Rabu, 15 Februari 2012

Addin

Addin


Panas!! MP Kota Raja Sindir Blogger Pro PR

Posted: 15 Feb 2012 02:00 PM PST


Dok sibuk cerita sana sini - tau ke ape benda Ponggal tu?

Saya rujuk berita ini : Anwar Gadai Akidah Kerana Undi. Saya belajar sikit-sikt dengan rakan-rakan India beragama Hindu dalam Diskusi Bulanan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kota Raja. Dibawah ni adalah penerangan yg diberi. Kawan-kawan India tu kata Ponggal bukan perayaan agama - Wallahuaklam.

Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.

Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.

Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.

Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil.

Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.

Panjang lagi ceritanya - hangpa tanya sendirilah kawan-kawan India, jangan main belasah sahaja kalau tak faham. ~parlimenkotaraja

Addin:

Kena selidik dulu..

Najib Pinggirkan Noh Omar.. Ini Buktinya

Posted: 15 Feb 2012 08:28 AM PST


Apa dah jadi dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, Beliau kini umpama melukut ditepi gantang, langsung tidak berguna disisi Najib.

Sebaliknya Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed naik setakuk lagi dan kini dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas. ~parlimenkotaraja

5 Tuntutan Cuepacs Diterima, SBPA Dilaksana Sebelum 16 April Ni?

Posted: 15 Feb 2012 08:04 AM PST

Sekitar seminggu yang lepas, kami ada berkongsi draf sifir SBPA gaji yang dicadangkan oleh Cuepacs sendiri. Dan Cuepacs menjangkakan kemelut SBPA ini akan dapat diselesaikan berkemungkinan lebih awal sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April 2012.

5 Tuntutan Utama Cuepacs – Penambaikan Sifir SBPA Gaji 2012
  1. mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah
  2. mengkaji semula tangga gaji maksimum
  3. menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  4. menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
  5. mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM)
Setakat ini pihak kerajaan dilaporkan mempertimbangkan sebaik mungkin 5 tuntutan Cuepacs di atas melalui pertemuan dengan Ketua Pengarah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek baru-baru ini.

Kemelut yang menjadi pertikaian kalangan kakitangan awam melibatkan sifir SBPA gaji 2012 ini, pastinya kerajaan tidak akan membiarkan terlalu lama dan diselesaikan sesegera mungkin tanpa menganiayai mana-mana kelompok kakitangan awam sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan tidak lama sahaja lagi. Supaya tidak berlaku lagi apa yang dikatakan isu di mana ….
  • sifir SBPA gaji hanya dilihat menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan
  • tetapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit 
Kami menjangkakan Pilihanraya Umum akan menjadi semakin hampir apabila isu SBPA telah selesai dan tidak lupa juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Malaysia pada 10 Mei 2012 ini.

Difahamkan akibat sifir SBPA ini tidak disemak dengan teliti, kerajaan Malaysia sekarang pula bakal berdepan dengan kemelut dan masalah berdasarkan data dan maklumat yang tersenarai di bawah ini :
  1. Dianggarkan seramai 2,000 daripada kalangan pegawai kanan kakitangan awam sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan
  2. Menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70
  3. 36 pegawai tinggi dalam "Perkhidmatan Utama" akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan
  4. Merujuk kepada kenyataan KPPA, mana-mana kakitangan awam yang sudah menandatangani skim SBPA tidak akan kurang daripada apa yang terdapat dalam perjanjian
  5. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan dijangka akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun sedangkan masih ramai lagi yang membantah bentuk skim tersebut
  6. Kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang membantah sifir SBPA gaji baru-baru ini
  7. Tidak cukup setakat itu sahaja peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen yang turut bertambah
  8. Difahamkan peningkatan kos pentadbiran yang melambung tinggi itu merisaukan pihak kerajaan ketika ini
Mesyuarat pasukan petugas khas bagi semakan sifir SBPA gaji 2012 yang seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini. ~beritasemasa


Anwar Perlu Jawab Segera Isu Nih.. PLEASE!!

Posted: 15 Feb 2012 07:12 AM PST


Sepertimana yang disarankan oleh Ameno World, Addin dah tengok artikel kat blog pencacai Umno nih. Setelah di amati-amati secara terperinci Addin pun tak tau nak komen apa-apa pasal gambar nih.. macam perfect je.
 
Menurut blogger pencacai Umno nih, gambar diatas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29 Januari 2012.

Cerita nih pasti menjadi hangat selepas isu negara Israel yang belum berkesudahan. Umno pasti ada peluru untuk tembak balik Pakatan Rakyat.

Anwar perlu jawab isu ini dengan segera.. please!! Jangan isu nih jadi berpanjangan dan tidak berkesudahan.. tambahan pula Pakatan rakyat akan menghadapi PRU13 tidak lama lagi..

Kepada yang pakar IT tolong ulas pasal gambar nih.. ok..

Baca sini.


Panas!! Ahli Lembaga Displin UMNO Di Tangkap Khalwat Dengan Lelaki Cina?

Posted: 15 Feb 2012 02:59 AM PST

Memang gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? Dengan lelaki cina lak tu! Menurut sumber yg amat boleh dipercayai, ahli lembaga yg bergelar Dato' ni (aku rahsiakan namanya dulu atas sebab2 kemaslahatan) telah ditangkap khalwat pada 13 januari 2012 yg lalu di unit tingkat 4 Kondominium Kojaya Ampang, Jalan Kolam Air jam 3.18 pagi. Ketika diserbu, Dato' tersebut menyatakan bahawa pasangannya, yg juga merupakan seorang lelaki berbangsa Cina.

Merupakan seorang convert Muslim (muallaf) dan mereka telah bernikah tetapi gagal menunjukkan bukti pernikahan mereka.

Difahamkan, Dato' tersebut telah dipanggil oleh JAIS untuk sebutan kesnya pada 22 Januari lalu tetapi Dato' tersebut tidak menghadirkan diri. oleh itu, Mahkamah Syariah Kajang telah menetapkan tarikh sebutan baru kes khalwat itu pada 23 Februari ini.

Spekulasi bertiup bahawa ketidakhadiran Dato' tersebut pada panggilan sebutan pertama 22 Januari lalu adalah kerana dia mungkin sedang berusaha untuk mendapatkan sijil pernikahan dari Thailand untuk mengaburi keadaan ketika sebutan kesnya nanti.

Insya Allah, jika terdapat perkembangan lanjut, akan aku kongsikan lagi mengenai kisah ni. maybe kita sama2 boleh menjengah mahkamah syariah kajang ke utk "live coverage". ~al-hajari

Tiada ulasan: