Addin |
- Panas!! Bukti Terbaru Penerima BR1M Dapat Surat Tuntutan Income Tax
- Bongkar!! Rahsia Di Sebalik 426,969 Follower Twitter Najib
- Perangai Hassan Ali - "PAS Panggil 3 Kali Tak Datang, TV3 Panggil Dia Pergi Pulak"
Panas!! Bukti Terbaru Penerima BR1M Dapat Surat Tuntutan Income Tax Posted: 07 Feb 2012 08:20 AM PST Bantuan diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia. Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat INCOME TAX rupa rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih nak wayang apa sebenarnya. Bila memberi wang,amik kat UMNO,dia pikir wang tu hasil dari Najib agaknya.
Tahukah anda,pemimpin BN memerhatikan korang beratur tu dari tingkap pejabat berhawa dingin , berpeluk tubuh sambil ketawakan kalian?
Harus kita ingat.Susah payah kita beratur semata mata nak dapatkan RM500 ni sebenarnya permulaan.Kerajaan hanya beri rakyat sekali aja RM500,namun INCOME TAX akan kejar kita SETIAP TAHUN.Mereka menggangap kita punya pendapatan seolah olah tetap sedangkan pekerja yang gaji pokok RM450 dan di campur elaun dan macam macam elaun tak sampai 1000 sebulan juga dikenakan INCOME TAX !!! Kisah ni benar dan memang dah dijangkakan akan berlaku.Ini adalah temubual penulis dengan mangsa BR1M..Kalau dia dapat surat dari INCOME TAX,tak mustahil beratus ribu lagi bakal mendapat surat tuntutan seperti ini. Dengan kerja yg tak menentu.sebulan basic RM450.tanggungan anak 4 orang. total gaji + - elaun tinggal RM400.. Layakkah gaji sedemikian dikenakan TAX? Minta bantuan Rakyat 1 Malaysia dengan harapan dapat meringankan beban. Seminggu selepas dapat bantuan surat income tax sampai.DEPA TUNTUT BAYAR RM350 Bila surat tu sampai,mangsa pergi ke pejabat Income TAX Klang dan bertanya .. "Kenapa saya dikenakan income tax sedangkan gaji saya tak sampai RM1000 pun sebulan??..tolak tolak tinggal 450 sebulan."kata mangsa kpd pagawai bertugas. "owhh ini semenjak dulu kamu kerja tak pernah submit form.jadi kamu kena bayar jugak.tak ada tolak ansur mesti bayar walaupon sebulan RM50.sampai habis!!" kata pegawai income tax dgn bongkaknya.
Inilah tujuan bantuan tu diberikan.. MAKA UMPAN TELAH MENGENA,KERAJAAN BAGI CUMA SEKALI RM500 TAPI INCOME TAX AKAN KENAKAN KITA TIAP TIAP TAHUN.. ~ kingofgoblok | ||||||||||
Bongkar!! Rahsia Di Sebalik 426,969 Follower Twitter Najib Posted: 07 Feb 2012 12:00 AM PST Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia sangat popular, di akaun twitter 426,969 follower manakala di akaun facebook 946,494 like. Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter. Kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni. Apa taktiknya? Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur. Contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, nengok gambar kat bawah ni. Kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam. Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam? Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter. Contoh yang lebih jelas macam ni. Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot… Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye? Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga. Apa pun tahniah kepada Najib Tun Razak kerana mempunyai ramai followers dan likes yang banyak di laman sosial seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user. Artikel ini di edit dari ~ really3line | ||||||||||
Perangai Hassan Ali - "PAS Panggil 3 Kali Tak Datang, TV3 Panggil Dia Pergi Pulak" Posted: 06 Feb 2012 07:09 PM PST Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan."Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor. "Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus. "Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang 'menghitamkan' suasana," katanya. Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti. "Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu," katanya. Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno. "Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas. "Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor)," katanya. Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan. "Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun. "Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri 'talian hayat' kepadanya," katanya kepada Sinar Harian. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan