AdukaTaruna |
Gua bantah Zaid bertanding KB atas tiket PAS. Posted: 05 Feb 2012 08:37 AM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Zaid takda masalah dengan gua. Malah tak kenal pun gua. Kalau compare dengan diri gua, ofkos dia lebih baik dalam banyak hal. Tapi kalau compare dengan pilihan yang ada, gua tolak Zaid sebagai pemimpin. Gua tolak Zaid dulu lagi. Masa jadi calon PKR PRK Hulu Selangor. Tapi Topeng cakap gua salah masa tu. Zaid pilihan terbaik. Gua senyum jer. Dan sekarang masa sudah membuktikannya. PAS belajarlah dari banyak perkara yang berlaku. Ambillah calon yang benar2 memahami aspirasi jemaah mereka sendiri. Tak perlulah import orang lain atas nama tiket-miket nih. Ibrahim Ali atas tiket PAS la, Aziz Bari atas tiket PAS la. Gua tak tahu percaturan PAS atau PR. Apatah lagi gua bukannya pengundi KB pun. Tapi kalau gua ada suara, MP sekarang pun ok. Cikgu Rahim. Ok dari segi humble, cool dan penegak / penjaga aspirasi PAS dalam parlimen lah. Cuma bab2 idea jer gua blom nampak lagi. Bab2 pengurusan, kecaknaan, kesederhanaan, cool dengan anak muda; gua bagi markah A+. Zaid atau Aziz Bari kalau nak bertanding dengan cepat, bertandinglah as bebas. Dan mohonlah PR tidak letak pertandingan bagi membuatkan mereka satu lawan satu dengan BN. Kalu tak logik, masuklah PKR. PKR bukannya ada calon sangat pun. Main belasah jer tuh. [2] Pemimpin ni kita kenal melalui banyak perkara. Banyak elemen yang membuatkan mereka relevan. Dan dari penyebab relevan itulah kita bleh bagi mereka2 ini gred. Contohnya : 1. Shamsul AMK relevan dari isu report polis. Gua tak nampak idea atau hala tuju fikrahnya. 2. Cikgu Bard relevan dengan isu cincin / pendedahan korupsi. Still tak banyak idea. 3. Anwar relevan dengan idea / skandal / ketakutan UMNO terhadapnya. Gua nampak hala tuju fikrahnya. 4. Rafizi relevan dengan idea dan terbaru lembu Kak Jat. Gua nampak sikit2 hala tuju fikrahnya. 5. Husam relevan dengan idea. Dia memang jenis tak layan sangat isu keburukan UMNO. Kerat jari gua kalau Husam hidup atas roadshow skandal lembu / cincin / Altantuya. Dia hidup dan relevan atas idea2 penyelesaian. 6. Ulama2 PAS relevan dengan dasar. Mereka tiada idea kecuali mempertahankan dasar. Dasar yang sudah tetap dan diturunkan. 7. Aziz Bari relevan dengan perlembagaan. Dia mempertahankan perlembagaan sedia ada. Dan mengemukakan cadangan2 pembaikan. 8. Zaid Ibrahim? Gua tak tahu dia relevan atas apa? Isu tiada, idea pun tiada. Setakat ni gua tak tahu aspirasinya terhadap Malaysia yang bagaimana dia mahukan. Penutupnya. Jika PAS menggunakan kaedah tiket-miket, Zaid bertanding atas tiket PAS, memang gua bantah dan tak respek. |
Posted: 04 Feb 2012 08:55 PM PST Oleh : AdukaTaruna Blog gua ni kecil jer. Bukannya rasmi macam Harakah. So, gua ingat takpa kot gua tulis pendapat gua ketika fasa anytime PRU nih. Gua berpendapat, TGNA perlu membuat satu plan peralihan kuasa selepas PRU13 ni. Tak jadi MB dan tidak bertanding ADUN untuk yang akan datang. Tapi Mursyidul Am still pegang. Sebab konsep pemerintahan Kelantan oleh PAS adalah dari parti ke kerajaan. Dalam keadaan TGNA yang uzur, gua kesian sungguh la. Baca plak pengakuan TGNA sendiri yang ada fanatik mana ntah sergah bila TGNA suarakan hasrat untuk berundur, membuatkan gua lagi la kesian. Tambah kesian lagi kalau kat kubur nanti ada rakyat yang meminta haknya dari TGNA yang uzur secara fizikal. Tidak hadir fizikal atau sebagainya. Hak rakyat ke atas TGNA dalam bentuk fikrah gua rasa takda masalah. Tapi hak rakyat ke atas TGNA dalam bentuk fizikal gua rasa maybe ada prob. Nak suh TGNA undur skang, gua pun tak setuju. Tapi kalau boleh lah, suara hati gua, selepas PRU13, TGNA umumkan bersara dari kerajaan, still menjadi Mursyidul Am, dan mengumumkan pelan peralihan kuasa. Tukang umum jer la. Sebab plan tu sebenarnya dibuat secara syura. Jadi MB Kelantan dapat seorang yang memiliki kekuatan untuk menunaikan hak2 fizikal rakyat. Bab fikrah takda masalah sangat. Walau memang perlu kuat, tetapi as Mursyidul Am dan syura tu ada, maka kerajaan akan dikawal parti. Gano gulawe? |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan