BRIGED MP SEGAMBUT |
- Hisham: M'sia bukan tempat selamat bagi yang diburu
- PAS PARTI SESAT?
- janji janji pm:tolong senaraikan sudah tunaika belum?
Hisham: M'sia bukan tempat selamat bagi yang diburu Posted: 12 Feb 2012 09:17 PM PST Menteri Dalam Negeri hari ini mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengusir pulang wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari dengan berkata tindakan itu bagi mengelakkan Malaysia daripada dianggap sebagai tempat selamat bagi mereka dikehendaki atau diburu oleh negara asal mereka. "Saya tidak akan benarkan Malaysia dijadikan negara yang selamat untuk pengganas dan mereka yang dikehendaki oleh negara asal mereka atau juga dilihat sebagai sebuah negara transit," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada wartawan selepas menghadiri sebuah persidangan antarabangsa di Petaling Jaya, Selangor. Beliau juga menafikan dakwaan bahawa terdapat injunksi mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan pengusiran itu. "Saya tidak terima apa-apa injunksi. Jika mahkamah memberi injunksi, kita akan patuh," kata Hishammuddin, yang diiringi oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. "Juga tidak ada permintaan dari Interpol seperti yang didakwa sesetengah pihak, cuma ada permintaan dari kerajaan Arab Saudi," katanya. Semalam Hamza yang ditahan pihak berkuasa negara ini, minggu lalu diusir pulang. Beliau dalam percubaan melarikan diri dari Arab Saudi setelah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam pada Twitternya. Pengusiran pulang itu menyaksikan bantahan di kalangan NGO tempatan dan juga masyarakat sivil yang mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia kerana Hamza berkemungkinan menghadapi hukuman mati di negaranya. [Baca berita penuh] |
Posted: 12 Feb 2012 05:43 PM PST Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa PAS sebagai 'parti ajaran sesat'. Malah, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ahmad dikatakan bersedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. "Ikut pandai dia lah (terserah pada PAS), saya tunggu (bila PAS akan saman). Saya tak akan tarik balik. "Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah," kata menteri besar itu dipetik oleh akhbar milik Umno itu. Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata Ahmad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat" ataupun berdepan dengan tindakan mahkamah. Katanya, tuduhan oleh menteri besar itu adalah sesuatu yang sangat berat. Mengulas isu itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dipetik berkata, beliau tidak akan tunduk dengan desakan PAS itu kerana penyelewengan dan kesesatan yang dibawa parti itu terhadap umat Islam bukanlah perkara baru. "Tapi dia kata kita (BN dan Umno) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa," katanya dipetik Utusan. Menteri besar itu juga dilaporkan berkata 'Amanat Haji Hadi' dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah, adalah bukti yang jelas dan nyata berhubung dakwaannya itu. "Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub," katanya lagi. |
janji janji pm:tolong senaraikan sudah tunaika belum? Posted: 12 Feb 2012 04:00 PM PST |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan