shalehudin |
- Pasai apa Dia masuk PAS...
- PANAS: Tak berbaloi Rosmah korbankan rambut kembangnya... kahkahkah...
- PANAS!! Dari sumber dalaman UMNO... kahkahkah...
- KISAH BETOI: Pasai apa Cina tak sokong Najib...
- FAKTA: Najib memang ketegaq sejak azali... kahkahkah...
- TERKINI: Malaysia usir wartawan Saudi...
- PENTING!! Jangan biaq Najib terlepaih kali nih... Tibai sampai lembik...
- Video: Isa Samad difitnah lagi... kahkahkah...
- Dia ni bikin malu kompeni laa...
- PENTING: Camana tak mau jadi mandul...
Posted: 12 Feb 2012 11:00 AM PST |
PANAS: Tak berbaloi Rosmah korbankan rambut kembangnya... kahkahkah... Posted: 12 Feb 2012 09:00 AM PST Rayuan 'nambikei' Najib menjerat diri: Tiada undi dari kaum India Perdana Menteri Malaysia,Najib Razak tidak akan berhasil dengan rayuannya sempena hari Thaipusam yang menggesa masyarakat India terus meletakkan kepercayaan mereka (nambikei) kepada Umno. Mungkin itu stu satu perkataan bahasa tamil yang diketahui beliau. Mesej tersebut, menghina tahap intelek masyarakat tersbeut, didapati dalam blog beliau http://www.1malaysia.my.blogsite. Adalah sangat memalukan dan menghina dan mencemarkan hari mulia masyarakat Hindu,sembahyang dan puasa dan meditasi dengan politik murahan. Guru hindu najib, atau penasihat belia dalam hal ehwal masyarakat Hindu harus dipecat serta merta atau jika bukan salah individu tersebut tetapi MIC, maka individu tersebut patut meninggalkan Najib dalam protes.. Nambikei ialah perkataan yang disalahguna dalam menyeru masyarakat yang berikrar dengan makhal sakthi sejak kebangkitan Hindraf di jalanan sekitar Kuala Lumpur 25 November 2007, dan ralli Rose di Putrajaya pada pertengahan Februari tahun berikutnya dan tsunami politik pada Mac 2008 yang memberi kuasa kepada pembangkang Pakatan Rakyat di lima negeri dan di Kuala Lumpur. Semi-slaves Selepas 50 tahun menjadi semi hamba di bawah Umno, masyarakat bawahan ialah yang paling menderita. Parti pemerintah Najib jelas kelihatan hilang kepercayaan di kalangan masyarakat india. Lebih buruk lagi, najib sacara berterusan membuat janji-janji palsu dan kosong kepada masyarakat tersebut. Pada masa yang sama, beliau terus mengekalkan dongeng bahawa masyarakat India masa kini berramai-ramai kembali kepada MIC, orang suruhan Umno, dan Barisan Nasional sedang menuju kehancuran setelah sekian lama menipu rakyat utnuk lebih setengah abad. Rayuan kerajaan, kekal sebagai rayun, peruntukan kekal sebagai hanya peruntukan di atas kertas. Perkhidmatan awam, yang dikuasai oleh satu komuniti fanatik dan bersifat perkauman, tidak mungkin akan memberi sebarang dana kepada masyarakat India atau menunaikan janji janji Najib setakat ini Satu undi masyarakat India pun tidak patut diberi kepada Najib Najib boleh membuat rayuan demi rayuan selama mana yang beliau mahu, atau menindas lagi masyarakat berkenaan nambikeri, masyarakat India tidak akan berganjak walau seinci. Beliau tidak akan berjaya memenangi 1 pun undi masyarakat India pada pilihanraya umum ke 13 yang dijangka berlangusng pada bulan Mei tahun ini atau tahun hadapan; jika beliau tidak mengambil ikhtibar dari bapanya dari kejadian tahun 1969 dan mengisytiharkann darurat.Walaupun 1 undi dari masyarakat India, 1 itu terlalau banyak, dan merugikan kerana menandakan masih wujudnya keadaan semi-perhambaan Majoriti undi masyarakat India , klai ini akan lebih terarah kepada Pakatan Rakyat, dan tanda-tanda telah kelihatan ke arah kemajuan ini. Walabagaimanapun, NGO India,Hidndraf Makkal Sakhti dan HRP nampaknya hanya berdiam diri tentang mesej hari thaipusam Najib Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy patut sekurang-kurang nya berkata sesuatu berkenaan rayun nambikei Najib setelah beliau sedar dari kejutan.Yayasan Hak Asasi Manusia yang diketuai nya yang berpusat di UK juga sepatutnya bersama sama menangani isu ini. NGO masyarakat India yang lian mingkin juga mahu memberikan pendapat mereka berkenaan isu ini atau masyarakat akan fikir yang Najib telah bercakap benar.Tapi kita tak mahu dengar apa apa pendapat dari MIC. Indians are not imbeciles Masyarakat India mengharapkan kerajaan Umno untuk perunahan sebenar dan bukan mengumpan mereka sebagai manusia tidak cerdik yang boleh dibeli dengan memberikan wang yang tidak wujud kepada mereka. Membuat berbagai gimik dan kosmetik dengan menggunakan berbagai gaya bahasa yang terkini tidak akan berhasil memandangkan perpaduan MIC sendiri sudah semakin retak. Masyarakat India bukan hanya berharap pada bantuan kerajaan, samada dalam bentuk kewangan atau sebaliknya, dengan menggadaikan hak dan maruah bangsa. Masyarakat India punya harga diri dan mampu berdikari dan berusaha menangani maslah mereka sendir. Walau bagaimana pun,ini bukan tugas mudah untuk masyarakat India memandangkan UMNO, sejak dari awal-awal setelah tamatnya penjajahan British pada 1957, terus dinafikan hak mereka di bumi Malaysia. Tanpa rupa dan suara Walau pun mereka mempunyai jumlah pengundi yang hampir mencapai 1 juta, masyarakat India tidak mempunyai kerusi etnik majoriti di dewan undangan negeri mahupun Parlimen..Hal ini berbeza dengan 800,000 pengundi di Sabah,contohnya yang mempunyai 6 kerusi negeri dan 26 kerusi di Parlimen termasuk Labuan. Kaum India kekal tiada rupa dan suara dalam arena politik Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat tersebut terus di bebankan dengan 450,000 orang yang tidak diketahui asal nya , yang diambil kesempatan sebagai sumber sedia ada untuk buruh murahan dan ditambah dengan kehadiran pendatang tanpa izin dan buruh asing yang menjejaskan semua terutama masyarakat India Sebab utama kaum India dirayu oleh Najib ialah kerana mereka membentuk blok yang menentukan 67 kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia/ Kaum India boleh membuat pilihan ini atau kumpulan parti tersebut tiada jaminan yang mereka akan mendapat faedah dalam proses tersebut. Diskriminasi Tanpa kuasa politik kaum India akan terus di diskriminasi dikalangan semua kaum di Malaysia walaupun dengan sedikit hak mereka yang telah di ambil dari mereka. Satu contoh ialah penarikan semula pengiktirafan kerajaan terhadap universiti2 asing dimana pelajar Malaysia keturunan India mendominasi. Paling jelas, pelajar perubatan yang terlibat. Mereka dinafikan tempat di universiti tempatan milik kerajaan dibawah sisitem kouta , yang berteraskan perkauman, dan bukan merit sebagaimana sepatutnya. Satu lagi contoh ialah kuil Hindu di musnahkan walaupun kerajaan Najib mengumumkan peruntukan sedikit di atas kertas. Perkhidmatan awan menyekat perutukann tersebut kerana takut akan ke neraka. Hal yang sama berlaku kepada sekolah2 tamil yang terletak di atas tanah2 persendirian atau kerajaan dan tidak layak menerima geran Kementerian Pelajaran. Sekolah2 tersebut tidak lebih dari taraf kandang lembu walaupun bahasa Tamil ialah antara bahasa tertua dalam tamadun manusia. Kementerian lebih berminat memastikan pelajar membaca buku yang melabelkan kaum India sebagai keturunan bawahan.Tiada yang lebih menjatuhkan maruah selain dari ini. Kementerian masih belum menyelesaikan isu ini. Bagaimana kah kerajaan yang mendakwa berlandaskan nilai-nilai Islam boleh menghala kepada penindasan sedemikian? Rayuan nambikei Najib hanya terluah dari kerongkong nya dan akan menghancurkan pemerintahan nya, dengan sebab yang wajar sekali. Malaysia Chronicle |
PANAS!! Dari sumber dalaman UMNO... kahkahkah... Posted: 12 Feb 2012 07:55 AM PST Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno. Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau. "Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle. Pendedah maklumat yang dirahisakan Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib. "PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau," ujar orang dalam Umno. Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia. Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu. Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri. Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008. Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC? Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri. Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC "daripada Adam". Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut. Ada yang berbohong Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati. Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu. "Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas. Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah." Malaysia Chronicle |
KISAH BETOI: Pasai apa Cina tak sokong Najib... Posted: 12 Feb 2012 03:00 AM PST KENAPA ORANG CHINA TAK SOKONG NAJIB ORANG CHINA LEBIH TAHU NOTA: masyarakat china lebih tahu mereka mendapat maklumat yang hampir tepat berbanding dengan masyarakat melayu kerana itu mereka tahu siapa najib mereka tahu berapa kali rosmah menjanda inilah kekuatan akhbar china DAKWAAN RPK TIDAK BERASAS - meloya KUALA LUMPUR 11 Feb. – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) kononnya beliau dalang yang membocorkan maklumat berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC). Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Nong Chik berkata, usaha tersebut sebahagian taktik pembangkang untuk melaga-lagakan beliau dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Anda boleh tanya balik dengan Shahrizat dan suaminya, Mohamad Salleh Ismail, adakah saya dalang dalam isu ini? Saya yakin 100 peratus, mereka akan kata tidak," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran penduduk Blok 16 Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan RPK yang dimuatkan dalam portal freemalaysiatoday bahawa Raja Nong Chik sebagai dalang membocorkan maklumat berhubung isu NFC melibatkan Shahrizat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH.... kah kah kah.. kah kah kah.... DAKWAAAN RAJA PETRA TAK BERASAS?.... kah kah kah... kah kah kah...BIAR BETUL.... kah kah kah.... kah kah kah... YANG BERASAS HANYA TENTANG PAKATAN RAKYAT....kah kah kah.. kah kah kah...KALAU TENTANG GEROMBOLAN .... TIDAK BERASAS.... kah kah kah.. kah kah kah..TENTANG NAJIB ENTOT ALTANTUYA ... TAK BERASAS.... kah kah kah.. kah kah kah...TENTANG IGP REMBAT DUIT CHINA DOLL TAK BERASAS.... kah kah kah... Bro TT |
FAKTA: Najib memang ketegaq sejak azali... kahkahkah... Posted: 12 Feb 2012 01:00 AM PST Najib Tidak Peduli Nasihat Mufti Ada orang bertanya kepada saya - memusykilkan, kenapa Hasan Ali alias Hasan Akidah tidak menegur kehadiran Ha Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor ke Batu Cave untuk menyambut perayaan keagamaan Thaipusam. Saya tidak menjawab atau memberi andaian di atas apa yang berlaku itu, cuma berkata; "Hasan tidak membuat apa-apa teguran kerana Ngo yang dibentuk untuk memperjuangkan akidah ummah bernama Jati selepas beliau dipecat Pas masih belum dilancarkan lagi. Menurut Hasan Ngo akan dilancarkan pada 21 Februari ini. Kata saya kepada si penanya itu sambil berseloroh mungkin selepas 21 Februari ini baru Hasan Akidah akan memberi komen dan fatwanya terhadap tindakan Najib itu. Mungkin menjadi kesalahan atau tidak valid kalau dia menegur sebelum Ngo itu dilancarkan. Orang itu berkata kepada saya secara bercanda juga, apakah setelah dirasmi baru boleh tegur Najib, atau memang Hasan Akidah penakut dan membuat kritikan memilih bulu? Sepatutnya sebagai ulamak tersohor memiliki Phd beliau harus menegur sesiapa saja. Saya tidak memberi jawaban kerana persoalan itu saja-saja dilepaskan. Sedangkan orang itu saya kira dia sudah tahu kenapa Hasan tidak bingkas dan 'melembu' untuk mengkritik Najib seperti dia membedal Pas. Kenapa saya berfikir begitu, pertama saya kira dia merasa ilmu Hasan tidak cukup, kedua kerana orang yang hendak ditegur itu perdana menteri yang kini sudah menjadi idolanya selepas Najib mengambil pendekatan Islam Wasatiyyah. Cuba kalau pergi ke batu Cave itu Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim berkebut dikritiknya. Kalau begitu kata orang itu lagi macam mana dia (Hasan Akidah) mendabit dada sebagai pejuang akidah. Apakah soal akidah itu terkena ke atas Pas dan Anwar sahaja dan Najib tidak? Saya malas juga untuk menjawabnya dan saya biarkan kepadanya. Saya dah jelas seperti di atas tadi. Barang kali mungkin Hasan Akidah fikir tidak menjadi masalah sebab Najib orang Umno. Orang Umno yang menganut faham sekular merasakan tidak menjadi kesalahan untuk hadir ke tempat-tempat begitu. Bagi Hasan mereka yang berfahaman asabiyyah dibenarkan untuk memasuki rumah ibadat agama lain dan turut meraikan perayaan keagamaan itu. Tidak pelik bagi Umno tetapi pelik kepada Pas. Dan hari ini bila mana Mufti Perak Harussani Zakaria menegur perbuatan Najib itu jelas pegangan dan keyakinan agam syariat agama Hasan Akidah tidak sejauh mana atau mazhab Hasan Akidah menghalalkan perbuatan Najib itu. Atau pun beliau tidak jujur dalam membuat teguran dan memilih bulu. Asalkan Pas tidak boleh asalkan Anwar tidak boleh, kalau Umno orang yang ingin dikawaninya boleh? Harussani tanpa kompromi menyatakan terkilan atas perbuatan Najib itu yang diibaratkan sebagai menggadai akidah dan perbuatan itu sebagai syirik. Sebelum ini Harussani sudah pun memberi nasihat tetapi nampaknya Najib masih mengulangi perkara yang sama. Apakah yang boleh dihukum kepada manusia yang degil dan terus bergelumang dengan kekufuran? Harussani berkata majlis-majlis keagmaan seperti Thaipusam itu bukan patut dihadiri tetapi perlu dihindari kerana ia kurafat kerana ia majlis keagamaan dan budaya. Dalam pada itu Harussani juga hairan kenapa Menteri Agama tidak menasihati Najib? Sepatutnya Jamil Khir Bahrum memberi pandangan dari segi agama dan tidak begitu mementingkan soal politik. Benar agama tidak boleh dipisahkan dari politik, tetapi agama itu ialah Islam bukan dengan agama-agama lain. Sebenarnya Harussani tidak merasa hairan kalau Jamil Khir tidak berkata apa-apa kepada Najib. Kalau wang zakat beliau boleh benarkan untuk disalah gunakan apalah sangat dengan kunjungan Najib yang lengkap dengan memakai Kurta baju raya Thaipusam itu mengujungi batu Cave. Mungkin Jamil berfikir anak tangga untuk naik ke batu Cave tidak akan berubah dengan kunjungan Najib itu? http://msomelayu.blogspot.com/ |
TERKINI: Malaysia usir wartawan Saudi... Posted: 11 Feb 2012 10:31 PM PST Dakwaan hina Islam: M'sia usir wartawan Saudi Wartawan muda Arab Saudi yang mencetuskan kemarahan rakyat di negaranya akibat komennya di Twitter yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW telah diusir pulang oleh pihak berkuasa di Malaysia. Menurut AFP yang memetik seorang pegawai kerajaan Malaysia yang tidak mahu identitinya didedahkan, Hamza Kashgari, yang ditahan di negara ini minggu lalu selepas melarikan diri dari Arab Saudi, meninggalkan Kuala Lumpur dengan kawalan pegawai-pegawai Arab Saudi. Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi. Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi menggesa Malaysia supaya tidak mengusir penulis muda itu. Antaranya, penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu "bersubahat dengan menghantar Kashgari balik", sambil mendakwa beliau tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana. "Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman," katanya. Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya. Turut menyokong saranan itu adalah aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram. Beliau meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengusir Kashgari tetapi sebaliknya membenarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat isu tersebut. Fadiah Nadwa Fikri, seorang jurucakap kumpulan aktivis peguam - Lawyers for Liberty - pula berkata Kashgari adalah seorang penulis blog yang mengutuk "penindasan wanita". "Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas," katanya sambil menambah Malaysia seharusnya memberi suaka kepada Kashgari.- M'kini |
PENTING!! Jangan biaq Najib terlepaih kali nih... Tibai sampai lembik... Posted: 11 Feb 2012 09:30 PM PST Najib di Batu Caves: NGO, PAS mahu fatwa jelas Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terus mengundang pelbagai bidasan. Terbaru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (kanan) meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu. "Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," katanya yang dipetik Harakahdaily. Sehubungan itu, Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam. "Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu. Jumaat lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap perdana menteri yang didakwa "menggadai akidah" dengan hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Menurut Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Najib seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. "Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya dipetik portal The Malaysian Insider. Agama digadaikan Turut membidas Najib dan Rosmah adalah kumpulan NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS). Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah Najib tidak merasa bahawa tidak perlu dipedulikan sema ada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak? "Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik. "TERAS menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama," kata Mohd Azmi (pertama dari kiri, bersama Harussani, Hasan Ali) dalam satu kenyataan media. Menurut beliau, menghadirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak boleh diterima malah umat diingatkan menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam. Gambar sebesar patung berhala "Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi. Harussani juga dilapor membidas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan penasihat agama perdana menteri kerana gagal menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu. Pada acara tahun ini, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves dan pasangan itu dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. |
Video: Isa Samad difitnah lagi... kahkahkah... Posted: 11 Feb 2012 07:39 PM PST Isa guna RM353,000 wang Felda buat rumah terbuka? Hazayani Zakaria, KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson. "Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu. "Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda. Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah. "Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya. Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut. "Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya. |
Dia ni bikin malu kompeni laa... Posted: 11 Feb 2012 04:00 PM PST Skandal Pasir: Pengakuan Amirudin Memalukan PKR ADA sebab kenapa DUN Selangor mempunyai SELCAT (Select Committee for Competancy, Accountability and Transparency) atau dalam bahasa Melayunya, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor . Tujuan mengadakan jawatankuasa itu ialah untuk menyiasat kepincangan dan penyelewengan yang di dakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri, disamping tugas-tugas hakiki yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Asas, penulis menyatakan hal di atas ialah merujuk kepada pengakuan ADUN Batu Caves hari ini bahawa memang beliau ada mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat Double Dignity Sdn Bhd untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja pengorekan pasir daripada kerajaan negeri Selangor. Sedangkan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang pengarah Syarikat tersebut. Penulis tidak faham bagaimana keadaan ini berlaku. Soal Double Dignity mendapat kontrak pasir atau tidak dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bukan isu, pembunuhan Datuk Patrick juga bukan isu tapi isunya ialah kenapa Amirudin menyokong surat permohonan dari syarikat yang dia sendiri mempunyai kepentingan? Tidakkah ini secara terang dan jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa? Hasil semakan penulis, sudah ada blog-blog pro UMNO yang menuduh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin telah mengarahkan KSSB untuk menghapuskan semua data berkaitan dengan Double Dignity dan menghantarkannya kepada pejabat Menteri Besar. Walaupun tidak disusuli dengan sebarang bukti, tapi persepsi masyarakat ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan, memandangkan KSSB adalah anak syarikat kerajaan negeri sendiri!! Malah ada juga yang menuduh PKR sedang meniru strategi sama yang diamalkan oleh UMNO dalam usaha mendapatkan dana untuk aktiviti parti dengan mengambil sebahagian percentage dari kontrak kerajaan yang diberi kepada syarikat terbabit. Semua tanggapan sedemikian boleh menjejaskan parti kalau tidak dikawal dengan baik. Penulis dengan ini menggesa Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim menghadapkan Amirudin ke hadapan SELCAT dan mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut dengan secepat mungkin. Rakyat perlu diberitahu akan keadaan yang sebenar dan kerajaan negeri sendiri perlu dilihat telus dalam hal ini. Disamping mematikan semua khabar-khabar angin yang berkaitan. Penulis tidak berani lagi mengulas mengenai ADUN Seri Muda, Mat Shuhaime Shafei kerana ia melibatkan hal yang lebih teknikal seperti rakaman perbualan telefon dan sebagainya. Walaupun namanya juga tersenarai antara pengarah Syarikat tersebut, ia bukanlah satu isu besar kerana di Selangor, hanya Exco Kerajaan Negeri sahaja yang dilarang dari memegang jawatan dalam mana-mana syarikat. Tapi tidak salah kalau bersiap sedia dari sekarang. Ini kerana, seperti yang diterangkan Raja Petra Kamarudin (RPK) di dalam blognya, ini hanya satu permulaan, akan ada lebih banyak lagi yang datang.- SPR |
PENTING: Camana tak mau jadi mandul... Posted: 11 Feb 2012 02:30 PM PST 15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak Blog PenjagaKubur96 "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith ) 1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur. 3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan