Isnin, 13 Februari 2012

Addin

Addin


Panas!! VIP Bakal Sertai PAS?

Posted: 13 Feb 2012 08:30 AM PST

Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka.

Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru.

Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini.

Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan. ~mutaligat


Menteri Nih Selalu Datang Lewat?

Posted: 13 Feb 2012 07:25 AM PST

Menteri yang mengetuai sebuah negeri di selatan tanahair nih selalu je ada cerita kontroversi, boleh katakan antara menteri yang famous ler. Dari sekolah asrama penuh bagi budak-budak terlanjur sehinggakan pembinaan keretapi 'masuk pintu keluar tingkap'.. ade je kontroversi yang melanda. Kerap kali jugak Addin dengar cerita-cerita pasal perangai menteri nih yang selalu datang lewat ke program-program rasmi tapi Addin tak berapa ambik port sangat. Kebetulan hari nih Addin dapat maklumat yang mengatakan menteri nih datang lewat lagi ke satu program rasmi.

Cerita-cerita menteri nih selalu datang lewat telah menjadi bualan rakyat negeri nih. Baru-baru nih, sahabat Addin bagitau program penyerahan duit RM500 (BR1M) pun menteri nih datang lewat. Berjam-jam sahabat Addin nih menunggu baru lah muncul batang hidung menteri nih. 

Sehinggakan dikatakan ada pergaduhan kecil berlaku, mybe tension sebab lama sangat menunggu kot. Sebelum nih, ada cakap-cakap yang mengatakan kalau di sidang Dewan Undangan Negeri.. sidang dah berjalan menteri nih baru sampai. Kalau keje ofis, pakat merah je ler punch kad..

Addin :

Paling pelik.. ada yang menangis mata sampai keluar air mata darah mempertahankan menteri RASUAH!!


Ali Rustam Makin Menggigil.. Kenapa?? (Kemaskini)

Posted: 13 Feb 2012 05:22 AM PST

Ali Rustam semakin menggigil sekarang.. apa tidaknya, kerusi Dun Bukit Baru yang memenanginya pada PRU12 hampir dirampas oleh Pakatan Rakyat. Pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh BN. Kedengaran suara-suara yang mengatakan Ali Rustam tidak akan bertanding di kerusi Dun Bukit Baru pada PRU 13 ini. 

Mungkin mencari-cari kerusi selamat seperti di Parlimen Tangga Batu. Pelbagai program di anjurkan sekarang terutamanya di Dun Bukit Baru. Boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu kawasan Bukit Katil sibuk dengan program Umno. 

Guru kesal Karnival PIBG jadi program BN

 
BUKIT KATIL, 13 Feb: Beberapa orang warga pendidik sekitar Parlimen Bukit Katil kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Melaka yang menggunakan kuasa politik untuk mewajibkan guru-guru dan murid-murid hadir pada Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Sabtu lalu.

Lebih malang lagi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga dilibatkan untuk menjayakan program tersebut.

Walaupun program itu dilihat sebagai anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri tetapi jelas ianya dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program.

Surat jemputan program tersebut ditandatangani sendiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Osman.

Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Aini Othman, 42, dari Ayer Molek berkata ada sekolah yang sepatutnya menggantikan cuti pada hari Sabtu itu terpaksa menangguhkannya semata-mata kerana karnival tersebut.

"Semua guru wajib hadir ada surat lain yang mewajibkan guru hadir yang dihantar oleh JPN.

Rakan beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azani Basir, 36, berkata sekolah diwajibkan menghantar guru untuk bertanding antaranya pertandingan koir termasuk sekolah agama.

"Sekolah-sekolah wajib menghantar penyertaan, kalau tidak guru yang tak datang dikenakan surat tunjuk sebab.

"Bayangkan sekolah-sekolah parlimen Bukit Katil ada lebih kurang 35 buah sekolah, mereka akan dapat berapa sumbangan dari PIBG, duit itu pula siapa yang dapat," tambah Azani yang tinggal di Ayer Molek.

Sementara itu bekas pendidik, Yusof Wahab, 56, berkata tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang membiarkan jabatan itu dipolitikkan amat dikesali.

"Guru dan pelajar-pelajar dipaksa untuk hadir program tersebut dan mereka menggunakan program ini untuk berkempen di mana bendera-bendera BN penuh digantung dalam kawasan karnival.

"Nampak jelas BN Melaka amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan JPN untuk memastikan guru-guru dan ibu bapa hadir untuk mendengar ucapan pemimpin BN," katanya.

Antara pemimpin BN yang hadir selain Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin; Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamed.~hrkh

Ali Rustam Makin Menggigil.. Kenapa??

Posted: 13 Feb 2012 02:27 AM PST

Semasa PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya tidak banyak berbeza berbanding pilihanraya lalu. BN tetap menang banyak kerusi untuk memerintah. DAP tetap menang kerusi dun dalam parlimen Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil. Adakah PAS dan PKR tiada sokongan? Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak menang tapi mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi ditandingi.

Undi Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah tapi tidak tinggi, hanya mencapai purata 50 - 55 %.

Berbeza dengan undi bukan Melayu yang diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50% pengundi Melayu.

Bagi PRU 13, PAS Melaka optimis boleh menang 9 kerusi yang ditandingi. Bolehkah PAS Melaka menang ? boleh sekiranya undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% .

Perkara ini tidak mustahil kerana 'mood' orang Cina untuk memberi undi kepada PR berlaku di seluruh negara. Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam PR. Walaupun tidak dijangkakan setinggi undi yang bakal diterima DAP, namun tetap tinggi berbanding PRU 12.

Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka tidak berubah banyak berbanding PRU 12. Ada kerusi akan meningkat, ada juga yang akan menurun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi khidmat kepada rakyat.

Memandangkan PAS bertanding di kebanyakan kerusi majoriti Melayu dan undi Melayu kepada PR sekitar purata 25 – 30%, penulis tidak jangka PAS Melaka boleh menang 9 kerusi. Penulis jangka PAS Melaka ada harapan besar untuk menang di 6 kerusi sahaja seperti di bawah:
1. Kuala Linggi
2. Lendu
3. Durian Tunggal
4. Asahan
5. Bukit Baru
6. Merlimau
Begitu juga dengan PKR yang pastinya menampilkan calon yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat . Tidak seperti PRU 12 yang ramainya ,maaf cakap 'tangkap muat'. Sekiranya kerusi yang sama ditandingi PKR, penulis jangka PKR mampu menang di kerusi berikut :
1. Rembia
2. Gadek
3. Machap
4. Paya Rumput
5. Rim
Berdasarkan pola pengundi Cina yang kuat menyokong DAP , penulis jangka DAP mampu mengekalkan 5 kerusi yang dimenangi semasa PRU 12 dan menambah 2 kerusi lagi iaitu Duyung dan Kelebang. Kerusi – kerusi yang dijangka DAP menang seperti berikut :
1. Kesidang
2. Kota Laksamana
3. Bandar Hilir
4. Bachang
5. Ayer Keroh
6. Duyung
7. Kelebang
Secara keseluruhannya, BN berada dalam keadaan bahaya di 18 kerusi dun daripada 28 kerusi yang terdapat di Melaka.

Manakala 3 kerusi parlimen yang menjanjikan persaingan sengit iaitu Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Parlimen Kota Melaka adalah kerusi tradisi dimenangi DAP sejak beberapa pilihanraya lepas.

Jangkaan ini melihat kepada suasana politik semasa di dalam negara. Penulis yakin Pesuruhjaya PAS yang baru Adli Zahari dan Samsul Iskandar dari PKR mampu merangka strategi berkesan bagi PAS dan PKR memenangi kerusi yang ditandingi.

PR berpotensi untuk menang di Melaka dan BN sebenarnya dalam keadaan begitu tertekan. Buktinya, tindakan provokasi berlebihan terhadap ceramah PR. Malah, Ketua Menteri Ali Rustam juga dikatakan berkira-kira bertanding di kerusi lain yang lebih selamat.

Addin :

Tadi semasa perhimpunan, Ali Rustam kelihatan sugul..


Tiada ulasan: