shalehudin |
- Jom tengok JAIS kena tibai... kahkahkah...
- PANAS!! Adegan yang ingin sangat kita lihat... kahkahkah...
- FAKTA: Menang berJOLI, kalah LARI... kahkahkah...
- Kecut rambut Rosmah dihempap kavadi...
- PANAS: Pelajar belasan tahun tibai Rosmah... kahkahkah...
- Pegawai kerajaan pun naik muntah hijau ngan kelaku Rosmah... kahkahkah...
- Mampuih UMNO nak percaya Isa Samad kemaruk duit banyak nih... kahkahkah...
- PADAH!! Bila Rosmah dah muntah hijau... kahkahkah...
- FAKTA!! Cina lebih tau dari Melayu...
- Apa Hampa nak buat bila baca berita camnih...
- WAJIB BACA: Ramai tak tau yang patut depa ambik tau...
Jom tengok JAIS kena tibai... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2012 10:00 AM PST Best giler budak nih... JAIS pun di tibainya... kahkahkah... |
PANAS!! Adegan yang ingin sangat kita lihat... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2012 09:20 AM PST Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya setelah 2 pesalah yang akan jalani hukuman mati buat rayuan Seorang daripada bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah lambat mengisi petition rayuan terhadap hukuman matinya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu. Menurut peguam kepada ketua inspektor Azilah Hadri, beliau telah menerima hanya 40 buah daripada 57 dokumen mahkamah yang diperlukan untuk petition tersebut. Ini telah menyebabkan kelambatan pendengaran rayuan, yang akan semestinya mengambil perhatian pihak media dan juga akan memberi publisiti buruk kepada Najib yang didakwa terlibat dalam kes tersebut walaupun telah menyangkalnya. Pengurusan kes 9 Mac Pada hari Jumaat, pendaftar Mahkamah Rayuan, Kanageswari Nalliah telah bersetuju untuk menetapkan 9 Mac sebagai tarikh pengurusan kes untuk membenarkan peguan Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan rekod yang lengkap. Azilah, 34 dan rakan sekerja beliau, Kopral Sirul Azhar Umar, 39 telah dijatuhkan hukuman mati pada 9 April 2009 setelah hakim menetapkan bahawa mereka bersalah atas pembunuhan Altantuya di sebuah kawasan pembersihan hutan di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 hingga 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan mengambil masa 159 hari dan kedua-dua lelaki sedang menunggu hukuman mati. Walaubagaimanapun, sepanjang perbicaraan yang kontroversi itu, Kedutaan AS mendapati ia tidak dilaksanakan dengan adil menurut pendedahan Wikileaks dan juga terdapat spekulasi bahawa kedua-dua lelaki tersebut hanyalah pembunuh upahan. Pertamanya, mereka tiada motif tersendiri dan yang kedua, mereka mengaku bahawa mereka telah di minta oleh pembantu Najib, Safri Musa untuk membantu rakan Najib, Razak Baginda keluar daripada masalah yang meruncing. Dalam kenyataan yang diberi oleh Sirul, ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengaku dibayar RM 100 000 untuk membunuh Altantuya tetapi, hakim telah menolak peguam bela untuk meyelidiki hal ini ataupun mana-mana aspek yang membawa kepada motif pembunuhan. Pembunuhan berkait dengan pembelian Scorpenes Kes itu sememangnya telah memberi reputasi buruk kepada sistem kehakiman Malaysia dan juga kepada Najib sendiri. Beliau dikatakan pernah menjadi kekasih Altantuya sebelum memberikan wanita itu kepada Razak Baginda. Ketiga-tiga mereka terlibat dalam perjanjian pembelian 2 kapal selam Scorpenes yang bernilai RM7 billion daripada sebuah syarikat gergasi Perancis, DCN pada 2002. Najib pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian manakala Razak Baginda adalah perunding utama beliau manakala Altantuya yang boleh berbahasa Rusia, dikatakan adalah penterjemah. Dalam perjanjian ini, Najib didakwa mendapat RM 570 juta dan Altantuya dikatakan balik ke Malaysia untuk mendapatkan bahagian beliau USD 500 000 sebagai komisyen beliau. Walaubagaimanapun, menurut surat khabar Perancis La Liberation melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Najib enggan membayar satu sen pun kepada Altantuya. Ini telah menyebabkan Altantuya telah terang-terangan menagih Razak Baginda untuk membayarnya di rumah. Razak Baginda pula mengupah seorang penyiasat peribadi, P Balasubramanian untuk membantu beliau menghalang Altantuya sementara beliau menghubungi Azilah untuk meredakan keadaan. Pada mulanya, Razak Baginda dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan tersebut. Kedua-dua polis itu adalah sebahagian daripada skuad elit manakala Razak Baginda adalah bekas pensyarah di Kementerian Pertahanan dan juga penganalisis politik. Razak kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan tanpa memanggil pembelaan beliau. Ini juga telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang menguatkan persepsi bahawa orang yang berkuasa seperti Najib yang pada masa itu adalah timbalan perdana menteri terlibat dalam konspirasi tersebut. Melambatkan kes supaya ia tidak menarik perhatian rakyat sebelum PRU 13 Kelambatan untuk memperdengarkan rayuan dilihat sebagai usaha mengelakkan Najib daripada dimalukan sebelum PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini. Menurut Kuldeep, dokumen mahkamah dihantar kepada beliau mengikut peringkat selaman 6 bulan dan ia menyebabkan kelambatan. Sementara itu, peguam Sirul, Kitson Foong mengatakan bahawa tarikh kes didengar semula akan ditentukan mahkamah sebaik sahaja semua dokumen sudah lengkap. Kitson juga mengesahkan rayuan untuk Sirul telah difailkan dan beliau memikirkan untuk membuat rayuan untuk banyak sebab. Dalam menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua lelaki terbabit. Hakim Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan kedua-dua mereka hanyalah semata 'menyangkal dan menyalahi antara satu sama lain'. Malaysia Chronicle |
FAKTA: Menang berJOLI, kalah LARI... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2012 07:45 AM PST Menang hidup berjoli, kalah cabut lari Oleh Keris Silau Anak sapa tu bawa Ferrari Di kelab posh tari-menari Bersama artis paling seksi Meja penuh air berendi Itu baru cool dan steady Habis duit berkodi-kodi Dengar kabar anak menteri Bapa dia pun kuat joli Tapi tak main dalam negeri Bini shopping sana-sini Milan Paris dan Sydney Hidup mewah hari-hari Mau duit petik saja jari Mana mai semua duit ni Dari projek kerajaan bagi Atas nama transformasi atau nfc Bajet diputus Perdana Menteri Ini bukan jaga periuk nasi Ini untuk hidup mewah duniawi Inilah golongan elit atau kroni Anak beranak satu kompeni Beli kondo mewah luar negeri Tempah baju penuh labuci Bukan sepasang tapi lima lori Ini kehidupan segelintir kroni Ada dia kisah kemiskinan di Jeneri Ada dia kisah kemalaratan di Tok Bali Walau ada rumah hampir menyembah bumi Walau bertahun-tahun ditinggal suami Walaupun berhari-hari tak makan nasi Hidup dia bermewah sana-sini Duit dia simpan di luar negeri Berbiliun cukup lima generasi Bukan semua tu duit gaji Tapi duit hasil rasuah dan curi Kita tidak persoalkan akan rezeki Kita lihat dengan kepala sendiri Oleh itu dalam pru13 nanti Menang itu bukan opsyen lagi Menang itu satu yang mesti pasti Demi untuk terus mewah duniawi Tak sanggup mereka jadi opposisi Harta negara terlepas lari Tidak boleh beli kondo lagi Tidak boleh poco-poco lagi Tidak boleh enjoy makan free Mungkin kena macam doktor gigi Setahun atau lima tahun digerigi besi Kekalahan tak sanggup mereka hadapi Menang maka mereka terus berjoli Kalau kalah tentu cabut lari! Keris Silau 9 Februari 2012 |
Kecut rambut Rosmah dihempap kavadi... Posted: 13 Feb 2012 04:20 AM PST Rayuan 'nambikei' Najib menjerat diri: Tiada undi dari kaum India Perdana Menteri Malaysia,Najib Razak tidak akan berhasil dengan rayuannya sempena hari Thaipusam yang menggesa masyarakat India terus meletakkan kepercayaan mereka (nambikei) kepada Umno. Mungkin itu stu satu perkataan bahasa tamil yang diketahui beliau. Mesej tersebut, menghina tahap intelek masyarakat tersbeut, didapati dalam blog beliau http://www.1malaysia.my.blogsite. Adalah sangat memalukan dan menghina dan mencemarkan hari mulia masyarakat Hindu,sembahyang dan puasa dan meditasi dengan politik murahan. Guru hindu najib, atau penasihat belia dalam hal ehwal masyarakat Hindu harus dipecat serta merta atau jika bukan salah individu tersebut tetapi MIC, maka individu tersebut patut meninggalkan Najib dalam protes.. Nambikei ialah perkataan yang disalahguna dalam menyeru masyarakat yang berikrar dengan makhal sakthi sejak kebangkitan Hindraf di jalanan sekitar Kuala Lumpur 25 November 2007, dan ralli Rose di Putrajaya pada pertengahan Februari tahun berikutnya dan tsunami politik pada Mac 2008 yang memberi kuasa kepada pembangkang Pakatan Rakyat di lima negeri dan di Kuala Lumpur. Semi-slaves Selepas 50 tahun menjadi semi hamba di bawah Umno, masyarakat bawahan ialah yang paling menderita. Parti pemerintah Najib jelas kelihatan hilang kepercayaan di kalangan masyarakat india. Lebih buruk lagi, najib sacara berterusan membuat janji-janji palsu dan kosong kepada masyarakat tersebut. Pada masa yang sama, beliau terus mengekalkan dongeng bahawa masyarakat India masa kini berramai-ramai kembali kepada MIC, orang suruhan Umno, dan Barisan Nasional sedang menuju kehancuran setelah sekian lama menipu rakyat utnuk lebih setengah abad. Rayuan kerajaan, kekal sebagai rayun, peruntukan kekal sebagai hanya peruntukan di atas kertas. Perkhidmatan awam, yang dikuasai oleh satu komuniti fanatik dan bersifat perkauman, tidak mungkin akan memberi sebarang dana kepada masyarakat India atau menunaikan janji janji Najib setakat ini Satu undi masyarakat India pun tidak patut diberi kepada Najib Najib boleh membuat rayuan demi rayuan selama mana yang beliau mahu, atau menindas lagi masyarakat berkenaan nambikeri, masyarakat India tidak akan berganjak walau seinci. Beliau tidak akan berjaya memenangi 1 pun undi masyarakat India pada pilihanraya umum ke 13 yang dijangka berlangusng pada bulan Mei tahun ini atau tahun hadapan; jika beliau tidak mengambil ikhtibar dari bapanya dari kejadian tahun 1969 dan mengisytiharkann darurat.Walaupun 1 undi dari masyarakat India, 1 itu terlalau banyak, dan merugikan kerana menandakan masih wujudnya keadaan semi-perhambaan Majoriti undi masyarakat India , klai ini akan lebih terarah kepada Pakatan Rakyat, dan tanda-tanda telah kelihatan ke arah kemajuan ini. Walabagaimanapun, NGO India,Hidndraf Makkal Sakhti dan HRP nampaknya hanya berdiam diri tentang mesej hari thaipusam Najib Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy patut sekurang-kurang nya berkata sesuatu berkenaan rayun nambikei Najib setelah beliau sedar dari kejutan.Yayasan Hak Asasi Manusia yang diketuai nya yang berpusat di UK juga sepatutnya bersama sama menangani isu ini. NGO masyarakat India yang lian mingkin juga mahu memberikan pendapat mereka berkenaan isu ini atau masyarakat akan fikir yang Najib telah bercakap benar.Tapi kita tak mahu dengar apa apa pendapat dari MIC. Indians are not imbeciles Masyarakat India mengharapkan kerajaan Umno untuk perunahan sebenar dan bukan mengumpan mereka sebagai manusia tidak cerdik yang boleh dibeli dengan memberikan wang yang tidak wujud kepada mereka. Membuat berbagai gimik dan kosmetik dengan menggunakan berbagai gaya bahasa yang terkini tidak akan berhasil memandangkan perpaduan MIC sendiri sudah semakin retak. Masyarakat India bukan hanya berharap pada bantuan kerajaan, samada dalam bentuk kewangan atau sebaliknya, dengan menggadaikan hak dan maruah bangsa. Masyarakat India punya harga diri dan mampu berdikari dan berusaha menangani maslah mereka sendir. Walau bagaimana pun,ini bukan tugas mudah untuk masyarakat India memandangkan UMNO, sejak dari awal-awal setelah tamatnya penjajahan British pada 1957, terus dinafikan hak mereka di bumi Malaysia. Tanpa rupa dan suara Walau pun mereka mempunyai jumlah pengundi yang hampir mencapai 1 juta, masyarakat India tidak mempunyai kerusi etnik majoriti di dewan undangan negeri mahupun Parlimen..Hal ini berbeza dengan 800,000 pengundi di Sabah,contohnya yang mempunyai 6 kerusi negeri dan 26 kerusi di Parlimen termasuk Labuan. Kaum India kekal tiada rupa dan suara dalam arena politik Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat tersebut terus di bebankan dengan 450,000 orang yang tidak diketahui asal nya , yang diambil kesempatan sebagai sumber sedia ada untuk buruh murahan dan ditambah dengan kehadiran pendatang tanpa izin dan buruh asing yang menjejaskan semua terutama masyarakat India Sebab utama kaum India dirayu oleh Najib ialah kerana mereka membentuk blok yang menentukan 67 kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia/ Kaum India boleh membuat pilihan ini atau kumpulan parti tersebut tiada jaminan yang mereka akan mendapat faedah dalam proses tersebut. Diskriminasi Tanpa kuasa politik kaum India akan terus di diskriminasi dikalangan semua kaum di Malaysia walaupun dengan sedikit hak mereka yang telah di ambil dari mereka. Satu contoh ialah penarikan semula pengiktirafan kerajaan terhadap universiti2 asing dimana pelajar Malaysia keturunan India mendominasi. Paling jelas, pelajar perubatan yang terlibat. Mereka dinafikan tempat di universiti tempatan milik kerajaan dibawah sisitem kouta , yang berteraskan perkauman, dan bukan merit sebagaimana sepatutnya. Satu lagi contoh ialah kuil Hindu di musnahkan walaupun kerajaan Najib mengumumkan peruntukan sedikit di atas kertas. Perkhidmatan awan menyekat perutukann tersebut kerana takut akan ke neraka. Hal yang sama berlaku kepada sekolah2 tamil yang terletak di atas tanah2 persendirian atau kerajaan dan tidak layak menerima geran Kementerian Pelajaran. Sekolah2 tersebut tidak lebih dari taraf kandang lembu walaupun bahasa Tamil ialah antara bahasa tertua dalam tamadun manusia. Kementerian lebih berminat memastikan pelajar membaca buku yang melabelkan kaum India sebagai keturunan bawahan.Tiada yang lebih menjatuhkan maruah selain dari ini. Kementerian masih belum menyelesaikan isu ini. Bagaimana kah kerajaan yang mendakwa berlandaskan nilai-nilai Islam boleh menghala kepada penindasan sedemikian? Rayuan nambikei Najib hanya terluah dari kerongkong nya dan akan menghancurkan pemerintahan nya, dengan sebab yang wajar sekali. Malaysia Chronicle |
PANAS: Pelajar belasan tahun tibai Rosmah... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2012 01:30 AM PST Surat Terbuka Buat Datin Seri Rosmah Mansor ( Laki Najib ) Dari Seorang Pelajar Assalamualaikum Datin Seri. Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun. Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini. Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya! Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, 'menelan' buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi! Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati, Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda. KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT Datin Seri, Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang 'mencuri' masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali. Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan. Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan! Datin Seri, Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik? Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU! Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu? Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini. Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan! Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga 'penyelarasan-penyelarasan' harga, teramatlah menyulitkan kami semua. Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan. Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi. Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima. Datin Seri yang saya hormati, Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat! Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak! 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' |
Pegawai kerajaan pun naik muntah hijau ngan kelaku Rosmah... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2012 12:00 AM PST Luahan penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan. Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap dan agihkan kepada penerima. Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual. Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan dengan sempurna dan menyeluruh. Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang. Memang haru biru. Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak. Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan terutamanya penyokong mereka sendiri. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com INTIPATI BAJET 2012 Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article |
Mampuih UMNO nak percaya Isa Samad kemaruk duit banyak nih... kahkahkah... Posted: 12 Feb 2012 10:00 PM PST Isa guna RM353,000 wang Felda buat rumah terbuka? Hazayani Zakaria, KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson. "Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu. "Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda. Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah. "Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya. Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut. "Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya. |
PADAH!! Bila Rosmah dah muntah hijau... kahkahkah... Posted: 12 Feb 2012 08:00 PM PST Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno. Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau. "Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle. Pendedah maklumat yang dirahisakan Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib. "PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau," ujar orang dalam Umno. Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia. Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu. Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri. Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008. Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC? Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri. Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC "daripada Adam". Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut. Ada yang berbohong Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati. Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu. "Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas. Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah." Malaysia Chronicle |
FAKTA!! Cina lebih tau dari Melayu... Posted: 12 Feb 2012 06:00 PM PST KENAPA ORANG CHINA TAK SOKONG NAJIB ORANG CHINA LEBIH TAHU NOTA: masyarakat china lebih tahu mereka mendapat maklumat yang hampir tepat berbanding dengan masyarakat melayu kerana itu mereka tahu siapa najib mereka tahu berapa kali rosmah menjanda inilah kekuatan akhbar china DAKWAAN RPK TIDAK BERASAS - meloya KUALA LUMPUR 11 Feb. – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) kononnya beliau dalang yang membocorkan maklumat berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC). Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Nong Chik berkata, usaha tersebut sebahagian taktik pembangkang untuk melaga-lagakan beliau dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Anda boleh tanya balik dengan Shahrizat dan suaminya, Mohamad Salleh Ismail, adakah saya dalang dalam isu ini? Saya yakin 100 peratus, mereka akan kata tidak," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran penduduk Blok 16 Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan RPK yang dimuatkan dalam portal freemalaysiatoday bahawa Raja Nong Chik sebagai dalang membocorkan maklumat berhubung isu NFC melibatkan Shahrizat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH.... kah kah kah.. kah kah kah.... DAKWAAAN RAJA PETRA TAK BERASAS?.... kah kah kah... kah kah kah...BIAR BETUL.... kah kah kah.... kah kah kah... YANG BERASAS HANYA TENTANG PAKATAN RAKYAT....kah kah kah.. kah kah kah...KALAU TENTANG GEROMBOLAN .... TIDAK BERASAS.... kah kah kah.. kah kah kah..TENTANG NAJIB ENTOT ALTANTUYA ... TAK BERASAS.... kah kah kah.. kah kah kah...TENTANG IGP REMBAT DUIT CHINA DOLL TAK BERASAS.... kah kah kah... Bro TT |
Apa Hampa nak buat bila baca berita camnih... Posted: 12 Feb 2012 04:00 PM PST Mereka lapar hingga terpaksa mencuri Oleh: tiongmas "Kanak-kanak ini .... Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. Kenapa? Sebab nak beli beras. Kami lapar sgt, kata mereka.Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap, kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. "Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, Barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni." Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. Tak makan, jawabnya. Sebelum ke KAFA? Tak makan. Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami. "Jadi.. ni baru Izam nak makan?" Dia mengangguk. Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari. Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan. Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. "Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah," katanya. Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya " Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?" Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. "Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe," rayunya. Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. "Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?" kata Ustazah Hawa. "Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepas tu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar." Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: "Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit." (Bukhari, Muslim) Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut: Maybank MBB account - 164388710655 (SAKINA BINTI HAJI MOHAMED). Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com. RHB Account number 1-12479-00092090 (TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI) Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com. Sumbangan terus kepada: Bank Islam SAR AL-INSANIAH Acc no: 12047010031372 Atau hubungi Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191 Ustazah Norazainah 0173217971 Sila sebarkan. bantulah mereka semampu kita |
WAJIB BACA: Ramai tak tau yang patut depa ambik tau... Posted: 12 Feb 2012 02:30 PM PST Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai Oleh: kamal_hasan Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai. 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh. - Sekadar penyampaian dari artikel asal, zaidimokhtar.com |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan