shalehudin |
- Habih la Rosmah camni, Hindraf dah sawan babi
- Lain macam ja deal Najib kali nih... hihi...
- Jenih bijak tak boleh tumpang, bodo tak boleh diajar! Kahkahkah...
- Payah jugak nak berkawan ngan Anwar nih...
- Bengong sungguh kepala hotak puak-puak nih...
- Tiga mati bersama air ketum
- Betoi ka nih, Ular berkepala naga...
- BN akan menang pasai pembangkang BODO... kahkahkah...
- HOT!!! Payah cari wanita yang bijak dan berani camnih... kahkahkah...
- HOT!! Blogger UMNO tibai Hassan Ali... kahkahkah...
- TERHOT!! Ni dia parasit ummah...
Habih la Rosmah camni, Hindraf dah sawan babi Posted: 07 Feb 2012 09:30 AM PST Rekod Dunia : Hindraf bakal Saman PM RM55 Billon......Habislah Kak Ros.....!!!! KUALA LUMPUR 7 Feb. - Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) bakal menfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM55 billion. Saman ini didakwa atas tuduhan diskriminasi Kerajaan pimpinan Pengerusi BN itu terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta selama 55 tahun. Perkara ini disahkan Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu yang menjelaskan mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia. "Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini P.Uthayakumar dan M.Manoharan juga menjelaskan, saman tersebut bakal difailkan pada hari Khamis ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis. NONEPengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia. Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta. |
Lain macam ja deal Najib kali nih... hihi... Posted: 07 Feb 2012 08:00 AM PST Najib tegaskan India perlu 'nambikei' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan. Bercakap di harapan ribuan penganut Hindu yang merayakan Thaipusam di Batu Caves, beliau berkata negara ini memerlukan kerjasama antara masyarakat dan NGO India dengan kerajaan. "Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin. Beliau turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib memberi jaminan segala janji yang dibuat BN, sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain, akan tetap dilaksanakan. Katanya seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat. Beliau berkata komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini. "Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu. Najib berkata selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi SJKT baru di Selangor, Perak, Kedah dan Johor, seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini. Hadir sama ialah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Hussein. - M'kini |
Jenih bijak tak boleh tumpang, bodo tak boleh diajar! Kahkahkah... Posted: 07 Feb 2012 07:35 AM PST Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat Shahrizat tidak menamakan "penghendap", tetapi secara jelasnya merujuk kepada Rafizi Ramli dari PKR—Gambar oleh Yow Hong Chieh Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada "penghendap" dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu. Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini. "Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini. "Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat." Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut... seterusnya... |
Payah jugak nak berkawan ngan Anwar nih... Posted: 07 Feb 2012 04:00 AM PST Israel: Salah Faham Ke Atas Kenyataan Anwar Semakin Buruk SALAH faham berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi keselamatan Israel semakin memburuk. Semua penjelasan yang diberikan nampaknya tidak memberi sebarang kesan. Masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar akan benar-benar melindungi keselamatan Israel jka menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti yang sering kali ditohmahkan. Seorang rakan yang baru pulang dari menghadiri program politik yang membabitkan ANAK di sebuah penempatan Felda di Johor hanya mengelengkan kepala apabila ditanya mengenai respon masyarakat Felda terhadap kenyataan Anwar itu. "Semua pun tuduh Anwar bela dan dibela yahudi", katanya ringkas. Tambah memburukkan keadaan, kunjungan Anwar ke Turki baru-baru ini dijadikan 'bukti' untuk menunjukkan bagaimana Anwar mahu mengukuhkan hubungannya dengan Israel kerana Turki adalah antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Anwar diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan sering menjadikan negara itu sebagai contoh dalam membayangkan bentuk kerajaan Malaysia dibawah pimpinannnya. Tidak cukup setakat di dalam negeri, salah faham sama turut berlaku di luar negara. Akhbar Indonesia Rakyat Merdeka hari ini memetik kenyataan Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto yang menyifatkan kenyataan Anwar itu agak keterlaluan dan menyakitkan hati orang Islam. Hery dipetik sebagai berkata:- Saya kira ini pernyataan yang sangat ceroboh dan berlebihan. Dukungan Anwar ini bisa menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam dunia, di saat dunia internasional menyerukan dan mendukung perjuangan bangsa Palestina melepaskan diri dari penjajahan Israel," Pada minggu lepas, Duta Palestin ke Malaysia juga mengeluarkan kenyataan mengutuk Anwar atas kenyataannya yang disiarkan di dalam akhbar The Wall Street Journal itu. Penulis lihat ada keperluan supaya keadaan ini diperbetulkan dengan seberapa segera. Dalam beberapa entri membincangkan perkara sama sebelum ini, penulis ada menyebutkan keperluan untuk semua pemimpin Pakatan Rakyat bersatu suara dalam hal ini. PAS mungkin boleh diketepikan kerana parti tersebut yang diketahui agak konsisten dalam menyatakan pandangan berkaitan hubungan dengan Israel – keadaan yang masih tidak berubah walaupun dasar perjuangan parti telah berubah.- SPR |
Bengong sungguh kepala hotak puak-puak nih... Posted: 07 Feb 2012 02:45 AM PST JAIM serbu majlis guna tema seks SEORANG penguat kuasa JAIM (kanan) menurunkan kain rentang penganjur sambutan Maulidur Rasul di Krubong Perdana, Melaka semalam. MELAKA – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai. Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama. Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai. Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat "Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam," katanya di sini semalam. Kosmo |
Posted: 07 Feb 2012 12:00 AM PST NIBONG TEBAL: Air ketum dipercayai menjadi tonik pemberi tenaga kepada tiga lelaki yang mati ditembak polis berhampiran Plaza Tol Jawi dekat sini, pagi semalam, untuk berjaga malam bagi menjalankan aktiviti jenayah, termasuk pecah rumah dan samun bersenjata di sekitar negeri ini. Air berkenaan ditemui dalam kenderaan dinaiki mereka ketika ditembak mati di Kilometer 160 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke selatan berhampiran susur keluar ke Jawi, di sini awal pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, pihaknya menemui baki air ketum dalam kenderaan dinaiki suspek yang dipercayai digunakan untuk memberi tenaga kepada mereka. "Saya percaya mereka jadikan air ketum sebagai sumber tenaga untuk bergiat aktif melakukan jenayah pada sebelah malam," katanya. Dalam kejadian jam 1.45 pagi semalam, tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditembak mati di tepi lebuh raya selepas seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri. Berdasarkan pengenalan diri diperoleh daripada suspek di tempat kejadian, lelaki tempatan yang maut dikenali sebagai Abdul Karim, 42, dari Seberang Jaya, manakala dua lagi ialah Julie dan Sudirman, masing-masing berusia 30 tahun. Polis menerima maklumat mengenai sekumpulan penjenayah menaiki kereta Hyundai Elantra dan sepasukan anggota ronda cegah jenayah di kawasan lebuh raya mengesan kereta berkenaan di Plaza Tol Juru, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi. Polis mengekori mereka sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum mengarahkan pemandu kereta itu berhenti 15 minit kemudian, tetapi pemandu berkenaan enggan mematuhi arahan menyebabkan polis menghalang depan dan belakang kereta itu dengan kereta peronda. Sebaik polis mendekati kereta itu dan memperkenalkan diri, seorang daripada penumpang kenderaan keluar melalui pintu belakang sebelah kiri dan cuba melarikan diri sambil melepaskan tembakan menyebabkan polis membalas tembakan dan mengenai lelaki itu serta dua rakannya yang juga cuba melarikan diri. Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol Revolver .38 dengan dua peluru hidup dan dua kelongsong yang dipercayai digunakan untuk menembak polis. Pemeriksaan dalam kenderaan menemui dua parang, satu keris kecil, satu pisau lipat, tali, topeng, besi sepanjang kira-kira 0.6 meter, sarung tangan, pemotong besi, pengumpil dan komputer riba. Menurut Zahruddin, kumpulan lelaki itu amat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam kira-kira tiga kes samun serta 56 kes pecah rumah di sekitar negeri ini sejak tahun lalu. "Mereka biasanya mengugut pemilik rumah yang dipecah masuk menggunakan senjata dan mengikatnya sebelum melarikan barang berharga," katanya. Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan yang digunakan kumpulan itu tiada rekod curi dan sudah mengenal pasti identiti pemiliknya di Kedah. "Dua lelaki Indonesia itu masuk ke negara ini dengan dokumen sah dan berdasarkan pasport ditemui, mereka masuk Malaysia bulan lalu," katanya. Zahruddin berkata, pihaknya percaya masih ada sekurang-kurangnya dua lagi anggota kumpulan berkenaan masih bebas dan usaha memburu mereka sedang dijalankan.- myMetro |
Betoi ka nih, Ular berkepala naga... Posted: 06 Feb 2012 10:00 PM PST Pelik! Anak Ular Berkepala Naga Ditemui Seekor ular ditemui dalam keadaan fizikal yang pelik. Kepala ular tersebut menyerupai seekor naga yang pernah kita lihat dengat tentang kisah dongeng mengenai naga-naga yang terdapat pada zaman dahulu. Anak Ular Berkepala Naga Ditemui. Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelik. Anak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih dikenali Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga. Gambar pelik ular bekepala naga ada di bawah. Tetapi gambar unik seekor anak ular berkepala naga ini mempunyai berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, anda cuba lihat di bahagian tanduk ular pelik ini, tidak ubah seperti seekor naga. Melayukini.net - Subhnallah uniknya ciptaan Allah SWT. Kita sendiri tidak pasti apakah kesudahananya jika ular naga ini meningkat dewasa. Apakah terdapat berlakunya perubahan betuk fizikal terhadap kepalanya. Apa yang paling penting, ular ini benar-benar menyerupai seekor naga seperti yang kita lihat imej yang dilakarkan sebagai contoh dalam komik Mutiara Naga. |
BN akan menang pasai pembangkang BODO... kahkahkah... Posted: 06 Feb 2012 09:50 PM PST BN TIDAK MUNGKIN TUMBANG Oleh : ISMAILY BUNGSU KEKADANG kesan ramai sangat mahu jadi YB @ mahu jadi calon, maka adalah dua tiga parti bakal mahu menentang BN dan menangnya belakang kira sehingga bukan menguntungkan pembangkang; tetapi lebih kepada menguntungkan BN sendiri dan inilah strategi BN yang kekadang kita terlepas pandang. Semua parti pembangkang sekarang akui kuat sangat dan boleh kalahkan BN dan mereka lupa ramainya orang itu, belum tentu akan menolak BN sebab ada yang boleh berubah pemikiran di saat-saat akhir kerana adanya pemanis yang diberikan ketika mahu mengundi. Pembangkang yang berpecah ini lupa yang UMNO ada ahli sekitar 500,000 orang dan dari mana saja mereka ini? Kita kena fikirkan dan bukan dilihat sambutan yang konon hebat dan ini kekadang menjerat leher kita sendiri. Ahli UMNO sekitar 500,000 orang dan ahli PBS, UPKO dan PBRS belum lagi kita kira dan ini menandakan KDM pecah 6 termasuk ada yang masih ramai di PKR dan ada juga KDM dalam UMNO di samping SAPP dan STAR. Nah, makanya jangan terlalu ghairah kala sekarang ini bukan seperti zaman PBS mula memerintah dulu yang KDM 100% bersatu dan juga sokongan kalangan Cina ketika itu yang menyebabkan BERJAYA lingkup tersungkur. Kita jangan lupa di samping ahli UMNO ramai sangat yang ada tambahan pengundi PTI yang dapat IC dan kerjasama Jabatan Pendaftaran dan Imigresen/ juga SPR; maka laluan agak sukar meski kelihatan senang kerana kita tidak tahu ada lagi penipuan-penipuan yang bakal dilakukan meski dikatakan oleh mereka di TV; konon sudah dibuang pengundi tidak benar. Apakah kita percaya media TV dan utusan yang memutarbelit fakta? Di samping yang dikatakan, BN punya jentera yang kukuh, digunakan kakitangan dan kelengkapan kerajaan yang begitu mudah dan ini ditambah dengan teknik penipuan kerja sama SPR, JPN dan agensi kerajaan yang terpaksa akur perintah atasan. Masalah yang paling utama ialah DANA BN bukan sedikit dan ini boleh mempengaruhi rakyat yang miskin sebab pemberian itu besar ertinya; kala orang Sabah ini merupakan penduduknya yang mendapat anugerah TERMISKIN di Malaysia. Nah, miskin itu kata Nabi menghampiri kufur dan bila kufur, maka apa saja akan akur dan inilah yang terjadi di Sabah. Hakikat! Saya meramalkan, kalaulah ini terus berlaku dan pandangan saya semua akan 'putih mata' dan yang untung nanti ialah kepimpinan parti yang memang kalau benar jadi barua BN akan dapat wang berjuta dan ahli yang menjadi ekor ini terkapai-kapai dan kesannya KDM dalam bencana kesan permainan Kuala Lumpur. Fikirlah secara logik dan dalam perjuangan ini yang harus kita fikirkan bukan kita tetapi anak bangsa, cucu cicit mendatang yang kelak menjadi pelarian di tanah air sendiri. |
HOT!!! Payah cari wanita yang bijak dan berani camnih... kahkahkah... Posted: 06 Feb 2012 06:45 PM PST Keengganan Shahrizat letak jawatan menarik UMNO dan SPRM jauh dalam api NFC Ketu Wanita Umno Shahrizat Jalil yang sedang dilanda kontroversi enggan letak jawatan walaupun sudah banyak suara-suara sumbang dalam parti yang menggesa beliau berbuat demikian termasuk timbalannya serta pemimpin veteran seperti Mahathir dan Rafidah Aziz. Shahrizat memilih untuk menyalahkan pihak pembangakang. "Pihak pembangkan tidak membuat-buat cerita mengenai pembelian kondo, Mercedes Benz dan lain-lain. Sudah tiba masanya Shahrizat mengaku sahaja. Parti beliau sendiri mahu beliau letak jawatan. Tiada sebab mengapa beliau harus menyalahkan PKR kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan oleh keluarga beliau. Adakah beliau menyeru rakyat supaya menghukum Pakatan kerana mendedahkan salahlaku keluarga beliau dan undi BN sebab membantu beliau menutup skandal tersebut?" beritahu Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Wanita paling tidak popular di Malaysia sekarang Sememangnya pelik yang Shahrizat tidak merasakan bahawa beliau adalah wanita paling tida popular di Malaysia sekarang dan telah lupa bahawa antara sebab mengapa beliau dengan senangnya dapat mengalahkan Rafidah dahulu untuk jawatan Ketua Wanita pada 2009 adalah disebabkan Rafidah dilihat bersalah dalam rasuah Authorized Permit (AP) kenderaan bermotor. Walaubagaimanapun, Shahrizat tetap berkeras akan kembali bekerja pada hari Isnin selepas pulang dari Mekah pada hari Jumaat; beritahu beliau kepada para wartawan. "Tidak berbaloilah saya sebagai seorang menteri dan ketua kepada 1.3 juta ahli sekiranya saya lemah dan tunduk kepada drama yang direka cipta oleh pihak pembangkang," beritahu Sharizat kepada wartawan. "Semua serangan ini dan ketamakkan pihak pembangkang yang saya saksikan ini menjadikan saya semakin kental untuk memimpin Wanita UMNO pada pilihanraya yang akan datang." Wanita Umno berpecah kerana skandal NFC Namun beliau langsung tidak memberi komen apabila ditanya mengenai seruan untuk letak jawatan oleh Rafidah atau Kamilia Ibrahim, timbalan beliau dan sekali lagi memilih untuk berselindung disebalik kerusi Ketua Wanita. "Saya menghormati beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO tetapi saya yang menjadi Ketua Wanita sekarang dan menjadi tugas saya untuk memastikan Wanita UMNO bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya yang akan datang," ujar Shahrizat bila ditanya mengenai komen Rafidah. "Saya faham maksud beliau," kata Shahrizat merujuk kepada timbalannya Kamilia. Kamilia telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan Shahrizat sebagai bebanan dilihat Shahrizat sebagai usaha untuk merebut jawatan beliau. Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa sayap wanita kita berpecah. Walaupun dengan kenyataan berani Shahrizat dan pembelaan dirinya, Wanita Umno kebanyakkannya tidak gembira dengan dakwaan rasuah RM250 juta terhadap keluarga Shahrizat membabitkan Feedlot Kebangsaan. Mereka mahu beliau berundur sehingga selesai siasatan, apatah lagi dengan kemungkinan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Skandal NFC yang semakin digembar-gemburkan itu sudah pasti akan membuatkan pengundi lari daripada Wanita Umno. "Mereka mahu Shahrizat sedar untuk berundur sendiri dan jangan meletakkan keputusan itu ke atas Perdana menteri," Petikan daripada pendapat Rafidah dalam Malay Mail. Menarik Umno lebih dalam bahang NFC Bekas presiden Umno, Mahathir juga menasihatkan beliau untuk 'berundur sebelum dihalau'. Tetapi kelihatan seperti Shahrizat cekal untuk menarik Umno sedalam-dalamnya skandal tersebut. Ada penyokong beliau yang percaya bahawa ia adalah dimahukan oleh PM sendiri. Ada cakap-cakap dalam Umno bahawa Najib mahu menggantikan Shahrizat dengan Raja Nong Chik di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Tetapi, yang menyedihkan adalah Umno yang semakin buruk disebabkan skandal ini dan Najib tidak dapat menahan kemaraan api yang diciptanya sendiri. Musuh Shahrizat dalam Umno menanti perletakan jawatan Shahrizat manakala penyokong beliau mahukan Shahrizat menunggu sehingga ke akhirnya dan mendapatkan tawaran yang terbaik daripada Najib sebelum berundur. Mereka menyalahkan kumpulan Najib untuk Raja Nong Chik dan PM layak mendapat balasan atas tindak-tanduknya sendiri. Sementara itu, Raja Nong Chick yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai dan Menteri Wilayah Persekutuan telah menyibukkan dirinya di kawasan itu dengan poster dan banner gambar dirinya sendiri bersama Najib di sekitar Kerinchi dan Bangsar. SPRM dikecam kerana tidak ambil tindakan Rakyat Malaysia sudah banyak didedahkan dengan skandal-skandal, termasuk komisyen RM570 juta Najib hasil daripada pembelian dua buah kapal selam Scorpenes. Beberapa lagi tawaran korporat yang melibatkan penjualan murah saham dalam syarikat automotif negara, Proton kepada kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, projek Leburaya Pantai Barat yang begitu mahal dan tukar tangan saham AirAsia-MAS yang masih dipersoalkan. Ramai yang menuntut agar SPRM mengambil tindakan ke atas pelbagai kes tersebut, Tetapi NFC lah yang paling menjana perhatian ramai. Ramai yang marah kerana kelihata seperti SPRM tidak mengambil tindakan terhadap suami Shahrizat Salleh Ismail, yang dituduh oleh seorang personaliti Umno Shamsubahrin Ismail membayarnya untuk merasuah pihak polis dalam siasatan. Salleh sudah pun dalam reman polis, lagi memcetuskan cakap-cakap dan perbalahan dalam Umno di antara pelbagai pihak yang menyokong dan tidak menyokong serta rundingan untuk mendapatkan jalan terbaik menutup skandal tersebut. Selain Shahrizat dan Najib, mereka yang terlibat dalam skandal itu adalah TPM Muhyiddin Yassin yang enggan memanggil Suruhanraya diraja untuk menyiasat perkara itu, bekas PM Abdullah Badawi, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menteri pertanian yang mengawal projek tersebut. Tiba masa keluarga Shahrizat berhenti bersembunyi dibelakangnya Dalam usaha beliau berunding untuk mendapatkan taawaran terbaik melepaskan keluarga beliau, Shahrizat juga menyerang musuh beliau, dengan memberi kenyataan bahawa tiada sesiapa dala Umno yang tidak bermasalah. Ini dilihat oleh ramai sebagai amaran untuk mendedahkan salahlaku rakan-rakannya yang lain dalam Umno sekiranya mereka bersikap melampau terhadapnya. Tetapi pengkritik berkata bahawa rasuah adalah rasuah dan sudah tiba masanya beliau berhadapan dengan akibat penyalahgunaan dana dalam NFC walaupun niat asalnya adalah untuk melindungi keluarganya. Juga sudah tiba masanya keluarga beliau tidak lagi berselindung disebalik beliau dan mengaku terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dalam NFC dan jangan mengharapkan beliau melindungi mereka lagi. "Yang pertamanya, rasuah itu salah. Jadi kita tidak dapat untuk bersimpati. Jika dakwaan adalah benar, beliau juga telah menikmati makan angin tersebut, kondo dan segala faedah lain. Sudah tentu suami dan anak-anak beliau tidak akan meninggalkan beliaudalam aktiviti yang mereka buat? Adakah ini masuk akal?" ujar Tian Chua. Malaysia Chronicle |
HOT!! Blogger UMNO tibai Hassan Ali... kahkahkah... Posted: 06 Feb 2012 04:00 PM PST Kesian .....Hassan Ali dari pandangan kacamata blogger UMNO.. Malas aku nak komen bab ini,, cuma aku paparkan dari pandangan blogger UMNo yang tiada apa-apa kepentingan diri...... Manjung Mari Cantiikkk...atas scallop Umno .....pentas lak warna PKR? Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu. Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentangHassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.Hanya sekadartertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari. Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI. Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecualiKEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasanPERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku. Dato Mail Kijo dan Hj Aziz Derus cuma duk dalam gelap je..? Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agendaKUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO? Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampangmemperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini. Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi denganMENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORMuntuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA!Jadi persoalan nya... APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..??? |
TERHOT!! Ni dia parasit ummah... Posted: 06 Feb 2012 02:30 PM PST Dengan menuduh orang Kristian, Hassan Ali akhirnya menampar orang Islam Tidak syak lagi, sudah sampai masanya orang-orang mempunyai pegangan agama di Malaysia sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha bersatu hati dan menggesa kerajaan UMNO untuk menghentikan politik perkauman dan menakut-nakutkan di antara kaum. Mereka haruslah membuat tuntutan ini dengan kuat dan jelas kepada Perdana Menteri Najib Razak yang telah menciptakan segala kekacauan selama ini demi kekal berkuasa. Tidak guna berharap kepada Najib yang "tenang dan sederhana" untuk dengan relahati mengatasi elemen ekstrimis dalam kerajaannya atau mereka yang baru-baru ini menyertainya seperti bekas pemimpin PAS Hassan Ali. Najib tidak akan membantu dan mengambil risiko menempa kemarahan mereka yang berada di sayap kanan parti. Tambahan pula, dia juga tidak asing daripada menggunakan taktik yang sama kerana sebagai ahli UMNO, perebutan kuasa itu berlaku dengan apa cara dan kos sekali pun sama ada secara adil atau kotor. Politik perkauman dan agama paling buruk di era Najib Tidak seperti yang dijanjikan Najib mengenai 'kesederhanaan' kuasa, kita telah lihat penggunaan terburuk agama dan perkauman demi memastikan parti mereka tetap berkuasa dalam kerajaan. Bukan hanya Perkasa (adik beradik UMNO) dibenarkan membuat kenyataan berunsur perkauman, Najib dan UMNO juga seakan memberi kebenaran kepada orang baru – Hassan Ali untuk berbuat demikian. Jika tidak, pasti bekas Kaunselor PAS untuk hal ehwal agama Islam itu akan dikenakan tindakan kerana bertindak melampau dan sudah pasti beliau telah menerima kunjungan dari pihak polis. Tetapi kelihatan Hassan Ali yang 'dilindungi' itu berani membuat kenyataan bahawa paderi Kristian sanggup memberi alat elektronik dan menyamar dengan memakai kopiah di masjid-masjid dalam usaha mereka memurtadkan orang Islam kepada Kristian. Hassan yang juga adun Gombak Setia itu telah dipecat daripada PAS dan kerajaan negeri Selangor awal bulan ini. Beliau memberitahu perhimpunan anti-murtad di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung minggu lalu bahawa orang Islam di negara ini sangat mudah terpengaruh dengan kaedah ini kerana mereka kurang iman. Cakap-cakap tanpa bukti dan Hassan Ali tetap boleh cakap sewenang-wenang Tiga isu yang jelas dari komen Hassan Ali. Yang pertama dan kedua adalah ia penghinaan kepada orang Kristian dan Islam di negara ini. Yang ketiga adalah perkara ini harus diambil serius kesemua rakyat yang beragama di Malaysia. Yang pertama, pemerhatian Hassan Ali bahawa orang Kristian adalah ancaman kepada orang Islam di Malaysia sama seperti yang dikatakan oleh Ibrahim Ali, Perkasa. "Terdapat laporan bahawa paderi warga asing memakai kopiah dan sembahyang di beberapa masjid di Petaling Jaya untuk mendekati orang Islam sebelum memurtadkan mereka. Saya diberitahu kumpulan Kristian ini mempunyai dana yang sangat besar," beliau memberitahu 2000 orang yang menghadiri perhimpunan itu di Pulau Pinang. Perhimpunan itu pada asalnya dijangka dapat menarik 20 000 orang. Hassan cuma banyak menyampaikan kembali cerita-cerita, laporan tanpa bukti dan yang sewaktu dengannya dalam perhimpunan itu. Hassan Ali belum lagi menunjukkan bukti terhadap dakwaan beliau dan mempelawa rakyat untuk menilai sendiri bukti itu, apalagi dibawa ke muka pengadilan. Di mana bukti kukuh anda? Atau adakah anda hanya semata berbohong untuk menyesatkan orang Islam di Malaysia? Oleh itu, kata-kata yang keluar dari mulut Hassan Ali itu tidak harus dilihat lebih serius daripada gossip dan andaian beliau itu tidak lebih daripada cerita donggeng. Gossip yang tiada asas. Cerita yang dibuat-buat agar boleh digunakan oleh ahli politik yang ingin menakutk-nakutkan pengundi Melayu agar mereka mengundi UMNO. Sekiranya Hassan berjaya menarik minat orang Islam, dengan menarik minat 2000 orang, UMNO akan membantu Hassan untuk mencipta bukti demi menjadikan cerita Hassan itu sebagai realiti. UMNO adalah penjaga kehormatan Islam yang paling teruk Yang keduanya, mengapa Hassan mengatakan bahawa orang Islam kalah dengan "dana besar" yang digunakan oleh beberapa orang paderi ini? Umno telah pun berkuasa selama 54 tahun dan menguasai kekayaan negara. Bagaimana boleh beberapa orang paderi ini menjadi lebih kaya? Ia tidak masuk akal. Tidakkah ia menunjukkan bahawa Umno adalah penjaga agama Islam yang lemah selama 54 tahun kerana telah melaburkan sedikit dan infrastruktur masyarakat Islam juga begitu lemah sehinggakan sekumpulan paderi boleh mengumpul dana untuk memurtadkan orang Islam! Bukankah suatu penghinaan dengan berkata bahawa disebabkan kekayaan orang Kristian ini, orang Islam sanggup meninggalkan agama? Ia menunjukkan betapa rendahkan padangan Hassan terhadap saudara seagamanya. Betapa lemah iman masyarakat Islam di Malaysia kerana mereka sanggup menukar agama hanya kerana mendapat beberapa alat elektronik. Dana yang disimpan untuk agensi Islam digelapkan Apa yang kita nampak adalah wang yang diagihkan untuk pembelajaran dan dakwah Islam di Malaysia telah disalahgunakan oleh pegawai yang mengamalkan rasuah seperti yang berlaku di agensi lain. Ingatlah bahawa wang yang diagihkan untuk badan agama Islam di Malaysia datang daripada bujet negara dan ia juga berasal daripada wang pembayar cukai. Sebahagian besar wang itu juga datang daripada orang bukan Islam! Ini satu tamparan untuk orang Kristian sekiranya wang mereka itu digunakan untuk membiayai program perhimpunan Hassan Ali yang merendahkan kewujudan dan kepercayaan mereka. Cakaplah apa yang anda mahu tetapi orang Islam mendapat wang untuk program-program yang melestarikan agama mereka daripada wang orang bukan Islam juga. Tetapi adakah anda pernah dengar orang bukan Islam mengkritik hal ini? Tiada yang lain selain Hassan Ali dan Ibrahim Ali yang tidak sedar diri dan dengan bongkaknya merendahkan martabat agama orang lain. Tambahan juga, Hassan Ali menghina kebijaksanaan dan integriti orang Islam dengan mengatakan bahawa minda mereka lemah dan iman mereka boleh goyah oleh paderi yang memakai kopiah memberi mereka alatan elektronik. Dengan membuat komen sebegitu, Hassan Ali dan Ibrahim Alu sebenarnya mengatakan bahawa kerajaan yang ditadbir UMNO telah gagal memberi ilmu dan memantapkan agama Islam di Malaysia. Beritahu orang Melayu mereka lemah fikiran dan iman Yang ketiga, dengan meneruskan cerita donggeng orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan alatan elektronik, Hassan Ali dengan tidak secra langsung mengatakan bahawa bukan sahaja orang Kristian yang boleh memurtadkan orang Islam. Bagaimana jika orang Hindu atau Buddha yang memakai kopiah dan membahagi-bahagikan alat eletronik? Tidakkan ia memberi kesan yang sama? Kenapa tidak serang orang beragama lain dan hanya Kristian? Jika hanya orang Kristian yang melakukan ini, mana buktinya? Dalam hal ini Hassan Ali juga memberi ruang untuk memerangi agama lain juga. Mesej beliau adalah mana-mana orang bukan Islam boleh menakut-nakut orang Islam. Ucapan seperti ini tidak baik untuk Malaysia, rakyat Malaysia, orang Melayu dan orang Islam secara spesifiknya. Bukan hanya mereka lemah fikiran, mereka juga tidak bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri dan memerlukan kerajaan untuk mengawal kaum lain dan beragama lain bagi pihak mereka- hanya dengan itu sahaja mereka dapat menegakkan syiar Islam. Hassan Ali bukan sahaja berpotensi merosakkan perpaduan kaum Malaysia, beliau harus ditangkap oleh kerajaan Najib dan menerangkan maksud kata-kata beliau yang menghina dan merendahkan orang Islam serta orang Melayu. Namun begitu,kerajaan Najib yang 'sederhana' itu membenarkan orang ekstrim seperti Hassan Ali untuk terus bebas. Kenapa? Supaya mereka dapat melakonkan watak polis baik. Inilah sebabnya mengapa orang bukan Islam, orang Islam dan orang Melayu harus bangun dari tidur dan sedar bahawa inilah sikap kerajaan yang mentadbir sekarang. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada kaum atau agama mereka selagi mereka boleh terus merompak kekayaan negara dan menggunakannya untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan tidak bermoral- minda dan roh Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan