Ahad, 5 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


'Serang hendap' pemimpin PAS dikecam

Posted: 05 Feb 2012 09:30 AM PST

Riduan Mohd Nor,

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Peusurhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad semalam. DPPM menganggap tindakan tersebut dilakukan oleh individu yang bacul dan tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani berhadapan atau bersemuka dengan pemimpin tersebut.

DPPM melihat kejadian membakar kereta dan rumah Sdr Dzulkefli Ahmad itu adalah sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS. Sebelum ini pada tahun lepas, rumah Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dilontar Molotov Cocktail oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan membakar rumah beliau. Ini menunjukkan sudah ada usaha tindakan agresif dan kekerasan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap pemimpin PAS.

DPPM merasa bimbang dengan tndakan 'ala gangster atau mafia' yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini. Menyedari bahawa pemimpin PAS lantang menyuarakan kebenaran dan menentang kezaliman, rumah dan aset mereka pula menjadi sasaran tindakan khianat. Ia sebagai suatu mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya jangan sesekali berani bangkit membantah kezaliman kerana dendam kesumat itu akan disasarkan pula kepada mereka selepas ini dalam apa juga bentuk termasuk membaling bom dan membakar rumah mereka.

Justeru, DPPM meminta pihak polis menyiasat kejadian ini secara terperinci dan berharap insiden ini tidak berlaku di masa depan. DPPM juga meminta Jabatan AMAL bersedia dalam setiap ketika untuk menjaga keselamatan pemimpin PAS terutama menjelang pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Akhirnya DPPM mendoakan semoga Dzulkefly Ahmad sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda dan semga ujian ini akan menguatkan beliau dalam perjuangan ini.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

HODOH!! tengok teloq berdiri... kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 07:50 AM PST

PELANCONG Taiwan, Echo Liao, 20, memerhatikan telur ayam berdiri hampir 20 minit selepas menegakkan telur itu sempena Hari Lup Choon iaitu Hari Telur Berdiri dalam tempoh masa sambutan Tahun Baru Cina, ketika membuat lawatan ke ibu negara di Dataran Merdeka, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan

Hindraf ni gempaq ja lebih... kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 06:55 AM PST

Thaipusam: Hindraf anjur kempen 'sambut' Najib

Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

"Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.

Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk "menamatkan perkauman" dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

Jangan malukan Rosmah kata Najib tak berteloq... kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 06:45 AM PST

Layakkah Najib tanding sebagai MP Pekan?

Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini? Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif.

Seseorang yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di sesebuah negara itu.

Dan sebaliknya seorang pejuang rakyat yang sebenar boleh juga menjadi begitu popular apabila didakwa difitnah dan diaibkan sedemikian rupa kepada sekalian rakyat jelata apabila dituduh seorang peliwat atau kaki seks pelacur.

Jadi interpretasi "popular" boleh membawa makna yang positif atau negatif. Namun 'positif juga boleh dimanipulasikan menjadi negatif', begitulah sebaliknya, 'negatif juga boleh dimanipulasikan menjadi positif'.

Rakyat kini ternanti-nanti debat di antara Anwar dengan Najib. Di zaman serba canggih dan telus ini di mana kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang pemimpin itu dinilai daripada cara dia berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, maka debat merupakan suatu cara paling tepat bagaimana kita boleh menilai cara pemikiran dua orang pemimpin itu tentang sesuatu dasar yang ingin mereka terajui di dalam sistem pentadbiran negara.

Dengan berdebat, rakyat dapat menilai secara adil dan saksama tahap pemikiran dua orang pemimpin besar sesebuah negara itu mengenai pandangan kedua-duanya tentang cara mentadbir sesebuah negara, serta menjawab pelbagai isu-isu berkaitan tuduhan yang saling dilemparkan di antara kedua-dua belah pihak.

Jangan cuma jadi pengecut apabila media massa milik Umno/BN diperlembukan untuk menyerang Pakatan Rakyat tanpa pihak Pakatan mampu menggunakan saluran yang sama untuk menepis serangan jahat serta fitnah yang dilemparkan itu?

Seorang pengecut dikatakan bukan "anak jantan sejati", atau dengan sindiran yang lebih pedas seorang lelaki yang pengecut, "tiada telur". Tentulah Datin Seri Rosmah Mansor tidak mahu suaminya digelar sedemikian rupa.

Maka untuk membuktikan kejantanan Najib yang sebenarnya, maka beliau perlulah menyahut cabaran Anwar untuk turun berdebat untuk disaksikan oleh seantero rakyat 1Malaysia di kaca-kaca TV milik parti Najib sendiri juga!

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat juga, maka sudah pastilah rakyat akan melihat ada yang tidak kena tentang dirinya ("something is wrong somewhere").

Mungkin kerana beliau memang tidak layak untuk jadi PM yang baik atas dakwaan pelbagai skandal salah laku orang-orang di bawah pimpinannya yang terlibat dengan pelbagai kes rasuah, pecah amanah serta salahguna kuasa.

Contoh terdekat, kes seorang menteri di bawah pentadbiran Najib yang terlibat dengan skandal perniagaan keluarganya iaitu NFC dengan pembiayaan RM250 juta yang masih belum dapat ditangani oleh Najib secara telus dan berkesan.

Program yang selalu dicanang-canangkan Najib kepada rakyat iaitu "transformasi" kini telah bertukar kepada "trans-for-money". Betapa banyak projek-projek di negara ini dijalankan hanya kerana tujuan utamanya adalah untuk kekayaan kroni-kroni Umno/BN semata-mata.
Slogan "Rakyat Kena Dulu, Kroni Diutamakan" begitu relevan sekali untuk mengungkapkan persepsi rakyat terhadap apa yang sebenarnya terjadi.

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Slogan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib juga sudah tidak boleh dipakai lagi memandangkan masih wujud agenda-agenda perkauman di dalam Umno, ditambah pula kaitan pertubuhan PERKASA dengan Umno sebagai golongan ultra Melayu yang seringkali menghamburkan api perkauman.

Baru-baru ini wujud provokasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepada babi di depan masjid di dua tempat berasingan di Lembah Klang, iaitu dua buah kawasan yang diterajui oleh wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Najib tidak boleh 'menebus dosanya' hanya dengan menziarahi perarakan kavadi di Batu Caves semasa hari Thaipusam akan datang sahaja semata-mata kononnya untuk mengambil hati orang berketurunan India atau penganut-penganut agama Hindu.

Kepada Najib, silalah bertanya kepada para mufti terlebih dahulu samada perbuatannya itu adalah betul atau boleh menjejaskan aqidah Islamnya kerana bersama-sama menyambut suatu perayaan berunsur agama tersebut?

Rakyat kini sudah muak dengan permainan kotor politik Umno/BN yang mengambil pendekatan fitnah seks kepada Anwar yang mana akhirnya masyarakat Malaysia terutama muda-mudi kini banyak yang musnah akhlak mereka terutama terlibat dengan gejala seks rambang, seks luar tabii, pembuangan bayi, dan bermacam-macam lagi kerosakan moral yang terbit daripada pelbagai gejala seks haram kelolaan Umno/BN.

Dan sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Tambahan pula daerah Pekan yang terletak berhampiran Kuantan bukanlah suatu tempat yang selamat untuk didiami rakyat lagi apabila kilang nadir bumi milik Lynas bakal didirikan di sana tidak lama lagi!

Najib sewajibnya mestilah membersihkan dirinya terlebih dahulu terhadap pelbagai isu dan skandal sebelum layak menjadi calon bertanding kerusi parlimen Pekan pada PRU-13 nanti. Najib sepatutnya mencerminkan dirinya dan bermuhasabah terlebih dahulu benarkah dirinya seorang calon yang "bersih"?

Untuk menjawab pelbagai persoalan-persoalan di atas, maka sebagai seorang anak jantan yang tulen, Najib perlulah berhadapan dengan rakyat dengan berdebat dengan Anwar sepertimana yang selalu dilaksanakan di negara-negara maju khususnya sebelum pilihan raya umum bagi menentukan pemimpin utama mana yang selayak-layaknya diterima oleh rakyat.

Biarlah rakyat sendiri yang menentukan pemimpin pilihan mereka melalui suatu medium yang adil dan saksama.

Oleh Pemuda Prihatin

Muhyiddin main-main perli Najib pulak... Kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 03:30 AM PST

Muhyiddin wooii...
Popular? Kahkahkah...
Popular pasai apa? Kahkahkah...
Pasai Tantuya ka? Kahkahkah....
Pasai Scorpene ka? Kahkahkah...
Pasai hantu kopek ka? Kahkahkah...
Pasai hantu kopek mengamuk kat Ostolia ka? Kahkahkah...
Pasai lembu kondo ka? Kahkahkah...


*******************************

Jangan Hanya Bergantung Kepada Populariti Najib:TPM

SHAH ALAM- Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menggesa jentera Barisan Nasional (BN) Selangor supaya bekerja dengan lebih keras lagi dan tidak hanya bergantung kepada peningkatan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata berdasarkan analisa keadaan politik semasa, secara umumnya ada peningkatan sokongan secara menyeluruh kepada BN ketika ini berbanding tahun 2008.

Katanya faktor yang menonjol ialah sebahagian besar rakyat Selangor menyanjung kepimpinan Perdana Menteri dan trend ini pada umumnya meningkat, sekaligus menambah keyakinan BN untuk mencapai lebih banyak kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di sini.

Katanya penerimaan masyarakat tanpa mengira kaum terhadap BN adalah jauh lebih baik kerana usaha kerajaan membantu rakyat menerusi insiatif seperti bantuan awal persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sempena lawatannya ke Selangor, Muhyiddin juga mengadakan pertemuan dengan kepimpinan BN Selangor yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Noh Omar serta mendengar taklimat mengenai kesiapsagaan BN Selangor menghadapi PRU ke-13.

Katanya beliau telah memberi prasyarat kepada semua pemimpin BN Selangor supaya mengukuhkan setiap parti komponen parti BN negeri bagi menempa kejayaan pada PRU nanti.

Selain menilai keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat dengan pemberian subsidi yang kini mencecah RM33 bilion termasuk RM17 bilion untuk bekalan minyak, Muhyiddin berkata rakyat Selangor juga menilai apa yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Jadi banyak perasaan tidak senang hati dan tidak puas hati dapat saya rasakan di kalangan rakyat dengan cara negeri itu diuruskan,," katanya.

Beliau berkata golongan peniaga di negeri itu tidak begitu seronok dengan kos perniagaan yang didakwa meningkat, penyelewengan dalam kerajaan dan dasar-dasar mereka yang bercanggah dengan kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah, asrama Yayasan Selangor dan pengurusan Universiti Selangor.

"Ini menunjukkan sikap kurang prihatin kerajaan negeri terhadap masalah masyarakat umum...mungkin kerajaan negeri lebih mementingkan soal hasil pendapatan tetapi kerajaan pusat mengambil kira semua aspek termasuk menolong dan menjaga hati rakyat, katanya.

Mengenai cadangan pengurusan Yayasan Selangor untuk merobohkan asrama pelajarnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata setakat ini tiada kedengaran pelan alternatif tetapi difahamkan pelajar berkenaan akan ditempatkan semula di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

"Sebagai Menteri Pelajaran saya tak tahu cerita itu dia nak tempat kat mana?. Sekolah kita dah ada dan pelajar kita dah ada maknanya dia nak lepas tangan begitu," jelasnya.

Katanya rakyat Selangor tentu kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab itu.

Ditanya hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata; Nik Aziz amat diperlukan.

"Nik Aziz kalau ganti orang lain dia kata dah tak jadi PAS. Itu keputusan dia lagipun dia Mursyidul Am jadi segala-galanya dia tentukan. Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding," katanya.

- BERNAMA

Hampa ja kata malang, Najib kata untung berkandang-kandang... kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 01:50 AM PST


Malang Seorang Suami Bernama Najib...

Untuk kesekian kalinya Najib terpaksa bersuara lagi mempertahankan karenah isterinya, Rosmah Mansor yang gemar berbelanja mewah. Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu.

Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkal dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya beserta angka-angka perbelanjaan yang dihabiskan oleh isteri Perdana Menteri itu seperti lawatan ke luar negara, kos percutian, kos mengadakan Sidang Puncak Wanita Pertama dan sebagainya lagi.

Sementara Rosmah pula, setiap kali isu berkaitan dirinya muncul, beliau hanya menjawab ringkas dengan menyatakan semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan dirinya. Jika kemudiannya ditampilkan pelbagai bukti atau tuduhan lain, beliau tidak akan bersuara lagi. Selalunya ia akan diambil alih pula menteri-menteri tertentu sepeti Nazri Aziz, Rais Yatim dan lain-lain untuk memperjelaskannya pula. Jika isu itu timbul berlarutan, Najib sendiri akhirnya akan bersuara mempertahankan apa yang telah dilakukan olah Rosmah itu.

Di medan politik politik, oleh kerana isu Rosmah kerap menjadi bahan ceramah, petugas dan jentera penerangan UMNO juga terpaksa bersuara mempertahankan isteri Perdana Menteri itu.

Begitulah hebatnya Rosmah. Disebabkan kegemarannya berbelanja dan membeli barang perhiasan, hampir seluruh kabinet dan jentera UMNO terpaksa mempertahankannya.

Terbaru isu Rosmah berbelanja sakan sebanyak lebih RM300 ribu untuk membeli pakaian di Sydney, Australia menjadi heboh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di hampir sebahagian dunia bilamana pendedahan yang disiarkan oleh akhbar Sydney Mornig Herald itu telah dipetik dan disiarkan oleh akhbar beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei dan lain-lainnya.

Meskipun Najib tampil mempertahankan isteriya dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka, penulis Patty Huntington juga mempetahankan tulisan dan pendedahannya mengenai perbelanjaan mewah Rosmah beserta bukti dalam bentuk email dan sumber yang diperolehinya.

Patty juga mempertahankan dakwaannya bahawa pereka fesyen yang dikunjungi Rosmah itu, Carl Kapp telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan membawa pakaian yang ditempah itu untuk dicuba oleh Rosmah.

Sebelum itu, Shah Rezza, seorang rakan karib Rosmah juga tampil dengan mengatakan kononnya pakaian yang dibeli Rosmah itu adalah stok untuk kedainya di London. Hakikat ini tidak lebih untuk melindungi dan bodek Rosmah semata-mata kerana agak mustahil Rosmah membeli sebegitu banyak untuk keperluan Shah Rezza. Yang biasa berlaku ialah Shah Rezza membelanja Rosmah, bukannya Rosmah membelanja Shah Rezza. Dan logiknya Rosmah dengan kedudukannya sekarang, tidak perlu membelanja orang.

Selain isu ini, sebelum ini Rosmah juga dikaitkan dengan pembelian mewah yang melibatkan cincin, gelang, koleksi beg tangan, perhiasan, pakaian dan seumpamanya.

Sebenarnya isu Rosmah ini adalah berkaitan karenah seorang yang bernama isteri. Ia menjadi besar kerana suaminya adalah Perdana Menteri. Jalan penyelesaian dalam perkara ini ialah dengan Najib menasihati isterinya supaya berhenti berbelanja mewah dan sentasa tampil sederhana. Itu saja. Soal kiranya teguran itu menimbulkan pergaduhan, perang besar, bermasam muka atau sebagaiya adalah soal lain tetapi oleh kerana ia sudah menjadi percakapan rakyat di mana-mana dan mungkin menjejaskan peluang untuk menang piihanraya, mahu tidak mahu, teguran mesti dilakukan dan bukannya mempertahankan setiap kali isu timbul.

Teguran dan nasihat itu pula sewajarnya dilakukan pada awal-awal lagi, sama ada sebelum ia berbangkit atau selepas kali pertama ia menjadi keriuhan dalam masyarakat. Tindakan Najib mempertahankan dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka setiap kali isu berkaitan Rosmah ditimbulkan dan kebetulan isu ini sudah beberapa kali muncul di media, seperti menunjukkan bahawa Najib tidak pernah menasihati isterinya itu.

Biasanya kerja menegur dan menasihat adalah amalan biasa seorang lelaki dan suami sementara amalan biasa seorang wanita atau isteri pula ialah mempertahankan dan menjaga maruah pasangannya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum serta amalan masyarakat.

Dalam hal ini jika Najib sudah menegur dan menasihati isterinya itu, sudah pastinya beliau tdak perlu bersuara banyak kali mempertahankan perlakuan isterinya itu. Dan tentunya tidak perlu juga menteri-menteri serta jentera UMNO turut bercakap mengenainya, sekurang-kurangnya bolehlah mereka ini menumpukan pada tugas-tugas lain yang lebih mustahak.

Mungkin juga dalam hal ini Najib sudah memberi teguran tapi kurang didengari oleh Rosmah. Atau mungkinkah teguran dan nasihat tidak diberi kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah!

Terlalu pekat kahak Zaid untuk dia jilat balik...

Posted: 05 Feb 2012 01:10 AM PST

Parti KITA Dibubarkan - Perlukah Zaid Diterima Semula Kedalam PR?

PARTI KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid Ibrahim di Kuala Lumpur seterusnya beliau menjadi Presiden parti tersebut. Semalam, Datuk Zaid melalui blognya menyebut bahawa Parti KITA akan dibubarkan selepas satu Mesyuarat Agung parti berkenaan diadakan.

Zaid menganggap kes ini sebagai "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan." Ertinya, Zaid Ibrahim telah mengakui beliau dan seluruh ahli KITA selama ini `tersesat' haluan dan kini mahu kembali ke haluan sebenar. Persoalannya, ke manakah haluan yang akan dituju oleh bekas pemimpin Keadilan ini?

 Sekiranya beliau memilih Umno sebagai haluan yang beliau anggap haluan yang betul, maka bagi saya beliau sebenarnya semakin `sesat' dari kesesatan sebelum ini. Tiada umat di negara ini tidak mengetahui wajah parti bernama Umno sekarang. Parti yang pernah disebut oleh Mahathir sebagai parti yang `busuk sampai ke usus' ini tidak sesuai buat sesiapa pun yang mahu berjuang menegakkan agama, bangsa dan negara. Parti ini juga bukan tempat untuk mereka yang mahu berjuang membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme. Parti ini hanya untuk mereka yang sanggup bersekongkol dengan `pencuri peruntukan lembu' atau wang zakat.

Maka, di mana tempat yang harus Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya pergi? Mereka tiada pilihan kerana di negara ini hanya terdapat dua wadah politik yang jauh berbeza perjuangannya. Satu wadah bernama Umno yang digabungkan bersama Bn, dan satu lagi adalah Pakatan Rakyat yang terdapat di dalamnya PKR, PAS dan DAP. Jangan hipokrit, fikir secara jujur di antara kedua-dua parti berkenaan parti manakah yang secara jelas terbukti memperjuangkan rakyat?

Umno telah diberi peluang lebih dari 50 tahun menjaga negara ini. Di mana kedudukan bangsa Melayu setakat hari ini di bawah Umno, jauh sekali perkembangan dan kedaulatan Islam. Sekali lagi jangan hipokrit, lihat kepada Laporan Audit Negara dan bandingkan laporan tersebut di antara negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dengan Umno/Bn.

Perlukah Zaid Ibrahim kembali kepada Pakatan Rakyat? Saya rasa tidaklah terlalu teruk untuk PR menerima Zaid Ibrahim kerana sepanjang beliau berada di dalam KITA dahulu beliau tidaklah menghentam sangat PR sepertima Hassan JATI hentam sekarang. Beliau pun tidaklah sebangsat Berahim Alkataki di Pasir Mas yang langsung tiada maruah menumpang kerusi PAS. Zaid boleh kembali ke pangkuan PR tetapi terlalu awal dan tidak sesuai rasanya untuk beliau dicalonkan bertanding mewakili PR. Beliau perlu meng`qadho' dahulu perjuangannya di dalam PR sebelum dipertimbangkan untuk menjadi calon PR.

Saya harap PR punyai prinsip terbuka untuk menerima orang yang sudah `menyesal'. Kesilapan Zaid yang pertama boleh kita anggap pengajaran buat beliau apatah lagi beliau dilihat tidak terlalu menghentam kita sewaktu berada di dalam KITA. Berbeza dengan raja katak di Pasir Mas atau balaci seperti Zul Kulim, Zahrain, Gobala, Hasan kayu JATI, Ezam sesumpah dan beberapa ekor lagi itu.

Lebih jantan dari Najib rupanya... kahkahkah...

Posted: 04 Feb 2012 08:00 PM PST

Sharizat tidak gentar hadapi pertuduhan NFC

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. — Gambar fail

BERUAS, 4 Feb — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata beliau sudah bersedia dan tidak gentar menghadapi pertuduhan rasuah terhadap Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas berbulan lamanya menafikan penglibatan dirinya terhadap skandal berkaitan pusat ternakan lembu tersebut.

Dipetik Bernama Online, Shahrizat berkata, skandal yang menyaksikan pertuduhan ke atas diri dan keluarganya telah menjadikan lebih "bersemangat".

"Tidak mengapa. Kami ahli politik. Akan jadi lebih bersemangat apabila diuji," jelas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu di majlis Barisan Nasional di sini.

Shahrizat menjelaskan kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa akan berlaku lebih banyak pendedahan akan menyambut kepulangan Shahrizat selepas bercuti selama tiga minggu.

Menteri Kanan Kabinet itu dijangka menyambung tugasnya semula Rabu ini.

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan "bercelaru" oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

PKR mendakwa, sekurang-kurangnya RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Parti Pembangkang turut menuduh Shahrizat dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC bagi membayar bil kad kredit mereka pada 2009.

Namun begitu, pihak pengurusan NFC mempertahankan penggunaan tersebut dibuat untuk kegunaan syarikat.

Menteri itu turut menyaman Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung tuduhan mereka itu.- TMI

PANAS!!! Perkasa ngan UMNO pakai satu seluaq... kahkahkah...

Posted: 04 Feb 2012 06:50 PM PST

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

"Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?" katanya dalam kenytaan akhbarnya kepadaMalaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.- M'kini

Anak haram mana juai barang berjenama palsu nih...

Posted: 04 Feb 2012 02:30 PM PST

Empat mesin pengisar buah palsu dirampas

MUAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar merampas empat mesin pengisar buah-buahan palsu menggunakan jenama terkenal dari sebuah kedai barangan elektrik di Sungai Abong, di sini.

Pegawai Penguatkuasa, Haidzir Shah Khairuddin berkata, peralatan palsu itu dijual pada harga RM239 yang dibeli seorang pelanggan dari Johor Bahru pada Disember lalu.

Menurutnya, tetapi peralatan itu didapati rosak selepas beberapa hari digunakan, lalu pelanggan itu menghubungi kedai berkenaan.

"Malangnya kedai ini menyuruhnya menghantar sendiri peralatan yang rosak ke pusat perkhidmatan jenama berkenaan di Johor Bahru.

"Pusat perkhidmatan merujuk peralatan ini ke syarikat berkenaan di Singapura yang merupakan tempat pemeriksaan barangan itu di Jepun, Itali dan United States," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan mendapati tidak pernah mengeluarkan produk itu dan menghantar wakil dari Singapura ke Muar.

Haidzir Shah berkata, wakil itu turut membeli satu set peralatan berkenaan untuk tujuan semakan terperinci di Singapura sebelum mengemukakan satu laporan.

"Saya bersama pengurus jualan jenama berkenaan dari Singapura, Mohammad Jilon menyerbu kedai itu kira-kira jam 11.30 pagi, Rabu lalu dan merampas empat set peralatan ini.

"Siasatan mendapati hanya dua pengedar dibenarkan memasarkan barangan jenama itu di Muar dan satu lagi kedai alat elektrik dalam bandar Muar," katanya.

Menurutnya, pembeli itu tidak mengetahui, set mesin pengisar buah-buahan itu palsu.

"Kes disiasat di bawah Akta Pengguna 2011 dan kami turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar," katanya. -SH

Tiada ulasan: