Addin |
- Bukti Terbaru PRU13 Bakal Diadakan Mac Ini
- Politik 'Kepala Babi'
- UMNO Sudah Kehabisan Modal Berkempen.. Ini Buktinya
- Khir Toyo Dedah Kepincangan BN
- Najib Semakin Kusut Tetapkan Tarikh PRU13
Bukti Terbaru PRU13 Bakal Diadakan Mac Ini Posted: 05 Feb 2012 10:17 AM PST Dengan maklumat yang diperolehi oleh YB Husam Musa, memaklumkan bahawa parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan, menguatkan lagi kebenaran PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012. Bukti terbaru pilihanraya akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Mac ini, adalah terdapatnya arahan terbaru untuk kesemua Majlis Perbandaran membekukan kesemua permohonan dan kelulusan menyewa dewan perbandaran dari 8 Mac sehingga 18 Mac 2012. Maklumat dari guru-guru yang menjadi petugas SPR juga memaklumkan bahawa satu mensyuarat khas bersama SPR akan diadakan pada 9 Februari, Khamis ini, bagi membincangkan persiapan pilihanraya. Bagi... ambil, tetapi undi Pakatan Rakyat Memandangkan pengagihan Bantuan Rakyat RM500 yang tidak banyak mengubah kebijaksanaan Rakyat yang menganggap memancing undi... dalam masa terdekat ini, Najib Razak akan mengumumkan penurunan harga minyak berkuatkuasa serta merta sebagai taktik meraih sokongan rakyat. Bagaimana pun, harga minyak akan dinaikkan kembali selepas pilihanraya jika BN berjaya mendapat kemenangan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Pandangan PRU13 Bukan Pada Bulan Mac Terdapat pandangan yang mengatakan PRU13 tidak diadakan pada bulan Mac yang mengambil kira pengumuman Najib yang mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan. Ini adalah tektik 'reverse psychology' yang diamalkan sejak dulu lagi bagi MELALAIKAN semua jentera Pakatan Rakyat yang beranggapan pilihanraya lambat lagi. Keadaan sebegini juga berlaku pada tahun 2008 apabila Abdullah Badawi mengatakan pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi tidak lama selepas itu mengumumkan pembubaran parlimen. Maklumat risikan Special Branch dan Military Intelligence melaporkan jika Najib tidak mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat, Najib dan Bn akan menghadapi kesukaran di luar jangkaan untuk tempoh yang lebih lama, memandangkan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar Ibrahim telah membuka ruang yang amat luas kepada Anwar Ibrahim merancang dan menyusun strategi yang amat berbahaya kepada Bn. Lebih lama ruang diberikan kepada Anwar, lebih parah BN akan menghadapinya. Isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam, terpaksa Najib hadapi menyelesaikannya dengan segera, kerana isu-isu ini akan menjadi barah yang menghancurkan Bn jika ditunggu lama lagi. Apatah lagi apabila kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang membuatkan Najib Razak terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan kerajaan. Pengumuman pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, adalah hanya akan menjadi alasan Najib kononnya prihatin dengan kakitangan awam. Bila tiba masa pengumuman pembubaran parlimen, semua perkara ini dilupakan dengan mengalih isu-isu yang lain di dalam media arus perdana. 'Kuasa Ketiga' yang sedang berkembang sekarang ini menyukarkan Najib mempertahankan "fixed deposit" di Sabah dan Sarawak yang menyaksikan banyak parti politik baru dan NGO ditubuhkan di sana, dan malang bagi Najib, kebanyakan '"Third Force' tersebut lebih condong ke arah Pakatan Rakyat. Lebih lama Najib menangguhkan pilihanraya, lebih bersedia 'Kuasa Ketiga' ini bergerak menyusun strategi mengalahkan Bn. Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasi pilihan raya. Ini juga perlu dielakkan oleh Najib untuk membincang dan meluluskan transformasi tersebut, kerana hanya satu cara sahaja Bn boleh memenangi PRU13, iaitu hanya DENGAN PENIPUAN DI DALAM PILIHANRAYA. Petugas dan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat jangan LALAI. Mulai sekarang pastikan semua jentera sudah digerakkan dan bersedia 100%. Pastikan semua jentera bersedia menghadapi PRU13 pada 11 Mac 2012 ini. ~arusperjuangan |
Posted: 05 Feb 2012 06:01 AM PST Muncul lagi kes-kes 'kepala babi' dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur. Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam turut dianggap sebagai rumah Allah, adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa. Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam. Niatnya adalah apabila kejadian seumpama ini berlaku, orang-orang Melayu akan menuduh masyarakat Cina yang melakukannya. Ini adalah kerana babi seringkali dikaitkan dengan masyarakat Cina. Yang menjadi persoalan adalah, apa objektifnya? Mahu menimbulkan huru-hara? Mahu menggugat keharmonian kaum? Mahu tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali? Kejadian ini adalah satu provokasi politik yang merbahaya. Pelakunya adalah golongan yang berfikiran pendek dan tidak mempunyai sedikitpun kecintaan terhadap negara. Yang penting bagi golongan ini adalah politik. Enam insiden selepas PRU 12 Politik 'kepala babi' bermula kembali semenjak tahun 2009. Menjelang pilihanraya kampus pada 16 Januari tahun itu, kepala babi ditemui di salah sebuah surau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada 27 Januari 2010, kepala babi ditemui di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun dan Masjid Al-Iman Al Tirmizi, Petaling Jaya, Selangor. Pada 30 Disember 2011 kepala babi ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di Johor Baru. Terbaru di Rawang dan Sentul. Apa yang boleh dibanggakan adalah kali ini, emosi orang-orang Melayu-Islam masih dapat dikawal dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi jahat seperti ini. Bayangkanlah jika insiden sebegini berlaku dizaman sebelum Internet berkembang luas, sudah pasti sudah berlakunya pertumpahan darah yang meragut nyawa. Mujur pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memainkan peranan dengan mengeluarkan kenyataan untuk meminta umat Islam bertenang. Sudah pasti banyak lagi pertubuhan Islam yang sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Wakil Rakyat Cina Lebih ironi lagi, kedua-dua kawasan insiden kepala babi mempunyai wakil rakyat yang berketurunan Tionghua. DUN Rawang diwakili oleh YB Gan Pei Nei. Manakala Sentul pula terletak di bawah parlimen Batu di mana Naib Presiden PKR, YB Tian Chua adalah wakilnya. Kedua-dua Gan Pei Nei dan Tian Chua adalah dari PKR. Apakah insiden ini adalah sebahagian dari taktik untuk mengurangkan undi orang Melayu terhadap dua wakil rakyat ini? Jika itulah tujuannya, kemungkinan besar taktik mencampakkan kepala babi kedalam masjid ini akan 'backfire' kepada pelakunya oleh kerana taktik seumpama ini sudah dapat 'dibaca' orang ramai. Pada hari kepala babi ditemui di Sentul, penulis sempat bersembang dengan berberapa anak-anak muda Melayu di sebuah kedai makan. Mereka tidak mempercayai kepala babi tersebut diletakkan oleh orang Cina di masjid kerana pada tanggapan mereka, orang-orang Cina tidak akan berani melakukan perbuatan terkutuk itu. "Mana orang Cina berani bang. Diaorang mesti tau risiko 'kena cincang' kalau tertangkap semasa melakukan," kata seorang anak muda kepada penulis. Jangan gadai keharmonian negara kerana politik Keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini jangan digadai. Jangan hanya kerana mahu mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, rakyat berbunuh-bunuh. Mahukah Malaysia jadi seperti sesetengah negara dimana perang saudara tidak pernah berhenti? Mujurlah kini orang-orang Melayu tidak lagi mudah dipergunakan. Generasi muda hari ini kebanyakkannya berfikir dahulu sebelum bertindak walaupun telah banyak provokasi, menjurus kepada pergaduhan kaum dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertamadun. Apabila berlaku provokasi sebegini berlaku, yang paling penting para pemimpin masyarakat harus keluar untuk menenangkan keadaan. Apabila masyarakat berfikir dengan waras, provokasi tidak akan berjaya dilakukan. Sudah sampai masanya agar masyarakat Malaysia menyatakan pendirian tegas menolak sebarang provokasi jahat seperti ini. Kita tidak mahu politik Malaysia ditentukan oleh kepala babi. ~aminiskandar |
UMNO Sudah Kehabisan Modal Berkempen.. Ini Buktinya Posted: 05 Feb 2012 05:32 AM PST Saya telah pergi ke TTDI hari ini untuk bertemu beberapa orang rakan yang ingin berjumpa saya sambil minum pagi. Saya diberitahu oleh rakan-rakan saya yang sudah banyak poster-poster yang ditampal dimerata-rata tempat tentang Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu. Poster itu berbunyi 'Lim Guan Eng anti Melayu'. Sebagai seorang yang sentiasa berada bersama rakyat marhean di bawah ini, saya dapat merasakan dengan jelas yang DAP sedang mendapat penerimaan dari kaum Melayu yang sudah terbuka minda dan tidak lagi terkongkong dengan momokan jahat setengah pihak terhadap parti itu. Ini juga dapat dirasakan oleh UMNO dan sekutunya. Maka tidak terkejut jika mereka melakukan tindakan desperado ini kerana ini sahajalah jalan yang tinggal untuk menggagalkan usaha DAP untuik membuktikan yang parti itu benar-benar sebuah parti 'multi-racial' yang sedang mendapat sambutan dari semua kaum termasuk dari kaum Melayu yang sudah tidak terkongkong dengan momokan gila parti-parti dalam BN khususnya UMNO. Untuk memahami tujuan poster ini dinaikkan tidak memerlukan seorang yang bijak pandai untuk mentelaahnya. Seseorang yang terbuka sedikit mindanya dan sudah bercampur gaul dengan mereka yang berpolitik secara jujur akan cepat tahu matlamat pihak yang menaikkan poster-poster ini. Matlamatnya ialah untuk berusaha dengan cara kotor untuk BN mendapat sokongan dari semua kaum khususnya orang Melayu. Kerja menakut-nakutkan Melayu ini memang cara UMNO untuk menjauhkan Melayu dari mendekati DAP. Puluhan tahun orang Melayu ditakutkan dengan isu 13 Mei untuk menjauhkan orang Melayu dari DAP. Tetapi isu itu sudah tidak dipakai lagi kerana rakyat tahu kaum Cina lah kaum yang takut dengan pergaduhan di antara kaum kerana mereka mahukan keamanan dan hidup berniaga di dalam negara yang tidak berpecah belah. Rakyat pun tahu yang kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap mengambil tahu hal untuk semua kaum di negeri tadbiran beliau. Orang Melayu sekarang sudah sedar yang Guan Eng tidak boleh di nafikan ketelusannya dalam mentadbir negeri Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang dituduh anti Melayu dan Islam oleh penyokong UMNO dan BN telah memperuntukkan wang sebanayk RM64 juta untuk mentadbir urus hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang. Semasa BN memerintah Pulau Pinang, peruntukkan untuk hal ehwal Islam hanyalah sebanyak RM12 juta sahaja. Walaupun negeri Pulau Pinang hanya sebuah negeri yang kecil dan jumlah orang Islamnya kecil jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, peruntukkan sebanyak RM64 juta itu merupakan jumlah yang amat besar. Peruntukkan itu termasuklah untuk menyelia elaun guru-guru KAFA, pentadbiran tanah perkuburan serta semua yang berhubungkait dengan agama Islam di negeri itu. UMNO sedar yang Guan Eng tidak boleh lagi dipersendakan kepimpinannya. Jika benar Guan Eng anti Melayu bagaimanakah 70% dari kontrak yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang itu diperolehi oleh Bumiputra? Kerajaan Pulau Pinang tidak memandang bangsa dan ethnik dalam pembahagian kontrak-kontrak ini sebaliknya pembahagian itu adalah didasarkan kepada 'merit' yang ada kepada kontraktor-kontraktor itu. Dengan keadaan itu maka terbukti kontraktor-kontraktor Melayu mempunyai 'merit' yang tinggi yang mereka tidak dapat buktikan semasa pemerintahan Koh Tsu Khoon dahulu. Dengan kata-kata lain Bumiputra boleh berjaya tanpa bersandar kepada peruntukkan keistimewaan Bumiputra sebagai yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara. Sesungguhnya orang Melayu mampu membuktikan yang mereka boleh bersaing dan semasa pemerintahan Gerakan dahulu mereka tidak berupaya membuktikannya kerana setiap kerja yang di berikan oleh kerajaan BN semasa itu telah diperolehi oleh kroni-kroni kerajaan semasa itu. Segala bukti-bukti ini secara beransur-ansur dapat disaksikan oleh rakyat dan itulah sebabnya UMNO ternyata takut dengan DAP yang akhirnya telah berjaya membuktikan yang parti itu benar-benar parti untuk rakyat dan bukannya untuk kroni-kroni tertentu dan 'warlords' yang istimewa dalam UMNO dan BN itu. Pentadbiran yang jujur memang satu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh UMNO dahulu maka perbezaan yang ditunjukkan oleh Guan Eng ini amat menakutkan UMNO. Maka tidak hairanlah kenapa poster yang bersifat sensitif ini dinaikkan oleh setengah pihak yang takut kepada kejayaan DAP untuk membuktikan yang parti itu tidak bersifat rasis seperti MCA dan UMNO dalam BN itu. Poster-poster itu hanya merupakan satu tindakan yang 'counter productive' bagi pihak yang menaikkannya yang bersifat rasis yang keterlaluan itu.~aspanalias |
Khir Toyo Dedah Kepincangan BN Posted: 04 Feb 2012 08:35 PM PST Pelbagai kepincangan semasa pentadbiran BN di Selangor selama ini. Salah satunya ialah memberikan kontrak selama 30 tahun kepada syarikat kroni iaitu Puncak Niaga. Di fahamkan Tan Sri Rozali Ismail adalah bendahari UMNO Selangor. Sedikit masa dulu gaji pengerusi SYABAS iaitu Tan Sri Rozali Ismail menjadi isu hangat kerana dikatakan mencecah angka RM425,000 (rujuk sini). Dengan gaji sebesar itu dan kualiti air Selangor yang dikatakan tercorot adalah tidak berbaloi. Bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo berkata, beliau tidak menyerahkan air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagaimana sangkaan ramai. Beliau menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor. Katanya, Selangor dan Kuala Lumpur berdepan krisis air sekitar tahun 1997 atau 1998. "Kerajaan pusat yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik Syabas untuk menguruskannya. "Saya tidak terbabit kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kepada Puncak Niaga," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie. Puncak Niaga merupakan syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail yang dipercayai rapat dengan Umno Selangor. Dr Khir menegaskan kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya. Katanya, krisis air membuatkan Selangor perlu membina empangan di Ampang Pecah. Kuala Kubu Baru. Berhutang RM1,2 bilion Menurut beliau, Selangor memerlukan perbelanjaan RM2.4 bilion tetapi kerajaan negeri tidak mampu. Pusat mahu Selangor membuat empangan tersebut bagi mengelak krisis air berulang. "Waktu itu Selangor berhutang RM1.2 bilion dengan kerajaan pusat. Saya kenakan syarat kalau kerajaan pusat mahukan air Selangor, kena ambil dengan hutang sekali. "Pusat setuju dan melupuskan hutang RM700 juta. Dari RM1.2 bilion hutang Selangor tinggal RM500 juta," katanya lagi. Bagaimanapun, kerajaan Selangor mahu mengurus sendiri bekalan air dan berhasrat mengambilalih tiga syarikat konsesi air iaitu Syabas, Konsortium Abbas Bhd dan Syarikat Pengurusan Air Selangor (Splash). Syarikat Pengurusan Air Nasional (Pusat) sebuah agensi baru kerajaan pusat setuju dengan langkah Selangor mengambilalih bekalan air dari Syabas. Tindakan awal Selangor mengambilalih Konsortium Abbas pada tahun 2007 dan sasaran seterusnya ialah Syabas. Siapa nak buat "Saya mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengambil alih Syabas tetapi gagal kerana BN kalah pada 2008," tambah beliau. Sejurus selepas kekalahan itu, Dr Khir melepaskan jawatan menteri besar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, Kerajaan baru Pakatan Rakyat sedang berusaha mengambilalih pengurusan air dari Syabas tetapi konsesi itu lebih berminat menyerahkannya kepada kerajaan pusat. Dalam soal ini, Dr Khir menyarankan Menteri Besar sekarang menyerahkan pengurusan bekalan air kepada pusat untuk memastikan bekalan terjamin. Katanya, Selangor memerlukan sumber bekalan baru bagi mengelak krisis berlaku lagi. "Kerajaan negeri nak bina empangan Langat 2 tetapi memerlukan kos RM4 bilion. Masalahnya siapa nak buat? "Kerajaan negeri tiada wang. Kalau tak buat krisis air berlaku. Pemindahan air dari Pahang ke Selangor memerlukan RM12 bilion. "Nasihat saya biar pusat buat," tegas Dr Khir. ~fmt |
Najib Semakin Kusut Tetapkan Tarikh PRU13 Posted: 04 Feb 2012 06:01 PM PST Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional (BN) berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang. Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan. The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. BN memenangi 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri. "Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013. Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam. "Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera," katanya, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan mempunyai kaitan dalam projek itu walaupun keluargnya menerima pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang. Shahrizat mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu semasa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu yang diberikan pada 2007. Selain itu, sebab lain pilihan raya umum tidak diadakan kerana kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang memberikan keutamaan kepada bahagian pengurusan. Kira-kira 2,000 kakitangan di bahagian pengurusan memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 peningkatan tetapi di bahagian lain mendapat kenaikan hanya RM1.70 tambahan bulanan. Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. Beliau kemudian mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, yang mana sumber BN berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kakitangan awam mendapat apa yang mereka mahukan. "BN perlukan sokongan kakitangan awam.Ia tidak boleh membangkitkan kemarahan mereka," tambah sumber itu. Najib juga berharap dapat mempertahankan "peti deposit" di Sabah dan Sarawak selain bekerja keras mendapatkan semula Selangor yang kini dipimpin Pakatan Rakyat. Parti perikatan itu juga turut menawan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. "Ada sedikit harapan untuk mengambil semula Selangor dan mempertahankan Perak. Tetapi BN perlu bekerja keras," kata anggota strategi BN yang enggan dinamakan."Selain itu, BN juga tidak mempunyai sesiapa untuk meletakkan calon sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor," tambahnya. Najib merupakan Pengerusi Umno Selangor sementara timbalannya Datuk Seri Noh Omar. Selain itu, BN juga berhati-hati tentang peluangnya di Sarawak memandangkan ia tewas tujuh kerusi Parlimen. DAP kini memperoleh dua daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu. Anggota strategik BN bagaimanapun berkata gabungan pemerintah yakin memenangi kesemua tetapi dua kerusi di Sabar, yang mempunyai 25 kerusi Parlimen."BN boleh menang besar jika semua isu besar diselesaikan. Sekarang Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasii pilihan raya. "Sebaik sahaja diselesaikan, mereka akan selesaikan skim gaji dan isu NFC," katanya. ~tmi Addin : Najib semakin kusut tetapkan tarikh sesuai untuk adakan PRU 13.. pelbagai perancangan Najib buat untuk menang besar. Tapi sehebat-hebat perancang adalah ALLAH SWT.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan