A Mum Of Three Mohd |
- Hasan Ali tak lepas tapisan lalu dihumban
- Awas!! Monyet yang sawan babi mula mengganas.
- Kisah WAL HALALKU... WA HARAMMU..
- Takutkan M Kutty kerana duniawi. Apa ke jadahnya?? Baik takutkan Allah SWT, selamat dunia dan akhirat
- UMNO dengan Pakatan Rakyat, ibarat langit dengan bumi
- Rahsia 'make up' Najib terbongkar!!
- Ahmad Maslan ada MASALAH ke??
Hasan Ali tak lepas tapisan lalu dihumban Posted: 12 Feb 2012 04:00 AM PST A very interesting N3. Ini satu lagi versi cerita, mengapa Hassan Ali dipecat daripada PAS. Rupanya dia tak lepas tapisan untuk terus bersama dalam Perjuangan PAS. Lantas, dia dihumban keluar. Hahahaha.... Dia tak lepas 'quality control'!! Ini N3 cut and paste dari blog sahabat Karat E-jau. Thank you fren. Terbongkar Akhirnya.. Inilah Sebab Hasan Ali Keluar PAS, Diceritakan Oleh seorang Ustaz. Kisah benar bagaimana terkeluarnya Hasan Ali dari Parti Islam Semalaysia (PAS).Untuk renungan bersama..Sirah menceritan bahawa kisah tapisan Allah terhadap pengikut Rasulullah bermula apabila Rasullullah diangkat oleh Allah untuk melakukan Isra' Wal Mikraj sebelum berlakunya Hijrahtulrasul ke Madinah. Mengapakah Allah mendahuli Isra' Wal Mikraj daripada Hijra Rasul Ke Madianah??Ini adalah disebabkan Allah ingin menguji hamba-hambanya yang betul yakin dengan Islam dan Perjuangan Rasullullah,setelah kembalinya Rasulullah dari Isra' Wal Mikraj. Maka mereka yang benar-benar yakin,ikhlas dan sanggup bekorban untuk islam sahaja yang layak mengikut hijrah Rasulullah ke Madidah bagi menubuhkah sebuah negara Islam berdaulat. Mengapakah Allah melakukan SARINGAN terhadap pengikut-pengikut Rasulullah yang berada di Mekah??Ini kerana hanya mereka yang benar-benar Ikhlas dan yakin dengan perjuangan Rasulullah dan sanggup bekorban bersama Rasulullah saja yang layak hijrah ke Madinah,kerana di sanalah Rasulullah perlukan mereka yang benar-benar ikhlas,istiqomah dan sanggup menghadapi rintangan bersama Rasullullah samada waktu senang atau waktu susah untuk bersama-sama Rasulullah mendirikan sebuah negara Islam yang cukup hebat. Justeru itu,mereka yang tidak yakin dan tidak mahu percaya dengan kata-kata Rasulullah dan mempertikaikan apa yang dibawanya,maka mereka ini akan meninggalkan jemaah Rasulullah.Begitu jugalah,dengan Dato' Hasan Ali atau sesiapa sahaja yang berada dalam jemaah islam akan disaring oleh Allah sekiranya kita tidak lagi yakin dengan kepimpinan dan menyalahi keputusan syura'.Kerana Allah memilih mereka-mereka yang benar ikhlas memperjuangankan agamanya sahaja yang layak diberi kemenangan atau syahid dalam perjuangan ke Putra Jaya untuk mendirikan sebuah Kerajaan Islam Berkebajikan!!InsyaAllah. Sumber : Kuliah Ustaz Haslan |
Awas!! Monyet yang sawan babi mula mengganas. Posted: 12 Feb 2012 01:30 AM PST |
Kisah WAL HALALKU... WA HARAMMU.. Posted: 11 Feb 2012 11:15 PM PST Tertarik dengan gambar yang terpapar dalam facebook Asyraf Wajdi Dusuki serta pandanganya tentang isu yang berkaitan. Tak tahulah gambar itu siapa punya kerja tangan. Pastinya orang itu cuba mengelirukan rakyat tentang para pemimpin negara yang ada kaitan dengan hukum syarak. Aku petik sedikit apa yang Farid Wajdi kata dalam status facebooknyer.... Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menggariskan bahawa meraikan upacara keagamaan agama lain adalah menyanggahi Syarak. Rasanyer ada beza antara MERAIKAN dengan MERASMIKAN serta MENZIARAHI dan MEMBERI PENGHORMTAN kepada orang yang telah meninggal dunia. Merasmikan bukan bermakna kita meraikan. Memberi penghormatan bukan bermakna kita menyembah. Tetapi.... kalau kita meraikan sesuatu upacara keagamaan, bersama-sama para penganutnya seperti Thaipusam, Krismas atau Hari Vesak dll, itu baru melanggar hukum syarak dan ditegah oleh Islam. Hakikat inilah yang ramai masih keliru, tapi sepatutnya setelah digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan akan hukumnya, kita sepatutnya sudah jelas dan tidak lagi terjebak dalam perbuatan tersebut. Malangnya, masih ramai yang tidak ambil pot tentang apa yang telah dinyatakan oleh Majils Fatwa Kebangsaan, malah terus melakukannya demi tujuan tertentu. Dalam hal ini, para pemimpin politik tidak terkecuali. Jadi... sebenarnya apakah tujuan gambar dia atas dibuat?? Hahahaha.... siapa yang bikin gambar tersebut mungkin juga mempunyai tujuan tertentu. Mungkin juga dia keliru?? Atau sengaja nak mengelirukan minda rakyat melalui propaganda bergambar seperti di atas?? Weh.... usah buat kerja bodoh dan cari dosa kering ler. Dan, aku setuju dengan pandangan si Asyraf Wajdi bahawa ulama tak boleh double standard dalam menyatakan kebenaran terutama tentang sesuatu isu yang menyentuh tentang akidah atau yang melanggar hukum syarak. Dalam menegakkan kebenaran dan hukum syarak... ulama tidak boleh selective.... ikut kepentingan masing-masing. Teguran mesti dibuat, without fear or favour, tak kira pemimpin itu dari pihak kerajaan mau pun pembangkang. Hukum agama tak boleh kita perkotakkatikkan. Jangan cari bala beb!! Sekian. Wallahua'lam.... Wassalam. |
Posted: 11 Feb 2012 09:15 PM PST Ek ele.... Dah pencen baru ler berani dedah itu dan ini. Tapi, sebenarnya semua orang.... in fact, satu dunia dah tahu bahawa sistem kehakiman Malaysia berada dalam genggaman si M Kutty tu. Tapi... pengakuan yang dibuat oleh seorang bekas Ketua Hakim negara mengukuhkan lagi bukti terhadap dakwaan kita selama ini. [sini] Selepas M Kutty, sistem kehakiman terus dikuasai oleh Eksekutif. Sebab tu.... mahkamah kita dilihat sebagai mahkamah kangaroo dan hakim-hakim kita pulak, macam badut kangkaroo. But of course ler, ada a few exceptionnyer. Ada juga dua tiga kerat hakim yang ada guts untuk menegakkan kebenaran. Mereka yang berani ini mungkin kerana takutkan Allah. Ya, they're the GOD fearing judges. Bukan ke, apabila kita jadi hakim, orang kata separuh kaki kita dah masuk ke dalam neraka. Hahahaha.... silap-silap hari bulan, seluruh jazad akan terhumban dan dibaham api neraka, na'uzubillah. Sebenarnya, bukan saja badan kehakiman jer yang di dalam genggaman pihak Eksekutif iaitu PM, tetapi juga institusi penting lain yang boleh membantu kerajaan semasa, terus berpaut pada kuasa. Institusi-institusi seperti.... SPR dan SPRM, malah PDRM dan Angkatan Tentera yang sepatutnya bernaung di bawah Yang di Pertuan Agong pun, 'telor' mereka dicengkam dan digenggam oleh kuasa Eksekutif. Punya ler jahatnyer kerajaan UMNO@BN ni. Sebab itulah, sistem pentadbiran negara kini, jadi caca marba. Tonggang terbalik. Lingkup negara beb!! Ini semua ialah 'hasil kerja tangan' si M Kutty dan diwarisi oleh 2 orang lagi Piem selepasnya. Dan, sebab itulah kita kena ubah kerajaan lahanat ini bagi membaik pulih kepincangan yang dibuat oleh M Kutty dan membentuk sebuah Malaysia Baru. Sebab tu juga, aku gelar M Kutty sebagai Bapa Pelingkup Negara!! Oleh demikian, selagi kita tak jatuhkan kerajaan jahat dan haprak ini, selagi itulah sistem pentadbiran negara akan terus kucar-kacir dan pincang. Keadaan ini akan merugikan negara secara amnya. Pelabur lari... pelauran tak masuk, negara pokai dan rakyat sengsara. Kalau kita lihat, sekarang ni, pelabur lagi suka melabur di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah kerana pentadbiran dan pengurusan di negeri-negeri tersebut bersih, cekap dan amanah serta reliable dan very accountable. Itu sebab, kadar pelaburan luar dan dalam negeri di negeri-negeri tersebut meningkat, hatta meningkatkan sumber pendapatan negeri. Makmur..... wa cakap lu, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Pendapatan meningkat... hutang menyusut dan rakyat juga dapat berkongsi nikmat kemakmurannya. Alhamdulillah.... Yang syiuk nyer, aku ada terbaca kenyataan anak manja M Kutty.... lupa entah kat mana, tapi dia kata, pentadbiran BN baik dan pelaburan negara juga meningkat. Lebih kurang macam tu ler dia kata, tapi.... dia tak sebut pulak negeri mana yang menyumbang kepada peningkatan tersebut. Haishh.... like father like son, pandai nak putar belit dan kelentong rakyat. Pigiiraahh!! Apa....??? Dia ingat rakyat bangang macam dia?? Berbalik kepada cerita bekas Ketua Hakin Negara iaitu Tun Dziaddin yang mendakwa para hakim takutkan Mahathir. Wei... apa ke jadahnyer takut pada manusia bernama M Kutty. Takutkan Allah SWT ler wei. Korang mati nanti..... M Kutty tak ikut sama masuk dalam kubor untuk tolong komer. Q and A... hanya antara komer dengan Allah SWT jer woi!! Hisshhhh... belajar tinggi-tinggi tapi tak guna otak!! Mereka ni nak takutkan Mahathir apa hal?? Mereka ada buat salah ke?? Atau... hanya kerana takut pangkat hilang dan peluang untuk naik tangga kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi dihalang oleh M Kutty?? Well... aku rasa its all about takut hilangnya nikmat duniawi. Sebab tu, mereka biarkan 'telor' mereka dicengkam kuat oleh M Kutty. Apa-apa pun... pendedahan yang dibuat oleh Tun Dziaddin ini diharapkan dapat mengubah pendirian rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. Kerajaan UMNO@BN ini mesti kita tumbangkan demi mewujudkan sebuah Malayisa baru. Ya.... Ubah dan selamatkan Malaysia!! |
UMNO dengan Pakatan Rakyat, ibarat langit dengan bumi Posted: 11 Feb 2012 07:30 PM PST N3 ini dicilok daripada blog Kuda Ranggi. Di-cut dan di-paste-kan sebijik-sebijik untuk N3 blog ini. Demi menyebarkan kebenaran, harap tuan punya blog halalkan. Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk IslamSaya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri. Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini. Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar. Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee). Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf? Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang. Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam. Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan. Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat. Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011. Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya. Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa. Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP. 1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta 2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00 Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00 Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00 Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00 Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00 3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) Tahun 2008 (BN).............TIADA Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta 4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ Tahun 2008 (BN)............TIADA Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00 Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00 Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00 5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID) Tahun 2008 (BN)............TIADA Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri 6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN Tahun 2008 (BN)..........TIADA Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP. [sumber] |
Rahsia 'make up' Najib terbongkar!! Posted: 11 Feb 2012 06:30 PM PST Banyak duit dibelanjakan untuk 'make up' 'wajah'nya agar nampak 'cantik dan berseri'. Tapi malang, 'rupa'nya masih HODOH. Kesian.... buat lagu tu, buat lagu ni tapi 'rupa' masih TAK SEMIAK!! Rakyat menyampah tengok dia!! Rahsia 'make up' Najib di sini. |
Posted: 11 Feb 2012 04:45 PM PST Shahrizat kata.... You tell me, mana menteri UMNO yang tak da masalah?? Hahahaha.... Ini soalan maut Shahrizat kepada semua menteri UMNO. Maksud tersiratnya... demer semua ada problem. Mungkin sebab tu... banyak yang tutup mulut, tak berani nak bersuara. Yang bersuara ialah mereka yang di luar UMNO dan tak jawat jawatan dalam kabibet Najib. Terkini... Ahmad Maslan pulak bercakap men-defend Shahrizat. Antara kata menteri bangang ni... "Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan. "Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Weh... kalau kau menteri dan suami kau dapat projek ratusan juta RM daripada kerajaan yang ko salah sorang anggota kabinetnya..... itu sudah tak betul. Pulak tu, syarikat suami ko tak der whatsoever pengalaman dalam bisness yang berkaitan dengan projek tersebut, wal hal ada lagi syarikat yang lebih layak, yang masuk tender, tapi ditolak. Aha, syarikat yang ada experience, tak dapat,... tapi yang tak der experience pulak yang dapat. Mengapa?? Sebab.... itu syarikat laki menteri. Inilah yang kita istilahkan sebagai kronisma dan nepotisma. Inilah unsur-unsur sebuah kerajaan yang tidak ada integriti. Kerajaan yang pincang!! Kemudian... si Ahmad Maslan boleh kata itu satu kebetulan. Hey... hotak kau!! Nak tahu kebetulan atau tidak.... tubuhkan RCI. Biar semua terdedah. Kalau kebetulan... dan tiada unsur kronisme.... saman mereka yang bikin fitnah. Si Ahmad Maslan ini ingat rakyat bodoh macam dia. Rakyat dah pandai. Mereka dah terdedah kepada banyak informasi. Usah nak kelentong mereka ler. Aku tertanya-tanya juga, mengapa si Ahmad Maslan sibuk mempertahankan Shahrizat?? Wei..... kamu ada MASALAH yang tak mahu orang tahu, ya?? [sumber] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan