Rabu, 15 Februari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Kelantan Bebas Rasuah - SPRM

Posted: 14 Feb 2012 04:14 PM PST


Bukan sahaja Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS bebas dari gejala najis rasuah tetapi skuad bola sepak negeri itu juga tidak terlibat dengan gejala rasuah bola sepak atau jual perlawanan. Kenyataan itu disuarakan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Nor Rasmi Shaari.


KOTA BHARU: "Ketika ini semua pemain bola sepak Kelantan dikategorikan bersih dan tidak terbabit gejala rasuah," kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Nor Rasmi Shaari.

Menurutnya, pihaknya tidak menerima laporan rasuah membabitkan pemain bola sepak Kelantan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gejala rasuah membabitkan pemain bola sepak Kelmarin, akhbar melaporkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan, tiga pasukan elit Liga Malaysia mungkin dikenakan tindakan kerana dikesan terbabit sindiket mengatur perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata, polis dan SPRM kini menjalankan siasatan.

Tiada ulasan: