Ahad, 12 Februari 2012

Addin

Addin


Panas!! Adun UMNO Cabut Lari..

Posted: 12 Feb 2012 08:15 AM PST


Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.

Mereka baru mengetahui pada akhir Januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong dan Kampung Cacar. Ketua JKKK, Setiausaha, Naib dan AJK JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu.

Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orang politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiausaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatankuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera.

Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyarakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari.

Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun dan Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan anak Yatim yang kini dirampas tanahnya oleh JKKK

                                             

Peserta demo berarak ke pejabat Adun Umno Paka


Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran


Pelajar muslimat juga turut serta

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!! 



Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup.

Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran.

Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said.

Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu "Datuk" Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB.

Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. 

Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam.

Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu??? ~ust.saifulbahri

Raja Nong Chik Dalang NFC?

Posted: 12 Feb 2012 03:23 AM PST

Umno Lembah Pantai menyangkal bahawa ketua mereka, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjadi dalang memberi maklumat pusat fidlot kebangsaan (NFC) kepada pembangkang. Dua bekas orang kuat Umno bahagian – Yusri Ahmad dan Zalina Abdul Halim – berkata, ahli parlimen Lembah Pantai sekarang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah terkeluar dari politik bahagian.

"Raja Nong Chik sudah memberi tahu bahawa beliau akan bertanding di Lembah Pantai. Beliau ketua bahagian, menteri dan timbalan ketua Umno Wilayah Persekutuan, beliau paling layak bertanding.

"Seharusnya ketua bahagian yang menjadi pilihan bertanding," kata Yusri, bekas ketua bahagian. Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa Raja Nong Chik yang memberikan rahsia tersebut kepada PKR.

Pengendali laman berita Malaysia Today itu mendakwa Raja Nong Chik berbuat demikian kerana beliau mahu menyingkirkan Shahrizat dari terus bertanding kerusi parlimen itu. Raja Nong Chik mahu bertanding di kerusi parlimen tersebut, kata Raja Petra.

`Tidak percaya'

"Saya tidak percaya dengan dakwaan Raja Petra itu," kata Yusri lagi. Zalina yang pernah menjadi ketua Puteri menambah, tidak munasabah untuk Raja Nong Chik memberi maklumat kepada pembangkang mengenai NFC itu.

Katanya, menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu tentu tahu implikasi memberi maklumat dalaman Umno kepada pembangkang.

"Terlampau banyak implikasi kepada parti (Umno) jika orang dalam melakukannya," tambah beliau. "Isu NFC itu telah dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara." ~fmt


Pelakon Aziz Satar Pun Dapat RM500 - BR1M

Posted: 12 Feb 2012 02:35 AM PST

Ingatkan Dato Aziz Satar, artis kaya. Beliau pula artis yang menyokong UMNO, sudah tentu dia dapat banyak habuan. Namun begitu,dia artis yang berpendapatan tidak tentu. "Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. 
 
Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat".kata Aziz Satar ,penyokong tegar UMNO.

Kelihatan pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, menerima RM500.00 BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani. ~sisibukit

Menteri Mengakui Malaysia Ada Hubungan Dagang Dengan Israel

Posted: 11 Feb 2012 11:53 PM PST

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda. Semalam (8 Feb), Badrul mengadakan sidang media di Komtar Pulau Pinang, menunjukkan dokumen membuktikan wujud hubungan dagang secara terus dengan Israel melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen itu, katanya, melibatkan dua syarikat berpengkalan di Johor yang didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv.

"Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel?," kata Badrul atau Chegu Bard dalam satu kenyataan yang disiarkan di blog beliau.

Menurut Chegu Bard, hasil dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit yang dibekalkan ke Israel.

"SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran, tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

"Rakyat sering didera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam masa sama negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel," ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Chegu Bard turut mengecam media milik Umno dan pimpinannya yang memutar belitkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal pada 26 Januari lalu.

Bagaimanapun, kata Chegu Bard, hipokrasi kerajaan terdedah pada November tahun lalu melalui sidang dewan rakyat apabila Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel.
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir kemudian mengakui hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini.
Menurut Chegu Bard, tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebut hubungan dagang itu bukan transaksi biasa.

Teck Hwa mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan kastam dan Miti yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang tidak siap dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia.

Chegu bard berkata, panik dan tidak mampu menjawab pendedahan itu, maka akhirnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan. ~keadilandaily

Addin :

Sebenarnya Umno yang talibarut Israel..


(Video) Ini Tak Sesat Ke Ahmad Said?

Posted: 11 Feb 2012 10:52 PM PST

Kata Ahmad Said MB Terengganu Pas 'parti ajaran sesat'.Ini bukan tuduhan baru malah Pas pernah dianggap parti komunis semasa era Tun Mahathir Mohamad untuk halalkan pembunuhan ulama As Syahid Ibrahim Libya dan anak muridnya di Kampung Memali , Baling pada tahun 1985.

Pada saya Umno boleh lakukan apa saja termasuk bunuh orang Pas , tembak orang Pas dan mereka tidak dianggap sesat termasuk dewakan perayaan agama orang lain demi keuntungan politik.

Pada tahun 2005 Umno dan Ahmad Said demi dendam kesumat politik yang tiada kesudahan terhadap orang Pas yang juga orang Melayu macam Umno telah merobohkan Masjid Bujal di Kemaman yang didirikan di atas sumbangan orangramai.

Bala Allah SWT bertimpa-timpa selepas itu di Terengganu hingga runtuhnya Stadium Bolasepak Gong Badak yang baru dibina dengan kos beratus juta ringgit.Hingga kini sruktur binaan stadium tersebut tidak dapat dibaik pulih!Banyak lagi yang runtuh baca di sini.

Bersatulah orang Melayu tolak Umno-BN dalam pru 13.Tiada apa lagi yang diharapkan kepada Umno untuk tolong orang Melayu dan Islam.Menteri agama sendiri senang-senang tibai duit zakat lepas tu senang -senang kata kami ambik dan ganti balik.Poorrah!Kalau kita buat macam tu dituduh pecah amanah dan masuk penjara tapi menteri agama Umno boleh aja!

Adakah secara terang-terangan kata Malaysia tak akan laksana hukum Islam, perlecehkan hukum Islam, hina hukum Islam tak sesat dan rosak akidah?Malah Umno bersekongkol dengan pemimpin MCA hina hukum Islam semau-maunya.~misaimerah

Mamat Nih Ke Pemberi Maklumat Isu NFC?

Posted: 11 Feb 2012 09:12 PM PST

Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat Jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai Ketua Wanita Umno. Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ada ura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk Timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memanggil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

 "Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat.

Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.

Pendedah maklumat yang dirahsiakan

Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi.

Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib.

"PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita.

Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EGM yang akan memalukan beliau," ujar orang dalam Umno.

Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu.

Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri.

Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008.

Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC?

Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri.

Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC "daripada Adam". Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut.

Ada yang berbohong

Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati.

Beliau bukan menenangkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu.

"Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas.

Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah.

Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah." ~malaysiachronicle

Addin :

Dah agak dah..


Tiada ulasan: