Rabu, 1 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


Jangan gelak, senyum sudah... kahkahkah...

Posted: 01 Feb 2012 10:30 AM PST

Tuan-tuan...
Jangan gelak...
Senyum-senyum sudah...
Kerana inilah realiti UMNO....
Kahkahkah...

Video: Catriona Ross nak masuk PAS?

Posted: 01 Feb 2012 08:50 AM PST

Sempoi betoi tulisan bro Tukar Tiub nih...

Posted: 01 Feb 2012 08:00 AM PST

Apa sebenarnya Asia Wall Street Journal?

Oleh Hishamuddin Rais

The Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.

Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

Saya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangan tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.

Majalah FEER ini cukup berpengaruh di kalangan kaum pemodal dan politikus di Asia Tenggara. FEER adalah suara dan lambang keagungan empayar British. FEER mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini menjadi suara dan nadi kaum pemodal British yang ketika itu masih banyak menguasai gedung-gedung perniagaan di China dan Asia Tenggara.

Pada tahap gemilangnya FEER pernah mencecah lebih dari 90,000 naskhah jualan untuk satu minggu. Dan jangan terperanjat, warga yang paling banyak membeli dan membaca FFER ialah warga Malaysia. Ini pada ketika pengaruh kaum pemodal British di Tanah Melayu kemudian Malaysia masih mencengkam kukuh.

FEER kemudian telah dibeli oleh syarikat Dows Jones & Company pemilik ASWJ. Nampak atau tidak apa ertinya pembelian ini? Tauke AWSJ membeli FEER bukan hendak memastikan majalah ini laris dan terus berkembang. Niat pembelian ialah untuk memautkan majalah ini. Apabila FEER tutup kedai pada tahun 2009 maka berkembanglah akhbar AWSJ yang seratus peratus mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional dari Wall Street Amerika. Kematian FEER adalah tanda bahawa pengaruh kaum pemodal British telah malap dan pengaruh kaum pemodal Amerika melonjak naik di Asia dan Asia Tenggara.

Hubungan Wall Street-Rumah Putih

AWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street. Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.

Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba. Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.

Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.

Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.

Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun. Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.

Untuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih. Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.

Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah 'tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.

Juga wawancara Najib

Peranan AWSJ ini tidak jauh bezanya dari peranan Utusan Malaysia. AWSJ melakar pandangan untuk kaum pemodal antarabangsa. Utusan Melayu melakar pandangan untuk kepentingan United Malay National Organisation. Yang berbeza hanyalah Utusan ditulis oleh penulis lekeh hinggakan tak ada sesiapa membeli dan membaca Utusan. AWSJ dengan dana yang lumayan mengupah penulis yang licik lagi berpengalaman hinggakan agenda jahat kaum pemodal dan kaum Zionis antarabangsa ini tidak dapat dilihat.

Ramai yang lupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa sebelum Anwar ditemubual, AWSJ juga telah menemubual Najib Razak.

AWSJ memberi nasihat agar Najib meneruskan 'dasar terbuka - dasar liberal' sehingga 'terkangkang' luas agar kaum kapitalis antarabangsa dapat mengaut keuntungan maksimum. Menurut AWSJ Najib hanya berkemungkinan menang pilihan raya jika Najib berani melupuskan kepentingan dasar pro-Bumiputera. Dasar pro-Bumiputera ini menyusahkan kaum pemodal antarabangsa untuk meniaga di Malaysia, menurut pandangan AWSJ.

Dari bacaan saya, ini bukan nasihat. Ini tekanan. Tetapi temubual ini tidak menjadi buah mulut kerana dalam negara kita ini para pemikir Melayu yang pro-Bumiputera 'kecut telur' tak berani bersuara takut tersalah cakap. Jika silap cakap mungkin tidak lagi akan dijemput untuk menjadi ahli panel di rancangan forum RTM atau tidak dipilih untuk menjadi juri di pertandingan Juara Lagu.

Temu bual Anwar Ibrahim di AWSJ ini juga adalah satu tekanan untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa didahulukan. Perhatikan betul betul buah butir yang dilapor. Anwar berkata 'lebih banyak lagi penswastaan akan dilakukan'. Ini untuk menyedapkan hati kaum pemodal antarabangsa kerana Anwar sedar dan tahu siapa di belakang AWSJ ini.

Mengenai Israel dan Zionis, saya harap telah jelas dari apa yang telah saya lakar. Kepentingan kaum kapitalis antarabangsa dan kaum Zionis adalah pada ketika ini ikat mengikat. Hari ini enam buah syarikat Yahudi Zionis menguasai 96 peratus saluran semua bentuk media di dunia. Sayugia cukup untuk saya menuliskan bahawa New York Times, Wall Stret Journal dan Washington Post adalah milik Yahudi yang pro-Israel.

Melalui temubual dengan pemimpin politik Malaysia AWSJ ingin melihat apakah Najib Razak akan memberi keuntungan dan laba yang lebih berbanding dengan Anwar Ibrahim. Ini agenda asasi AWSJ. Akhbar ini tidak akan mempedulikan tentang kezaliman ISA atau AUKU atau Akta Cetak atau jumlah bayi mati dibuang.

AWSJ sedar pada ketika ini politik di Malaysia sedang cair. Penyelidik dan pemerhati politik di AWSJ melihat tahun ini adalah tahun pilihan raya. AWSJ ingin memastikan jika Najib Razak atau Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepentingan kaum kapitalis akan terjaga rapi. Inilah makna temubual dari Asia Wall Street Journal.

Kesiannn, Najib dia tak pandang langsung... kahkahkah...

Posted: 01 Feb 2012 05:17 AM PST

KONFLIK MAHATHIR-ANWAR, BILA KEMUNCAKNYA?

Oleh : AMIN ISKANDAR

SEDAR tidak sedar sudah hampir 14 tahun pertembungan politik di antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semenjak Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, pertarungan di antara dua gergasi politik ini masih belum lagi reda.

Cuma ada turun naiknya. Pertembungan reda seketika sewaktu Tun Abdullah Badawi memimpin negara. Kedua-dua tokoh hebat. Seluruh negara diheret dalam pertembungan politik mereka.

Dr Mahathir masih mampu menyeret seluruh jentera kerajaan untuk bersamanya melawan Anwar – walaupun beliau melepaskan jawatan pada tahun 2003 lalu.

Anwar yang dulu anak didik kesayangan Dr Mahathir tidak kurang hebatnya, daripada seorang pemimpin nombor dua Umno, beliau mampu menyatukan parti politik pembangkang seperti PAS dan DAP serta menubuhkan PKR untuk bersamanya melawan Dr Mahathir.

Mungkin oleh kerana Anwar banyak menerima ilmu politik dari Dr Mahathir, menyebabkan beliau masih lagi mampu bersilat sehingga hari ini dengan bekas bosnya itu.

Igauan Dr M

Dr Mahathir banyak belajar dari pemimpin negara jiran - juga sahabatnya. Beliau melihat bagaimana teman baiknya, Presiden Soeharto digulingkan di Indonesia.

Soeharto sebagai seorang pemimpin yang kuat akhirnya tersungkur akibat demonstrasi rakyat.

12 tahun sebelum Soeharto tumbang, di Filipina berlaku kebangkitan rakyat menjatuhkan seorang pemimpin kuku besi Presiden Ferdinand Marcos. Marcos dihalau bukan sahaja dari kekuasaan akan tetapi terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat. Sehingga akhir hayat Marcos tidak sempat pulang ke Filipina.

Apabila Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998, beliau tidak menyangka akan berlaku kebangkitan rakyat. Hampir setiap minggu demonstrasi berlaku di ibukota walaupun tangkapan ISA berlaku terhadap orang-orang kanan Anwar.

Pada ketika itu, penyokong gerakan Reformasi hanya berpayung dibawah sebuah NGO yang bernama ADIL. ADIL mendapat keahlian yang besar. Mahathir nampak akan bahaya gerakan seperti ini kerana tidak jelas hala tuju politiknya. Jika dibiarkan, tidak mustahil beliau akan senasib Marcos dan Soeharto.

Maka Mahathir mencabar penyokong gerakan Reformasi untuk menubuhkan parti politik dan bertanding pada pilihan raya. Mahathir tahu, apabila tertubuhnya parti politik, fokus untuk menumbangkan regim akan berkurangan dengan adanya politiking dalaman parti.

Sekurang-kurangnya, ia akan melambatkan proses kejatuhan regim pimpinannya. Tepat bacaan politik Dr Mahathir. Sehingga hari ini BN masih bertahan. Gerakan Reformasi pada ketika itu berjaya dilunakkan.

Cabaran Dr Mahathir disahut, tertubuhlah Parti Keadilan Nasional (PKN) – kini PKR selepas bergabungnya PKN dan PRM. Pilihan raya 1999 menyaksikan bagaimana Umno kehilangan majoriti undi dari orang Melayu.

Jika tidak ada sokongan dari kaum Cina, Umno dan BN sudah pasti akan masuk ke dalam tong sampah sejarah.

Keputusan PRU 10 menjadi sebab utama Mahathir berundur. Beliau undur sebelum disepak keluar seperti Marcos dan Soeharto. Dari segi ini, Mahathir selamat.

Akan tetapi, yang paling Mahathir takut kini adalah jika BN tumbang, beliau dan kroni-kroni yang berpayung di bawahnya akan diheret ke mahkamah. Sebab itu Dr Mahathir tidak akan duduk diam selagi hayat dikandung badan.

Pertembungan berterusan

Hari ini, Anwar masih lagi musuh nombor satu Dr Mahathir. Anwar merupakan satu-satunya musuh politik yang gagal dibunuh kariernya oleh Dr Mahathir.

Lihat apa yang terjadi kepada tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam? Kedua-dua tokoh itu hanya tinggal sejarah dan tidak lagi relevan dalam dunia politik hari ini.

Untuk Anwar, Mahathir juga adalah penghalang utama untuk beliau ke puncak kekuasaan. Bukan Datuk Seri Najib Razak dan bukan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin terlalu 'kecil' untuk menjadi lawan Anwar. Jika Mahathir tiada, sudah psasti beberapa tauke-tauke besar yang masih bernaung di bawah bekas perdana menteri itu dijangka belot menyebelahi Anwar.

Tauke-tauke ini juga tahu siapa yang kuat untuk menjaga kepentingan mereka. Apabila keadaan ini berlaku, maka tumbanglah BN. Dalam ertikata lain, selagi Dr Mahathir masih hidup, agak sukar untuk Anwar rapat ke Putrajaya.

Secara realitinya, Anwar juga tahu, beliau bukan sahaja melawan Dr Mahathir, akan tetapi seluruh jentera kerajaan yang ada. Perlawanan ini tidak akan berjaya semudah pilihan raya.

Tidak ada regim dalam dunia ini yang akan menyerah kepada rakyat semudah di medan pilihan raya.

Barang siapa yang menyangka BN boleh ditumbangkan pada PRU 13 dengan mengambil kira keputusan PRU 12 lalu adalah terlalu naif kefahaman politiknya.

Lihat saja di Mesir, apakah Presiden Hosni Mubarak dikalahkan pada pilihan raya? Persoalnnya, apakah Anwar percaya dengan pilihan jalanraya?

Pertarungan pusingan akhir

Kini pertarungan Mahathir-Anwar masuk ke pusingan akhir. Setakat ini, kedua-dua tokoh mempunyai stamina panjang.

Tanpa boleh mengharapkan seratus peratus pada Najib, Mahathir sendiri terpaksa masuk kembali ke gelanggang.

Apabila timbul isu kenyataan Anwar tentang isu Palestin – Israel, Mahathir mendapat peluru. Beliau terus menyerang Anwar. Kata Dr Mahathir, Anwar memang akrab dengan pemimpin Israel.

Isu Israel ini akan dijadikan modal untuk terus menyerang Anwar selain isu video seks setelah kes liwat gagal menyebelahi Mahathir.

Bagi yang ingin melihat pedebatan di antara BN dan Pakatan dalam bentuk polisi, ia tidak akan berlaku dalam jangkamasa terdekat. Pertarungan pusingan akhir ini akan menjadi lebih hebat lagi.

Dari segi usia, Anwar mempunyai kelebihan kerana jauh lebih muda berbanding Mahathir.

Pertarungan pusingan akhir akan menentukan sama ada Mahathir atau Anwar yang bakal menang dalam perlawanan yang panjang ini. Hanya masa yang menentukan.

Pssttt... Betoi ka hampa nie...

Posted: 01 Feb 2012 01:30 AM PST

Usah Terlalu Yakin Dengan Undi Cina

SEKILAS PANDANG, tidak salah rasanya jika menyatakan yang undi kaum Cina hampir 100% berada di tangan PR. Namun, ini tidak bermakna yang PR harus terlalu yakin kerana kaum Cina adalah kaum yang penuh muslihat dan strategi. Tiada siapa yang harus meletakkan 100% kepercayaan kepada kaum ini kerana mereka sememangnya sukar bersikap ikhlas selain sesama klan dan bangsa sendiri.

Kesetiaan mereka hanyalah pada mana-mana pihak yang mampu memberi mereka keuntungan dan kelebihan. Oleh itu pada bila-bila masa, mereka boleh berpaling dari PR dan kembali menyokong BN.

Jika dilihat dari segi trend sokongan dalam PRU, kaum Cina berdiri teguh di belakang BN pada PRU 1999 kerana keyakinan mereka terhadap kepimpinan. Pembangkang pada ketika itu bergantung penuh kepada sentimen Melayu yang rata-ratanya simpati dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tidak keterlaluan dikatakan BN menang kerana undi Cina.

Pada 2004, BN menang besar yang mana sekali gus menunjukkan yang undi Cina tetap kepada BN dan undi Melayu juga sebahagian besarnya telah kembali kepada BN. Faktor peralihan kuasa dikatakan memainkan peranan penting.

Namun, kemudiannya, faktor hilang keyakinan terhadap Pak Lah dan kebencian terhadap Khairy Jamaluddin melonjakkan sokongan terhadap PR dalam PRU 2008. Lonjakan ini berlaku kerana peralihan undi yang besar dari kaum Cina dari BN kepada pembangkang, di samping juga protes dari kaum Melayu terhadap UMNO.

Inilah yang perlu dianalisa dengan sebaiknya oleh PR kerana antara ketidakpuasan hati rakyat terhadap Pak Lah ketika itu ialah kerana sikapnya yang terlalu tunduk kepada kaum minoriti – yakni, Cina dan India. Ini kerana Pak Lah diketahui mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina dan membuka peluang lebih luas kepada mereka dalam syarikat milik kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sungguhpun demikian, Pak Lah tetap ditolak oleh kaum Cina atas alasan lemah dan tidak mampu menjana ekonomi dengan berkesan.

Dalam pilihanraya Sarawak yang lalu, kita melihatkan kaum Cina memberi sokongan padu kepada PR atas faktor Ketua Menteri dan ditambah dengan isu sensitif seperti injil dalam bahasa Melayu dan penggunaan nama Allah dalam kitab agama lain.

Namun begitu, kaum Cina di pedalaman dilihat masih berpihak kepada BN.

Apa yang pasti, kaum Cina boleh mengubah undi mereka pada bila-bila masa berdasarkan 'arahan' dari atas.

Apa yang perlu diberi perhatian ialah, strategi DAP meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu bagi menggantikan calon PAS juga dilihat mungkin akan memakan diri. Tindakan ini dikhuatiri akan menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat sebagai alternatif terbaik bagi BN.

Kita sedia maklum bahawa undi kaum Cina adalah penting, dan usaha YB Nurul Izzah untuk terus menarik hati kaum mereka dengan menyokong dan membantu usaha mempertahankan monopoli perniagaan kaum Cina amat kita fahami. Namun begitu, Nurul Izzah harus ingat bahawa dengan memberi segala-galanya kepada kaum ini bukanlah jaminan yang mereka akan setia bersama kita.

PR perlukan sekurang-kurangnya 70% undi Cina untuk menang pilihanraya di saat sokongan Melayu dilihat semakin meruncing. Dengan isu Hasan Ali dan kini, Israel, di campur tolak pengundi atas pagar dan yang berubah haluan, dianggarkan undi Melayu di pihak kita hanyalah lebih kurang 30%.

Di saat-saat genting begini, tidak salah sekiranya PR mengkaji semula strategi kita. Usah terlalu berharap kepada undi Cina. Usah terlalu fokus kepada menghentam BN, tetapi PR harus terlebih dahulu mendapatkan kepercayaan keseluruhan rakyat dengan membuktikan ketelusan dalam tindakan.

Cakap-cakap kedai kopi kedengaran berbunyi, sedang kes NFC sudah disiasat, Khir Toyo sudah mendapat balasan tetapi kes-kes yang melibatkan pemimpin PR masih dikunci rapat. Sedang UMNO/BN tidak menutup pekung mereka dari pengetahuan rakyat, PR pula masih menafi dan cuba menutup semua salah laku pemimpin sendiri dan langsung tidak mengambil tindakan walaupun terdapat aduan dan laporan dari ahli-ahli parti.

Jika PR mampu memperlihatkan ketelusan dengan mengakui kesilapan dan mengambil tindakan terhadap salahlaku pemimpin, kita yakin rakyat dari semua kaum akan berada 100% di belakang kita. Terimalah hakikat bahawa PR memerlukan rombakan strategi secara menyeluruh dan mendalam jika benar-benar serius ingin memenangi PRU akan datang.

Oleh: Azman Ariffin

Boleh percaya ka kat lembu liaq nih... kahkahkah...

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST


NFC: Kewajaran Menggunakan 'Khidmat' Shamsubaharin

DATUK Shamsubahrain Ismail mungkin gagal 'berkhidmat kepada Pengarah Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam usaha merasuah pegawai penyiasat polis yang menyiasat kes membabitkan 'penyelewengan' dana kerajaan oleh syarikat tersebut, seperti dalam pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah sekarang.

Tapi dalam masa yang sama, penulis tidak nampak bagaimana orang seperti Shamsubahrain boleh menyumbangkan 'khidmatnya' kepada Pakatan Rakyat pula?

Kalau-kalau terlupa, penulis suka nak ingatkan bahawa Shamsubahrain adalah seorang yang kelihatan di mata masyarakat sebagai penipu. Beliau mungkin di'kambing hitam'kan dalam kes NFC ini, tapi bagaimana pula dengan pembabitannya dalam beberapa kes penipuan lain?

Belum apa-apa lagi imej Shamsubahrain sudah terjejas teruk dan penulis tidak pasti sama ada ia permulaan yang baik untuk membuka lembar baru dalam hal NFC ini setelah usaha yang pertama gagal.

Gagal dalam erti kata tidak ada 'penyelewengan' disebut dalam laporan Audit 2010 seperti disahkan oleh Ketua Audit Negara sendiri.

Penulis bimbang, keadaan itu akan menyebabkan apa pun bukti dan maklumat yang bakal didedahkan Shamsubahrain tidak mempunyai kredebiliti dan boleh dipertikaikan.

Penulis difahamkan daripada pelbagai laporan berkaitan, Shamsubahrain mempunyai bukti dalam bentuk teks mesej dan sebagainya bagi membuktikan dakwaannya di'kambing hitam'kan oleh pihak pengurusan NFC.

Bukti seperti ini mungkin kelihatan 'solid' tapi ia juga boleh dipertikaikan kerana tafsiran yang berbeza. Apatah lagi dengan latar belakang Shamsubahrain yang terpalit dengan pelbagai kes membabitkan penipuan.

Penulis sebenarnya lebih gemar kalau Shamsulbahrain dibersihkan terlebih dahulu dari segala 'kekotoran' yang terpalit pada dirinya sekarang.

Setakat yang penulis tahu, rakyat Malaysia mementingkan intergriti individu dalam hal-hal pendedahan sedemikian.

Walaupun ia mungkin memakan masa tapi itu adalah lebih baik dari PKR dan Pakatan Rakyat menerima kesan negatif sekiranya Shamsubahrain memberikan maklumat yang mungkin menjerat kita semula dikemudian hari.- SPR

Haa... Ni baru la betoi...

Posted: 31 Jan 2012 10:00 PM PST

PAS jangan terkilan MB jaga Islam

Subky Latif,

SAYA tidak fikir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ada agenda sendiri apabila beliau mengambil portfolia Agama Islam dan tidak mengambil Dr. Rani sebagai Exco baru sedang Dr. Rani adalah ketua PAS Selangor.

Saya fikir Khalid dan keduanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengenepikan PAS dan ketuanya dalam membuat keputusan itu. Bodohlah Khalid jika dia tidak berbincang dengan Dr. Rani dan PAS sebelum keputusan itu dibuat. Dan saya percaya MB Selangor itu sudah ada maklum balas dari pimpinan PAS apabila keputusan itu dibuat.

Jangan ditanya mengapa Dr. Rani tidak jadi Exco baru. Biarkan ia menjadi rahsia antara Khalid dan Dr. Rani dan antara Anwar dan Ustaz Hadi.

Memandangkan Khalid adalah ahli tadbir yang cekap dan tempoh pilihan raya umum adalah dekat, maka dia tahu banyak tentangan pentadbiran agama yang tidak jelas apa yang telah dibuat sejak tahun 2008 dulu.

Dengan kuasanya sebagai ketua kerajaan dan kecekepannya sebagai pentadbir, dia tuntu dapat imbangan apa yang tidak dapat dibuat dulu dengan apa yang patut dibuat dalam waktu singkat nanti.

Dalam waktu yang singkat ini Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor perlukan penuh masa dan tenaga untuk menggembleng tenaga bagi membangun tenaga dan semangat PAS penghadapi pilihan raya. Dia mesti buat apa yang tidak dibuat dulu.

Tidak sempat dan tidak cukup tenaganya untuk membuat dua kerja penting dalam masa kurang dari setahun atau sekadar beberapa bulan lagi saja bagi meletakkan PAS yang tempat yang terbaik.

PAS mesti capai keputusan lebih baik kali ini. Tetapi Dr. Rani cuma ada waktu yang singkat untuk memenuhinya. Kalau dia tidak dapat buat lebih baik dari tahun 2008, dia mesti jangan kurang dari pencapaian sekarang.

Saya percaya Dr. Rani dan Khalid Ibrahim telah berkongsi pengetahuan bagi memastikan Selangor dapat dipertahankan dengan keputusan yang lebih baik.

Khalid dan Anwar tahu bahawa kemenangan Pakatan di Selangor dan di seluruh negara antaranya adalah atas penyertaan padu dan kekuatan PAS. Jika diketepikan PAS, maka rugi besarlah Pakatan. Tidak sampailah ia ke Putrajaya.

Jangan fikir Anwar dan Khalid begitu lemah untuk memahami suasana politik di negara ini.

Cuma bagi Dr. Yunus yang diberi tanggungjawab atas Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan dalam waktu yang singkat sekarang berdepat dengan cabaran untuk menyuntik cara bekerja dan berfikiran Islam dalam pentadbiran.

Bagaimana adat Melayu itu dapat menjadi adat Islam supaya semua adat itu sesuai dengan kemahuan ibadat? Jangan lagi adat itu terus bersalut dengan kerja tahyul, kurafat dan gejala jahiliyah.

Dr. Yunus diberikan satu corak belia yang diketahui sedang dilanda oleh gejala dan gelombang keruntukan akhlak. Belum lagi dasar belia nasional dapat menangani isu keruntukan akhlak itu. Dr. Yunus diberi satu tanggungjawab besar bagi menyelesaikan masalah di negerinya sedang ia tidak dapat dan belum dapat diselesaikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Dr. Yunus diberi tanggungjawab itu bukan sekadar untuk menyusun dan mengadakan program belia bagi menjadikan belia ssebagai produk dinamik dalam pasaran buruh, tetapi adalah untuk menyuntik watak dan ruh Islam di kalangan belia. Bagaimana belia bukan Islam dapat dijinakkan dengan cara hidup dan berfikiran Islam?

Bagaimana ahli sukan dan belia Budha, Hindu dan Kristian boleh menyesuikan pegangan agamanya dengan cara hidup dan pemikian Islam mereka ada saksiah Malaysia yang tidak sama dengan belia di Vietnam, Thailand dan Myanmar tetapi tetap sebagai ahli sukan dan belia yang dinamik.

Kerja membudayakan Islam dalam alam dan masyarakat belia dan sukan adalah sama penting dengan mendinamikkan pentadbiran Islam di MUIS dan JAIS. Jangan fikir peranan Islam amat kecil di jabatan-jabatan yang dijaga oleh Dr. Yunus dan fungsi di Jabatan Agama.

Pahala seorang Exco yang menjadi berbagai portfolio yang dapat membawa cara bekerja Islam di tempat masing-masing adalah lebih ketara dari orang yang tidak dapat menjalankan kerja Islam di Majlis dan Jabatan Agama Islam. Belum tentu menghalang orang yang tahu agama bercakap di surau kerana tiada tauliah suatu yang berpahala.

Menyekat gejala murtad berpahala tetapi menyekat pendakwah tanpa tauliah belum tentu berpahala. Maka jangan fikir tempat Dr. Yunus sekarang bukan termasuk bidang penting bagi Islam. Yang penting di mana PAS dilempar, dia boleh bawa Islam itu.

Betoi ka Polis Penang sengaja buat camni?

Posted: 31 Jan 2012 08:00 PM PST

'Jangan kurang ajar', mana gambar Guan Eng? Polis mesti bersikap professional

Written by Jackson Ng,


Siapa yang harus di taati pihak polis? Adakah mereka sendiri itu diluar batas undang-undang? Siapa yang bayar gaji mereka?

Jika anda kata BArisan Nasional (BN) atau Perdana Menteri Najib Tun Razak maka anda memang silap. Dan anda, seperti Ketua Polis dan orang-orangnya harus bersekolah semula dan belajar undang-undang yang paling asas dalam negara ini dan menghormatinya.

Apa yang saya sedang cakapkan ini?

Saya telah membawa ayah saya membuat laporan polis di balai polis trafik Datuk Keramat di Pulau Pinang mengenai satu kemalangan pada 26 Januari.

Saya perasan bahawa di kaunter resepsi balai itu ada digantung gambar Yang di-Pertuan Agong and dan Permaisuri. Di sebelahnya gambar PM Najib Abdul Razak. Semua ini baik untuk menunjukkan rasa hormat terhadap raja dan perdana menteri.

Walaubagaimanapun, tiada gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Gambar yang pernah dihuni oleh gambar Dr Koh Tsu Koon, sebelum pilihanraya pada 2008 dibiarkan kosong.

Sengaja?

Adakah ini perbuatan yang sengaja untuk menghina Ketua Menteri yang sedia ada atau penafian kepada undang-undang negara dan hak demokrasi rakyat?

Saya ingin terus katakan kepada polis dan ketua polis: bersikap waraslah dan jangan kurang ajar sama rakyat dan undang-undang!

Polis, seperti juga semua penjawat awam lain dalam negara ini dibayar oleh cukai yang dibayar rakyat dan berkhidmat untuk rakyat bukan BN atau Pakatan Rakyat, mana-mana parti politik sekali pun atau ahli politik.

Penjawat awam sepatutnya dan seharusnya neutral dan taat setia kepada rakyat. Mereka harus menghormati hak demokrasi dan kemahuan rakyat. Mereka mesti berkhidmat dan menghormati kerajaan yang sedang memerintah sekarang!

Kerajaan persekutuan adalah Barisan Nasional. Perdana Menteri ialah Najib Razak dari UMNO.

Kerajaan negeri di Pulau Pinang ialah Pakatan Rakyat. Ketua Menteri ialah Lim Guan Eng dari DAP.

Bersikap professional

Penjawat awam, terutamanya polis, sila jangan akur kepada propaganda bodoh dan taktik BN. Jangan jadi seperti anjing bodoh yang tunduk dan akur kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Anda sepatutnya membantu kerajaan yang dipilih untuk mentadbir dan kerajaan yang sedang mentadbir adalah yang dipilih oleh rakyat menerusi kotak undi setiap 5 tahun.

Malaysia akan menuju kepada kemusnahan, secara politik, sosial dan ekonomi sekiranya rakyat tidak dapat memahami konsep yang paling asas ini ataupun undang-undang asas negara.

Sila ingat bahawa kerajaan yang mentadbir Malaysia sekarang- samada negeri atau persekutuan hanyalah akan mentadbir paling lama pun 5 tahun. Setelah tamat tempoh penggal mereka, mereka juga seperti rakyat lain. Itulah undang-undang dan sila hormatinya.

Kegagalan menunjukkan rasa hormat kepada undang-undang ini akan menjadikan negara sebuah tempat tidak berundang-undang dan kucar-kacir.

Buat masa sekarang, saya berharap agar ini adalah suatu kesilapan – sejak 2008- bagi pihak pentadbiran balai polis Datuk Keramat kerana menunjukkan rasa tidak hormat terhadap Ketua Menteri yang dipilih rakyat.

Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Negara harus dipertanggungjawabkan dan mengambil tindakan segera dan mengikut protokol yang harus dipatuhi untuk pemimpin yang dipilih rakyat.

Inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pihak polis yang seharusnya menjaga kepentingan rakyat- bukan ahli politik atau parti!

Jackson Ng ialah seorang wartawan yang telah bersara

Yeahh... Ni la kejayaan terbesaq Mahathir...

Posted: 31 Jan 2012 06:00 PM PST

Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar

Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.

Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.

Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil "an after thought".

Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.

Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan "depa tak reti Inggeris". Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.

Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.

Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.

Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis "solat hajat dan doa selamat" malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.

Malah ramai di kalangan "Anwariyyun" (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih "bersama" sekadar kepentingan permainan politik sahaja.

Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama "mempertahankan" Anwar.

Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.

Sekian, IB - http://ibrahimbaba.wordpress.com

Babi mana punya kerja pulak dah nih...

Posted: 31 Jan 2012 04:00 PM PST

Kepala babi: PAS desak polis siasat terperinci

Aziz Muda,

KUALA LUMPUR, 31 Jan: PAS mendesak pihak polis mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan terperinci berhubung penemuan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, awal pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut diyakini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan sentimen agama bagi mencetuskan provokasi di kalangan rakyat negara ini.

Menurutnya, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara ini kerana ia jelas boleh mengancam ketenteraman awam jika tidak ditangani dengan betul.

Katanya, sebelum ini beberapa kejadian seperti itu telah berlaku di negara ini dan setelah disiasat oleh pihak polis didapati pihak yang melakukannya bukannya dari kalangan bukan Islam.

"Contohnya dalam kejadian di Johor baru-baru ini. Setelah disiasat oleh pihak polis didapati pihak yang melakukannya adalah orang Melayu sendiri yang mengaku beragama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, pada jam lima pagi ini oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.

Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.

Mereka kemudiannya telah meninggalkan masjid itu setelah mengambil bahan bukti serta menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, manakala kes itu pula akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu turut berkunjung ke tempat kejadian setelah dimaklumkan tentang kejadian itu.

Mereka mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama serta bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Gan turut yakin kejadian tersebut tidak berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di kawasan itu sejak 48 tahun lalu.

Manakala Ronnie pula menjelaskan, Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan akan melaporkan kepada Menteri Besar mengenai kejadian itu untuk tindakan susulan.

Menurut Tuan Ibrahim, pihak polis amat perlu mempercepatkan siasatan mengenai kejadian itu dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

"Perbuatan seperti itu dan sebarang provokasi agama, keselamatan dan bangsa amat perlu dihentikan. Jadi pihak yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya," tegasnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap agar kesemua pihak akan menghadapi kejadian itu dengan matang agar tidak terheret sama ke dalam kancah provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

"Jangan sekali-kali ada pihak yang mengapi-apikan lagi keadaan, sebaliknya hadapilah dengan matang," tegas beliau.

Petua nak jumpak Nabi dalam mimpi...

Posted: 31 Jan 2012 02:30 PM PST

Bagaimana Mahu Berjumpa Nabi Di Dalam Mimpi? - Dijawab Sheikh Muhammad Hassan

Oleh: al-bahanj

Seorang remaja lelaki menghantar mesej SMS kepada saya bertanya soalan bagaimanakah untuk berjumpa dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi? Ma Sya ALLAH, memang bagus betul soalan tersebut. Ia biasanya ditanya oleh orang-orang yang soleh yang rindukan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Saya tidak mampu untuk menjawabnya. Soalan itu berat untuk saya menjawabnya kerana saya sendiri pun belum lagi direzekikan oleh ALLAH Ta`ala untuk mengalami mimpi yang mulia itu. Beruntunglah sesiapa yang dapat bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi semasa hayatnya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:

"Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjelma rupaku." (HR Muslim)

Saya pernah mendengar jawapan yang sangat cantik yang pernah dijawab oleh Sheikh Muhammad Hassan (semoga ALLAH memelihara beliau) apabila ditanya soalan yang sama. Beliau telah menjawabnya dengan menyampaikan suatu kisah yang beliau perolehi dari seseorang yang beliau kenali. Kisahnya seperti berikut:-

Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.

"Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya" Tanya pelajar itu kepada tuan gurunya.

"Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?" Tuan guru bertanya semula.

"Ya, wahai tuan guru" Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.

"Jika begitu. Marilah datang ke rumah saya malam ini. Kita makan malam sama-sama ya…" Jemput tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.

"Apa? Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki" Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.

Lalu pada malamnya si pelajar itu datang ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi. Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim dan murobbi itu dapat memberikannya jawapan.

Tuan guru menjemput pelajar itu makan makanan yang dihidangkan. Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar tersebut minum.

"Boleh saya minta air? Saya dahaga, wahai tuan guru" Pinta pelajar tersebut yang berasa haus disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.

"Oh tidak, air tidak dibenarkan" Jawab tuan guru.

"Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga." Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.

"Tidak, air tidak dibenarkan. Makan sahajalah" Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.

"Baiklah tuan guru." Pelajar tersebut akur.

Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.

"Tuan guru, mengenai soalan saya siang tadi. Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi" Pelajar itu bertanya.

"Oh, tidak. Bukan sekarang. Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang." Jelas tuan gurunya dengan lembut.

"Habis tu, bila wahai tuan guru?" Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.

"Tidurlah sekarang. Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi" Jawab tuan gurunya sambil memujuk.

Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau nantikan. Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.

"Wahai anakku, marilah ke sini…" Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.

"Ajarlah saya wahai tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi!" Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.

"Nanti dulu. Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam mimpi kamu?" Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.

"Ya, ada." Jawab pelajar tersebut ringkas.

"Apa yang kamu lihat?" Tanya tuan guru lagi.

"Wahai tuan guru, saya telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan laut berombak pula berada di hadapan saya" Pelajar itu menjelaskan apa yang beliau lihat di dalam mimpinya. Ternyata beliau sangat senang sekali dengan apa yang dilihatnya.

"Benarlah wahai anakku. Engkau telah bercakap benar. Engkau telah bercakap benar. Dan engkau juga mempunyai niat yang benar. Maka sebab itulah mimpi engkau juga benar." Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya itu.

"Dan jika cintamu benar terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu terhadap air tadi." Tuan guru menyambung lagi.

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad. Kisah tersebut membuka suatu pertanyaan yang besar buat kita yang perlu kita sendiri muhasabah dengan jawapan tersebut.

Benarkah kita cintakan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam? Sudahkah kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam? Sejauh manakah kita menjauhi kesemua larangan-larangan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam? Dan istiqamahkah kita mendo`akan solawat buat junjungan mulia sallAllahu `alaihi wasallam?

Agaknya sebab itulah kita belum direzekikan ALLAH Ta`ala buat kita untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi disebabkan keadaan kita yang belum betul-betul cintakan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Sheikh Muhammad Hassan selepas menyampaikan kisah tersebut lalu mengajak kita semua bermuhasabah:

"Berkemungkinankah untuk Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam datang di dalam mimpi seseorang yang makan dari makanan yang haram? Seseorang yang matanya melihat perkara yang haram? Seseorang yang lidahnya menipu? Seseorang yang terlibat dengan riba? Seseorang yang munafiq? Adakah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam akan datang kepada orang-orang ini???!!!

Tidak! Sama sekali tidak! Demi ALLAH, Baginda sallAllahu `alaihi wasallam tidak akan datang melainkan kepada orang yang Baginda sayangi…!"

Sheikh Muhammad Hassan seterusnya menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan seorang ibu tua berumur 70 tahun yang tinggal di sebuah rumah usang yang hanya diperbuat dari tanah liat. Keistimewaan ibu tua ini ialah pada setiap malam beliau dapat berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi. Antara amalan yang selalu dilakukan ialah beliau tidak pernah berhenti dari bersolawat ke atas Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. Setiap saat yang ada, beliau sentiasa bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Selain bersolawat sepanjang masa, Sheikh Muhammad Hassan juga memberi nasihat, untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah kita semua menguatkan rasa cinta kita kepada Baginda. Samalah seperti air di dalam kisah di atas. Seseorang yang sangat mendambakan sesuatu akan terbawa-bawa hingga ke dalam mimpinya.

Dan cara menguatkan cinta bukanlah hanya dengan mempunyai perasaan cinta sahaja. Ia mestilah disertai dengan mengikuti sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. Iaitu dengan mahabbah (cinta) dan ittiba` (ikut) Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Tidak ada cara lain lagi. Untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah diterapkan sekuat-kuatnya rasa cinta dan ikut Baginda. InsyaALLAH, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam akan datang bertemu dengan mukmin yang betul-betul cinta dan ikut Baginda. Semoga kita semua dapat memperbaiki diri kita dalam hal menghayati sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Dan mudah-mudahan kita semua digolongkan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai ummat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang dapat bertemu dengan Baginda di kolam al-Haudh di Padang Mahsyar dan bersama dengan Nabi di kolam al-Kautsar di Syurga nanti, amin…

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.

Shahmuzir bin Nordzahir

Tiada ulasan: