kepimpinan tinggi PAS yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri?

Walaupun surat tersebut tidak ada significant dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Satu hal yang lain, penulis tidak nampak keperluan PAS memberikan kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman TWSJ jka akhbar tersebut telah memutar belitkan kenyataannya.

Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli PAS), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya.

Kelihatan Majlis Syura Ulama menari mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut. Penulis sudah sebutkan bahawa kenyataan Anwar itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima semua negara-negara Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri!

Penulis sedar PAS sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80an – 90 an. Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara yahudi tersebut.

Mesir yang pernah berperang dengan Israel itu pun telah menjalinkan hubungan diplomatik lebih 30 tahun dengan Israel dan banyak membantu negara itu menyekat bekalan senjata yang cuba dihantar kepada pejuang Palestin.

PAS perlu sedar, permusuhan tidak akan menyelesaikan perbalahan yang wujud sekian lama dalam konflik Israel-Palestin. Datuk Seri Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang pandangannya diterima banyak pihak dikalangan dunia Arab, menggunakan pendekatan diplomasi yang sama kerana matlamat utamanya ialah kewujudan negara Palestin itu sendiri.

Penulis dapat merasakan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah diberi maklumat yang salah berhubung dengan pandangan ini sehingga membawa kepada keputusan itu.

Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak mengunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikan, disamping masih lagi menggunakan media UMNO seperti Utusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.

Untuk 2 perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar? Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai.

Tak perlulah surat-surat semua ni pun.


SPR

TERKINI: Macam best ja berita pasai Papagomo nih... haha...

Posted: 14 Feb 2012 06:00 PM PST

UMNO Sisihkan Papagomo?

Mari pakat-pakat baca statement dari KJ nih, statement penafian ataupun statement menyelamatkan diri. Bagi Addin ianya kedua-duanya sekali.. mula-mula KJ cuba menafikan Papagomo nih blogger upahan Umno tapi walhal sebaliknya.. Semua orang tau yang Papagomo nih memang blogger upahan Umno, jikalau tidak tak akan ler senang-senang boleh access sehingga boleh masuk kapal selam yang merupakan aset keselamatan negara. Baca sini. KJ cuba menyelamatkan Umno dari imej negatif yang di bina oleh Papagomo, blogger lucah ini sebenarnya telah mencemarkan lagi imej Umno yang sedia tercalar.

Dengan berhadapan saman-saman dari pihak yang difitnah, sebenarnya Papagomo sudah diluar kawalan Umno. Dalam ertikata mudah, Papagomo sudah tidak terkawal. Baca sini.


KJ - Papagomo Tiadak kaitan Dengan Umno

KUALA LUMPUR, 13 Feb. - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan masyarakat agar tidak terlalu emosi dalam mendapatkan maklumat dari media sosial.

Katanya, setiap individu yang ingin mendapatkan maklumat dari media sosial perlu memastikan ketepatan sumber maklumat tersebut untuk mengelakkan daripada membuat kesimpulan yang tidak betul berkenaan sesuatu isu.

"Kita perlu mencari fakta yang benar. Jika kita, sebagai contoh membuat penilaian berdasarkan maklumat yang kita dapat dari blog yang tidak betul, maka secara tidak langsung kesimpulan kita salah,"kata Khairy.

"Saya harap agar orang ramai akan mencari fakta-fakta yang benar dan tidak terlalu dipengaruhi oleh sentimen emosi, politik atau perkauman. Di sebalik satu cerita ada sudut pandangan kedua atau ketiga, kita patut dengar, baca dan buat penilaian," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti beranggapan bahawa setiap blog politik adalah lidah rasmi parti tertentu.

Katanya, setiap blogger politik mempunyai pendapat mereka sendiri dan apa jua yang ditulis di blog mereka tidak semestinya menggambarkan pendirian parti yang disokongnya.

"Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "katanya.

Khairy turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan blogger Papagomo dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pihak adalah menyekutukan Papagomo dengan BN, sedangkan dia tidak ada kaitan dengan parti.

"Dia bergerak secara sendiri dan kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal beliau," katanya. ~klpos

LAWAK: Ibu ayam vs lembu kenyang... kahkahkah...

Posted: 14 Feb 2012 04:00 PM PST

Shahrizat senasib dengan Najib

Oleh Subky Latif

MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.

Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.
Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.

Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.

Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.

Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.

Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja.

Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.

Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.

Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.

Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.

Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.

Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.

Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.

Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.

Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.

Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.

Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.

Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.

Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.

SERIUS: Hampa nak jadi lelaki jenih apa...

Posted: 14 Feb 2012 02:30 PM PST

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

http://ustazazhar.net,

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-


"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua'lam

SERIUS: Sebijik macam perangai UMNO... kahkahkah...

Posted: 14 Feb 2012 12:00 PM PST

Israel blames Iran for embassy attacks

Israel has accused Iran and its ally Hezbollah, Lebanon's Shia movement, of being behind a bombing targeting embassy staff in India that injured four people, and the attempted bombing of an embassy vehicle in Georgia.

Tehran denied involvement in Monday's attacks and accused Israel of carrying out the attacks itself. Hezbollah made no comment.

In the Indian capital New Delhi, a bomb wrecked a car taking an Israeli embassy official to pick up her children from school, police said. The woman needed surgery to remove shrapnel but her life was not in danger.

Her driver and two passers-by suffered lesser injuries.

Israeli officials said an attempt to bomb an embassy car in the Georgian capital Tbilisi failed and the device was defused.

Israel had put its foreign missions on high alert ahead of the fourth anniversary this past Sunday of the assassination in Syria of the military mastermind of Hezbollah, Imad Moughniyeh. That attack was widely assumed to be the work of Israeli agents.

Binyamin Netanyahu, Israel's prime minister, blamed Iran for the attacks on its embassy staff.

"[Iran] is the biggest exporter of terror in the world," Netanyahu told members of his rightwing Likud party.

He said there had been a number of attempts to harm Israelis and Jews in recent months, in places such as Thailand and Azerbaijan, in a series of attacks co-ordinated by Tehran and Hezbollah.

Israel would continue to act "with a firm hand" to stamp out "international terror coming from Iran," he said.

An Iranian foreign ministry spokesman rejected Netanyahu's accusation, saying it was Israel that had carried out the attacks as part of its psychological warfare against Iran.

"It seems that these suspicious incidents are designed by the Zionist regime and carried out with the aim of harming Iran's reputation," the official news agency IRNA quoted Ramin Mehmanparast as saying.

Al Jazeera's Cal Perry, reporting from Jerusalem, said the attacks were "near simultaneous".


"That is going to lend weight to those who will point the finger at a larger organisation, maybe even a country like Iran, maybe Hezbollah," our correspondent said.

High-security area

Al Jazeera's Prerna Suri, reporting from New Delhi, said the targeted vehicle there was parked down the street from the Israeli embassy in a high security area, about a kilometre away from the prime minister's residence.

"Witnesses discribed how the car exploded in flames. One side of the car had been completely charred. The bonnet had been flug open and exploded in flames.

"Other witnesses described two people on motorbikes throwing some kind of device [at the car], and police are trying to find out what kind of device that was. Indian forensic teams as well as Israeli embassy staff are at the scene of the incident, trying to piece together what exactly has happened," our correspondent said.

Shota Uitashvili, spokesman for the Georgian interior ministry, said the car in Tbilisi was in a car park about 200 metres from the embassy, where the driver had parked it in the morning after coming from his home.

Tiada ulasan: